Isnin, 31 Ogos 2009

Eksklusif: BN Semakin Retak Menanti Belah, Dua Orang Ahli Parlimen BN Dari Parti MCA Di Johor Bersedia Untuk Tinggalkan Pakatan Karat Itu !!


Suasana politik negara semakin panas dan cukup meruncingkan mutakhir ini. Jika sebelum ini puak-puak UMNO dan BN heboh mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat semakin retak menanti belah. Namun kini, segalanya bagai terkena atas batang hidung sendiri. Pakatan karat biru Barisan Nasional dijangka bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus ke arah itu. Malah, telahan semua pihak bahawa kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan amat bergantung kepada "sokong rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu. Malah, sokongan rakyat yang dikatakan semakn menurun kepada pakatan pembangkang nampaknya kian terhakis kini. Rakyat dari pelbagai lapisan agama dan kaum kini jelas lebih memberikan sokongan padu kepada parti yang ingin membawa perubahan iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka sudah bosan dan jemu dengan retorik politik yang dibawa oleh UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini. Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini (esok) tidak memberikan sebarang makna dan erti kemerdekaan langsung buat rakyat, selagi jiwa dan raga mereka terus terbelenggu dalam kerangka besi ciptaan pemerintah zalim seperti BN ini sejak sekian lama. Oleh itu, angin perubahan kian terasa kini. Tsunami pilihanraya bakal berlaku dan lebih banyak negeri akan tumbang dalam pilihanraya akan datang.

Dua Ahli Parlimen BN Johor Bakal Sertai PKR

Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng. Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat. Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek. Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat (PKR). Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).

Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini. Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor. Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya. Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, seperti artikel diblog mereka:-
"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR? Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!" umnojohor.blogspot.com

Sumber: Pahangdaily Online

ADUN Terengganu 'bincang ' Tinggalkan Umno

Meneliti beberapa perkembangan mutakahir ini dalam senario politik Terengganu yang tak kesudahan khususnya melibatkan pertembungan kem Menteri Besar dan Bekas Menteri Besar Terengganu.

Pertembungan itu sememangnya 'real', tidak siapa boleh menafikan. Tindakan Najib menghantar sepupunya Hishamuddin untuk menyelesaikan isu tersebut dengan memangku Ketua Perhubungan Umno Terengganu nampaknya bukan bergerak ke arah menyelesaikan tetapi lebih menserabutkan.Beberapa hari lepas sebuah laman portal berita internet telah menyiarkan kemungkinan ada ADUN Terengganu (kem bekas MB) akan 'bertukar' parti. Serentak dengan itu Hishamuddin sendiri telah menghubungi kesemua ADUN yang disyaki dan setelah memujuk ugut semuanya, wartawan diarahkan menghubungi kesemua mereka untuk penafian.

Sebenarnya usaha rundingan memang wujud, bukan pancing tetapi beberapa ADUN tersebut yang mulakan rundingan kerana katanya apa guna berada dalam Umno yang tidak mahu mendengar 'rintihan orang bawah'. Mereka mendesak tukar MB atau mereka akan keluar parti.

Cuma mereka ADUN - ADUN ini tak berapa berani apabila Menteri Dalam Negeri yang menjadi pemangku Pengerusi Perhubungan Terengganu membuat pujuk ugut ke atas mereka.

Apapun kemelut politik di Terengganu terus memangsakan rakyat. Perkembangan terbaru dalam sidang DUN Terengganu yang bermula 26 Ogos lepas membuktikan betapa ADUN Bn tidak serius dan kurang keberanian khususnya bila berdepan dengan isu ugut dan wang.

Menteri Besar sedia ada melalui usul oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman telah 'memberikan' buget tambahan sebanyak RM361, 267, 300.00

Ramai pemerhati politik menyifatkan ini usaha Menteri Besar sedia ada untuk mengikat semua ADUN - ADUN Bn terus setia dibawahnya. Tentunya RM361 juta akan dicairkan melalui projek kroni Bn akan menyebabkan ADUNJ - ADUN Bn terliur.

Dari RM361, 27,300.00 itu, sebanyak RM80, 453, 300.00 adalah tambahan bagi perbelanjaan mengurus dan selebihnya sebanyak RM280, 814,000.00, adalah untuk perbelanjaan pembangunan.

Sokongan penuh dalam meluluskan baget tambahan ini telah digunakan oleh Menteri Besar sedia ada sebagai gambaran semua setia padanya padahal ADUN - ADUN bersetuju meluluskan kerana nilai wang tersebut bukan nilai sokongan.

Melalui buget tambahan ini juag jumlah yang besar turut di perolehi oleh Syarikat yang punya kaitan dengan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar, sebagai ’upah’ tindakan berdiam diri, apabila tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya itu./
http://chegubard.blogspot.com/

Butir-butir anggaran perbelanjaan bekalan tambahan dan artikel penuh di sini.

Ahad, 30 Ogos 2009

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

Oleh Dzulfikar Mashoor
Sun | Aug 30, 09
IPOH, 30 Ogos: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.

Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.

Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan._mna_/Harakahdaily