|   Muka depan Utusan Malaysia Online melaporkan Duta Besar Amerika, Dato  Jamaludin Jarjis yang merupakan sekutu rapat PM 1Malaysia mendedahkan  bahawa Amerika akan mendapatkan nasihat Malaysia dalam kunjungan PM  1Malaysia bertemu presiden Amerika sempena Sidang Kemuncak Nuklear.
  Presiden  Amerika itu dikatakan akan mendapatkan pandangan Malaysia berhubungan  hubungan di antara Amerika dan negara yang mempunyai majoriti penduduk  Islam.
  Mungkin dalam perbincangan dan sesi mendapatkan khidmat  nasihat tu, PM 1Malaysia boleh memberi cadangan agar Amerika menggunakan  khidmat APCO konsultan Yahudi yang berpengkalan di Israel seperti yang  dilakukan oleh Malaysia untuk mempopularkan jenama 1Malaysia.
  Mungkin  juga PM 1Malaysia boleh menasihatkan presiden Amerika mengambil  tindakan serupa seperti yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia dengan  merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.
  Jadi Presiden  Amerika tak perlu korbankan nyawa tenteranya dan bazirkan peluru dan bom  untuk menawan Afghnistan, Iraq dan negara umat Islam lain.
  Sebagai  nasihat tambahan PM 1Malaysia juga boleh mencadangkan kepada Presiden  Amerika untuk menggunakan agensi kerajaan seperti polis, mahkamah, SPR,  SPRM dan sewaktu dengannya untuk mengekalkan kuasa.
  Moga-moga  Presiden Amerika akan mendengar nasihat PM 1Malaysia./Harakahdaily  | 
kah kah kah kah
BalasPadammain tom tom bak bolih kot?
Nak tergelak ada,nak terkencing pun ada, nak muntah lagi banyak terasa........
BalasPadamKalau nak minta nasihat main congkak boleh lah Obama ooiii.....