Bagaimana  hendak Merdeka tatkala Negara menjadi sebuah negara polis, rakyat  menderita disisihkan, dan penunjuk perasaan dibelasah, ditangkap dan  dilayan seperti hamba abdi, barangkali lebih teruk lagi?  Mengapa pihak  berkuasa gagal menghayati semangat kemerdekaan sepertimana yang  dimasyhurkan oleh Tunku itu?  Barangkali apa yang dilakukan oleh rakyat  dengan berprotes dan berdemonstrasi di jalanan adalah disebabkan rasa  cinta kepada Negara?  Mungkinkah ini manifestasi sifat patriotisme yang  melawan segala bentuk kuasa yang menindas rakyat?

Di  sebalik acara-acara gilang-gemilang yang dianjurkan Kerajaan untuk  kononnya menggambarkan nilai kemerdekaan dan menggalakkan perpaduan,  wujudnya semangat kemerdekaan yang amat kuat di kalangan rakyat.   Semangat yang jelasnya lebih menggerunkan kerajaan daripada perairan  negara yang dicerobohi tentera laut China.  Rupanya semangat perjuangan  bangsa Malaysia itu masih segar dan masih kuat dalam diri mereka yang  turun ke jalanraya untuk melawan kuasa yang menindas.Patrotisme  dan semangat nasionalisme bukan dinilai dari bilangan Jalur Gemilang  yang dikibarkan mahupun iklan-iklan menyentuh perasaan di televisyen,  tetapi dinilai daripada kesanggupan rakyat untuk menyelar dan melawan  penguasa yang zalim dan menindas rakyat.  Tiada lagi gambaran perpaduan  yang lebih bererti ketika melihat anak-anak muda berbilang bangsa  bersatu bertempur dengan FRU.  Mungkin mereka mencari kemerdekaan,  mungkin mereka cuba mempertahankan Negara daripada dasar-dasar yang  menyeleweng dan menekan rakyat.
Kami  hanya berharap ketegangan di antara rakyat dan pihak penguasa ini tidak  bertukar menjadi angka-angka berdarah.  Di mata rakyat pula, perjuangan  ini telah pun meragut beberapa nyawa yang kini menjadi pembakar  semangat dan asas solidariti mereka.  Keadaan ekonomi yang gawat dan  isu-isu perkauman yang terus dimainkan oleh politikus-politikus  pemerintah sangat jelas kelihatan dan amat membimbangkan.
Ke  mana agaknya kita sebagai satu bangsa, menjelang hari ulangtahun  kemerdekaan?  Hanya masa yang bakal merungkainya, sehingga itu kami  mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menghayati Kemerdekaan dan  Selamat Meyambut Hari Raya Aidilfithri kepada semua.
*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.
Sumber: Merdeka Review
                                                                                                                                                                                          
 
Semakin hampir menjelangnya sambutan Kemerdekaan, kita diasak dengan hujah dan macam-macam lagi yang mempersoalkan kesetiaan kita kepada negara, Malaysia. Saya rasa ini diasaskan kepada kekecewaan kerana kempen-kempen mengibarkan jalur gemilang amat-amat menyedihkan. Petanda apakah semuanya ini? Katalah sebab penyokong pembangkang tunjuk protes, tetapi kemana perginya ahli-ahli totok amno. Petanda apakah semua ini? Wallahu-a'lam.
BalasPadamsangat berkurangan penyertaan rakyat secara sukarela jika dibandingkan 25 tahun lampau...sambutan anjuran pemerintah samalah macam terpaksa...
BalasPadam