Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan geran tanah kepada 118 penduduk yang mengemukakan permohonan mereka sejak tahun 1998.
Ini  sekaligus mengiktiraf hak mereka untuk mendapatkan hak milik tanah di  Kampung Jaya Setia,Mukim Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini.
Mesyuarat  Tindakan Ekonomi Selangor bersetuju meluluskan  permohonan pemberi  milikan tanah seluas 60.5 ekar di Kampung Jaya Setia kepada 118 pemohon  dengan tempoh pajakan selama 99 tahun.
Tan Sri Khalid berkata  sebahagian besar tenaga, masa dan idea Kerajaan Negeri hari ini dicurah  untuk memperbetulkan kesilapan 51 tahun yang dilakukan pentadbiran  lepas.
Beliau menggesa penerima geran untuk mengusahakan tanah  hak milik mereka dengan bersungguh-sungguh dan bijaksana, demi  kepentingan generasi anak-anak Selangor 20 tahun dari sekarang.
sejak 1998?....mak oii...banyak lagi kes macam ni diseluruh negara kelolaan umno....mals nak cerita lah....
BalasPadamprogram untuk rakyat macam ni patut di selesaikan segera....
aku heran macamana tanah lapang kat sungai besi tu boleh bagi gitu jer pada taik....
oh yer lupa...umnok punya kijer...dulu gunung dan bukit diberi pada cukong....sekarang tanah lapang pun untuk sicukung...
bila rakyat nakkan geran pada tanah sekangkang kera...punya lah lama menunggu...ada yg dah mati menunggu pun...
sekarang ni berangan ..tanah kg kat tengan kl tu pulak nak bagi cukong 60%....
makcik dan pakcik felda bolehlah umngok ni tipu.....