Pengumuman  Perdana Menteri Najib Razak bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas  PRN Sarawak dilihat bercanggah dengan kenyataan Taib Mahmud sendiri yang  mendakwa "akan berundur beberapa tahun lagi", semalam.  Jelas,  kedua-dua mereka menyanggah kenyataan antara satu sama lain, demikianlah  yang disifatkan Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

"'Beberapa  tahun' yang dimaksudkan (Taib Mahmud) mungkin 9 tahun, kenyataan Najib  '(berundur) selepas pilihan raya' pula memberi persepsi 'tidak lama  selepas pilihan raya," kata Chong Chieng Jen yang juga calon DUN Kota  Sentosa, sambil menyifatkan bahawa kelihatan tamparan Najib pada Taib  lebih menyengitkan."Selepas Najib  berkata demikian, Taib Mahmud pula berkata, akan berundur selepas  beberapa tahun, dan bukannya selepas pilihan raya negeri. 
Mesejnya jelas, Taib mahu kekal. Pendirian Najib sama ada mahu Taib berundur masih kabur, tapi Najib mahu menang dalam pilihan raya. Namun, Taib mahu kekal, tidak mempedulikan apa keputusan pilihan raya."Naib Pengerusi DAP Pusat ini menyimpulkan, "Satu-satunya situasi yang memastikan Taib berundur adalah mengalahkan beliau."

Khalid: Najib mengakui Taib sebagai liabiliti
Ahli  parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar kiri) yang turut tampil dalam  sidang media tadi berkata, kenyataan Najib jelas menunjukkan bahawa  dirinya mengakui Taib Mahmud adalah liabiliti, dan mengakui  ketidakpuasan rakyat terhadap Taib.
"Konflik yang besar di antara kedua-duanya. Sering kali mereka berkata Pakatan Rakyat bercakaran sesama sendiri. Konflik yang besar di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Sarawak, ia tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Setiap daripada mereka mempunyai agenda tersendiri. Sama ada anda mempercayai Najib, atau Taib Mahmud," kata AJK PAS Pusat ini.Namun, Khalid Samad menganggap Taib jelas menolak kerajaan persekutuan dan rakyat Sarawak, dan mengambil keputusan untuk kekal berkuasa, sehingga dirinya merasakan sudah tiba masa untuk berundur.

Ketika  ditanya media sama ada kenyataan Taib ibarat tamparan kepada Najib,  Chong Chieng Jen(gambar kanan) menyifatkannya sebagai tampar-menampar  antara satu sama lain.  Ketika PRN Sarawak berlangsung, Taib adalah  orang yang memimpin BN untuk bertarung dalam pilihan raya.  Namun  demikian, pemimpin kerajaan persekutuan pula masuk dan berkata beliau  bakal berundur selepas pilihan raya, dan ini merupakan tamparan kepada  Taib.
Taib membalas tamparan Najib semalam, apabila mendakwa dirinya akan berundur beberapa tahun selepas ini. Bagaimanapun, Chong Chieng Jen menganggap tamparan Najib lebih menyengitkan, berbanding Taib yang hanya membalas dengan cara yang lebih tersirat.
Baca: Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.
Memang benar hanya satu cara untuk membuat Taib Mahmud berundur iaitu pengundi mengalahkan beliau. Semoga rakyat di Balingian sedar isu ini.
BalasPadam