SEHINGGA kini nampaknya Dr Hassan Ali masih berada di kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor. Meskipun beliau telah dipecat oleh PAS dan kerusi itu diperuntukkan kepada Wakil Rakyat dari PAS, nampaknya Dr Hassan Ali `berat' mahu tinggalkan jawatannya sekarang.
Mengikut undang-undang, MB Selangor boleh memecat Dr Hassan Ali kerana perlantikan Exco adalah di bawah bidangkuasa MB. Namun demikian, Tan Sri Khalid masih belum mahu memecat Dr Hassan Ali dari kerusi berkenaan kerana mungkin Tan Sri Khalid mahu melihat sejauh mana `sayang'nya Dr Hassan Ali akan jawatan yang dipegang sebelum beliau dipecat oleh PAS.
Kalau saya di tempat Dr Hassan Ali, tentu terasa malu untuk terus menenggek di kerusi yang sepatutnya diserahkan kepada orang lain. Pelik, Dr Hassan Ali seperti tidak bersifat malu sedemikian, mungkin ada sebabnya maklumlah bukan senang mahu mendapat kerusi berkenaan.
Saya harap Dr Hassan Ali masih ada sedikit perasaan malu. Sebagai seorang `pejuang' Islam, raja-raja dan orang Melayu, Dr Hassan Ali sewajarnya meninggalkan kerusi yang tidak lagi diredhai oleh MB Selangor itu untuk beliau duduki. Masakan kerana mahu kekal di kerusi tersebut Dr Hassan Ali mahu menempek kepada Istana pula? Adakah beliau mahu Istana camportangan di dalam perkara ini walaupun beliau tahu Istana tiada kuasa untuk menghalang MB Selangor melantik orang lain?
Dr Hassan Ali tak apply pun jawatan Exco ... so tak perlu letak jawatan da !!!
BalasPadamMB tu yg lantik barisan Exco ... MB patut sembah je kepada Sultan barisan Exco yg baru ... macam PM selalu buat dari zaman Tunku lagi.
MB tunggu kelulusan dari DAP kut ?
Moga ALLAH Lindungi negeri Selangor dari barisan Exco yg hanya mempunyai kepentingan diri dan keluarga je.
AMIN.
katanya pejuang melayu...orang melayu ni kalau orang dah tak hendak dia cepat paham dan segera undur diri...islam pula kalau bukan hak kita adalah dosa untuk kita duduk ditempat yang bukan hak..aku rasa asan akidah ni bukan pejuang islam dan melayu sebenar...jenis orang yang pandai tapi takde WISDOM !!! kata orang tua berhati hatilah dengan orang yang tak cukup inci...angin dia tinggi..dia sorang je yang belajar PHD, tahu baca data, sistem research konon...aku tengok anak aku pun ada juga PHD tapi cool aje..takde lah kecoh macam asan akidah ni. kot kot PHD dia bermaksud Permanent Head Damage....itu aku takleh nak kate apela....kalau pejuang islam dah lama asan akidah ni melolong minta anwar dibicarakan di bawah Qazaf....ini dia menikus je...macam ade ajenda sendiri!!Ghentikan lah asan akidah oiii.
BalasPadamHasan Akidah ni ada dua PHD ooi! Satu Malayu satu oghang putih!
BalasPadamPHD Melayu: " Perasaan Hasad Dengki "
PHD Oghang Putih:" Permanent Head Damage " macam
komen di atas.
Adapun komen Tanpa Nama yang paling atas tu tak boleh pakai kerana pengomen tu sama spesies dengan gambar adjacent to his comment.
org komen pertama diatas masih menyusu dibawah kangkang lembu umno tu. .dia kuarkan komen mcm tu nak mengacau kwn2 dlm PR yg begitu rapat..umno jd meroyan kerana parti2 dlm bn kelamkabut menunggu masa ditumbangkan dgn rasmi selepas PRU13 ni. Ayuh kwn2 PR..PKR/PAS/DAP sama2 beriringan kepuncak Putrajaya....
BalasPadam