RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 28 Ogos 2012

ISU LOMPAT PARTI - TERNGANGA LAGI UMNO

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
USAHA media pencacai untuk melaga-lagakan pimpinan di dalam PR gagal lagi di dalam isu Undang-Undang Anti Lompat Parti yang disokong kuat oleh DAP.  Di dalam kenyataan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim beliau tiada masalah dengan perkara tersebut.
 
Sebelum ini, media cuba laga-lagakan PAS dengan DAP di dalam soal Hudud, tetapi apabila Presiden PAS kembalikan semula hujah tersebut kepada Umno yang menjadi tonggak kerajaan lebih dari 50 tahun, Umno terkedu kerana Umno juga mengaku dia parti Islam.
 
Nampaknya PR perlu bersedia lagi untuk dilaga-lagakan oleh mereka yang kini sedang mencari jalan untuk membantu Najib mengumumkan pembubaran Parlimen.  Najib tidak akan bubarkan Parlimen selagi PKR, PAS dan DAP bersatu dan kukuh.  Formula yang ada pada Najib adalah pecahkan kerjasama PR, itu sahaja.  Modal seks dan lucah tidak laku lagi, dubur Sepol dan mulut busuk Umi Hafilda sudah tidak membantu parti yang digelar Setan oleh Mahdey Kutty ini.
 
Baca Kenyataan DS Anwar di dalam Malaysiakini hari ini;
 
 
Anwar OK dengan enakmen antilompat parti


Ahmad Fadli KC
1:01PM Ogos 28 2012

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada masalah dengan cadangan Pulau Pinang untuk memperkenalkan enakmen antilompat parti pada bulan November ini.

Menurut Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri memaklumkan perkara itu secara peribadi kepada beliau semalam.

"Tiada masalah (dengannya). Ketua menteri sudah lapor pada saya semalam," kata Anwar mengulas ringkas sewaktu ditemui di Shah Alam hari ini (Malaysiakini).

3 ulasan:

  1. apa yg menganga gua xpaham..sapa yg perlu ternganga..adakah umno mengharap anwar ternganga.. tp anwar xjadi ternganga... pun tak jugak..

    agaknya pasal all well known anwar sbg raja katak pasti malu dgn tindakan dap..
    so anwar jd xmalu ...oleh itu umno lah dah jd termalu... pun tak jugak..

    mybe kita perlu sebut2 16sep dpn anwar kot.. tak jugak...

    anwar ckp je lah '' takda masalah..hal dap tu xda hal dgn dia '' kan...kan.. kan..

    pempaham jelah...yahudi lg kan jahat dan jg baik dlm masa yg sama...

    alahai abg nuar.. apa yg susahnya..

    BalasPadam
  2. dlm hal ni aku mmg setuju dengan DAP... mana2 MP atau ADUN yang bertukar parti patut dibuat semula piliharaya tempat dia menang tu... rakyat mengundi dua perkara tiap kali piliharaya, calon dan parti yg diwakilinya...

    nanti korang tengokla nasib zul kulim, brahim ali katak seme tu... majoriti rakyat undi parti yang diwakilinya tu... faktor calon isu kedua

    BalasPadam
  3. org xde smgt petrotik camtu la..

    xrisau dap menang besar dipenang ..menteri kewangan pun sanggup bg dap..

    jika xda apa2 1963 pap joint mesia xde 1965 tunku nak terajang kluar dia...ada benda dlm kepala otak pap tu..

    BalasPadam