Sabtu, 14 April 2012

ALLAH SELAMATKAN SELANGOR DARI MEMILIKI MB PALING BODOH

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN lama semakin bebal nampaknya si Hassan JATI ini.  Malang sungguh, beliau telah berhabis duit untuk memperolehi PHD hanya untuk menjadi sebodoh sekarang.  Memang benarlah kata orang, jika kita sudah khianat kepada rakyat dan perjuangan, segala ilmu yang kita miliki sedikit demi sedikit akan ditarik oleh Allah SWT dan jadilah kita umpama lembu kondo.

Hassan JATI atau Hassan `pelesit' ini setiap malam merayau umpama pelesit tidak bertuan.  Setelah dipecat dari PAS, lebih-lebih lagi harapannya untuk menjadi MB Selangor musnah samasekali, maka Hassan Pelesit bernekad untuk membalas dendam.  Hatinya yang busuk penuh hasad dengki itu tidak mampu dibendung lagi.  Maka, keluarlah dari mulut busuk beliau agar rakyat jangan memberi undi walaupun satu undi kepada PAS, PKR dan DAP.  Ertinya, Umno dikecualikan.  Maksudnya, itulah tugas atau peranan Hassan Pelesit sebagai `Sub Kontrak' Umno.  Ertikata, beliau adalah pencacai murahan yang tidak kurang atau lebih dari pencacai-pencacai seumpamanya seperti Ezam sesumpah, Zahrain, Zul Kulum, Nalla dan betina tua yang masih dara, (dara?) si Umi Hafilda.

Paling menunjukkan kebebalan Hassan Jati adalah apabila beliau berkata, "Kalau mereka (pemimpin PAS terdahulu termasuk Almarhum Us Fadzil Noor) masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," katanya di dalam satu ceramah di Taman Uda, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Lupakah beliau di zaman Almarhum Us. Fadzil Noor sudah wujud Angkatan Perpaduan Ummah (APU)?  Bukankah APU diwaktu itu dianggotai oleh PAS, Semangat 46 dan DAP?  Kemudiannya, di zaman Almarhum Us Fadzil Noor juga wujud Barisan Alternatif (BA) yang dianggotai oleh PAS, KEADILAN dan DAP juga?  Meskipun, pernah DAP keluar dari BA, tetapi bukan kerana dikeluarkan oleh PAS tetapi atas kehendak DAP sendiri waktu itu.  Ertinya, sejak dahulu lagi PAS sentiasa bersedia untuk bersama dengan DAP.  Apakah Hassan Pelesit lupa fakta ini atau masih mahu berbohong lagi kepada rakyat?  Sudahlah beliau banyak berbohong sebelum ini di dalam isu peruntukan ubahsuai pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor yang terang-terang membuktikan beliau adalah Exco yang paling mewah berbelanja.

Hassan Pelesit tidak perlu berbohong selama-lamanya kerana walaupun beliau mempunyai PHD (Penibu Hebat Di Dunia), tetapi jangan sangka rakyat sebodoh pencacai seperti beliau.  Kami ada maruah dan kami tidak menjadi bodoh hanya kerana gilakan jawatan MB Selangor.  Alhamdulillah, nasib baik Allah humbankan Hassan Pelesit ini dari PAS, jika tidak, mungkin satu hari nanti Selangor akan mencipta sejarah memiliki MB yang paling bengap seperti si Hassan ini./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 11 April 2012

KERAJAAN BENARKAN BERSIH 3.0 - JANGAN TERTIPU LAGI

Oleh:  WFAUZDIN NS

KERAJAAN telah memberi kebenaran untuk Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijadualkan pada 28 April ini.  Baca laporan di SINI.  Suatu keputusan awal yang hanya boleh dipuji awal, tetapi kita jangan lupa bahawa rejim ini bukan tidak pernah menipu. 

Adakah kita lupa bagaimana kita ditipu mentah-mentah semasa kita memohon untuk mengadakan Perhimpunan BERSIH 2.0 dahulu?  Bukankah Najib secara terbuka menyebut Kerajaan tidak kisah BERSIH berhimpun, asalkan dibuat di dalam Stadium?  Maka, BERSIH pun memilih Stadium Merdeka untuk kita berhimpun.  Apa yang berlaku?  Kita terpaksa berdepan dengan gerombolan topi merah ketika kita sedang menuju ke Stadium Merdeka.  Ramai di antara kita tercedera, bahkan ada yang terkorban di sebalik kebenaran berhimpun yang kononnya diberikan oleh rejim penipu ini.  

Kali ini menteri rejim pun berkata BERSIH 3.0 boleh berhimpun.  Menteri ini sepupu kepada Najib, ertinya sedikit sebanyak perangainya ada persamaan.  Namun kita harus bersedia dengan sebarang penipuan dari pemimpin dari parti yang sememangnya hidup hanya untuk menipu.  Jangan mudah leka, dan jangan lalai dengan reaksi Menteri Dalam Negeri itu.  Beliau berkata, berhimpun dibenarkan asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam.  Bayangkan, jika konsert di tengah-tengah bandar dengan tarian gila babi sehingga larut malam tidak dikatakan mengganggu ketenteraman awam, dengan berbagai acara larian dan berbasikal serta perarakan raksaksa diadakan tidak juga mengganggu ketenteraman awam, lojikkah perhimpunan yang dihadiri orang ramai yang hanya `Duduk dan Bantah' selama lebih kurang 2 jam boleh dikatakan menganggu ketenteraman awam?

Satu keputusan nekad dan muktamad, iaitu dibenarkan untuk berhimpun atau tidak, BERSIH 3.0 wajib diadakan kerana jelas dan nyata ianya tidak menyalahi undang-undang.