PETANG semalam KEADILAN Pahang telah umumkan senarai nama calon Dun yang diwakili oleh parti tersebut di Negeri Pahang. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman di dalam sidang media yang telah diadakan di kediaman Sdr Ahmad Nizam, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga Ketua Cabang Temerloh.
Hampir kesemua calon yang dipilih kelihatan memenuhi kediaman Sdr Nizam di Temerloh petang semalam. Rata-ratanya berwajah ceria mengepit watikah calon masing-masing dan dikongsi bersama oleh para penyokong yang turut kelihatan ceria.
Difahamkan tidak semua calon yang terpilih itu direstui oleh pimpinan negeri tetapi atas dasar meletakkan disiplin parti lebih utama maka akhirnya negeri akur dengan pilihan Pusat. Kebijaksanaan pimpinan negeri mengendalikan isu berkenaan calon-calon sebenarnya dapat mengurangkan pertelingkahan yang lebih besar sekurang-kurang tidak seperti apa yang berlaku di dalam rumahtangga umno di Pahang khususnya. Memang ada pihak yang tidak berpuashati dan perkara ini telah kita maklum lebih awal kerana ianya perkara biasa. Pimpinan negeri nampaknya telah bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian, apatah lagi pimpinan negeri telah berusaha sedaya upaya menentukan hanya calon yang layak dan mendapat sokongan akar umbi sahaja yang terpilih.
Paling kuat terasa kesan dari pengumuman petang semalam adalah para penyokong di kawasan Muadzam Shah, Lepar, Damak dan juga Batu Talam. Lanchang juga mendapat perhatian.
Senarai calon yang telah diumumkan anda boleh lihat di dalam blog PKR Pahang. Tetapi hari ini dikhabarkan ada berita yang panas. Apakah terdapat perubahan calon mahu pun perubahan kerusi? Apa yang pasti, semua calon yang telah mendapat watikah semalam belum boleh mengadakan kenduri kesyukuran lagi sebelum pagi esok selepas hari penamaan calon. Kita tunggu.....
CALUN MUADZAM SHAH TIDAK DIPILIH OLEH AKAR UMBI CABANG. SDR NORDIN TIDAK DIKENAL OLEH KEBANYAKAN PENGUNDI KERANA TAK MENGGERAKAN PARTI APATAH LAGI DIPENEMPATAN ORG ASAL. KEBANYAKANNYA LEBIH KENAL SDR RABIDIN KERANA BELIAU LEBIH MESRA DENGAN PENGUNDI. SAYA MENGANDAIKAN PEMILIHAN CALUN KEPADA NORDIN ADALAH TELAH DIRANCANG SUPAYA DUN MUADZAM MEMBERI KEMENANGAN MUDAH KEPADA MAZNAH MAZLAN YANG JUGA MERUPAKAN ADIK IPAR DATU FAUZI. DAN TAK MUSTAHIL INI ADA KERJASAMA DARI CALU CALUN PARLIMEN DAN DUN BARISAN NASIONAL KAWASAN ROMPIN.....NAMPAKNYA PERMAINAN SANDIWARA PKR SEMAKIN TERSERLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT DENGAN TERSEBARNYA PENYINGKIRAN SEMUA KETUA CABANG PKR SELURUH MALAYSIA YANG MENYOKONG DATUK ZAID IBRAHIM SEWAKTU PEMILIHAN DULU DARI TERPILIH SEBAGAI CALUN. INI LAH DIA KATA ORANG TUA TUA DULU: MENGATA DULANG PAKU SERPIH........" RUPANYA PERANGAI UMNO TETAP ADA DALAM PKR. TIADA DEMOKRASI SEBENARNYA DALAM PKR. KALAU DALAM PARTI SENDIRI PUN DAH ADA CAH KETING.......APAKAH NASIB RAKYAT AKAN DATANG?
BalasPadam