Selasa, 3 September 2013

PENANGAN DACING BAGHDAD, RAKYAT TERKEDU DITIPU !!

SELEPAS sahaja Kerajaan 47% ini membentuk kerajaan, kita sudah melihat rupa hodohnya kerajaan yang tidak berkat ini.  Bermula dengan isu saman AES, kenaikan tambang bas ekspress, kenaikan harga ayam, kenaikan harga gas memasak kesemua disegerakan untuk menunjukkan kuasa mereka kepada rakyat yang memilih mereka.

Rakyat dipermainkan sedemikian rupa.  Pengusaha bas meminta tambang bas dinaikkan sehingga 30 %.  Rakyat membantah dan Pakatan Rakyat terus mengkritik kenaikan tersebut, akhirnya atas alasan kononnya prihatin dengan kehendak rakyat, tambang bas hanya dinaikkan sebanyak 10% sahaja.  Hakikatnya, tujuan untuk menaikkan tambang bas telah berjaya.  Rakyat tertipu begitu sahaja.

Apabila naik pula harga gula, rakyat diminta jangan terlalu banyak makan gula dibimbangi terkena penyakit kencing manis.  Naik pula harga ayam sehingga mencapai tahap RM9.50 sekilo menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini di beberapa tempat, seorang 'Menteri Cap Ayam" pun menasihati rakyat jangan suka makan ayam, bertukarlah kepada ikan.  Tidakkah Menteri itu sedar ikan sardin pun sudah naik harga?  Rakyat terpedaya begitu sahaja.  Begitu juga apabila harga sayur naik, Menteri ini meminta rakyat rajin berkebun.  Mana tanah kebun?  Bukankah kroni-kroni kamu sudah rembat?  Tanah Rezab Melayu pun kamu rembat, bahkan ada tanah kubur pun kamu mahu rampas.

Sebelum PRU 13 yang lalu kira diumumkan dengan kenaikan hara Ron 97.  Rakyat ramai yang membantah kenaikan tersebut.  Apa Menteri jawab?  Mereka kata Ron 97 banyak digunakan oleh orang-orang bandar yang kaya sahaja kerena mereka memiliki kenderaan besar dan mewah.  Ertinya, orang-orang kampong hanya menggunakan kereta buruk dan motosikal yang tentunya tidak layak mengunakan Ron 97.  Mereka hanya layak untuk Ron 95 sahaja.  

Malam tadi, Ron 95 dan Diesel pula dinaikkan.  Apa kata Bung Mokhtar, MP Kinabatangan?  Tokoh yang berbini dua dari Kinabatangan ini pula membuat kenyataan bodoh lagi biadab.  Beliau kata, orang-orang kampong tidak merasai kesan dari kenaikan harga minyak Ron 95 kerana yang menggunakan kereta ini hanyalah orang-orang bandar.  Baiklah, kita percaya saja kata-kata bodoh dari beliau ini, tetapi tidakkah orang-orang kampong yang dikatakan miskin itu tidak langsung memiliki motosikal?  Motosikal menggunakan minyak apa?  Minyak lintah?

Tidakkah orang kampong membeli barang-barang makanan seperti beras, susu, tepong, gula, garam dan sebagainya?  Tidakkah semua barang ini akan naik jika harga minyak petrol dan diesel dinaikkan kerana kos pengangkutan barang-barang itu memerlukan bahanapi tersebut?  Benda semudah itu pun Bung Mokhtar tidak boleh fikir?  Malang sungguh Najib memilih beliau menjadi calon Wakil Rakyat di Kinabatangan.  

Hakikatnya di kebanyakan kampong dan kawasan felda, keperluan kereta menjadi keperluan utama bukan lagi menjadi kayu pengukur kaya atau miskin.  Boleh dikatakan majoriti di setiap kampong, penduduknya memiliki kereta walaupun kereta buruk dan paling lekeh memiliki motosikal.  Orang-orang Asal pun mampu memiliki motosikal.  Mungkin Bung Mokhtar fikir perkampongan di Semenanjung sama seperti di kawasannya yang masih mundur dan ada penduduk yang hanya berkaki ayam berjalan atau menaiki bot dan feri untuk keluar dari kampong atau ke bandar.  

Apapun, tahniah kepada anda yang telah terhutang budi dengan BR1M atau bonus serta saham felda.  Kini masanya untuk mereka mengutip kembali.  Buat kakitangan kerajaan pula, baru mahu senyum dengan kenaikan gaji kini mula tersenyum tawar.  Menjelang PRU akan datang, kita akan lupakan semuanya ini dan kita pakat-pakat pangkah Dacing Baghdad itu lagi!!

3 ulasan:

  1. Bodo ni penyakit yang takde ubat! Banyak dihidapi oleh makcik,pakcik Felda dan yang sewaktu denganya! Penjawat awampun banyak yang kena penyakit bodo...hanya UMNO je boleh legakan@kawal bodoh ni iaitu dengan anti-biotik BR1M,TR1M,KR1M

    BalasPadam
  2. bila pernah UMNO BN jujur pada rakyat....kabinet dibarisi oleh kebanyakan manusia yang penuh skandal....tapa akhirnya jawapan pada kemelut ini adalah keBODOHan rakyat yang memberi undi kepada UMNO BN....kenapa rakyat Malaysia tak punya keberanian memberi undi kepada PR...???? Rugi kah/...hakikatnya rakyat Malaysia tidak seperti rakyat negara lain yang berrani membuat perubahan...rakyat Malaysia adalah tikus atau kucing atau mungkin kaldai disegi jatidiri....

    BalasPadam
  3. umno dan ahli ahlinya memang dari jenis spesis bodo bodo belaka seperti yg diakui oleh cek det wira jagat keris telanjang

    BalasPadam