Sabtu, 6 Julai 2013

SAMBUT RAYA DENGAN WARNA HITAM TAHUN INI

ADA cadangan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini kita semua berpakaian raya terutamanya solat sunat Eidul Fitri dengan berpakaian hitam BLACK OUT.  Kempen mendesak si bangsat yang menipu di dalam PRU yang lalu bukan sahaja perlu kita teruskan dengan hanya memakai pakaian hitam setiap hari Sabtu atau mengadakan "flash mop" sahaja.

Hari Raya tahun ini kita mesti jalankan kempen setidak-tidaknya diri kita sendiri untuk berpakaian hitam jika kita tidak mampu untuk laksanakan ke atas ahli keluarga kita.  

Jadikan solat sunat Hari Raya Eidul Fitri tahun ini diselubungi dengan warna kehitaman tanda solidariti kita yang akan menyambut Aidil Fitri tahun ini dengan perasaan gembira tetapi tidak akan melupakan si bangsat yang khianat itu.

Khamis, 4 Julai 2013

SYABAS KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT - BERANI TANGGUNG RISIKO DEMI ISLAM

TABIK spring aku ucapkan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Ustaz Nasruddin Tantawi kerana tetap tegas menolak larangan tazkirah Ramadhan sepertimana yang dikeluarkan oleh Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang.

Di dalam isu ini, memang wajar beliau bertindak tegas kerana Tazkirah berkaitan ugama tidak akan menyebabkan perpecahan jauh sekali berlakunya huru-hara di dalam masjid, sebaliknya sikap ingat mengingati itu akan membawa kepada kebaikan dan kemakmuran.  Jika berlaku pecah belah akibat Tazkirah Agama, sudah pasti ianya datang dari golongan Iblis dan Syaitan kerana makhluk ini semenjak zaman Nabi Adam lagi sememangnya menentang Islam.

Keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu untuk menanggung risiko andainya ditahan, ditangkap mahupun dipenjarakan akibat Tazkirah Agama sepatutnya diberi pujian kerana perjuangan untuk mengembangkan Agama Islam ini bukan mudah.  Umat Islam akan terus bersatu dan mempertahankan sesiapa sahaja yang dizalimi akibat dari kerja dakwah yang dituntut itu.  Jika ada golongan yang tidak akan mempertahankannya, tidak syak lagi mereka itu golongan dari Iblis dan Syaitan sepertimana yang aku sebut tadi.

Jika kita tidak mampu berbuat baik jauh sekali untuk mengembangkan kebaikan, mengapa perlu larang orang lain untuk berbuat sedemikian? 


Isnin, 1 Julai 2013

PAS WAJIB SERTAI PRK DUN K.BESUT, BOIKOT PRK ERTINYA KITA KHIANAT

AKU amat tidak setuju dengan sesetengah saranan dari pimpinan PR yang mahu agar PAS boikot PRK Dun K.Besut yang akan diadakan nanti.  Tiada asas langsung untuk PAS memboikot PRK tersebut.  Asasnya apa?  Adakah kerana kita bantah keputusan PRU 13 dan penipuan SPR maka kita patut boikot PRK yang amat penting itu?

Jika itu sebagai asasnya, alangkah baiknya juga kesemua MP dari PR juga tidak perlu mengangkat sumpah di Parlimen baru-baru ini?  Tentunya kesemua Adun dari PR juga tidak perlu mengangkat sumpah dan kita tidak perlu wujudkan kerajaan negeri, tidakkah lojiknya begitu?  Mengapa MP dan Adun mengangkat sumpah dan mengapa kita wujudkan kerajaan negeri atas nama PR?  Adakah kita telah bersetuju bahawa tiada penipuan di dalam PRU 13 yang lalu?

Biarlah kita buat keputusan yang bijak.  Di dalam kita menentang penipuan yang dilakukan oleh SPR, kita mesti menghantar wakil kita di Parlimen dan Dun kerana desakan dan tekanan kepada SPR khususnya mesti dilakukan melalui Parlimen dan Dun, mesti juga direalisasikan di luar Parlimen/Dun oleh individu, kumpulan NGO, parti-parti politik dan sebagainya.  Apa jua bentuk dan pendekatan mesti kita sokong asalkan tekanan kita kepada SPR lebih efisyen.  

Apakah kita yakin, tanpa wakil kita di Parlimen/Dun maka SPR akan berubah?  Adakah dengan memboikot PRK maka SPR akan faham tuntutan kita?  Kita silap jika memikirkan sedemikian, dan yang pasti adalah Umno/Bn kerana mereka akan terus kekalkan Kerusi Dun K.Besut seterusnya mentadbir Terengganu dengan amat mudah.  Bukankah itu pengkhianatan kita kepada rakyat Terengganu yang selama ini amat komited menyokong kita?