Sabtu, 31 Mei 2014

MATC/PEMILIHAN DI PAYA BESAR HARI INI - SIAPA PILIHAN AKU?

HARI ini (31/5/14), tiba giliran aku pula untuk mengundi bagi pemilihan pimpinan Cabang Paya Besar dan pimpinan Pusat.  Demokrasi mesti diraikan walaupun tiada kewajipan dari segi perlembagaan parti untuk kita mengundi, namun apalah ertinya menjadi ahli di dalam satu-satu jemaah jika kita tidak ambil kisah siapa pemimpin kita.  

Di dalam kepala aku sudah di setkan siapa pimpinan Cabang yang aku yakin lebih baik kerana bagi aku yang menawarkan diri sebagai Ketua Cabang itu terdiri dari yang baik-baik belaka, paling kurang lebih baik dari pimpinan Umno.  Di Paya Besar, jawatan Ketua Cabang ada dua calon.  Seorang adalah Penolong Setiausaha parti di peringkat negeri, manakala seorang lagi adalah mantan bekas calon parti di dalam PRU 13 yang lalu.  Kedua-duanya telah bekerja untuk parti dan ada jasanya kepada parti.

Jawatan Timbalan Ketua Cabang pula, terdapat dua calon juga.   Seorang berbangsa Cina dan seorang lagu berbangsa Melayu.  Adakah aku mesti memilih berdasarkan kaum?  Jika aku fanatik sangat dengan kaum, buat apa aku sertai PKR?  Lebih baik aku sertai Umno, sebab Umno memang untuk kaum Melayu.  Tentunya aku memilih yang telah menunjukkan kerja dan berminat untuk membantu parti.  Jadi, perkauman aku tolak ke tepi.

Di peringkat Pusat, aku ada dua pilihan kini bagi aku memilih siapa Timbalan Presiden.  Calonnya ada tiga, tetapi aku akan pilih satu daripada dua yang aku rasa terbaik untuk parti.  Satu lagi calon awal-awal lagi aku rejek dari pemikiran aku kerana terlalu banyak "jasa'nya merosakkan parti.  Naib Presiden pula, yang pastinya aku mahu tentukan YB Fuziah berada di dalam Naib Presiden.  

Aku harap pagi nanti, MATC dan pemilihan akan berjalan dengan baik.  Jika ada yang mahu wujudkan suasana tegang, calon berkenaan akan aku rejek dari pilihan aku.  Tidak mudah untuk aku buat pilihan kerana kedua-dua calon Ketua Cabang rapat dengan aku.  Aku mahu lihat salah seorangnya akan jadi pemimpin yang aktif di Paya Besar nanti.  Jika sekadar mahu jawatan tetapi tidak berminat untuk kembangkan parti, elok rasanya jangan bertanding.

 

Jumaat, 30 Mei 2014

PENING UMNO DIBUATNYA DI TELUK INTAN......


TARIKH 31 Mei 2014 (Sabtu) ini, sekali lagi PR buat kejutan, InsyaAllah, apabila kita berjaya memalukan Bn dengan 'hatrik' PRK selepas Kajang dan Bukit Gelugor.  PRK biasanya Bn hebat dengan seluruh jentera turun membantu kempen termasuk media haprak TV3 suku serta Utusan meloya.  

Najib punya lah gelabah sampaikan menjanjikan jawatan Menteri kepada calon Bn, Pengerusi Gerakan Datuk Mah Siew Keong.  Ada kaum Cina kisah dengan tawaran tersebut?  Mereka tidak kisah pun kerana jika jadi Menteri sekalipun apa yang Menteri ini boleh buat?  Bukankah berpuluh tahun memang ada Menteri dari kalangan kaum Cina, tetapi apa yang Umno lakukan pada kaum ini?  Hanya ayat "Apa Cina Mahu" atau "Cina balik tongsan" yang selalu kedengaran.  Ingat kaum Cina lupa?  Ingat kaum Cina lupa dengan sepanduk provokasi 13 Mei?

Kaum Cina kini sudah jauh lebih bijak berpolitik dari kaum Melayu yang hanya tahu sebut "BR1M".  Tidak semua Melayu bodoh kerana yang bodoh telah berada di sebelah kumpulan "Syaitan yang dikenali".  Bak kata Mahdey Kutty Karala, mana ada yang cerdik duduk dalam parti keris telanjang tanpa sarung itu?  Apatah lagi baru-baru ini kaum Cina cukup marah bila politik menyepak dan menendang pintu pejabat parti lain.  Ini bukan budaya politik kaum Cina.  MCA pun marah dengan sekumpulan bodoh yang menyepak pejabat DAP itu.  Lagi lah bodohnya yang menceroboh Dewan Undangan Negeri P.Pinang.

Tidak sabar rasanya nak saksikan 'hatrik'di Teluk Intan.  Jeritan "Ketuanan Melayu" langsung tidak kedengaran kerana yang bertanding mewakili DAP adalah Melayu.  Yang lawan Melayu bernama Dyana ini pula adalah kaum Cina.  Pening Umno dibuatnya!!

Penamaan calon: 19 Mei;
Mengundi: 31 Mei;
Undi awal: 27 Mei

Bil pusat mengundi: 36 pusat pengundian (35 saluran - undi biasa dan 1 saluran- undi awal)

Pusat Penamaan Calon: Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak

Pusat Penjumlahan Undi: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib

Selasa, 27 Mei 2014

USTAZ KIASU RIDHUAN TEE BUAT CONTOH BODOH UNTUK MEMBODEK


APA yang kamu merepek ni Ustaz Ridhuan Tee atau "Ustaz Kiasu" ini?  Kamu masih mahu bicara soal perkauman lagi?  Modal untuk kamu mahu pertahankan kepala otak perkauman kamu itu maka kamu gunakan Islam?

Apa kata ustaz Kiasu ini; (Penuh di sini)

"(Pemain negara, Datuk Lee) Chong Wei lawan (pemain China) Lin Dan adalah contoh naif untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia.

"Kedua-dua adalah Cina. Tentu kita menyokong Cina Malaysia daripada Cina China.

"Katakan, Chong Wei lawan (bekas pemain negara, Datuk) Misbun (Sidek) atau Lin Dan lawan (pemain Indonesia) Taufik Hidayat, ketika itu siapakah yang akan disokong?

"Justeru tidak perlulah berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia tetapi mengundi ultra kiasu," katanya.

Mualaf itu berkata demikian bagi menjawab satu tulisan dalam satu akhbar berbahasa Inggering yang menurutnya menuduh beliau mengalami krisis identiti kerana sering mempertahankan golongan Melayu.

Ridhuan menjelaskan, pendiriannya sebelum ini dibuat kerana mempertahankan Islam.

Tidak perlulah kamu bersungguh-sungguh mahu bodek Umporno.  Sekuat mana pun kamu ampu parti tak guna itu, kamu takkan boleh berubah dari insan berbangsa Cina kepada Melayu.  Cina tetap Cina.  Cina tidak hina, tetapi yang hinanya bila orang Cina seperti Ustaz Kiasu ini memburukkan kaumnya sendiri dengan cara menggunakan Al-Quran.  Prasangka buruknya kepada kaum Cina, khususnya DAP amat ketara.  

Aku nak tanya Ridhuan Tee, banyak mana dah Cina DAP rembat harta dan hak rakyat?  Hak Melayu berapa banyak pemimpin DAP sapu?  Berapa banyak pemimpin Melayu yang rembak hak rakyat?  Melayu itu dari Umporno ke PAS atau PKR?  Bandingkan dengan pemimpin DAP yang Ridhuan Tee selalu dakwa jahat itu.  Contoh yang Ridhuan Tee beri di atas, jika Chong Wei lawan Misbun, kita akan sokong siapa?  Jangan jadi bodoh Ridhuan.  Peminat sukan bukan bangang macam kamu.  Mereka meminati seseorang ahli sukan bukan kerana bangsa atau kaum tetapi bakat yang ada padanya.

Contoh mudah, ramai orang Melayu Islam tidak suka dengar kamu berceramah agama bukan kerana kamu itu Cina.  Mereka tidak suka dengan kamu sebab kamu terkenal dengan sifat mengampu.  Pendakwah yang kuat menjilat pemimpin yang berkuasa tidak ubah seperti anjing.  Sebab itulah kamu tiada peminat.  Bukan masalah kamu itu Cina atau Mamak Kutty dari Karala.  

Jika mahu pertahankan Islam bukan dengan cara hina atau pandang buruk kepada kaum lain.  Kamu dari dulu tidak pernah bersangka baik dengan DAP sedangkan yang banyak menyusahkan rakyat, rasuah, zalim, kaki fitnah, hina Raja tu dari puak mana?  Bukankah dari puak yang menyuapkan mulut kamu dan ahli keluarga kamu sekarang?  Cukuplah membodek....lagi kuat bodek, lagi hina kamu di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat nanti.

Isnin, 26 Mei 2014

UMNO/BN SEMAKIN "HATRIK" TEWAS DI DALAM PRK


PR semakin menghampiri 'hatrik' menumbangkan rejim dan sekutunya di dalam PRK. Bermula di Kajang, kemudian semalam diumumkan anak kepada Mendiang Karpal Singh, Ram Karpal telah menang besar di PRK Parlimen Bukit Gelugor sehinggakan calon-calon Bebas yang lain termasuk dari Parti PCM telah hilang deposit.

Memang patut pun Bn tidak meletakkan calon kerana mereka sudah terbau deposit akan hilang dan ini amat mengaibkan. Kini, malu terbesar bakal menanti mereka pula iaitu di PRK Parlimen Teluk Intan. Seandainya calon DAP, Dyana Sofya menang maka lengkaplah 'hatrik' buat Bn. Tentu malu besar buat parti yang memerintah kerajaan yang disokong oleh 47% itu.

Sebab itulah di Teluk Intan sekarang mereka berusaha dengan berbagai cara agar PR tidak lagi menang. Kita sebagai penyokong PR semakin bersemangat apabila Bukit Gelugor berjaya kita pertahankan.

Memang kita mahu 'ajar' Umno/Bn dengan cara 'hatrik' tewas di dalam PRK.