Jumaat, 27 Jun 2014

DUA UGUTAN PEMUJA LYNAS, KAMI SANGGUP BELI

BARU-baru ini salah seorang aktivis yang juga mantan Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta @ Bung Hatta telah diugut oleh salah seorang pencacai yang begitu memuja kilang Lynas.  Pencacai yang bernama Atan Beserah itu melalui FB nya mengajak rakan-rakan beliau untuk 'mengerjakan' Hatta secukup-cukupnya jika ketemu berikutan aktivis ini secara langsung berkempen kuat membantah Lynas serta turut terlibat di dalam Himpunan Anti Lynas di Gebeng pada petang Ahad yang lalu.

Bung Hatta diugut untuk disaman dan dipukul?
Sebelum itu, salah seorang pemuja Lynas bernama jika tidak silap Faiz, juga turut mengugut untuk menyaman Hatta ekoran status di dalam FB Hatta yang kononnya menghentam Faiz serta kumpulan yang mencetuskan provokasi di hadapan IPD Kuantan sejurus beberapa orang kumpulan Anti Lynas ini dimasukkan ke lokap malam itu kerana berhimpun di Gebeng. 

Dua ugutan, satu untuk saman dan satu lagi untuk pukul.  Kedua-dua ancaman itu datangnya dari kumpulan yang sama iaitu pemuja Lynas dan pencacai murahan yang sebelum ini pernah menunjukkan kehebatan dan samsengnya terhadap pintu Pejabat DAP.  Tapi, kali ini mereka silap.  Mereka mengugut bukan pintu yang tidak bernyawa.  Hatta bukan pintu dan Hatta bukan bersendirian.

Bukan untuk mencari gaduh kerana bagi kami tidak suka membeli kepada orang yang tidak menjual.  Namun, kami bukan kedekut sangat untuk membeli jika kepingin sangat untuk menjual.  Hatta dan rakan-rakan sudah biasa dilokap, dipukul dan disepak oleh FRU atau SB di dalam banyak perhimpunan maka tidak canggung rasanya jika puak pencacai mahu menguji kami.

Khamis, 26 Jun 2014

AKHIRNYA MCA LAPAR JUGA DENGAN UMPAN NAJIB


HIDUP Melayu !!  Itu mukaddimah aku untuk MCA yang kalah teruk di dalam PRU 13 yang lalu dan pernah berjanji untuk tidak akan menerima sebarang jawatan di dalam kabinet kononnya bertanggungjawab sangat terhadap prestasi buruk mereka, akhirnya lembik tengkuk dan merasa 'lapar' jua.  Di dalam Bn, siapa tidak tahu bahawa kuasa dan jawatan adalah segala-galanya.  

Najib pun tahu kelemahan anak-anak buahnya, tidak lebih dan tidak kurang sama seperti pencacai di akar umbi yang lain.  Jika untuk pencacai, beri saja BR1M maka tersedawa habis mereka dan lupa segala-galanya.  Begitu jugalah dengan eksekutif di dalam MCA, nampak zahir saja seperti hebat dan bertanggungjawab dan berintegriti apabila berjanji dengan masyarakat Cina bahawa MCA tidak akan terima sebarang jawatan di dalam Kabinet jika MCA tewas teruk di dalam PRU 13.  Alaahhh...semua ini di dalam poket Najib.  Akhirnya, umpan saja jawatan maka umpama ayam daging kelaparan ditabur dedak.

Rakyat di bawah melihat saja mereka diperbodohkan.  Hidup Melayu, pemimpin MCA jadi Menteri setelah merata-rata kelentong rakyat.  Orang Melayu sudah lama kita tahu standard mereka, dan kali ini kaum Cina di dalam Bn pun semakin sampai ke tahap serendah pemikiran kaum Melayu di dalam parti keris telanjang tanpa sarung itu.  Adakah kita jadi susah hati?  Tidak ada sebab mahu susah hati sebaliknya ini satu peluang kepada kita untuk memaklumkan kepada rakyat mainan politik Umno dan MCA ini.

Malaysia hebat bukan kerana ekonominya yang baik di dunia.  Malaysia tidak hebat sekiranya hanya berharap kepada seekor Panda yang disewa.  Malaysia hebat kerana di antara ranking Menteri paling ramai dan Tuan Penasihat 20 persen kepada Najib paling ramai di dunia.  Itu lah hebatnya kita.
 


Selasa, 24 Jun 2014

SAPU DUIT LEMBU, SANGGUP BERHABIS BELA PANDA, KUTIP DERMA UNTUK FIRDAUS?

BERLANJUTAN penemuan seorang insan malang, Muhammad Firdaus seorang OKU berusia 15 tahun di Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai baru-baru ini di mana ditemui di dalam keadaan amat menyedihkan, maka ramai di antara kita melahirkan simpati.  Alhamdulillah, mangsa ditemui dan InsyaAllah akan dapat dipulihkan kembali keadaannya.

Di dalam kita melahirkan rasa simpati, paling memeranjatkan Kak Ijat umumkan untuk buat tabung derma khas bagi membantu Muhammad Firdaus.  Kita ingatkan boleh Kerajaan bantu serta merta tanpa mengutip derma dari rakyat sebagaimana Kerajaan boleh sewa Panda dan biayai penginapan berhawa dingin untuk binatang dari China tersebut dengan kos puluhan Juta Ringgit.  Mengapa untuk Muhammad Firdaus tidak sanggup untuk biayai?

Setelah kamu songlap RM250 Juta duit lembu kondo untuk tembolok keluarga kamu, kamu mahu rakyat menderma?  Bukan rakyat tidak mahu bantu malah kita telah lama buat kerja menderma ini, tetapi di mana sikap dan tanggungjawab kamu?  Tidakkah merasa berdosa bertindak sedemikian?  Atau, alang-alang berbuat dosa makan duit rakyat maka elok saja diteruskan.

Sebab itu aku kata tidak boleh biarkan jenis bangsat ini berkuasa!!