Sabtu, 14 Februari 2015

US NASA SUDAH MULA TUNJUK TARING "UG" BILA TOK GURU TIADA

MALAM tadi, aku menonton berita di Astro Awani.  Banyak berkisar tentang berita kepulangan ke Rahmatullah, Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada Khamis malam Jumaat dan dikebumikan pada pagi Jumaat yang mulia siang tadi.  Al Fatihah.

Tiba-tiba muncul suara mantan Timb Presiden PAS, Us Nasa.  Beliau diminta mengulas tentang masa depan PAS dan PR setelah ketiadaan Tok Guru Nik Aziz.  Beliau menjawab, dengan tiadanya Anwar Ibrahim (dipenjara) dan Tok Guru Nik Aziz yang telah meninggal dunia, maka kajian semula boleh dibuat oleh PAS tentang kerjasama mereka dengan PR.  PAS perlu melihat kepentingan Melayu Islam, katanya.  Lagi pun katanya, DAP telah banyak menunjukkan sikap menolak dasar Islam yang ingin dibawa oleh PAS.

Us Nasa pun mungkin secara tidak sengaja menyebut, sebenarnya usaha untuk bersatu dengan amno ini telah pun bermula di tahun 2008, namun gagal walaupun usaha itu mendapat restu Majlis Syura PAS. Cuma Us Nasa tidak sebut usaha itu gagal disebabkan adanya Tok Guru Nik Aziz.  Ertinya, tepatlah seperti yang juga disebut oleh Us Ahmad Awang di dalam Muktamar beberapa tahun dulu iaitu UG memang wujud waktu itu.
Paling mengejutkan, jika Tok Guru Nik Aziz pun tidak setuju dengan UG, apakah Majlis Syura waktu itu buat keputusan tanpa pengetahuan Tok Guru?

Lupakan itu.  Ini bukan salah PAS.  Sekarang PAS pun sudah nyatakan tiada lagi UG.  Tidak mungkin PAS akan bekerjasama politik atau bergabung dengan amno.  Almarhum Tok Guru Nik Aziz pun selalu sebut, selagi dia hidup dia takkan redha PAS ber UG bersaama amno.  

Nah, mungkin Us Nasa melihat ini peluang terbaik.  Tok Guru Nik Aziz sudah tiada.  Anwar pun di dalam penjara untuk tempoh 5 tahun.  Peluang terbaik untuk Us Nasa realisasikan cita-citanya yang gagal dulu.  Persoalannya, adakah penyokong-penyokong PAS kesemuanya bengap macam dia?

Tabik Ketua Pemuda PAS, sdr Suhaizan Kayat di dalam berita yang sama, dengan tegas sebut adalah lebih baik PAS terus perkuatkan PR.

 

Khamis, 12 Februari 2015

MARAHKAN AZMIN, ANWAR JADI MANGSA

ANWAR telah disumbatkan di dalam penjara.  Pertamanya terima kasih kepada pimpinan-pimpinan PR yang sudi bersama Anwar disaat getir pada 10 Feb baru-baru ini.  Dari DAP, pimpinan utamanya hadir berikan sokongan dan terpancar komitmennya menentang kezaliman walaupun DAP bukan parti Islam dan Lim Guan Eng bukan ulamak.  Dari PAS, aku tidak pasti bos mereka hadir atau tidak, tetapi ada juga pimpinan PAS yang hadir walaupun mereka bukan Ulamak.

Melawan kezaliman itu kewajipan Islam.  Untuk melaksanakan hukum Islam, tentulah menentang kezaliman ini mesti diutamakan.  Bagaimana mahu wujudkan perundangan Islam seperti hukum Hudud jika kita abaikan melawan kezaliman, kecuali jika kita merasakan Anwar memang bersalah.  Tetapi kita kata Anwar memang dihukum oleh sistem yang tidak adil, kita luahkan simpati tetapi kita tidak hadir beri sokongan.  Maka jangan pelik jika Non Muslim ketawakan kita dan merasakan cita-cita untuk melaksanakan hukum Islam itu hanya mainan politik.  

Aku tidak peduli siapa hadir atau yang tidak hadir untuk memberikan sokongan.  Yang hadir itu adalah mereka yang kenal siapa Anwar dan apa yang Anwar telah lakukan kepada rakyat di negara ini.  Ada yang simpati dengan Anwar, tetapi kerana bencikan kepada Azmin mereka tidak tunjuk muka pun di Mahkamah Putrajaya.  Kebencian mereka pada azmin, Anwar mereka ketepikan bahkan di dalam FB terlalu galak mereka menyerang Azmin sekaligus mereka menunjukkan tidak simpati langsung pada anwar.  Ada yang ketawa panjang dan menunjukkan kesyukuran mereka apabila Anwar dihukum penjara.  Puas hati mereka kerana masuknya Anwar ke dalam penjara seolah-olah dendan mereka pada Azmin berbayar.

Kalau kamu tidak mahu bersama Anwar lagi, ramai lagi yang akan meneruskan kerja yang ditinggalkan oleh Anwar.  Kerja kamu teruslah membelasah Azmin dan usah pedulikan Anwar di sebalik tembok penjara Sg Buluh itu.  Dendam kamu biarlah Anwar bayar.

Anwar bukan tidak tahu ini semua.  Dia tahu tetapi dia bukan pengemis sokongan kamu.  Dia telah buat apa yang perlu dia buat lebih 17 tahun semenjak dia dihukum di dalam kes Fitnah Liwat I dulu.  Perjuangan dia melangkau dari kepentingan diri dan keluarganya, jauh sekali untuk Azmin yang kamu musuhi itu.  Kamu katalah apa saja kepada Azmin tetapi aku dapat melihat keikhlasan kamu selama ini.  Aku pun bukan pemuja Azmin tetapi aku tahu Anwar adalah yang terbaik yang kita ada.  Menyokong Anwar bukan bermakna taksub kepadanya atau Azmin.

Sebelum Anwar masuk penjara kamu tidak berbuat apa-apa kerana bagi kamu menyokong Anwar sama seperti menyokong Azmin.  Tetapi apabila Anwar dihukum penjara, kamu bangkitkan pula soal mengapa Azmin tidak berbuat apa-apa?  Kamu yang tidak tunjukkan setiakawan kepada Ketua Umum, tetapi kamu bising di luar seolah-olah kamu telah berjuang bersama Anwar sebelum ini.

Mencari saja salah Anwar dan salah Azmin.  Kamu rasa puak kamu saja yang terbaik.  Kamu mahu Anwar menjadi seperti Nabi atau Malaikat?  Tiada salah atau dosa?   Kamu tidak pernah lakukan kesalahan?  Anwar telah difitnah dan pejuang ini dizalimi.  Walaupun Anwar ada melakukan beberapa tindakan politiknya yang mungkin tidak tepat, tetapi siapa boleh nafikan kehebatan pejuang ini di dalam membantu PR?  Apakah kita lupa jasa-jasanya yang begitu banyak hanya kerana beliau tidak mengikut kehendak kita?  

Sebagai pemimpin, tentulah ada percaturannya yang betul dan tepat, ada juga yang tidak tepat.  Itu lumrah sebagai pemimpin.  Yang pentingnya adakah pemimpin Umno/Bn lebih baik dari Anwar? 

Isnin, 9 Februari 2015

KEPUTUSAN MESYUARAT YANG BIJAK SEKALIGUS MENAFIKAN UG TIADA TEMPAT

SELESAI satu tugas Ketua Pembangkang yang mencabar juga tapi berjaya dilakukannya.  Tugas terakhir sebelum beliau ditentukan nasibnya samada merengkok dalam penjara atau terus berada di hadapan memimpin bala tentera PR menentang rejim Umno/Bn.  Tugas terakhirnya petang semalam adalah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang akhirnya dihadiri juga oleh Presiden Pas, Tok Guru Hj Hadi dan pemimpin DAP, Guan Eng dan Kit Siang.  Presiden PKR, DS Wan Azizah juga turut hadir.


Tidak panas pun mesyuarat petang semalam.  Cuma yang panas sebelah pagi sebelum Mesyuarat AJK PAS Pusat berlangsung di mana Ketua Pemuda PAS Kuantan buat sidang media dan bersama para penyokongnya berdemo menuntut Dr Hatta dan kuncu-kuncunya meletakkan jawatan kononnya menyerang Presiden.  Namun panasnya seketika, dan tahyol pun terserlah bila SUA PAS sendiri nyatakan 'tiada konspirasi' untuk jatuhkan Presiden.  


Mesyuarat di sebelah petang berjalan baik sehingga selesai.  Sekali lagi sepakat untuk bersama PR.  Kecewa tentunya puak Umno dan sekutunya UG untuk melihat Hj Hadi bertegang urat dengan Anwar mahupun Guan Eng.  Jika ini berlaku, ada harapan boleh keluar dari PR dan melompat masuk tong najis umporno.  Keyakinan aku tetap tak berubah, PAS bukan parti hingusan.  PAS bukan boleh diperbodohkan oleh UG kerana PAS majoriti pemimpinnya lebih kenal Umno dari apa yang UG kenal.  Aku tidak pernah menyabitkan UG dengan PAS kerana aku percaya dengan keputusan Muktamar PAS yang lalu bahawa PAS tiada kaitan dengan UG.  Ertinya, aku serang UG bukan serang PAS.  Ramai yang salah faham tentang ini.

Buktinya, PAS masih komited dengan PR.  Jika PAS ada UG, tentulah ini tidak berlaku.  UG yang berada di luar sana biarlah mereka berkokok sehingga bermandi minyak sekalipun, kami tetap lawan UG.  Sayangi PAS, sayangi PR, wajib lawan UG.  UG tidak ada di dalam PAS sama juga PAS tidak iktiraf PasMa.  Bezanya aku sokong PasMa walaupun NGO itu tiada kaitan dengan PAS kerana bagi aku PasMa menjadikan Umno sebagai musuh utama, berbeza dengan UG yang ingin bercinta dengan Umno.  Itu beza.

Tugas Anwar selesai.  Anwar berjaya di dalam mesyuarat 'terakhir'nya dan paling berkesan berjaya membawa Tok Guru Hj Hadi hadir.  Tahniah buat Hj Hadi.  Selepas ini, biarlah kita semua menjadi saksi apakah keputusan mesyuarat itu direalisasikan atau tidak.  Waktu itu baru kita tahu keikhlasan masing-masing.  Kesimpulannya, masing-masing sedang memperbetulkan salah dan silap masing-masing kerana tidak semua kita ini sempurna.  

Ahad, 8 Februari 2015

INGATKAN DEMO BANTAH GST ATAU HARGA BARANG TADI, RUPA-RUPANYA.....

BETUL-betul aku tertipu hari ini.  Member beritahu ada demo di Jalan Raja Laut untuk membantah GST dan kenaikan harga barang di dalam keadaan harga minyak yang sudah turun.  Rupa-rupanya silap.


Rupa-rupanya ada demo untuk desak Dr Hatta letak jawatan.  Aku malas komen sebab itu hal dalaman mereka.  Cuma aku rasa jika Dr Hatta dibuang pun, berebut yang mahu ambil sebab bukan mudah mahu cari pejuang yang berani mati.  Kalau pejuang yang pandai berkokok dalam FB saja, kasi free pun tiada siapa yang mahu walaupun hebat atau kebal kerana mandi minyak.


Ini lah Dr Hatta.  Siapa yang rajin turun demontrasi jika tidak kenal Dr Hatta ertinya dia tidor sewaktu demontrasi.  Jika yang tak pernah turun demontrasi asyik pegang tasbih di pondok yang dibiayai oleh amno, itu aku tak pelik, memang tidak akan kenal Dr Hatta.

Tahniah Dr Hatta.  Itu tanda anda hebat dan digeruni oleh UG.