Sabtu, 6 Februari 2016

RAKYAT KEDAH MALANG DAPAT MB MACAM PATUNG

ISU MB Kedah sudah selesai.  Mukhriz telah dijatuhkan dan Bashah ganti Mukhriz.  Ada orang tanya, di antara Mukhriz dengan Bashah ni siapa yang aku sokong?  Bagi aku, sesiapa saja yang ber'bin'kan Umno, tetap aku tidak sokong kerana ianya mewakili parti kebangsaan tersebut.  Umno musuh kepada PH, maka ianya musuh aku juga.

Peribadinya, tidak semua pemimpin di dalam Umno itu zalim atau rasuah.  Namun, mereka tetap salah kerana berada di dalam parti yang zalim itu.  Sebaik mana pun peribadi mereka, jika meletakkan dirinya di dalam wadah yang jahat, maka hilangkan kredibilitinya.  Tiada lagi maruah padanya.

Di antara kedua-dua pemimpin yang masih berada di dalam Umno itu, Mukhriz dan Bashah, mana satu lebih baik?  Aku tidak mahu jawab mana satu lebih baik di antara kedua-dua pemimpin yang berada di dalam parti zalim ini.  Cumanya, siapa di antara mereka sedikit berani?  Kalau Tun Mahathir berani tegur dan kritik Najib, semua faham bahawa Tun berani kerana dia tidak ada jawatan apa-apa di dalam parti.  Dia tidak perlu takut hilang jawatan pun.  Apabila Mukhriz yang menegur dan kritik Najib ketika beliau masih memegang jawatan MB Kedah yang Najib sendiri lantik, bagi aku Mukhriz ada keberanian.  Apakah Bashah berani mengkritik Najib?

Kalau aku ahli Umno, walaupun aku berada di dalam parti zalim ini tapi aku akan sokong Mukhriz kerana berani menegur pemimpin zalim di dalam parti zalim.  Aku tidak akan sokong Bashah kerana Bashah tidak menunjukkan keberanian langsung.  Bagaimana rakyat Kedah boleh hidup di bawah MB yang penakut?  Apakah rakyat Kedah suka MB mereka hanya patung semata-mata?

Jumaat, 5 Februari 2016

PAKATAN HARAPAN MENOLAK HUKUM SYARIAH ?

Petikan ucapan Adun Tg Lumpur ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Cawangan Taman Temerloh Jaya baru2 ini;

" Katanya, dasar Islam yang diperjuangkan Pas tidak pernah berubah dari dahulu sehingga kini.

Beliau berkata, penegasan Pakatan Harapan bahawa parti itu menolak syariah Islam yang dipersetujui kesemua anggotanya baru-baru ini seharusnya menyedarkan pengundi Islam bahawa tiada masa depan bagi penganut Islam jika parti itu berkuasa di Putrajaya.

Menurutnya, parti-parti lain kesemuanya memperjuangkan sekular sama seperti Umno/BN dan ia menunjukkan bahawa tidak akan ada perubahan jika rakyat menyokong parti berkenaan.

“Sudah jelas kenyataan parti berkenaan menolak sistem Islam secara total tanpa dolak dalih lagi, jadi apakah yang diperjuangkan oleh bekas ahli Pas dalam parti itu,” katanya."
(Sumber: http://www.tranungkite.net/v12/modules.php… )

AKU harap ucapan itu disalah petik atau sengaja dikelirukan oleh sumber berita ini. Apa yg aku tahu, Ustaz Rosli akan bercakap sesuatu yg dia tahu dan mustahil beliau akan terikut2 dengan lain2 pemimpin yg suka bercakap ikut mulut tanpa sedar ianya merupakan satu fitnah seperti yg terjadi kpd KM P.Pinang, Guan Eng baru2 ini.

Samasekali tidak masuk akal untuk menyatakan PH menolak syariah Islam yang mana di dalam masa yg sama Pas berkata masih bertahalluf siyasi dengan KEADILAN. Jika beliau yakin bahawa KEADILAN itu menolak syariah Islam, adakah beliau berani untuk mencadangkan kpd Pas Pusat agar Pas memutuskan hubungan dengan KEADILAN termasuk di Selangor?

Apa bukti dan hujah Ustaz Rosli untuk menyatakan PH menolak syariah Islam, tidak pula beliau sebut. Mana dia kenyataan resmi dari PH yang menyebut PH menolak syariah Islam? Apakah kerana PH tidak bersetuju dengan kaedah atau pendekatan Pas di dalam isu Hudud yg jelas gagal di dalam pendekatannya itu sebagai menolak hukum syariah? Kedah pernah diperintah oleh Pas selama sepenggal di bawah MB nya seorang ulamak, Almarhum Ustaz Azizan, namun Dun Kedah tidak pernah bincang pun soal Hudud di Kedah. Apakah Ustaz Rosli anggap Kedah waktu itu menolak syariah Islam?

Apakah pendekatan PH untuk mensejahterakan rakyat, melawan kezaliman dan menegakkan keadilan itu bukan dari ajaran Islam? Jika Pas anggap menasihati Umno itu satu pendekatan baik ke arah melaksanakan hukum Islam, manakala bagi PH menentang Umno secara total itu adalah pendekatan kami yang terbaik, itu hanya perbezaan dari segi pendekatan. Kamu yakin dengan Umno untuk laksanakan kehendak Islam, kami tidak yakin. Itu saja bezanya. Adakah kerana perbezaan itu maka kami boleh dianggap melanggar syariat Islam?

Apakah syariah Islam itu membenarkan fitnah seperti yang terjadi kepada Lim Guan Eng? Apakah membuat fitnah kepada calon rakan2 sendiri sebagai pengedar pil kuda walaupun tiada bukti bahkan tidak kenal pun siapa calon yang edar pil kuda itu merupakan salah satu dari syariah Islam?

PH telah pun membentuk persefahaman bersama. Di dalamnya tiada satu pun yang menyebut tentang menolak syariah Islam. Bahkan, Perlembagaan ketiga2 parti samada KEADILAN, Dap mahu pun Amanah tiada satu pun yang menolak syariah Islam. Islam bukan boleh tertegak hanya pada sekeping kertas, tetapi Islam boleh ditegakkan dengan usaha serta kebijaksanaan bagi meralisasikannya. Islam juga tidak boleh berdiri hanya dengan menyebut Hudud semata2. Menolak hukum Hudud jelas menjadi kafir, tetapi mendahulukan kehendak dan kewajipan Islam yang lain tidak boleh ditakrifkan sebagai kafir atau menolak syariah Islam.

Sekiranya Ustaz Rosli tidak berkata seperti apa yang dilaporkan, aku mohon maaf kepadanya atas komen ini. Jika memang benar beliau berkata demikian, maka aku anggap beliau juga penyebar fitnah sehingga beliau boleh membawa bukti dan hujah di atas kenyataannya itu.

Khamis, 4 Februari 2016

APA KATA HUSAM KEPADA PRESIDEN PAS ?

Ahad, 31 Januari 2016

DI SELANGOR JUGA ADA BAUKSIT ?

TAHUKAH anda di Selangor pun ada Bauksit?  Aku pun baru tahu apabila diberitahu di dalam Forum Bauksit yang diadakan di Pusat Khidmat Adun Semambu, Kuantan baru-baru ini.  Forum malam itu dihadiri oleh MP Kuantan, YB Fuziah Salleh dan MP Shah Alam, YB Khalid Samad dan wakil dari Pemuda Amanah serta Ketua AMK Pahang.

Walaupun di Selangor terdapat Bauksit, namun tiada satu pun lesen dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mana-mana syarikat melombong Bauksit di negeri tersebut.  Adakah Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB DS Azmin Ali tidak mahu duit dan keuntungan banyak hasil dari perlombongan Bauksit?  Jawapannya, duit dan harta seluruh dunia ini tidak boleh membayar nilai nyawa dan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat.  Untungnya rakyat Selangor yang tidak lagi teringin kepada Umno/Bn menjadi Kerajaan Negeri.

Ini tidak berlaku di Pahang.  Pahang diperintah oleh Bn ditunjangi oleh Umno.  Isu Bauksit di Kuantan bukan lagi isu tempatan, negeri mahupun negara.  Pencemaran akibat perlombongan Bauksit ini telah tersebar ke seluruh dunia.  Entah berapa ramai wartawan-wartawan dari media-media asing telah turun ke Kuantan bagi melihat sendiri kerakusan perlombongan Bauksit di sini.  Walaupun setelah ditekan dan didesak oleh Pembangkang, maka aktiviti perlombongan Bauksit telah digantung selama 3 bulan, namun apakah kita bersedia untuk melihat aktiviti perlombongan ini akan diteruskan selepas itu?

Aku difahamkan setelah tamat tempoh tiga bulan ini iaitu bulan Mac, aktiviti perlombongan hanya terhad kepada membawa sisa-sisa Bauksit yang masih berbaki sekarang untuk dibawa ke Pelabuhan.  Sisa-sisa ini mesti dibawa keluar agar tidak terbiar dan lebih mendatangkan keburukan di kawasan perlombongan.  Selepas itu, kita harap aktiviti ini dihentikan terus.  Jika ini benar-benar dipraktikkan, mungkin kita boleh bersetuju untuk menghadkan aktiviti perlombongan tersebut tetapi ianya mesti mematuhi syarat-syarat yang ketat seperti yang dipersetujui oleh kerajaan Pusat sendiri.  

Ianya satu penyakit yang telah merebak, maka hanya perlu kepada rawatan saja.  Rawatan dan pantang larang.  Mencegah penyakit lebih baik dari merawatnya.  Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor belajar dari apa yang terjadi di Pahang.  Kerajaan Negeri Selangor berjaya mencegah penyakit Bauksit ini.