Khamis, 30 Jun 2016

DAKWAAN TERPILIH, KEZALIMAN DIBANTU OLEH PENGAMPU TERMASUK 'ULAMAK SU' "

LIM GUAN ENG telah pun dibawa ke pengadilan, itu pun jika benar ada lagi keadilan di bumi Malaysia ini.  Ada yang memandang sinis dan serong apabila ramai penyokong-penyokong PH memberikan sokongan kepada Guan Eng.  Bagus, itu satu solidariti terhadapnya kerana beliau masih belum dibuktikan bersalah.

Ramai yang memberikan solidariti kepada Guan Eng juga bermaksud mereka amat marah dengan sikap rejim yang mengamalkan dasar 'pendakwaan terpilih'.  Jelas, terang lagi nyata terdapat aduan, terdapat bukti kukuh dan pengakuan sendiri oleh Najib di dalam isu 1 MDB dan wang di dalam akaun peribadinya RM 2.6 Bilion itu, di mana tindakan?  Bila mahu didakwa?  Jika pun tiada kes, mana dia keterangan dan jawapan yang konkrit terhadap skandal2 yang satu dunia telah tahu itu?

Pendakwaan terpilih.  Itu sebab rakyat merasakan Guan Eng memang benar2 menjadi mangsa.  Begitu juga terhadap kes2 lain yang melibatkan pimpinan Pembangkang, mungkin kecuali dari Pas, yang begitu pantas diambil tindakan, satu demi satu.  Mana dakwaaan terhadap Najib?  Jangan ingat rakyat Malaysia semuanya bodoh kecuali yang telah diperbodohkan dengan dedak.  Dedak sekarang bukan makanan orang-orang bodoh saja malah kini menjadi makanan asasi golongan ugamawan atau yang mengaku 'ulamak'.

Kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku sekarang, sedikit sebanyak ada campurtangan golongan2 "Ulamak Su' " ini.

Isnin, 27 Jun 2016

KE MANA MAHATHIR DAN MUHYIDDIN AKAN PERGI?

MAHATHIR sememangnya terlibat di dalam menganiayai DSAI dan banyak lagi salah laku Mahathir sewaktu beliau berkuasa meskipun negara waktu itu tidak ranap dan terhina seperti sekarang di bawah Najib.

Almarhum Us Fadzil pernah mendoakan dua perkara terhadap Mahathir. Pertama, semoga Mahathir insaf dan bertaubat. Kedua, sekiranya Mahathir masih tidak mahu insaf dan terus berlaku zalim waktu itu, Almarhum Us Fadzil berdoa agar Mahathir dipanjangkan usianya agar dapat melihat sendiri "hasil tangan' kezalimannya itu berlaku ke atas diri atau keluarganya.

Nah, sekarang Mahathir sudah tiada kuasa lagi. Apa yg terjadi kpd beliau dan keluarganya iaitu Mukhriz? Baru Mahathir kenal erti kezaliman dan ketidakadilan. Subhanallah, berkat sungguh doa Almarhum Us Fadzil.

Begitu juga dengan Muhyidin Yasin. Sewaktu DSAI difitnah untuk kali keduanya dan kemudiannya dihukum penjara angkara fitnah jahat itu, Muhyiddin ketika itu berjawatan tinggi iaitu TPM. Apa yg mampu Muhyiddin buat untuk menamatkan fitnah ke atas DSAI? Beliau tidak berbuat apa2 bahkan menegur Najib pun tidak termampu oleh beliau.

Nah, sekarang apa yg terjadi kpd Muhyiddin? Beliau dipecat dengan cara yg begitu tidak adil, katanya. Beliau hanya dipecat dari jawatan TPM dan Timb Presiden Umno dan ahli Umno. Beliau hanya hilang itu saja. Apa yg dialami oleh Muhyiddin bagaikan taik kuku saja berbanding apa yg ditanggung oleh DSAI di mana maruahnya diri dan keluarganya diaibkan.

Mahathir atau Muhyiddin hanya hilang itu saja. Mereka tidak merasa tidur di dalam penjara jauh sekali disepak dan diterajang separuh mati. Jauh beza umpama langit dan bumi berbanding apa yg DSAI alami.

Kedua2 mereka telah menerima 'kifarah' dari apa yg telah mereka lakukan sewaktu mereka berkuasa. Kedua2 mereka kini baru kenal erti kezaliman dan ketidakadilan.

Allah masih memanjangkan usia mereka dalam keadaan kesihatan yg masih baik. Tidak seperti DSAI sekarang yg semakin uzur di dalam penjara, hanya kekuatan semangat serta doa kami di luar penjara yg membuatkan DSAI masih mampu bernafas dan tersenyum.

Tidak terlewat untuk Mahathir dan Muhyiddin menghisab diri masing2. Memohon keampunan dari Allah dan kepada insan serta rakyat yg pernah dizalimi dan teraniya itu lebih baik dan utama daripada melaungkan "turun Najib'. Apalah ertinya jika Najib turun tetapi kamu masih memikul dosa yg besar kpd kezaliman yg pernah kamu lakukan? Percayalah, akan tiba masanya Najib juga akan merasai seperti yg kamu rasai.

Rakyat tidak boleh menerima Mahathir bukan kerana Mahathir melawan Najib, tetapi kerana Mahathir masih belum membersihkan dirinya. Tiada ruginya jika Mahathir mengakui kesalahannya yg lampau dan memohon maaf kpd DSAI serta keluarganya dan rakyat yg pernah disakitinya.

Apakah Mahathir atau Muhyiddin akan bersama kita menentang kezaliman Umno/Bn? Teringat aku akan kisah Nabi S.A.W pernah berdoa untuk kedua tokoh yg terkenal zalimnya diwaktu itu " “Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai; Umar bin Khattab atau Abu Jahal bin Hisyam”. Akhirnya, Umar Al Khattab memeluk Islam dan menjadi pembela Islam dan Nabi yg amat digeruni oleh musuh2 Islam selepas itu.

Itulah kerja Allah. Kita merancang, Allah menentukan.