Ahad, 3 Julai 2016

MUHYIDDIN TIDAK LAYAK MENJADI KETUA PEMBANGKANG

BERITA yang menyebut Muhyidin Yasin akan menganggotai Pakatan Harapan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang ternyata satu berita yang palsu.  Ini disahkan sendiri oleh YB Khalid Samad selaku Pengarah Komukasi Amanah di mana beliau menyebut isu ini timbul apabila beberapa kenyataan dari Mazlan Aliman telah disalah petik.

Muhyiddin sebenarnya tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Kak Wan, jauh sekali untuk menggantikan DSAI.  Beliau tiada kekuatan dan auranya untuk memikul tugas berat selaku Ketua Pembangkang.  Jika sekadar beliau adalah penentang Najib, beliau tidak layak untuk tugas itu kerana tugas Ketua Pembangkang bukan sekadar mahu jatuhkan Najib tetapi Ketua Pembangkang mesti membawa Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno/Bn seterusnya melengkapkan PH untuk mengambil alih Putrajaya.  Muhyiddin tiada komitmen ini.  Mahathir yang jauh lebih hebat dari Muhyiddin pun tiada komitmen ini.

Apakah Muhyiddin boleh diterima menyertai PH?  Jawapannya, tentu boleh kerana PH tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang ingin bersama perjuangan PH.  Apakah Muhyiddin bersedia untuk mengiktiraf DSAI adalah bakal PM sekiranya PH berjaya ke Putrajaya?  Apakah Muhyiddin bersedia untuk menerima Kak Wan selaku Ketua Pembangkang?  Apakah Muhyiddin bersedia dan akur dengan prinsip2 yang termaktub di dalam PH?  Jika tidak bersedia, Muhyiddin boleh lupakan hasrat untuk bersama PH.