Sabtu, 16 Julai 2016

DULU KU LI BELOT, TIDAK RAMAI IKUT KU LI. MENGAPA TAKUT KALAU MAHATHIR BELOT?

JANGAN PERSIAKAN HARAPAN RAKYAT HANYA KERANA DENDAM KEPADA MAHATHIR

SESUATU benda yg baik yg kita nak buat, Mahathir nak join, terus kita tak jadi buat. Itu tindakan bodoh.
Kita meletakkan Mahathir sebagai insan yg tak boleh membuat apa pun kebaikan di dunia ini. Itu kezaliman, namanya. 

Alhamdulillah, Almarhum Us Fadzil Noor tidak pernah membaca rekod dan sejarah lampau Anwar sewaktu Anwar bangun menentang rejim zalim Mahathir dulu. Waktu itu, Almarhum juga amat berhati2 apabila bersama Anwar kerana ada pimpinan Pas waktu itu curiga dengan Anwar. Kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil Noor lah maka Umno/Bn sekarang kekal tanpa suara majoriti di Parlimen.

Memang benar sejarah lalu, Mahathir menentang Pak Lah dan Mahathir keluar Umno. Apabila Pak Lah turun, Mahathir masuk Umno semula. Jika ini ditakdir berlaku, mengapa kita harus bimbang? Bukankah kita juga ada sejarah dari Semangat 46? Ku Li dipecat dari Umno dan menubuhkan Semangat 46. Semangat 46 menjalinkan hubungan dengan Pas sehingga berjaya merampas Kelantan. Akibat dedak, Rais Yatim orang kanan Ku Li menyertai Umno semula dan menjadi menteri. Kemudiannya diikuti oleh Ku Li sendiri. Semangat 46 bubar.

Apakah Pas rugi waktu itu? Tidak. Di dalam parti Semangat 46 tidak ramai yang menyertai Umno semula, bahkan ramai yg menyertai Pas kerana marah dengan tindakan Ku Li belot kpd perjuangan. Pas cuma hilang Ku Li dan Rais Yatim tetapi Pas dapat ribuan para penyokong baru bekas Semangat 46. Seandainya Mahathir belot dan umum menyertai Umno semula, apakah kita yakin semua penyokong Mahathir akan mengikutinya? Kita jangan lupa, kekuatan Mahathir menjatuhkan Pak Lah dulu adalah kerana adanya sokongan dari belakang pimpinan Umno sendiri yg mahu Pak Lah turun. Berbeza dengan sekarang, siapa pimpinan Umno yg sokong Mahathir untuk jatuhkan Najib? Semuanya telah Najib cantas dan buang awal2. Situasi berbeza. Mahathir sudah tiada kekuatan untuk kembali bersama Umno kerana tiada lagi pimpinan Umno yg ada di dalam kabinet Najib yg menyokongnya.

Sejarah ini mungkin membuatkan Anwar menerima dan menyokong tindakan Mahathir untuk menubuhkan parti barunya untuk bersama PH melawan rejim Umno/Bn.

Khamis, 14 Julai 2016

APABILA ADA SUARA-SUARA PENYATUAN MAKA SAHUTLAH DENGAN IKHLAS

RAMAI pihak yang mengulas tentang cadangan Timb Presiden Pas, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru agar pembangkang kembali bersatu dan fokus kepada musuh sebenar, dan pastinya yang dimaksudkan oleh beliau itu adalah Umno/Bn, bukannya Keadilan, Dap mahupun Amanah.  

Seruan beliau itu disambut oleh kepimpinan Keadilan melalui Timbalan Presidennya, Azmin Ali, begitu juga mendapat respon positif dari Dap dan juga Amanah.  Ertinya, semua sedar tiada gunanya kita mengaku parti kita kuat sedangkan Umno/Bn terus berkuasa.  Hakikat yang mesti kita sedar adalah Umno/Bn memang mahu melihat Pembangkang berpecah dan mereka telah berusaha lama untuk mencapai cita-cita mereka.  Hari ini kita lihat usaha Umno/Bn itu semakin mencapai kejayaan melainkan kita cepat sedar dan bertindak.

Setakat ini aku belum lagi membaca kenyataan resmi dari Pas oleh Presidennya atau Mursyidul Am tentang cadangan Ustaz Tuan Ibrahim.  Jika cadangan ini diterima oleh Pas, aku yakin Pas akan meletakkan beberapa syarat.  Tiada masalah jika mana-mana parti yang ingin bersama dalam satu pakatan meletakkan syarat masing-masing kerana kita harus akur bahawa setiap parti sudah tentu akan menjaga kepentingan parti masing-masing terutamanya berkaitan dasar perjuangan mereka.  Keadilan, Dap dan Amanah tentunya mahu melihat jika ada penyatuan di kalangan pembangkang kali ini mestilah bersyarat.  Apatah lagi masing-masing ada pengalaman yang telah dilalui.  Apa yang penting, tiada tuding menuding sesama kita.

Jika ikut emosi dan perasaan, bukan sahaja para penyokong PH yang 'terluka' dengan Pas.  Bahkan, para penyokong Pas juga 'terluka' dengan parti-parti di dalam PH.  Sama-sama telah merasai luka yang dialami akibat bertempur sesama sendiri.  Justeru itu, jika benar-benar ikhlas ingin bersatu, hanya dengan satu syarat iaitu kita mesti kenal musuh utama kita dan jatuhkan musuh utama terlebih dahulu sebelum kita berbicara tentang apa yang boleh kita lakukan untuk menjayakan dasar parti kita masing-masing.

Aku yakin, Umno/Bn pasti berkubur di dalam PRU14 nanti jika semua parti pembangkang iktiraf Umno/Bn adalah rejim yang wajib ditumbangkan.  Politik matang seharusnya matang di dalam bertindak mendepani musuh.  Banyakkan kawan, kurangkan musuh.  Cari jalan untuk berbaik dan bersatu bukannya cari jalan untuk berpecah.

Isnin, 11 Julai 2016

TV3 SUKU GASAK KELANTAN PULA, MAHU KATA APA?

MENGAPA masih ada yang masih bodoh percaya kepada TV3 suku?  Ada yang guna TV3 suku ini untuk jatuhkan sesama Pembangkang, malahan sanggup bersekongkol dengan TV3 suku untuk menghentam Dap.  Kalau mereka itu dari puak Umno, aku tidak hairan sangat.  

Waktu PRK Sg Besar dan K.Kangsar, setiap malam puak-puak ini berganding bahu dengan Umno untuk menghentam Dap dan Amanah, terutamanya.  Peliknya, tidakkah mereka kenal haramjadah yang bernama TV3 suku itu?  

PRK dah pun selesai dan Umno seronok dengan keputusan yang mereka perolehi.  Bagaimana pula dengan puak yang lagi satu yang bersekongkol dengan Umno gunakan TV3 suku sepanjang kempen tersebut?  Menangkah?  Atau, meningkatkah undi mereka?  Berbaloikah hanya memberi alasan kita kalah di dunia, tapi menang di Akhirat.  Apa jaminan kamu akan menang di Akhirat bila kamu tewas di dunia?  Adakah Allah minta kita cari jalan untuk tewas?

Berita jam 8 mlm sebentar tadi, teruk kerajaan Kelantan kena belasah oleh TV3 suku.  Isu banjir mereka mainkan dan memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan negeri.  Jangan lupa, bukan Dap yang menerajui Kelantan.  Setelah kamu bersama-sama Umno melanyak Dap di dalam PRK baru-baru ini, kini media mereka melanyak kerajaan negeri Kelantan.  Tidakkah isu air ini lebih hebat di Pekan, kawasan Parlimen Najib?  Di Kedah juga ada kampung yang digelar "Kampung Tanpa Air".  Siapa perintah Pahang dan Kedah?  Mengapa mereka serang Kelantan?  Kamu masih tidak sedar lagi?

Umno tidak pernah tahu berkawan.  Mereka akan berkawan dengan kita bila mereka ada kepentingan.  Bila mereka rasa tidak lagi penting, mereka akan lanyak kita secukupnya.  Sekarang, Kelantan dihebahkan satu negeri di bawah Ulamak yang gagal urus air.  Mana penting, air atau hukum hudud?  Itu mainan mereka.  Tidak faham dan tidak kenal lagi Umno?