Selasa, 10 Oktober 2017

TUN M TEBUS SILAPNYA TERHADAP TIAN CHUA


Kita masih ingat, di era reformasi, di antara tokoh yg hebat adalah YB Tian Chua, waktu itu beliau tidak berapa dikenali lagi. Namanya mula dikenali dan menjadi sebutan dibibir para reformis adalah kerana sikapnya yg berani, tidak padan dengan batang tubuhnya yang kecil dan kurus itu.

Beliaulah yg berani menghalang trak FRU dari terus mara menyembur air ke arah para reformis. Beliaulah di antara yg diseret, disepak dan diterajang bahkan ditangkap waktu itu. Waktu itu beliau bukan sesiapa, jauh sekali dari seorang Wakil Rakyat. Mungkin, Anwar sendiri waktu itu tidak kenal insan bertubuh kecil ini.


Ya. Era reformasi paling getir dan mencabar adalah dizaman Tun M jadi PM. Tian Chua menghadapi kesukaran dan penderitaan banyak dizaman Tun M. Kalaulah ada lagi insan lain selain dari Anwar yang patut berdendam dengan Tun M, tidak lain tidak bukan orang itu di antaranya adalah Tian Chua. Tapi, kedua2nya bukan berjuang untuk diri sendiri. Mereka berjuang untuk rakyat.

Apakah manusia tidak diberi peluang oleh Allah untuk berubah? Anwar diberi peluang untuk berubah, sebab itu Anwar memiliih untuk menentang Umno sedangkan beliau mempunyai satu langkah saja lagi untuk menjadi orang nombor satu di negara ini jika beliau mahu akur dengan kezaliman. Begitu juga dengan Tun M. Beliau memilih untuk berhijrah dari terus menyokong rejim Umno yang beliau pernah pimpin lebih dari 20 tahun.

Tidakkah Allah suka kepada manusia yang melakukan hijrah dari berada dalam kelompok yang tidak baik kepada yang lebih baik? Hanya Iblis dan syaitan sahaja yang suka agar kita melakukan kejahatan dan berterusan menyokong kejahatan. Allah melihat penghujung hayat kita.

Pada malam Solidariti terhadap YB Tian Chua yg di dalam penjara untuk tempuh sebulan, Tun M dan isterinya menyusupi waktu malam yang dingin untuk berada bersama para penyokong yang bersolidariti untuk Tian Chua. Beliau dan isteri menandatangani sokongan terhadap Tian Chua. Tentu terfikir oleh Tun M, apa lagi yang mampu beliau lakukan untuk menebus kesalahannya terhadap Tian Chua. Tun M sanggup ke hulu ke hilir di dalam usianya yang melebihi 90 tahun untuk membela nasib rakyat. Umno yang dulunya beliau pimpin kini terlalu banyak dosanya kepada rakyat, maka Tun M terpaksa korbankan usia tuanya untuk menebus kembali hak rakyat.

Biarlah apa orang mahu perkatakan tentang perubahan sikap Tun M. Sekurang-kurangnya Tun M tidak tersesat di penghujung usianya, InsyaAllah. " Kita mesti memerintah, barulah kita boleh bebaskan Anwar dan lakukan reformasi", itu kata-kata Tun M pada malam itu. Siapa sangka, 'musuh reformasi' itu kini mahu melakukan "reformasi"?. Aku yakin, atas semangat Tun M sekarang yang begitu berani malah lebih berani dari kita, ramai di antara kita sudi memaafkannya atas perkara yang lalu.

9 ulasan:

  1. Kesimpulannya PH=BN, Keadilan=UMNO, Anwar=Mahathir, semuanya kaki temberang

    Mahatir semasa dia memusuhi Anwar kerana Anwar cuba mengugat kedudukannya sebagai PM telah menuduh Anwar sebagai peliwat, Anwar pula dalam usahanya untuk menjatuhkan Mahathir pada masa itu telah menuduh Mahathir telah merompak harta rakyat untuk mengkayakan kroninya, telah menuduh Mahathir memperjudikan wang Negara dalam Forex melalui proksinya pada masa itu iaitu Tan Sri Mohd Nor Yaacob. Tetapi apabila kedua-duanya duduk dalam kandang yang sama, anwar telah membersihkan Mahathir dalam isu forex semasa dipanggil sebagai saksi RCI baru-baru ini dan begitu juga dengan Mahathir. Umno pun macam tu juga,mana-mana menteri yang letak jawatan dan cuba memburukan BN akan disiasat, contohnya DS Husni Hanzalah bekas menteri kewangan kedua, tapi kalau bela UNMO semuanya selamat, tengok saja Anuar Musa.

    Katakan lepas ni Najib akan tersingkir oleh Partinya dan masuk PH untuk melawan partinya semula seperti Mahathir, Najib pun akan bersih dari isu 1MDB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mustahil ... Najib berani keluar dari UMNO ... dari datuk ke ayah semua nya UMNO .. Mahathir cuma dia dengan anak nya sahaja yang UMNO...


      Mahathir bukan sekali ini sahaja keluar UMNO .. kena pecat pun dah ..

      Sesiapa yang keluar UMNO kerana penyesalan dan kesedaran, boleh di terima.

      Tapi kalau Najib nak masuk pembangkang untuk menyelamat kan diri... Najib masuk kandang rimau..

      Dakwaan menyucikan Mahathir adalah disangkal kerana sesiapapun dari kalangan pemimpin yang keluar dan lawan UMNO .. di hina begitu teruk dan di tuduh dengan bermacam-macam keburukan..


      Apabila mereka di gambarkan begitu jahat dan buruk ..lalu akan timbul persoalan kalau mereka buat salah.. mengapa mereka berani lawan UMNO ?


      Padam
    2. Tak ada salahnya nak berebut jadi Ketua .. Tapi jangan pancung lawan dengan mengguna keududukan dan kuasa yang ada..

      Anwar lawan Mahathir bukan sebab kuasa tetapi kedua-dua nya mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza untuk menghadapi isu ketika itu..
      Lalu timbul lah kononnya berlaku perbuatan kuasa.

      Tapi Najib menghalang orang lain menonjol dan sekira nya ini menjadi kan nya sebagai PM antara PM yang terbaik tidak apa lah jugak..

      Masa Najib nampak sangat kekeringan idea ..

      Padam
  2. Kah Kah Kah....... Itulah asas perjuangan Din Patin dan rakan2 PH...... Mahathir telah dibersihkan dan disucikan dgn begitu mudah pabila dia join PH.... sikit masa lg najib pula..... Ya lawan tetap lawan sbb matlamat depa sebenarnya ialah kuasa! Pedulikan agama, maruah atau apa saja walaupun terpaksa guna tipu helah dan putar belit..... Sekejap Maha firaun sekejap penyamun sekejap wira dan pejuang... Doonia oh Doonia!

    BalasPadam
    Balasan


    1. Begitu lah jika di fikirkan balik bagaimana Shafie Apdal begitu kotor setelah keluar dari Parti bersih tanpa rasuah ...


      Mahathir yang dulu begitu wangi mahu di peluk cium tiba-tiba sahaja jadi busuk apabila keluar UMNO...


      Padam
    2. Huh...najib pun senang je dibersihkan oleh peguam negara...tp malang, still kotor

      Padam
  3. Gelabah biawak penyokong Najib pencuri bila Tun M mencari jalan menghapuskan kleptokrasi dalam Umno. Sangat membimbangkan rejim Najib bila rakyat bersatu dan berazam menjatuhkan kleptokrat terkenal Najib dan Rosmah seperti Marcos dan Imelda di Filipina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib jauh lebih teruk dari Kasim Baba... habis licin bersih gua harta rakyat dengan mentol-mentol sekali kena kebas !

      Padam