Isnin, 6 Mac 2017

BERUNDING DENGAN PAS SATU IJTIHAD ?

BIARKAN MEREKA BERIJTIHAD UNTUK SEBULAN DUA SAJA LAGI

Ada yg bertanya, apa strategi dan motifnya beberapa pimpinan PPBM dan Keadilan yg masih berdamping dengan Pas dalam beberapa program?

Jawapannya;

1. Sudah tentu Pas tidak akan berdamping dengan Amanah kerana Amanah menjadi penyebab luka parah kpd Pas sehingga kini. Pas juga tidak akan berdamping dgn Dap (Kecuali Sgor atas faktor keduniaan) kerana secara jelas Pas telah istihar tiada hubungan lagi dengan Dap melalui muktamarnya walaupun tanpa bahas.

2. Pas sedaya upaya cuba untuk menunjukan bahawa parti itu masih lagi dilihat parti Pembangkang yg kononnya untuk melawan Umno/Bn juga, maka rakan yg masih ada untuk Pas layan adalah Keadilan dan PPBM. Parti IKATAN, kawan sah kpd Pas ibarat tidak wujud pun.

3. Di dalam Keadilan dan PPBM pula, terdapat beberapa pimpinan yg masih merasakan ada peluang untuk membawa Pas bersama dalam barisan Pembangkang bagi merealisasikan satu lawan satu dengan Umno/Bn di dalam PRU14 nanti. Justeru itu, mereka cuba untuk menunjukkan sikap ingin berbaik dengan Pas agar lembut hati Pas. Walaupun ramai yg tahu dan yakin, tindakan ini tidak akan berjaya kerana ramai yg telah mengenali Pas, perangai dan tabiatnya. Namun bagi aku ianya satu ijtihad iaitu berbaik dengan Pas untuk satukan Pembangkang.

4. Ijtihad ini telah dicuba oleh Amanah, bahkan Kit Siang pernah mencuba ijtihad ini, namun gagal, bezanya pimpinan Dap dan Amanah tidak meneruskan ijtihad tersebut kerana bagi mereka banyak membuang masa untuk cuba berbaik dengan Pas. Dap dan Amanah ingin melihat sejauh mana beberapa pimpinan PPBM dan Keadilan masih 'keras hati' untuk meneruskan ijtihad mereka.

5. Aku sedikit pun tidak merasa khuatir tentang tindakan dan ijtihad beberapa pimpinan tersebut. Bagi aku, sekuat mana pun mereka berusaha untuk memujuk Pas agar berada dalam satu barisan Pembangkang bagi menjatuhkan rejim zalim Umno/Bn, akhirnya yg diguna pakai oleh Pas nanti adalah 'Fatwa Hadi". Itu pemutusnya.

6. Apakah 'Fatwa Hadi"?. Hadi telah menyatakan tiada hubungan Tahalluf Siyasi dengan mana2 parti yg bekerjasama dengan Dap dan Amanah. Itu fatwanya. Cuma, fatwa ini akan berkuatkuasa pada Muktamar Pas pada bulan April ini nanti. Pada Muktamar Pas nanti, jika Hadi tidak buat U-Turn, maka tentunya Pas akan wartakan 'fatwa Hadi" tersebut kecuali Hadi buat "U-Turn".

7. Kesimpulannya, segala usaha beberapa pimpinan PPBM dan Keadilan untuk membawa Pas menyertai pakatan Pembangkang akan menjadi sia-sia dengan 'fatwa Hadi' pada Muktamar Pas nanti. Kecuali, PPBM atau Keadilan sanggup buat kerja bodoh meninggalkan Dap dan Amanah hanya untuk bersama Pas.

8. Aku yakin, mustahil Keadilan akan meninggalkan Dap dan Amanah. PPBM, aku tidak berani memberikan keyakinan kerana PPBM adalah parti baru yg mungkin belum kenal 'siku dan lutut' Pas lagi.

9. So, jangan bimbang. Pas tetap akan bersendirian dalam PRU14 nanti dan kita mesti bersedia bertanding lebih dari 3 penjuru. Kalau tidak percaya, tunggu Muktamar Pas akan datang. Biarkan beberapa pimpinan ini dengan ijtihad mereka dalam tempoh sebulan dua saja lagi sebelum "Fatwa Hadi' diwartakan.