Khamis, 4 Mei 2017

SIAPA YANG PALING DITAKUTI OLEH NAJIB, PH ATAU PAS?

KALAU aku jadi Najib, aku lebih takut kpd PH, kerana;

PH - Berkeinginan tinggi utk jatuhkan rejim Umno/Bn sehingga mereka berpakat, menolak kepentingan sendiri, melupakan perselisihan lama, dan berusaha sungguh untuk mendaftarkan PH dengan satu logo, dan PH akan bertanding di semua Kerusi Parlimen.

Aku (Najib) tidak takut sekepeng pun kpd Pas, kerana;

Pas - Tidak ada cita2 untuk jatuhkan rejim Umno/Bn, bahkan mengeluarkan 'fatwa' jangan jatuhkan Umno/Bn kerana yg bakal menggantinya nanti adalah Sosialis. Dalilnya, Pas hanya mahu menang di 80 Kerusi Parlimen sahaja yg menjadikan mustahil Pas boleh tubuhkan kerajaan bersendirian. Apabila Pas mustahil boleh jadi kerajaan, maka mustahil Pas boleh buat Hudud yg Umno/Bn amat takut sekali.

Oleh kerana takutnya Najib kpd PH, pelik apanya tiap2 mlm media kawalan mereka buruk2kan PH dan memuji melambung Pas? Rakyat yg bijak boleh memikir ini semua, kecuali Walaun.

Selasa, 2 Mei 2017

PUTUS HUBUNGAN KAMI SETUJU, TAPI JANGAN BERBOHONG

UNTUK menyatukan semua bukan mudah, makan masa berpuluh tahun. Hendak memusnahkan cukup mudah, cukup dengan Muktamar, maki hamun lebih kurang dan cari alasan walaupun tak masuk akal. Putus hubungan dgn Dap buat dlm Muktamar tanpa bahas. Kali ini, putus hubungan dgn Keadilan juga dalam Muktamar tapi masih tertakluk kepada Majlis Syura.

Aku mengikuti ucapan perwakilan dalam muktamar terutamanya dari Dewan Ulamak kerana lazimnya Dewan Ulamak ini boleh dipercayai dan takkan berbohong. Malangnya, kesemuanya bohong dan hipokrit belaka. Aku cuba ulas betapa hipokritnya ulamak Pas dalam dewan ulamak;

Kata perwakilan mewakili Ulamak, sebab2 perlu Putus Tahalluf dengan Keadilan adalah kerana :

1.PKR terlibat sokong PAN di 2 PRK Sg Besar & K.Kangsar.

Pas tahu, di dalam PH ada 3 parti waktu itu, iaitu Keadilan, Amanah dan Dap. Apabila berlaku PRK di Sg Besar dan K. Kangsar, PH tentulah akan bermesyuarat untuk menentukan parti mana yg akan mewakili PH menentang Umno/Bn di dua kawasan berkenaan. Sewaktu wujud PR dulu pun, itulah caranya kita berbincang. Malangnya, di dalam PH, Pas sendiri tidak mahu terlibat di dalam gabungan ini maka tentulah Pas tidak terlibat di dlm perbincangan menentukan parti yg bertanding.

Namun, PH masih terbuka terhadap Pas. Kita cadangkan untuk lebih adil dan menentukan satu lawan satu dengan Umno/Bn di dua kawasan berkenaan, ada cadangan agar di bahagi dua di antara Amanah dan Pas. Itu cara tolak ansur PH. Malangnya, Pas ego dan mendabik dada bahawa kedua2 Kerusi tersebut adalah Kerusi tradisi Pas maka Pas mesti bertanding di kedua2 kawasan berkenaan. Ertinya, Pas sengaja mahu adakan 3 penjuru di kedua2 kawasan tersebut dgn cara mengelakkan rundingan dengan baik.

Maka, dibuat tuduhan bahawa Keadilan menyokong Amanah di kedua2 kawasan tersebut bererti Keadilan khianat Pas. Apakah kerana kamu ada masalah dengan Amanah, maka Keadilan mesti juga khianat kepada rakan kami di dalam PH, iaitu Amanah? Kamu yang bergaduh, kami mesti juga bergaduh dengan musuh kamu? Itu bukan cara Islam.

2.PKR gagal beri sokongan pd pindaan RUU355,di lihat cenderung menentang sprti DAP.
Pertamanya, apa yang Hadi bawa masuk dalam Parlimen itu? Semua kita tahu bahawa Hadi bawa masuk itu adalah USUL untuk meminda Akta 355 melalui Usul Persendirian. Menjadi kelaziman, setiap usul akan dibahas terlebih dahulu. Selagi tidak dibahas, jauh sekali dari diundi sokong atau tidak, mana ukuran Pas bahawa Keadilan mahupun PH menolak USUL Hadi?

Buktinya, kesemua MP mewakili Keadilan, Amanah dan Dap telah bersedia untuk membahaskan usul tersebut. Apakah pada fikiran Ulamak Pas setiap perkara yang melibatkan agama tidak boleh dibahas dan jika dubahas dianggap menolaknya? Jelas, dakwaan Ulamak Pas itu adalah satu pembohongan jika tidak pun satu kejahilan tentang prosedur di Parlimen.

3.Kenyataan celupar pemimpin2 Keadilan terhadap PAS.
Siapa pemimpin Keadilan yg bercakap celupar kepada Pas itu? Anwar Ibrahim? Kak Wan ? Pernahkah Anwar memburukkan Pas atau Hadi? Pernahkah Kak Wan memburukkan Pas atau Hadi? Apa yang kita dengar sebaliknya, Hadi pernah burukkan Kak Wan dengan menyatakan Kak Wan tidak layak menjadi MB Selangor. Hadi juga pernah burukkan Keadilan apabila membuat fitnah besar dengan menuduh calon Keadilan mengedar pil kuda dan berfahaman Komunis semata2 Pas ingin bertanding di beberapa Kerusi yang Keadilan akan bertanding. Sampai sekarang Hadi tidak pernah buktikan tuduhan beliau itu. Oleh kerana Hadi tidak sebut nama, maka beliau menang kes saman yg dibuat oleh salah seorang bekas calon Keadilan di Terengganu. Dalam keputusan Hakim, jelas memang ada unsur fitnah oleh Hadi tetapi beliau terselamat kerana tidak sebut nama siapa pengedar pil kuda itu. Apakah Islam membenarkan membuat fitnah dengan syarat tidak menyebut nama orang yang kita tuduh?

Kalau ucapan dari lain2 pimpinan Keadilan yang menghentam Pas diambil kira, maka adakah pimpinan2 Pas tidak pernah menghentam Keadilan? Siapa yang mahu menjiratkan Kak Wan jika Kak Wan tidak menyokong RUU Akta 355? Orang yg sama juga pernah fitnah Kerajaan P.Pinang kononnya di P.Pinang azan tidak dibenarkan.

Paling lucu, seorang Wakil dari Pasir Mas yg menyokong usul dari Dewan Ulamak ini berkata, Keadilan juga telah melanggar perjanjian Pakatan Rakyat untuk pertandingan Satu lawan satu di PRK Sg Besar dan K.Kangsar. Ketinggalan agaknya lebai Pasir Mas ini. Tidakkah beliau sedar sewaktu PRK Sg Besar dan K.Kangsar berlaku, Pakatan Rakyat telah pun berkubur? Bila masanya ada perjanjian waktu itu?

Aduhaii...macamlah parti lebai ini tidak pernah langgar perjanjian sewaktu berada di dalam Pakatan Rakyat.

Kesimpulannya, ini semua alasan Pas untuk menghalalkan kerjasama parti tersebut dengan Umno. Cuma kita ternanti2, pada muktamar akan datang dengan siapa pula parti ini akan bermusuh? Kalau tidak bermusuh, tidak seronok untuk bermuktamar.

#Pray4ributmuktamar