Khamis, 30 November 2017

YB KHALID SAMAD DAN KOBAT DI MENTAKAB AHAD INI (03/12/17)

YB KHALID SAMAD AKAN JELASKAN MENGAPA PH MENOLAK BAJET NAJIB BARU2 INI - PROGRAM CERAMAH DI TAMAN SAGA, MENTAKAB AHAD (03/12/17) INI 
 
ISU menyokong Bajet, menolak dan berkecuali menjadi kontroversi di kalangan kita. Bagi rejim yg ingin terus berkuasa dan meneruskan dasar mencekik darah rakyat, tentunya mereka akan pertahankan Bajet yang mengekalkan GST tersebut.

Pakatan Harapan pula, sepertimana tahun2 yang lalu terus istiqomah menentang apa jua dasar dan urustadbir yang mencekik darah rakyat yang sedang menderita sekarang. Bagi Pakatan Harapan, penyakit ekonomi dan kesengsaraan rakyat kini tidak boleh diubati dengan sebiji dua 'panadol' berupa Brim, bonus atau wang tunai secara 'One Off". Pakatan Harapan mahu kerajaan melihat masalah sebenar rakyat sekarang untuk diatasi di dalam jangkamasa panjang

Atas sebab itu lah, Pakatan Harapan tiada pilihan lain kecuali menolak Bajet yang terang, jelas dan nyata tidak akan mampu mengubah nasib rakyat. Di dalam Bajet yang dibentangkan itu, terkandung satu virus penyebab penyakit terbesar iaitu GST, maka mana mungkin Pakatan Harapan tergamak untuk 'berkecuali' jauh sekali untuk menyokongnya.

Ramai yang masih keliru, apakah dengan sikap Pakatan Harapan yang menolak Bajet itu bererti kita menolak pembangunan dan gaji untuk kakitangan awam? Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa mengambil sikap 'berkecuali' itu sudah memadai untuk membela nasib rakyat.

YB Khalid Samad, MP Shah Alam yang terkenal dengan sikapnya yang 'vokal' di Parlimen akan menjawab kesemua persoalan ini. Saya mewakili KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) akan mengulas beberapa isu politik semasa yang ditimbulkan oleh pihak lawan.

Orang ramai dijemput hadir pada hari Ahad ini (03/12/17) Jam 08.30 mlm bertempat di Bilik Gerakan Utama (BGU) Dun Lanchang, Jln Saga 8, Taman Saga, Mentakab bagi mendapatkan maklumat-maklumat semasa.

Mohon hebahkan !!