Rabu, 3 Januari 2018

APAKAH MUSTAHIL PAHANG DIRAMPAS OLEH PAKATAN HARAPAN ?

INI bukan dari analisis mana2 pihak. Ini analisis saya dari pandangan saya setakat ini. Analisis ini, terutamanya dari segi peratusan kaum, mungkin sedikit tersasar tapi rasanya tak jauh lari pun.

Pakatan Harapan sebenarnya masih ada peluang menang di banyak Kerusi Dun di Pahang ini sekiranya gerak kerja yg ada sekarang tidak menurun bahkan digandakan.

Di antara Kerusi Dun yang mampu direbut oleh Pakatan Harapan, walaupun pertandingan lebih dari dua penjuru, atas faktor peratusan pengundi Cina besar adalah;

1. Cheka (M-70.06%) (C-23.87%) (I-4.96%)
2. Benta (M-62.07%) (C-27.54%) (I-10.22%)
3. Damak (M-56.55%) (C-34.24%) (I-5.85%)
4. Lanchang (M-58.09%) (C-21.28%) (I-16.28%)
5. Dong (M-62.15%) (C-32.68%) (I-2.88%)
6. Lepar (M-76.65%) (C-18.30%) (I-2.61%)
7. Luit (M-80.53%) (C-15.28%) (I-1.39%) (OA-2.57%)
8. Sg Lembing - Saya masih tak dpt peratusan yg agak tepat lagi.

Manakala, Dun yang merupakan kawasan Melayu tradisional namun dimenangi BN bawah dua ribu undi majoriti yang mampu direbut oleh Pakatan Harapan adalah;

1. Padang Tengku (M-91.88%)
2. Tahan (M-94.23%)
3. Inderapura (M-92.67%)
4. Panching (M-84.08%)

Bagi Dun2 yg Umno/Bn menang dgn majoriti lebih dari 3 ribu ke atas, kita juga punyai harapan atas kehadiran parti serpihan Umno iaitu PPBM yang boleh membantu kita untuk mendapatkan undi2 secara senyap dari penyokong2 Umno di situ. Di kawasan ini, pengaruh felda agak kuat, tetapi kita jangan lupa warga felda kita tertekan dengan masalah besar. Contohnya seperti :

1. Pulau Tawar: 12 daerah mengundi (DM) adalah kawasan Felda daripada 17 DM keseluruhan.
2. Chini: Sembilan (9) DM kawasan Felda daripada 13 DM keseluruhan.
3. Kuala Sentul: Lima (5) DM kawasan Felda daripada lapan DM keseluruhan.
4. Kemayan: Tujuh (7) DM kawasan Felda daripada 14 DM keseluruhan.
5. Bukit Ibam: Tujuh (7) DM kawasan Felda daripada 11 DM keseluruhan.
6. Muadzam Shah: Enam (6) DM kawasan Felda daripada 12 DM keseluruhan.

Manakala, Dun2 yang telah kita menangi selain dari Dun yang dimenangi oleh sekutu Umno iaitu Pas, InsyaAllah, terus dikekalkan. Pakatan Harapan 'terpaksa' merampas Dun Beserah dan Tg Lumpur dari Pas kerana usaha kita untuk mengajak mereka bersama dalam Pakatan menentang rejim Umno/Bn ditolak mentah2.

InsyaAllah, jangan pelik jika ada penganalisis turut menyenaraikan Pahang adalah salah satu negeri yang Pakatan Harapan juga punyai potensi untuk mengambil alih kerajaan negeri.