Selasa, 18 September 2018

KENAPA SEKARANG MAHU 'NGOK NGEK NGOK NGEK"?

 
 
Sebaik saja PH menang di Putrajaya pada Mei 2018, Anwar bebas selepas itu. Waktu itu, ramai tidak sabar mahu Anwar kembali beraksi di Parlmen bagi membantu perkuatkan PH dan pentadbiran Tun M

Anwar menjawab, " Tidak perlu tergesa2 untuk beliau masuk Parlimen". Anwar menyebut beliau mahu berehat seketika bersama keluarga dan cucu2nya. Bulan Jun, Anwar masih tidak membayangkan untuk segera ke Parlimen kerana beliau ada banyak jadual bertemu rakan2 pimpinan di dalam dan di luar negara. Beliau juga sibuk dengan mengunjungi Istana seluruh negeri bagi meyakinkan pihak istana tentang kerajaan baru PH.

Bulan Julai, Anwar masih sibuk dengan aturcara peribadi beliau di samping dijemput oleh beberapa negara luar untuk berbicara tentang kesnya dan kerajaan baru PH. Pada bulan Ogos, Anwar mula memberi bayangan dan lebih serius untuk menyatakan beliau kini telah bersedia untuk ke Parlimen. Beliau ingin mendapatan respon ahli2 parti, penyokong2 PH dan rakyat keseluruhannya tentang hasratnya itu. Ternyata, reaksi rakyat amat positif untuk Anwar masuk ke Parlimen.

Bermula bulan September, mula jelas langkah2 Anwar untuk ke Parlimen. Sejak itu, beberapa Ahli Parlimen dan beberapa pimpinan telah mula menyatakan sokongan kuat kepada beliau bahkan ada yang mula menawarkan Kerusi buat tokoh Reformasi ini.

Sepatah ayat pun Anwar tidak sentuh hasratnya untuk mengambil alih jawatan PM sekiranya beliau menjadi Ahli Parlimen. Beliau hanya menyebut kemasukannya ke Parlimen hanya untuk menjadi Ahli Parlimen yang selama ini dinafikan melalui undang2 zalim sebelum ini. Bahkan, beliau tidak putus2 meyuarakan sokongannya kepada PM sekarang dan mahukan rakyat memberikan sokongan padu kepada pucuk pimpinan sekarang. Beliau persetankan kata2 dan penulisan beberapa macai yang cuba melaga2kan beliau dengan Tun M.

Dari bulan Mei hingga ke bulan September, hampir 5 bulan beliau berehat di luar Parlimen dan baru kini mula serius untuk melangkah ke Parlimen, adakah itu menandakan beliau tergesa2? Lebih kurang 5 bulan yang lalu, hanya beberapa orang pimpinan Keadilan saja yang bercakap untuk mendesak Anwar segera beraksi di Parlimen. Mana yang lain?

Mereka yang lain itu hanya bercakap sekarang setelah Anwar umumkan untuk bertanding di Port Dickson. Itu pun mereka bertanya, " Mengapa Anwar mahu bertanding tidak dibincangkan bersama kami terlebih dahulu?". Bentuk soalan itu saja kita sudah boleh faham mengapa mereka membisu selama ini.

Baru sekarang mahu "Ngok Ngek Ngok Ngek".

Isnin, 17 September 2018

MENGAPA "MINAH" INI MELENTING APABILA ANWAR DIUMUM OLEH PARTI UNTUK BERTANDING DI PORT DICKSON?


Saya sempat ikuti Sidang Media di Ibu Pejabat Parti Keadilan, Tropicana, tengahari tadi. Saya secara kebetulan berada di Ibu Pejabat atas urusan Cabang untuk persiapan pemilihan parti pada Okt nanti. Apabila diberitahu akan diadakan Sidang Media berkenaan pengosongan Kerusi Parlimen bagi memberi laluan kepada Anwar berada di Parlimen, saya pun menunggu Sidang Media tersebut.

Apa yang mahu saya pastikan bukan sahaja teka teki di mana Anwar akan bertanding, tetapi yang lebih penting adakah benar dakwaan bahawa strategi meletakkan Anwar ke Parlimen itu adalah strategi 'rahsia' Sdr Rafizi Ramli seorang ataupun itu memang keputusan parti dan kehendak Anwar. Saya juga mahu tahu adakah mana-mana Ahli Parlimen yang mengosongkan Kerusi mereka untuk Anwar itu di'paksa' atau di'tekan' oleh Anwar, Rafizi mahupun oleh parti. Saya mahu dengar sendiri dari mulut pimpinan dan mereka yang terlibat.

Sidang Media berkenaan dimulakan oleh Setiausaha Agung Keadilan sendiri iaitu YB Saifuddin Nasution. Turut hadir antara lain adalah Naib Presiden Sdr Rafizi Ramli, YB Xavier jayakumar, Pengarah Komunikasi YB Fahmi, Bendahari Agung, Datin Paduka Tan Yew Kew dan Ahli MPP, YB Johari Abdul. Jelas, ini bukan 'strategi gelap" Rafizi seorang kerana kesemua di atas adalah pimpinan utama parti dan bukannya kelompok yang dikatakan 'Geng INVOKE". Lebih jelas lagi, Sidang Media itu dibuat di Ibu Pejabat Parti sendiri. Mana mungkin sesuatu yang 'rahsia' atau 'strategi sulit' seseorang atau perbuatan yang melanggar peraturan parti boleh dilakukan secara terbuka di hadapan para wartawan di Ibu Pejabat parti sendiri?
 

SUA Keadilan sendiri di dalam sidang media berkenaan telah menjelaskan bahawa tindakan hari ini adalah di bawah pengetahuan parti dan telah dibincangkan oleh parti terlebih dahulu. Meskipun kita tahu bahawa Anwar sendiri sering sebut sememangnya beliau mahu memasuki Parlimen seberapa segera, namun dari kenyataan SUA Keadilan hari ini menjelaskan bahawa keputusan untuk mengadakan PRK itu adalah di bawah pengetahuan parti. Adalah bohong jika menyatakan ini satu 'rahsia' dan parti tidak mengetahuinya.

Saya juga dengan jelas mendengar sendiri pengakuan MP Port Dickson, YB Datuk Danyal Balagopal Abdullah menyatakan bahawa beliau adalah di antara ramai MP yang menawarkan Kerusi beliau untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan tiada paksaan, tekanan mahupun tawaran dibuat kepada beliau oleh mana-mana pihak bagi mengosongkan Kerusi tersebut. Kelmarin, MP Kuantan YB Fuziah Salleh juga turut menawarkan Kerusi Parlimen Kuantan kepada Anwar. Namun, sepertimana yang dijelaskan oleh SUA Keadilan, Parti dan Anwar telah memilih Port Dickson untuk Anwar atas beberapa faktor, dan pastinya faktor menyumbangkan kemenangan kepada tokoh reformasi ini adalah faktor terpenting. Sekali lagi ianya membuktikan bahawa kekosongan Kerusi Parlimen tersebut adalah secara sukarela, ikhlas dan di atas semangat ingin memperkuatkan lagi Pakatan Harapan.

Ramai pimpinan yang kuat melaungkan 'reformasi' dan 'Hidup Anwar", tetapi tidak ramai yang sanggup meninggalkan Kerusi yang mereka duduki untuk pejuang reformasi ini. Maka, semangat yang ada pada MP Port Dickson ini wajar diberi pujian kerana beliau memikirkan Anwar tidak boleh bercakap, menegur atau memperkuatkan dasar-dasar Pakatan Harapan secara lebih berkesan, kecuali Anwar mesti berada di Parlimen. Persediaan untuk mengangkat Anwar menjadi PM ke 8 tidak kira bila masa sekalipun mestilah bermula dengan Anwar menjejakkan kakinya ke Parlimen. Sewajarnya pimpinan Keadilan yang mahu melihat Anwar lebih berfungsi membantu kerajaan Pakatan Harapan mestilah menyokong dan gembira dengan pengumuman hari ini.

Pelik bin ajaib, saya membaca laporan Malaysiakini, apabila Ketua Wanita Keadilan mempersoalkan pengumuman tersebut kononnya tidak mengikut lunas-lunas parti. Saya menjangkakan Zuraida adalah orang paling gembira dengan pengumuman tersebut kerana sewaktu program Anwar ke Kuantan baru-baru ini, seluruh dewan tempat pertemuan Anwar dengan ahli-ahli Keadilan dipenuhi dengan poster kempen Zuraida. Ramai yang keliru, program petang itu adakah program Anwar atau program kempen Zuraida? Tidak mengapa, beliau ingin menumpang 'tuah' Anwar mungkin. Tentulah beliau orang yang kasih kepada Anwar. Tentulah beliau paling suka Anwar cepat memasuki Parlimen, tidakkah begitu?

Petang tadi, Kak Wan mengeluarkan kenyataan bahawa langkah ini dilakukan antara lainnya adalah untuk mengembalikan hak Anwar untuk berada di persada politik tanahair yang selama 11 tahun dinafikan apabila Anwar dipenjarakan atas tuduhan fitnah jahat. Salahkah Anwar kembali untuk memperjuangkan apa yang beliau perjuangkan setelah begitu lama dizalimi? Mengapa Zuraida tidak memahami situasi ini? Kalau mahu cerita soal siapa langgar peraturan atau lunas-lunas parti, tidak larat mahu cerita apa yang Zuraida dan sekutu-sekutunya lakukan yang jelas lebih melanggar peraturan parti.

Program di Kuantan baru-baru ini pun sudah melanggar susila dan etika kerana beliau mengambil kesempatan atas program Anwar yang tiada kaitan dengan kempen pemilihan parti, tetapi Zuraida tanpa segan silu melanggarnya bahkan turut berucap walaupun namanya tidak disenaraikan sebagai pemimpin yang berucap. YB Fuziah Salleh yang juga Timbalan Menteri, juga seorang calon dalam pemilihan Ketua Wanita Keadilan yang turut hadir pada program tersebut tidak sepatah pun berucap dan tiada sekeping pun banner digantung di sekitar dewan berkenaan kerana menghormati program Anwar pada hari itu. Itu belum dikira kisah-kisah lain seperti memorandum 25 orang, kisah menandatangani watikah calon di PRN Sarawak, mempertikaikan keputusan PH melantik Tun M sebagai PM, dan banyak lagi kisah-kisah menarik tentang "Zuraida and the gang".

Tapi itu bukan isunya. Isunya Anwar Ibrahim bakal PM ke 8. Anwar mesti ke Parlimen segera untuk memberikan khidmatnya membantu Tun M sebagai PM sekarang. Sepertimana kata SUA Keadilan, kesemua pimpinan PH telah ditemui dan bersetuju untuk membantu kempen di Port Dickson nanti. Kesemuanya komited untuk membantu Anwar berada di Parlimen, tiba-tiba Zuraida membawa nada berbeza. Zuraida sepatutnya bersyukur kerana Kerusinya tidak diusik dan beliau boleh terus menjadi Menteri di bawah Kabinet PM yang pernah beliau pertikaikan usianya itu.

Syabas kepada semua MP yang ikhlas menawarkan Kerusi mereka buat Anwar dan Tahniah kepada Datuk Danyal kerana terpilih untuk mewariskan Kerusi tersebut buat insan hebat, Anwar Ibrahim. Warga Negeri Sembilan pasti berbangga kerana untuk pertama kali dalam sejarah, PM akan datang dari Negeri Sembilan.