Jumaat, 12 Oktober 2018

TERDESAK KEMPEN - PAS MENYAMAKAN ANWAR DENGAN MENDIANG JALUT ZAMAN BANI ISRAEL

" AURA dan kehebatan Anwar Ibrahim sekarang mungkin mengalahkan aura mendiang Jeneral Jalut di zaman Bani Israil dulu. Tiada yang menjangka dia boleh dikalah. Seperti tiada makhluk manusia boleh mengalahkan Abrahah yang hendak meruntuhkan Kaabah di Tahun Gajah dulu."
(http://www.harakahdaily.net/…/8324-mengalahkan-anwar-sepert… )


Tidak sah kalau Pas tidak menjual agama apabila berkempen. Jika dahulu mereka jual nama jihad menentang Umno sampai ada yang mati di Memali tanpa dimandi dan disolatkan, akhirnya hari ini parti lebai inilah yang pertama memeluk cium Umno. Mereka juga menjual Hudud, jual RUU Akta 355, jual segala macam benda isu agama yang boleh dijual, asalkan parti ini mendapat undi setiap kali pilihanraya. Itulah stail Pas, parti yang kini menjadi parti sekutu Umno/Bn. 
 

Mereka tidak mampu berdepan dengan hujah Anwar, maka dicari isu-isu peribadi untuk buruk-burukkan Anwar. Mereka kejutkan semula fitnah yang sedang tidur, mereka mainkan semula kisah liwat Anwar yang dulu apabila mempertikaikan pembebasan dan pengampunan Agong terhadap Anwar. Hadi telah mula bercakap soal akhlak Anwar, seolah-olah Hadi adalah manusia paling berakhlak. Siapa paling banyak bercakap dengan bahasa kesat, Hadi atau Anwar? Kita boleh nilaikan sendiri. Bezanya Hadi bercakap bahasa kesat diselangselikan dengan ayt Al-Quran dan hadis untuk menghalalkan apa yang dia buat. Dia gunakan ayat Al-Quran untuk menyatakan Amanatnya itu betul dengan menyebut menentang Umno itu jihad dan boleh mati syahid menentang Umno. Sekarang, dia juga gunakan ayat Al-Quran untuk menyatakan betapa baiknya bekerjasama dengan Umno atas prinsip "Taawun". Istilah arab digunapakai untuk memperbodohkan orang-orang Islam.

Di PRK Port Dickson, Pas menyifatkan Anwar seolah-olah Panglima Perang Jalut (kafir) yang ditentang oleh Nabi Daud A.S. Dijualnya lagi kisah Nabi melawan kaum kuffar, seolah-olah itulah yang Pas hadapi di Port Dickson. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk meraih simpati umat-umat Islam di Port Dickson agar mengundi Pas. Itu saja matlamat Pas. Parti ini akan melakukan apa saja asalkan dapat dua tiga undi. Tidak pelik jika di aas mimbar Jumaat pun mereka selamba menabur fitnah terhadap kerajaan PH. Pada waktunya, Pas menjual ayat " Jangan sesekali cenderung kepada kezaliman, kelak dibakar api Neraka". Ayat ini amat laris dibaca oleh penceramah-penceramah Pas sewaktu mereka bersama kita di dalam PR dulu. Tetapi, apabila mereka berpisah dengan kita dan tidak mahu bersama PH, mereka memilih untuk bersama Umno, maka ayat yang mereka jual adalah ayat berkaitan "Taawun" (bersangka baik) pula. Semoga Almarhum Ibrahim Lbya dan para pengikutnya yang terkubur di Memali tidak tahu kisah ini.

Alasan Pas tidak mahu bersama PH adalah kerana adanya Dap yang kononnya menentang Hudud. Tetapi, Pas terang-terangan boleh membantu MCA di PRK Balakong baru-baru ini sedangkan MCA lagi lantang menentang Hudud. Hujah Pas adalah MCA hanya menentang Hudud bukannya menentang Pas. Adakah Pas lebih tinggi dari Hudud? Menentang Hudud boleh asalkan tidak menentang Pas?

Kepada para pengundi di Port Dickson, jangan termakan dengan dakyah Pas. Biarkan Pas bersama Umno untuk bergantung hidup. Kita tidak perlu bimbang kerana Umno pun kini ibarat nyawa-nyawa ikan. Pas sendiri telah samakan diri mereka umpama anjing berebut tulang dengan Umno. Biarkan anjing-anjing berebut tulang, dan kita lihat nanti mereka akan bergaduh sesama sendiri hanya kerana mahu seketul tulang. Kita perkuatkan PH kerana misi kita untuk membawa negara ini jauh lebih maju ke hadapan. Kita mahu isinya, bukan tulang.

" Kita menentang Pas bukan kerana namanya Pas. Kita menentang Pas adalah kerana Pas menjual agama dan bersekongkol dengan Umno/Bn yang telah merosakkan negara ini sewaktu mereka memerintah, dan penentangan kita kepada puak-puak ini adalah jihad".
SELAMAT MENGUNDI.

Khamis, 11 Oktober 2018

MENGAPA HARUS MENYOKONG YB CHEAN CHUNG?

MOHON SOKONGAN UNTUK YB CHEAN CHUNG - CALON MPP 


Calon MPP, yang juga Adun Semambu YB Chean Chung telah memperolehi sokongan 78.5% daripada keseluruhan Cabang di Negeri Pahang. Beliau telah mendapat sokongan daripada 11 Cabang seperti berikut:

1. Indera Mahkota (Beliau selaku KC) - 370 undian.
2. Jerantut - 329 undian
3. Bera - 257 undian.
4. Temerloh - 212 undian
5. Kuantan - 158 undi
6. Paya Besar - 149 undian
7. Lipis - 137 undian
8. Rompin - 95 undian
9. Maran - 75 undian
10. Cameron Highland - 21 undian
11. Pekan - 14 undian.

Ini menunjukkan anak muda ini mendapat sokongan besar dari Cabang-Cabang di Negeri Pahang kerana ahli-ahli menilainya dari sudut kewibawaan dan prestasi beliau selama dua penggal sebagai Adun Semambu. Suara rakyat yang beliau bawa di dalam Dewan Undangan Negeri merentasi isu perkauman, agama mahupun daerah. 

Bagi saya, jika di peringkat nasional kita ada anak muda bernama Rafizi Ramli yang begitu berani mendedahkan sebarang penyelewengan atau skandal yang berlaku, di negeri Pahang kami ada YB Chean Chung . Banyak kes atau isu yang beliau dedahkan melibatkan skandal-skandal dan penyelewengan di peringkat negeri ini disusuli dengan banyak laporan Polis yang telah dibuat. Beliau sering ditekan dan diugut namun beliau terus berjuang tanpa mengenal erti takut.

Parti Keadilan memerlukan insan seperti ini agar dapat menentukan parti kita yang kini telah menjadi sebahagian dari kerajaan yang memerintah Pusat boleh mengurus tadbir negara dengan baik. Semangat dan perjuangan beliau amat kami tagih di negeri ini yang masih diperintah oleh Umn/Bn.
Sehubungan itu, kami di negeri ini amat mengharapkan sokongan semua teman-teman dari setiap negeri untuk memberikan undian kepada beliau bagi menempatkannya di kalangan 20 orang pimpinan di peringkat MPP. Hanya sokongan dari teman-teman semua boleh membantu kami di Pahang ini untuk merampas Pahang dari Umno/Bn pada PRU 15 akan datang. 

Mohon berikan sokongan kepada anak muda ini agar dapat menambahkan semangat dan kekuatan kami.