Selasa, 31 Disember 2019

SOKONG MCA AKHIRNYA.....

Sewaktu PRK Tg Piai baru ni, kita kempen agar sokonglah calon PH dari Bersatu, seorang melayu bekas pendidik dan bekas imam.

Lebai pun jawab, jangan sokong calon Bersatu walaupun melayu dan Islam, kerana di belakangnya adalah Dap anti Islam, kata lebai. Lebih afdhal dan syarie sokong calon Bn dari MCA, walaupun seorang Cina Non Muslim kerana di belakangnya ada Najib, Zahid Hamidi, Rosmah serta Hadi, seorang olamak besar.

Sekarang, MCA kuat bantah tulisan jawi. Ertinya, satu suara menentang tulisan jawi telah ada dalam Parlimen. Tangan2 siapa yg memangkah calon tersebut janganlah meroyan ok. Mana tokoh2 yg dikatakan melayu Islam dan olamak besar di belakang MCA itu?

Sekejap je Allah nak tunjuk.....

MENGAPA HADI TAKUT ANWAR JADI PM ?


Hadi mmg wajar bengang dgn Anwar. Semasa Anwar dalam ABIM dulu, Anwar Presiden, Ustaz Fadzil Noor Timbalan dan Hadi bawah lagi. Bila Anwar masuk politik dan sertai Umno, Anwar jadi Menteri dan seterusya TPM, Hadi dok situ gak jadi Pembangkang.

Bila Anwar dipecat dan berjuang di dalam Pembangkang, kemudiannya ditubuhkan PR selepas Barisan Alternatif, PR dipimpin oleh Anwar lagi, Hadi dok bawah juga. Tak larat duduk bawah ketiak Anwar, Hadi bawa parti dia keluar dari PR kononnya mahu bersendirian, maka bolehlah dia jadi ketua dalam parti sendiri. Dia ingat dia kuat sendiri bila dia pimpin, dalam PRU14, melambak Kerusi Parlimen partinya lingkup. Balik ke zaman dulu hanya bertahan di Pantai Timur saja.

Dia pun fikir, elok bersama Umno yg tgh nazak setelah tumbang jadi kerajaan. Dia fikir boleh juga dia pimpin parti besar bergabung dgn Umno, maklumlah kononnya biar Islam memimpin. Malangnya, gabungan itu dipimpin oleh Najib selaku Penasihat dan Zahid Hamidi selaku Presiden Umno. Bahkan, Ketua Pembangkang pun dia orang pilih Ismail Sabri. Hadi tetap di takuk lama.

Oleh kerana itu, Hadi cukup tak senang kalau Anwar jadi PM ke 8 kerana mana dia nak letak muka kalau terpaksa melutut dgn Anwar nanti sebagaimana dia dah melutut dgn Tun M yg dia kata dulu hanya layak jadi doktor klinik 1 Msia saja. Nampaknya, Hadi hanya hero di Rusila je lah.

Isnin, 30 Disember 2019

SIAPA PELAKU MIRIP AZMIN DI DALAM KES VIDEO SEMBURIT? RAKYAT TIDAK MAHU DIKECEWAKAN LAGI


Rakyat menantikan ketelusan PDRM. Apakah KPN lulus di dalam KPI nya untuk memasuki tahun baru 2020? Nampaknya harapan rakyat untuk melihat Jho Low diseret ke mahkamah hampir pasti gagal atas alasan tiada kerjsama dari negara yang menyimpan rakan baik Najib itu.

Dulu, rakan baik Najib iaitu Razak Baginda terlepas dari hukuman gantung atas kes pembunuhan Altantuya,. Waktu itu kita faham kerana ianya berlaku di era kerajaan yang Najib perintah. Namun, paling mengecewakan jika seorang lagi kawan Najib iaitu Jho Low terlepas di waktu kita (kerajaan PH) yang mwmerintah negara ini.

Reformasi ke atas institusi termasuk PDRM di bawah kerajaan PH sekarang nampaknya belum meyakinkan. Bagaimana dengan kesudahan siasatan kes video semburit? Apakah cukup dengan jaminan PDRM untuk menyiasat dengan rapi sehingga terpaksa menggunakan alat 'pengesan bohong' terhadap kes yang diadu melibatkan Anwar Ibrahim maka PDRM telah dianggap telus?

Sekiranya kes video semburit dapat diselesaikan dengan pantas sepertimana banyak kes mencuri, merompak, mencabul yang juga diperolehi bukti melalui CCTV, maka sewajarnya kes video semburit ini yang mempunyai bukti rakaman video, bukti melalui buku keluar masuk hotel dan juga hasil siasatan kepada individu yang mengaku terlibat iaitu Haziq, tentunya sudah cukup membantu pihak PDRM untuk menyelesaikan siasatan.

Dijanjikan bahawa kes video semburit ini akan diketahui identitinya ssbelum hujung tahun ini. Tinggal satu hari saja lagi bakal menjelang tahun baru. PDRM ada masa sehari lagi untuk mengkotakan janjinya. Cukuplah janji untuk membawa Jho Low pulang telah menghampakan rakyat. Jangan pula kali ini ada alasan lain.

Sabtu, 28 Disember 2019

TERIMA KASIH ANWAR, TERIMA KASIH SYED SADIQ - AKHIRNYA KERAJAAN SETUJU BINCANG SEMULA PEMANSUHAN ELAUN PERKHIDMATAN KRITIKAL KAKITANGAN AWAM

Itulah kerajaan PH. Meskipun telah dibuat keputusan, namun kerajaan tetap mendengar suara rakyat. Ini tidak dapat dinikmati di era kerajaan Umno/Bn dahulu kerana di dalam parti tersebut tukang ampu dan angguk terlalu ramai.

Sebelum ini kerajaan melalui JPA telah mengumumkan untuk memansuhkan elaun perkhidmatan kritikal kakitangan awam bagi pengambilan tahun 2020.

Meskipun ia hanya melibatkan kakitangan awam yang mula bertugas tahun 2020, namun keputusan kerajaan itu mendapat bantahan dan kritikan dari berbagai pihak termasuk dari kalangan pimpinan PH sendiri. Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Sadiq dan Presiden Keadilan yang juga MP Port Dickson, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di antara paling ke hadapan menggesa agar keputusan ini dikaji semula.

Anwar menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut dan dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet awal tahun hadapan. Akhirnya saranan Anwar diterima di mana hari ini seperti yang disiarkan melalui Buletin Utama TV3, PM bersetuju untuk menangguhkannya sehingga dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet nanti.

Untungnya PH kerana memiliki pemimpin yang berani menegur kerajaan demi kepentingan rakyat. Kerajaan PH bukan seperti kerajaan Bn di mana pemimpin mereka kelu dan bisu sehingga sanggup membiarkan pemimpin mereka merompak harta rakyat bertahun-tahun sehingga kerajaan Bn itu tumbang akhirnya. Kerajaan PH juga tidak seperti parti lebai yang amalkan 'wala' dan akur dengan pemimpin mereka sehingga pemimpin mereka menjual agama pun mereka tetap 'wala'.

Rakyat semakin tidak sabar menanti PM8, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerajui negara ini agar keputusan seperti ini tidak lagi berulang.

Khamis, 26 Disember 2019

APA MAKSUD PENDEKATAN 'MENANG-MENANG' DI DALAM ISU TANAH HARAM CAMERON HIGHLAND ?

Ramai yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham apa yang dimaksudkan dengan pendekatan rundingan yang disuarakan oleh YB Fuziah Salleh di dalam isu pekebun tanah haram di CH. Mereka berfikiran MP Kuantan itu menyokong tindakan menceroboh tanah haram serta tindakan mencemar alam sekitar di CH.

Memang benar, memang telah berlaku rundingan sebelum ini oleh kerajaan negeri Pahang dengan mereka yang terlibat. Tetapi, apakah rundingan itu menghasilkan keputusan yang positif? Berunding bukan bermakna kerajaan negeri perlu akur dengan pekebun-pekebun tanah haram tersebut atau pekebun-pekebun mesti diusir seperti binatang liar.

Apa yang saya faham dari kenyataan YB Fuziah itu adalah undang-undang pemuliharaan alam sekitar wajib dijaga tanpa kompromi. Bahkan, atas asas itulah YB Fuziah konsisten dengan perjuangannya menentang kilang Lynas sampai sekarang. Komitmennya itu tidak boleh dipertikaikan lagi.

Namun, di dalam isu di CH ini bukan sahaja alam sekitar perlu dijaga, tetapi perasaan kemanusiaan juga perlu dihormati dan dilindungi. Mereka telah bercucuk tanam di situ dan tentunya itu adalah pencarian sara hidup mereka. Tidakkah ada kaedah atau pendekatan yang lebih mesra atau berhemah agar nasib mereka tetap dilindungi dan alam sekitar tetap dapat diselamatkan?

Rugikah kerajaan negeri Pahang memberi satu kawasan lain yang boleh dipajak untuk mereka meneruskan usaha bertani sebagai alternatif kepada mereka selain dari diusir? Situasi "menang-menang' yang YB Fuziah maksudkan adalah kerajaan negeri dapat mempertahankan alam sekitar dari dicerobohi, manakala pekebun yang terlibat dapat meneruskan kehidupan dengan alternatif yang ditawarkan. Tergamakkah kita melihat tanaman yang mereka tanam dari titik peluh mereka demi untuk mencari perbelanjaan menjelang hari persekolahan bermula diranap begitu sahaja hanya kerana undang-undang?

Pada hemat saya, YB Fuziah tiada kepentingan apa-apa di dalam isu ini kerana CH bukannya di kawasan beliau di Kuantan. Tetapi beliau berpegang kepada prinsip bukan sahaja mesra alam tetapi mesra insan. Janganlah kita jadikan undang-undang untuk kita menafikan perikemanusiaan.

Ada undang-undang yang kita perlu bertegas dan ada undang-undang yang boleh kita laksanakan dengan kaedah yang lebih berhemah. Malangnya, ada juga suara-suara sumbang yang menyalahkan kerajaan PH berikutan apa yang berlaku di CH itu. Di mana MP yang mereka angkat dulu?

JHO LOW TERUS GAGAL DIPEROLEHI, JANGAN PULA VIDEO SEMBURIT TURUT HILANG

Dulu kata, kita tahu di mana Jho Low bersembunyi dan Jho Low akan dibawa balik dalam masa terdekat.

Kemudian, dia kata, kita tak dapat kerjasama dari negara di mana Jho Low berada untuk membawanya pulang ke Malaysia.

Aku harap, video semburit yang telah dihantar ke US untuk ujikaji ketulenannya itu dan dijanjikan akan diumumkan pada Disember ini akan dapat kembali ke Malaysia dengan selamat. Jangan nanti kata, video itu kini ditahan di pusat imigresen US pulak dan tidak dibenarkan di bawa pulang ke Malaysia.

ANWAR PM KE 8 PADA MEI 2020 - KENYATAAN TUN M UNTUK DUA TAHUN ITU "SAHIH"


Bukan kerana kehendak Tun M untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim, bukan juga kerana Anwar kemaruk untuk menjadi PM dan bukan kerana "servey" ini maka Anwar patut menjadi PM selepas Tun M. Anwar dipilih oleh Majlis Presiden PH untuk menjadi PM ke 8 selepas Tun M. Itu kita kena tahu.

Menamakan Anwar sebagai PM ke 8 dan Tun M adalah PM ke 7 sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan boleh aktif berpolitik dan diangkat untuk menjadi PM selepas Tun M merupakan janji yang PH berikan kepada rakyat Malaysia sebelum PRU14 lagi. PH menang di dalam PRU14 adalah kerana rakyat menyokong penuh menamakan Tun M sebagai PM sementara menanti Anwar melepasi syarat dan kekangannya untuk berpolitik.

Berkali2 Tun M menyebut tempuhnya hanya sekitar dua tahun. Bahkan, di hadapan Anwar Tun M pernah berkata sedemikian, kecuali "Anwar izinkan lebih dari dua tahun", katanya sambil berseloroh. Selepas itu, terdapat kata2 lain dari Tun M yang menyebut mungkin 3 tahun dan beliau pernah sebut selepas ekonomi pulih dan disebut lagi sehingga selesai persidangan APEC pada November tahun hadapan.

Di dalam banyak riwayat kata2 Tun M itu, paling boleh diterima pakai atau "sahih"nya ialah janji beliau untuk dua tahun sahaja. Selain daripada itu boleh dianggap "dhaif" yang tidak kukuh asasnya. Maka, kita bersedia untuk menerima Anwar sebagai PM seterusnya adalah pada Mei 2020. Pedulikan apa Pembangkang Umno dan Pas mahu sebut, abaikan juga beberapa geng Si Kitol mahu nyatakan tentang tempuh peralihan kuasa ini. Rakyat tahu, yang banyak berkorban dan berjuang selama puluhan tahun itu adalah Anwar. Mereka itu cuma menumpang tuah Anwar dan jenis tidak sedarkan diri.

Rakyat masih yakin dengan kewibawaan Majlis Presiden untuk menunaikan janji ini. Tg Piai sudah cukup jelas isyarat dari rakyat agar PH tidak bermain dengan kata2. Sehubungan itu, Majlis Presiden diharapkan tidak mengecewakan kita semua. Biarlah Umno, Pas dan Si Kitol yang kecewa. Kalau musuh tidak suka Anwar jadi PM, itu satu isyarat jelas bahawa PH ada masa hadapan yang cemerlang sekiranya Anwar menjadi PM segera.

Rabu, 25 Disember 2019

LEBAI SUKA TUN M TERUS JADI PM SEHINGGA PRU15 UNTUK MEMUDAHKAN REJIM KLEPTOKRASI BERKUASA SEMULA


Dalam perjumpaan lebai dgn Tun M selepas persidangan negara2 islam yg gagal itu, sekali lagi lebai beri jaminan bahawa parti lebai akan sokong Tun M jadi PM sehingga PRU15, walaupun lebai pernah kata Tun M hanya layak jadi doktor klinik 1 Msia saja dan walaupun lebai sanggup sokong MCA di Tg Piai dan mengalahkan parti Tun M dengan kekalahan yg amat memalukan Tun M.

Aku tidak pelik kalau lebai berkata sedemikian kerana lebai memang dikenali sebagai lidah bercabang dan mahir di dalam menjual agama demi kepentingan politik. Kalau tidak, bagaimana lebai boleh duduk sekelambu dengan parti yg selalu dikapirkannya?

Aku lebih pelik kalau Tun M terpedaya dengan tipu helah lebai. Takkan la manusia sehebat Tun M terpedaya dengan lebai yg juga terpedaya dengan umno? Umno gunakan lebai untuk bernyawa setelah nazak di dalam PRU14 yg lalu, manakala lebai pula cuba untuk memperdaya Tun M. Kalau Tun M percaya dgn lebai, ertinya Tun M lebih bodoh dari lebai.

Orang bijak akan berfikir, kalau musuh Tun M tiba2 sokong Tun M, maksudnya apa? Maksudnya sokong bawa rebah. Umno dan lebai suka Tun M terus jadi PM sehingga PRU15 kerana mereka ada peluang untuk jatuhkan PH angkara terlalu banyak kelemahan Tun M sekarang. Lebih baik Tun M kekal lama sehingga PRU15.

Kalau Tun M lalai dan termakan dengan kata2 mereka, kami di bawah tidak lalai dan tidak sebodoh itu untuk diperdaya. Maka, kami akan pastikan apa yg umno dan lebai suka dan mahu lihat akan gagal. Kami akan pastikan Tun M berundur selewatnya Mei 2020 bagi menentukan rejim kleptokrask terdahulu tidak akan berkuasa lagi. Anwar yang digeruni oleh Umno/Bn serta lebai akan kami angkat menjelang Mei 2020.

Selasa, 3 Disember 2019

SOKONGAN KEPADA ANWAR WAKTU SUSAH DAN SENANG - JOM BERTEMU DI KONGRES NASIONAL KEADILAN DI MITC MELAKA HUJUNG MINGGU INI

KEADILAN bukan parti Anwar dan Anwar bukan KEADILAN. Namun, siapa boleh nafikan KEADILAN itu wujud dek batang tubuh insan bernama Anwar? Bahkan, reformasi itu sendiri mula menjadi sebutan kerana peristiwa pemecatan ke atas Anwar Ibrahim dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.

Di dalam KEADILAN, Anwar Ibrahim banyak menghabiskan masanya di dalam penjara. Di luar penjara, tugas memimpin parti dipertanggungjawabkan kepada isterinya Kak Wan dan dibantu oleh sahabat2 Anwar yang ikhlas berjuang. Tidak semuanya ikhlas, ada yang mula tunjuk taring terutamanya apabila Anwar disumbatkan ke dalam penjara.

Ada yang berkata sewaktu Kak Wan memimpin parti, tidak berlaku kekecuhan dan krisis seperti sekarang menandakan Kak Wan lebih baik dan pandai memimpin berbanding Anwar. Ya, tidak dapat dinafikan Kak Wan telah memimpin begitu baik sekali, sikapnya yang lemah lembut, penuh kesabaran, bertimbang rasa, penuh ihsan yang selari dengan sifat2 kewanitaan banyak membantu menstabilkan parti dan parti dilihat dari luar begitu aman dan tenteram.

Malangnya, tidak ramai yang tahu berapa banyak Kak Wan terpaksa telan dan simpan suka dukanya sepanjang beliau memimpin parti? Hanya yang selalu berada di sisinya dan di dalam kepimpinan parti sahaja yang tahu bagaimana Kak Wan terpaksa banyak bersabar dengan karenah beberapa pimpinan yang menjadi tikus berkeliaran ketika kucing tiada. Tikus-tikus ini begitu berani menggigit dan merobek apa sahaja yang mereka mahu.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Pimpinan yang diharapkan dapat membantu Kak Wan selaku Presiden tatkala Anwar di dalam penjara, sebaliknya khianat dan seringkali menguji kesabaran Kak Wan. Kartel ini mula menunjukkan taring mengambil kesempatan di atas sifat kesabaran Kak Wan. Mereka selalu buat keputusan yang berbeza dari keputusan mesyuarat. Mereka sering buat kenyataan yang menyanggah keputusan parti. Sekiranya Kak Wan cuba membetulkan kartel ini, mereka mengugut dengan mengumpulkan tandatangan di kalangan kartel bertujuan untuk menunjukkan kekuatan kartel mereka.

Sampai ke tahap tugas Presiden menandatangani watikah calon pun mereka berani ambil alih. Keputusan parti menyokong PH pun mereka tidak peduli dan masih memuja dan memuji Pas. Keputusan parti menyokong Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, mereka sanggah dan menamakan kepala kartel sebagai calon terbaik sebagai PM. Sekarang, demi mahu selamatkan perut masing2 mahu tidak mahu mereka lah paling kuat menjilat Tun M. Tidakkah mereka merasa malu kepada rakyat yang tahu sikap mereka sebelum ini? Ya, apa yang mahu dimalukan sedangkan semburit pun sanggup dirakam.

Apabila Anwar mengambil alih Presiden, kartel ini cuba untuk melakukan perkara yang sama kerana mereka yakin mereka ada kekuatan apatah lagi ramai di kalangan mereka telah menjadi menteri. Anwar apa ada, hanya Ahli Parlimen biasa sahaja, fikir mereka. Tetapi mereka silap besar. Mereka salah orang. Kalau Anwar boleh berhadapan dengan gergasi seperti Tun M di tahun 1998, kemudiannya berpuluh tahun berperang dengan rejim zalim Umno/Bn dengan segala kekuatan dan jentera kerajaan yang mereka ada, setakat dua tiga ekor kartel cicak mengkarung, adakah Anwar hairan?

KEADILAN dilihat seperti berkrisis di bawah Anwar kerana Anwar begitu tegas dalam soal prinsip dan Anwar tidak takut dengan ugutan kartel. Mereka sengaja buat hal agar parti pecat mereka dan mereka akan meraih simpati dan menyalahkan Anwar. Itu tujuan mereka. Anwar tidak sebodoh itu. Anwar mahu lihat sejauh mana kepintaran mereka. Seekor mengarung akhirnya terjelepuk sendiri. Kartel meroyan sakan. Mereka lupa KEADILAN kini dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Mereka lupa, kekuatan Anwar adalah kerana dokongan rakyat marhaen. Kekuatan kartel hanya kerana upah dan projek. Mengkarung yang tersembam itu pun akibat projek juga. KEADILAN harus kuat kerana prinsip bukannya dedak dan projek.

Kongres di Melaka nanti adalah ujian buat kita semua. Apakah kita mahu pertahankan prinsip bersama Anwar atau kita tergolong dalam kumpulan kartel? Waktu belum terlambat untuk kita mengubah 'kiblat". Biarkan kartel terjun dengan labu-labunya. Biarkan...biarkan...

Bertemu kita di Melaka, InsyaAllah.

USUL TOLAK PRESIDEN?

Pertamanya, memang tidak akan ada usul tersebut pada kongres nanti kecuali ianya dibawa oleh bebudak bengap yang tidak tahu perlembagaan parti.

Kecuali,

Di dalam MPP, lebih 2/3 ahli MPP tarik diri atau berundur, maka secara automatik Presiden parti tidak lagi wujud dan berfungsi. Nak cuba? Try la berundur sesiapa yang mahu berundur.

Presiden dipilih oleh ahli2 melalui pemilihan satu kepala satu undi. Maka, Kongres parti yang hanya diwakili oleh perwakilan tidak boleh menggugurkan Presiden. Kalau undang2 dulu, mungkin boleh kerana Presiden dipilih melalui perwakilan. Setelah pindaan dibuat di mana Presiden dipilih melalui pemilihan satu ahli satu undi, maka sebarang usul untuk menggugurkan Presiden tidak lagi bermakna.

Jadi, kepada sekor dua budak2 AMK yang menyalak mahu tunjuk bodoh tu, biarkan mereka syok sendiri. Beri peluang mereka mengaji habis dulu kitab perlembagaan.

Isnin, 2 Disember 2019

TIADA PENDAKWAAN BUKAN BERERTI TIADA KES

Dia kata, SPRM dah sahkan tiada pendakwaan terhadapnya. So, kenapa dia dipecat, soalnya. Tiada pendakwaan bukan bermaksud tiada kes. Tiada pendakwaan ertinya setakat ini SPRM tidak mendakwanya. Mungkin...mungkin...kalau didakwa, lebih teruk dia kena berbanding hanya dipecat saja. Patut bersyukur setakat dipecat dari parti, boleh merayu lagi.

Haziq dulu pun tiada pendakwaan, tetapi tetap dipecat juga. Puak korang juga yg meroyan minta Haziq dipecat, kan? Itu pun Haziq dipecat kerana dia menuduh Azmin rasuah secara terbuka tanpa asas. Bukan dipecat atas kes senburit yg dia mengaku bersama Azmin tu.

Isu pemecatan ni mudah je. Kalau dia rasa dia difitnah, dia boleh saman SUA atau Anwar, atau saman SPRM sendiri kerana menuduhnya terlibat rasuah. Ada berani? Kalau tak berani, memadailah buat rayuan kpd jkuasa disiplin parti. Kalau itu pun tak berani, pergilah isi borang Bersatu kerana pengerusi Bersatu Pahang dah offer tu...

Ahad, 1 Disember 2019

PEMECATAN ZAKARIA - LATHEEFA KOYA (SPRM) PERLU MOHON MAAF ATAU ANWAR?

Alkisahnya, SPRM hantar surat kepada Lembaga Disiplin Parti Keadilan dan melaporkan tentang salahlaku Ketua Cabang Bera, Sdr Zakaria berkaitan isu rasuah sewaktu pemilihan parti yang lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin membawa surat tersebut ke mesyuarat MPP yang tidak dihadiri oleh beberapa ahli MPP penyokong Azmin termasuk Azmin serta Sdr Zakaria sendiri, kecuali YB Daroyah yang hadir.

Lembaga Disiplin mencadangkan pemecatan ke atas Sdr Zakaria kerana menganggap isu rasuah adalah isu besar dan berat buat parti Keadilan, apatah lagi laporan itu datangnya dari SPRM. Anwar selaku Presiden, beliau mahu melihat sendiri laporan tersebut sebelum MPP membincangkan tindakan selanjutnya. Laporan itu dibacakan untuk pendengaran semua ahli MPP yang hadir ketika itu. Anwar secara peribadi mencadangkan hukuman lebih ringan iaitu di'gantung' sahaja keahlian Sdr Zakaria dan beliau boleh membuat rayuan. Namun, majoriti ahli MPP ketika itu memikirkan bahawa kesalahan yang dilaporkan oleh SPRM itu bukan kesalahan kecil dan ini memalukan parti.

Majoriti mahu Sdr Zakaria dipecat dan beliau diberi peluang untuk membuat rayuan. Seandainya kesemua ahli MPP berdisiplin dan bertanggungjawab untuk hadir mesyuarat yang diwajibkan ke atas mereka itu, saya fikir banyak keputusan positif dapat dicapai secara kolektif. Malangnya, ini tidak berlaku sekian lama. Apa ertinya majoriti tapi majoriti yang tidak berani berhadapan dengan minoriti dalam mesyuarat?

Apa pilihan yang Anwar ada? Adakah Anwar hanya mahu mengabaikan laporan SPRM tersebut? Adakah Anwar mahu memaksa semua ahli MPP ikut cadangannya agar Sdr Zakaria hanya perlu digantung? Kalau itu berlaku, itu bukan Anwar yang kita kenali.

Adakah parti perlu berdiam diri sehingga Sdr Zakaria dan kawan2nya dari kumpulan Azmin ada kelapangan untuk hadir mesyuarat barulah ianya dibincangkan? Mana lebih penting, parti atau kumpulan serta puak? Parti harus berjalan terus.

Bayangkan kalau parti tidak bertindak langsung ke atas laporan tersebut, apakah pandangan masyarakat terhadap parti yang dipimpin oleh Anwar ini? Apabila SPRM menyatakan kemudian bahawa pihaknya 'terkhilaf' kerana sepatutnya surat itu tidak dihantar kepada parti kerana itu bukan cara atau kaedah SPRM berurusan dengan kes2 sedemikian, namun SPRM sehingga kini tidak menafikan isi kandungan laporan tersebut.

Apabila isi kandungan itu masih diperakui oleh SPRM, maka wajarlah parti bertindak berpandukan laporan tersebut.

Sekiranya laporan itu bagi fikiran Sdr Zakaria adalah salah atau fitnah terhadapnya, sewajarnya Sdr Zakaria menfailkan saman terhadap SPRM. Beranikah beliau berbuat demikian?

Mengapa Anwar perlu mohon maaf sekiranya dianggap laporan itu palsu atau fitnah? Bukankah sebaiknya mereka menuntut SPRM agar menarik balik kandungan surat itu dan memohon maaf bukan sahaja kepada Sdr Zakaria tetapi kepada parti Keadilan juga kerana kes ini menjejaskan imej parti di mata rakyat.

Selaku Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya yang terlalu mengenali Sdr Zakaria dan rapat dengannya sewaktu di dalam parti dulu perlu memohon maaf kepada sahabatnya itu dan bekas partinya dulu kalau laporan SPRM itu tidak betul atau bersifat 'nakal'. Mengapa Anwar perlu pikul biawak hidup?

KARTEL TUNTUT KEADILAN ?

1. Seorang dipecat kerana menuduh timbalan presiden secara terbuka makan rasuah.

(Tiada sesiapa kisah bahkan bergembira dgn pemecatannya kerana orang ini juga mengaku dia bersama timbalan presiden itu dlm kes semburit di hotel sandakan)

2. Seorang lagi dipecat kerana menurut laporan SPRM, ketua cabang ini telah melakukan rasuah dgn tawaran projek dan berbagai lagi sewaktu kempen pemilihan parti.

(Habis meroyan kumpulan kartel yg dipimpin oleh pasangan semburit kpd Haziq kerana ketua cabang ini adalah 'puppet" kpd bos kartel).

Adilkah? Kena pada musuh, mereka diam bahkan mendesak agar dipecat segera. Kena pada batang hidung sendiri, melalak meroyan kononnya menuntut keadilan. Tiba2 saja cukup bilangan kononnya menentang pemecatan tersebut sdgkan mesyuarat semuanya kaki ponteng.

Itulah kartel.

SIAPA WAKIL RAKYAT YANG TIDAK MENYOKONG BAJET UNTUK MEMBANTU GOLONGAN OKU, ORANG TUA DAN KANAK-KANAK DI PARLIMEN ?

Mendukacitakan, sewaktu kerajaan membentangkan usul penambahan bajet bagi golongan OKU, Orang tua dan kanak-kanak di Parlimen semalam, beberapa Wakil Rakyat yang tidak berhati perut dan lebih kepada dendam kesumat jahat politik mereka, sanggup mereka menolak dan tidak menyokong bajet yang dikemukakan.

Peliknya, sewaktu kerajaan bawa usul untuk memberi peruntukan kepada pejabat semua Ahli Parlimen, laju sahaja mereka menyokong kerana itu menguntungkan mereka. Apakah bajet untuk OKU, orang tua dan kanak-kanak ini tidak menguntungkan mereka maka mereka bertindak menolaknya?

Siapakah mereka ini? Saya senaraikan nama Wakil Rakyat/Ahli Parlimen yang menolak bajet tersebut agar para pengundi di kawasan mereka kenal hati budi mereka ini. Mereka adalah:

1. YB Siti Zailah (Pas - Rantau Panjang)
2. YB Hj Wan Hassan (Pas - Dungun )
3. YB Ahmad Terizi (Pas - Sik)
4. YB Mahazir Khalid (Umn0 - Padang Terap)
5. YB Anuar Musa (Umno - Ketereh)
6. YB Reezal Merican (Umno - Kepala Batas)
7. YB Ahmad Jazlan (Umno - Machang)
8. YB Hj Ahmad Hamzah (Umno - Jasin)
9. YB Halimah Sadique (Umno - Kota Tinggi)
10. YB Mohd Nizar Zakaria (Umno - Parit)
11. YB Hj Mohd Salim (Umno - Jempol)
12. YB Mastura (Umno - K.Kangsar)
13. YB Ismail Sabri (Umno - Bera)
14. YB Wee Ka Siong (MCA - Ayer Hitam)
15. YB Saravanan (MIC - Tapah)
16. YB Noh Omar (Umno - T.g Karang)
17. YB Noraini Ahmad (Umno - Parit Sulong)
18. YB Dr Shamsul Anuar (Umno - Lenggong)
19. YB Hj Ismail Said (Umno - K.Krau)
20. YB Ahmad Maslan (Umno - Pontian)
21. YB Hj Abd Rahman Mohamad (Umno-Lipis)
22. YB Abd Azeez Rahim (Umno - Baling)
23. YB Hasbullah Osman (Umno - Gerik)
24. YB Ahmad Nazlan Idris (Umno - Jerantut)
25. YB Jalaludin Alias (Umno - Jelebu)
26. YB Adham Baba (Umno - Tenggara)
27. YB Shahar Abdullah (Umno - Paya Besar)
28. YB Ramli Mohd Noor (Umno - Cameron Highland)

Inilah senarai Wakil Rakyat yang sanggup menolak bajet untuk bantuan kebajikan bagi golongan OKU, orang tua dan kanak-kanak. Adakah di kawasan mereka tidak diperlukan bantuan dari kerajaan ini? Mengapa dendam politik boleh mengatasi peri kemanusiaan? Mengapa bajet untuk pejabat mereka, tahu pula mereka menyokongnya?

Alhamdulillah, di Parlimen semalam MP dari PH sudah cukup untuk menyokong bajet ini dan beberapa MP dari Pembangkang yang berhati perut turut menyokongya.

Selasa, 26 November 2019

SPRM BERITAHU TERSALAH HANTAR TETAPI TIDAK MENAFIKAN KANDUNGAN DI DALAM.SURAT BERKENAAN

SPRM kata tersalah hantar surat, tak sepatutnya surat itu dihantar kpd parti hingga mnyebabkan dua org dipecat dari parti.

Rakyat tidak ambil tahu kesilapan teknikal SPRM itu. Isu silap hantar surat tu biarlah Latheefa Koya yg jawab, takkan nak urus surat pun tak pandai2. Apa yg penting adalah kandungan dlm surat tersebut kerana parti bertindak berdasarkan kandungan dlm surat berkenaan.

Sekiranya SPRM sanggup menarik balik laporan yg dikatakan tersalah hantar itu dan mengesahkan anggota terlibat bersih dan tiada kes, barulah parti kena kaji semula pemecatan beliau.

Ini isu besar melibatkan moral seseorang. Yang terlibat boleh menyaman SPRM sekiranya surat itu melaporkan sesuatu yang tidak benar terhadapnya. Apakah SPRM sanggup menarik balik laporan tersebut dan sanggup mengaku bahawa surat tersebut adalah tidak benar? Saya harap begitu.

ALANGKAH RUGINYA...

Dlm mesyuarat MPP kelmarin, dikhabarkan, setelah meneliti surat dari SPRM dan laporan dari lembaga disiplin, beberapa ahli termasuk Anwar sendiri hnya mncadangkan tindakan 'gantung keahlian' kpd Zakaria. Tetapi, pengerusi lembaga disiplin sendiri bertegas dgn menyatakan kes rasuah ini satu kes yg amat besar apatah lagi dlm parti reformasi seperti keadilan, dan pandangan pengerusi disiplin itu mndapat sokongan lebih ramai dlm MPP. Maka, anwar terpaksa akur dgn pandangan ahli2 MPP. Alangkah baiknya, jika semua geng2 azmin termasuk azmin dan zuraida dan Zakaria sendiri hadir dlm mesyuarat MPP ptg semlm, mngkin kputusannya berbeza. Itulah pentingnya khadiran dlm mesyuarat. Alangkah ruginya...

Sabtu, 23 November 2019

MENGAPA REFORMIS BERKUMPUL SEKALI LAGI ?


Saya masih ingat, pada bulan Februari 2017 kumpulan reformis telah mengadakan konvensyen mereka di IDCC Shah Alam bagi menuntut pembebasan DS Anwar Ibrahim. Konvensyen julung kalinya diadakan itu tanpa diduga turut dihadiri oleh Tun M yang dilihat begitu berani untuk berhadapan dengan penyokong tegar DS Anwar.

Meskipun saya insan kerdil yang bukan dari kumpulan aktivis reformasi jauh sekali digelar Otai Reformasi, saya turut hadir ke konvensyen tersebut untuk memberian sokongan padu kepada para penyokong tegar DS Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di penjara Sg Buloh. Pada awalnya sedikit membimbangkan apabila ketibaan Tun M ke dewan itu seolah-olah tidak dialu-alukan oleh kumpulan penyokong tegar DS Anwar yang memenuhi dewan IDCC Shah Alam kerana kita pun tahu mengapa berlakunya sedemikian. Mereka tidak patut dipersalahkan kerana kehadiran Tun M pada hari itu ibarat ' luka lama berdarah kembali".

Walau bagaimanapun, para reformis masih memiliki jiwa yang bersih dan adab kesopanan yang diajar oleh tokoh reformasi DS Anwar Ibrahim. Akhirnya, mereka menyedari bahawa kehadiran Tun M ke situ adalah juga untuk membantu mereka menjatuhkan rejim zalim Umno/Bn. Kunci utama untuk membebaskan Anwar dari penjara adalah mesti jatuhkan rejim Umno/Bn terlebih dahulu. Apakah salah jika Tun M hadir untuk memberikan 'peluru' kepada kita? Apakah di kala usia Tun M yang sudah lanjut itu kita tidak memberikan ruang untuknya menebus kesilapan lampaunya? Tun M telah diberikan penghormatan untuk berucap dan saya masih ingat kata-kata Tun M pada hari itu, " Jeritan reformasi dan laungan bebaskan Anwar tidak bermakna sekiranya Umno/Bn tidak ditumbangkan".

Alhamdulillah, rejim kleptokrasi Umno/Bn telah pun tumbang pada 09 Mei 2018. Tun M telah diangkat sebagai PM sepertimana perjanjian di dalam PH. Saya tahu, para reformis terlalu berat untuk menerima Tun M sebagai PM, tetapi mereka masih meletakkan keyakinan dan prasangka baik bahawa Tun M sekarang bukan Tun M di kala tahun 1998. Mereka tahu tidak masuk akal insan yang berada di dalam penjara ketika Umno/Bn tumbang diangkat terus untuk menjadi PM. Maka, prasangka baik "husnu Zon" mengatasi segala-galanya. Para reformis berkorban demi Anwar Ibrahim.

Ahad ini (24 Nov 2019) di IDCC Shah Alam bakal menyaksikan para reformis tanahair berhimpun sekali lagi. Tidak seperti kali pertama dahulu, kali ini mereka berhimpun di saat kerajaan sekarang adalah kerajaan PH dan Anwar Ibrahim kini telah menjadi Ahli Parlimen. Mengapa perlunya berhimpun? Ya, bagi para reformis adalah reformasi sebenar kuncinya ada pada DS Anwar Ibrahim bakal PM ke 8. Tokoh yang tidak pernah merasai keperitan dan kepayahan reformasi jalanan tidak akan berjaya untuk mewujudkan reformasi tulen. Bahkan, ada tokoh yang dulunya lantang menjerit reformasi dan menggertak mahu merobohkan tembok penjara untuk membebaskan Anwar, tetapi apabila diuji dengan pangkat, jawatan dan kedudukan, tokoh-tokoh ini lupa kepada agenda reformasi dan paling dahsyat sekali sanggup menghina DS Anwar Ibrahim.

Maka, konvensyen reformis ini wajib diadakan juga kerana tidak semua orang ingat kepada agenda reformasi. Para reformis ingin mengingatkan mereka bahawa pejuang reformasi tidak lapar kepada jawatan dan kedudukan, mereka cuma mahu agenda reformasi itu direalisasikan segera dan Anwar patut diberikan peluang segera untuk membuka kunci reformasi yang didambakan itu. Sekiranya para reformis sebelum ini sanggup berkorban dan memberikan keyakinan kepada Tun M untuk memimpin negara setelah Umno/Bn ditumbangkan, sudah tiba masanya Tun M pula berkorban dan memberikan kepercayaan kepada tokoh reformasi, DS Anwar Ibrahim. Itu sahaja yang dituntut oleh pejuang-pejuang reformasi, bukannya jawatan mahupun kontrak.

Ayuh para pejuang reformasi !! Di saat Anwar diserang dari luar dan dalam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi benteng mempertahankan anak cheruk To' Kun ini. Marilah kita beramai-ramai memenuhi dewan IDCC Shah Alam bagi menyatakan sokongan padu kita kepada DS Anwar Ibrahim. Persetankan para pengkhianat yang telah buncit perut memakan laba hasil darah dan keringat DS Anwar Ibrahim.

Kita bertemu di Shah Alam. Lawan Tetap Lawan !!

Khamis, 21 November 2019

KEKAL TENANG YANG TIDAK LAGI BERTENANG - SIAPA DIA?

Padah bersikap kurang ajar dengan orang yang angkat dia. Jiwa sudah tidak tenteram sehinggakan setahun tidak hadir mesyuarat parti kerana tidak mampu berdepan dan bertentang mata dengan insan yang mendidik dan mengangkat dirinya hingga ke tahap ini.

Mesyuarat dengan parti tiada masa, retreat bersama parti pun tidak berkesempatan. Tetapi banyak masa untuk bertemu dengan pemimpin2 Umno, tidak cukup siang, bertemu malam di rumahnya sehinggakan diberi jamu makan. Alasannya bincang pasal projek. Eh, projek untuk wakil rakyat Umno ke? Bagaimana dengan kos sara hidup rakyat yang lain?

Sampai bila mahu menipu? Dia kata, saya bertemu dengan semua orang tidak kira siapa. Sesiapa yang mahu bertemu dengan saya, saya sebagai menteri kerajaan sentiasa terbuka, katanya. Ewaah....betul ke mereka mahu bertemu kamu untuk mengadu masalah atau kamu yang memanggil mereka untuk mengadu masalah semburit? Kalau kebetulan mereka yang mahu bertemu kamu untuk bincang masalah rakyat, kenapa tidak bertemu di pejabat? Mengapa di rumah kamu waktu malam siap disediakan catering untuk makan besar? Cukup2lah menipu.

Khabarnya, kes semburit dah semakin ke episod akhir. Polis kata mungkin hujung tahun ini akan diketahui siapa pasangan Haziq. Oleh kerana gelabah puyuh, terpaksalah buat kerja gila berpakat dengan musuh untuk menghancurkan PH. Hatinya busuk sekali. Padanya, kalau dia tak boleh jadi PM, dia akan tentukan Anwar tidak akan jadi PM.

Siapa dia itu?

KEKALAHAN PH DI PRK TG PIAI MENUNJUKKAN ADA 'PRIMA FACIE" PERLUNYA PM 8 SEGERA


Terlebih dahulu tahniah kepada BN dan Pas yang telah berjaya melalui calonnya dari MCA di PRK Tg Piai. Syabas kepada parti-parti berkenaan kerana telah berjaya menambah satu Kerusi Parlimen untuk wakil MCA dan berjaya mengurangkan satu Kerusi Melayu Islam di Parlimen yang sebelum ini diwakili oleh Almarhum Md Farid (Bersatu).

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (MCA) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi seperti yang telah diumumkan beberapa jam yang lalu di mana beliau telah memperolehi 25,466 undi daripada 128 saluran undi. calon PH, Karmaine Saidini (Bersatu) hanya memperoleh 10,380 undi.

Terbukti, setakat ini SPR telah berjaya mengendalikan pilihanraya dengan adil. Kerajaan PH tidak tergamak untuk gunakan SPR hanya kerana mahu kemenangan. Syabas, media perdana kerajaan juga tidak berbuat apa-apa untuk menangkis propaganda Pembangkang dan berkelakuan seperti 'malaikat'.

Syabas tidak terhingga kepada pengundi-pengundi tua di Tg Piai terutamanya yang berugama Islam kerana mereka akan dapat pergi umrah tidak lama lagi seperti yang dijanjikan oleh calon MCA. Paling penting, sekiranya ada usul berkaitan pemantapan atau dasar tulisan jawi mahupun RUU Akta 355 yang akan dibawa oleh kerajaan PH di Parlimen nanti, satu suara menentang dari wakil MCA ini sudah tentu menggembirakan buat Umno dan Pas. Kita tahu pendirian MCA di dalam isu ini.

Bagi PH pula, isyarat telah diberikan oleh rakyat di Tg Piai. Sebagaimana kata Dato' Seri Anwar Ibrahim, kekalahan PH kali ini adalah untuk kita bermuhasabah tentang dasar-dasar dan janji-janji PH. Anwar hanya boleh beri pandangan termasuk di Parlimen kerana beliau hanya seorang Ahli Parlimen dan tidak mahu menganggu tugas PM sekarang.

Sejak awal lagi saya menulis apakah wajar PM selaku Pengerusi PH termasuk perangkap perkauman Umno dan Pas apabila beliau hadir di dalam Himpunan Maruah Melayu menjelang PRK Tg Piai? Mungkin beliau merasakan dengan kehadirannya akan dapat membantu kekuatan PH terutamanya dari kaum Melayu? Jelas, PH terus hilang sokongan Melayu dan PH bernasib baik kerana terdapatnya masyarakat kaum Cina yang hanya memikirkan tentang PH dan melupakan tindakan Tun M itu lantas memberikan undi kepada calon Bersatu. Mereka berikan undi juga kepada calon Bersatu walaupun di dalam hati kecil mereka tercalar dek kerana tindakan Tun M bersama Umno dan Pas di dalam program bersifat perkauman tersebut. Nasib baik ada juga pemimpin Dap dan Anwar yang turun ke kawasan mereka untuk memujuk agar lupakan seketika rasa amarah mereka demi PH. Namun, ianya tidak cukup untuk PH kerana bukan itu sahaja isu besar yang meyebabkan PH kalah di Tg Piai.

Rata-rata impikan perubahan besar yang dapat dirasai oleh rakyat semua peringkat. Tidak perlu kita tunggu rakyat melihat Najib masuk Sg Buloh baru kita boleh menang. Rakyat mahu perubahan segera, tunaikan janji PRU14 dan jikalau tidak mampu laksanakan sekarang kerana kekangan kewangan, jangan tinggalkan terus. Tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Gunakan media perdana sebaik mungkin bukan untuk menfitnah tetapi nyatakan kebenaran di samping menjadikannya saluran untuk menangkis propaganda Pembangkang.

Jika kerajaan PH sekarang ini tidak mampu lagi berbuat apa-apa, maka isyarat di Tg Piai adalah kerajaan PH perlukan nakhoda baru. Kekalahan 4 PRK di dalam tempuh setahun setengah bukan isyarat yang baik untuk PM sekarang. Sudah sampai masanya PH memikirkan untuk melaksanakan janjinya iaitu Anwar mengambil alih PM. Tidak perlu kita memaksa Tun M di dalam usianya sekarang bagi menebus maruah kita. Mungkin Tun M telah kehabisan idea sekarang dan kita perlukan idea baru. Beliau telah lakukan yang terbaik pada fikirannya tetapi tidak mencukupi kerana kunci 'reformasi' itu berada di tangan Anwar Ibrahim.

Rabu, 13 November 2019

KENALI SIAPA "BOSS MU ITU"

2011 Anwar pertamakali dedahkan skandal nih di parliaman.

Dalam pada itu Najib mula berpakat untuk diamkan Anwar dengan merancang fitnah liwat 2 terhadapnya.

Makanya bangkai gajah mana mungkin bulih ditutup dengan nyiru. Terdedahlah satu persatu skandal 1MDB.

Dua kes yang saya follow up dengan dekat ialah kes SRC Najib dan kes arwah Zulfarhan. Kes Zulfarhan ini ramai pentaksub tak kisah sebab pelaku dia Melayu; kalau pelaku dia bukan melayu barulah ada #justiceforZulfarhan.

Persamaan antara kedua-dua kes ini adalah tertuduh langsung tiada rasa penyesalan atas jenayah yang telah mereka lakukan siap boleh bersuka-ria dan semacam memperolokkan undang-undang kita.

Kes Najib Razak, yang paling klasik. 7 pertuduhan SRC, 1 satu salah guna kuasa, 3 ubah wang haram dan 3 pecah amanah ke semuanya telah di buktikan ada prima facie. Inilah sebab kenapa pendakwaan terhadap DS Najib lambat, sebab mereka kena bagi bukti pertuduhan tersebut adalah tepat dan tidak ada cacat cela.

Kalau kita tengok hujah peguambela Najib, dia kata, Najib mangsa penipuan Jho Low, ingat dulu dia kata tak kenal Jho Low. Tu yang pendakwaan bawa saksi yang kata Jho Low siap minum milo ais kat rumah Najib. Lepas tu dia kata Najib tak tau duit di masukkan oleh Jho Low dalam akaun dia. Tu pendakwaan bawa saksi pegawai Ambank yang kata tuan punya akaun bank bertanggungjawab atas keluar masuk duit dalam akaun mereka dan Najib sendiri dah tandatangan bersetuju. Jadi bila dia kata dia tak tahu Jho Low masukkan duit, itu bukan alasan yang munasabah.

Yang paling kesian tengok penyokong Najib berselawat dan bertakbir jerit "malu apa bossku". Kalau yang mencuri duit tabung masjid di belasah separuh mati sebab tak mampu nak beli makanan untuk anak2, kenapa penyokong dia boleh sokong orang yang mencuri duit mereka sendiri dan angkat Najib macam dia ini larger than life?

Lepas itu trick Najib ialah MC dan cuba delay the inevitable. Dia ingat dia mempermainkan court ni hakim akan bagi favor kat dia? Silap-silap semua pertuduhan dia kena kena hukuman maksima walaupun 1st time offend, sebab Najib langgar sistem perundangan, tukar peguam negara, tukar gabenor bank negera, tukar pengarah SPRM, pecat TPM demi nak menyelamatkan diri dari penjara. Jenis Najib ni bukan sahaja tak tahu malu, malahan tak boleh pakai. Baru di tunjuk di azab dunia, semua yang di sekeliling dia sanggup di tebus demi kelangsungan hidup dari di penjara.

Kalau di akhirat bandingan dengan semua pendosa, mereka sanggup menebus dengan anak mereka sendiri.

"..orang yang berdosa suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab hari itu dengan anak-anaknya sendiri..." Surah Maarij Ayat 11

Perlu di ingat, kesalahan yang Najib buat adalah melibatkan dana awam dan bukan dosa peribadi. Walaupun dia bakal di penjarakan, dia masih lagi berhutang kemaafan kepada rakyat sebab dia menyamun harta rakyat dan pecah amanah.

Najib sepatutnya insaf dan bertaubat tapi dalam masa kes SRC yang prima facie ini pun, dia masih lagi cuba misled penyokong dia (yang malas berfikir) dengan dasar bumi hangus ( isu perkauman, bangsa dan agama).

Orang yang macam ini patut di kenakan hukuman yang seberat-beratnya sebab dia telah khianat amanah tertinggi dalam negara dan mencemarkan nama baik negara kita.

Kepada yang malas berfikir dah masih kata Najib tak bersalah mudah sahaja. Tak perlu kafirkan, murtadkan saya kalau tak bersetuju atau doa kemusnahan pada saya.

Minta pada Allah supaya kamu di bangkitkan bersama Najib yang kamu cintai nanti di akhirat jika kamu orang-orang yang benar.

WAllahualam


C&P

JANGAN IZINKAN RAFIZI TERANIAYA KERANA MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN WANG RAKYAT - AYOH BERSAMA KE MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM JUMAAT INI


Pada awal Februari 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Pengasas INVOKE yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atas kesalahan mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat Jalil) di atas pendedahan yang dilakukan pada 2012.

Walau bagaimanapun, peguam Rafizi, Sdr Ahmad Nizam Hamid telah menfailkan rayuan. Keputusan kes rayuan beliau telah ditetapkan pada 15 November ini (Jumaat) jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Apakah hukuman 30 bulan penjara itu kekal atau beliau dibebaskan? Jumaat ini adalah keputusannya.

Rakyat yang tidak lupa tentang skandal NFC (lembu dalam kondo) sudah tentunya mengharapkan Sdr Rafizi Ramli akan dibebaskan sekiranya negara ini telah benar-benar merealisasikan sebahagian dari reformasi kehakiman. Rafizi bukan mendedahkan akaun seseorang untuk suka-suka atau untuk mengaibkan sesiapa. Beliau mengambil risiko besar kerana mendedahkan akaun yang memperlihatkan sesuatu yang luar biasa melibatkan wang rakyat. Baayangkan sekiranya Rafizi tdak mendedahkan perkara ini, adakah kita tahu bahawa ada orang yang hidup kaya raya dengan menyalahgunakan dana rakyat?

Justeru itu, apa yang Sdr Rafizi lakukan itu bukan untuk kepentingannya bahkan bakal mendatangkan kesusahan kepada diri dan keluarganya, tetapi beliau lakukan demi untuk negara tercinta. Beliau tidak dapat apa-apa dari hasil kerja mulianya itu. Beliau tidak bertanding di dalam pilihanraya, beliau bukan lagi seorang Wakil Rakyat, jauh sekali seorang Menteri di dalam kerajaan yang beliau sendiri angkat.

Mampukah kita melihat sosok tubuh anak muda ini disumbatkan ke penjara di dalam sebuah negara yang diterajui oleh Pakatan Harapan di mana insan ini terlalu banyak jasanya menyumbang kepada kejatuhan rejim kleptokrasi pada 09 Mei 2018 yang lalu? Kita tidak menuntut anak muda ini dilantik sebagai Senator atau Menteri, kita hanya mahu melihat beliau dan keluarganya boleh menjalani kehidupan aman sentosa dan sejahtera di bawah kerajaan PH.

Kita yakin anak muda ini akan tampil menerajui negara ini di suatu masa kelak. Hanya orang-orang yang suka kepada rasuah dan penyelewengan akan suka melihat tokoh hebat ini terpenjara. Cukuplah Anwar Ibrahim menjadi sejarah kebobrokan sistem keadilan di negara ini.

Bertemu kita di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Kepada yang tidak berkesempatan hadir, kami menuntut doa kalian.

Selasa, 12 November 2019

HADI, KETAM YANG CUBA MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN BETUL


Melucukan apabila Hadi menasihat Tun M agar memilih penggantinya dengan tokoh yang paling layak. Kenapa ianya lucu?

Pertama, Hadi sendiri sebagai seorang yg dikatakan ulamak dan pemimpin sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, partinya sendiri tidak pandai memilih kawan tahalluf. Partinya memilih Najib dan Zahid hamidi sebagai kawan politik. Satu dunia kenal siapa Najib dan Zahid ini. Skandal Najib memecah rekod dunia dan kerana itu partinya lingkup dalam PRU14 yang lalu. Ini kah parti yang Hadi mahu buat kawan? Kalau beliau sendiri tidak pandai pilih kawan, apa moralnya beliau mahu menasihati orang lain untuk memilih pengganti yang terbaik?

Kedua, Hadi merasakan PH ini sama seperti Tun M sewaktu di dalam.Umno dahulu. Siapa PM waktu itu terletak atas Presiden Umno. Waktu itu, Tun M boleh serah jawatan kepada Pak Lah, kemudian Pak Lah serah kepada Najib. Hadi lupa, di dalam PH berbeza dengan Umno/Bn. Siapa PM, Majlis Presiden PH akan tentukan. Tun M jadi PM kerana itu keputusan Majlis Presiden PH walaupun waktu itu Kerusi parti Bersatu hanya ada 13 Kerusi saja. Majlis Presiden PH telah bersepakat selepas Tun M, maka penggantinya adalah Anwar.

Keputusan PH memilih Anwar memang tepat kerana sewaktu kita di dalam Barisan Alternatif dulu, Presiden Pas ketika itu Almarhum Us Fadzil Noor juga memilih Anwar sebagai PM sekiranya Barisan Alternatif berjaya membentuk kerajaan. Yang tidak suka kepada Anwar ini adalah Hadi, bahkan isteri Anwar pun Hadi tak sokong jadi MB Selangor dulu. Hadi memang 'jaki' dengan nama Anwar. Hadi sanggup jual agamanya dengan kata2nya yang berbelit bahkan sanggup terima Najib, Zahid dan MCA sedangkan terbukti mereka adalah perosak negara bahkan penentang hudud berkurun lamanya.

Kerana benci kepada Anwar, Hadi sanggup jadi ulamak yang tidak bermaruah.

ALASAN LEBAI KENAPA HUKUM MENGUNDI NON MUSLIM DI CAMERON HIGHLAND TIDAK SAMA SEPERTI DI TG PIAI

Calon PH - seorang bekas pendidik dan bekas Imam 
Kata si penjual agama ini ialah, di Cameron Highland dulu hukumnya wajib undi calon Islam dari Umno kerana calon PH dari Dap itu bukan Islam.

Tetapi, di Tg Piai pula hukumnya berubah. Wajib undi calon BN dari MCA walaupun calon itu bukan Islam, dan jangan undi calon Melayu Islam dari PH (Bersatu) walaupun calon itu seorang bekas pendidik dan bekas imam. Undi calon Melayu Islam dari Berjasa pun tidak boleh. Mesti undi calon MCA juga.

Hujahnya, kapir ni ada dua jenis. Satu, kapir yang menentang hukum Islam dan satu lagi yg menyokong atau tidak menentang hukum Islam. Maksud lebai adalah, Dap itu menentang Islam dan MCA tidak menentang Islam.

Betulkah MCA tidak pernah menentang Islam? Mungkin lebai ni tahu sejarah MCA terhadap hukum Islam, tetapi dek kerana telah berbudi dan sekelambu dengan Umno, maka buta mata dan buta hati. Kita kesihan dengan walaun2 yg langsung tidak guna otak untuk berfikir. Mudah betul mereka terpedaya dengan sipenjual agama ini.

Khamis, 7 November 2019

AZMIN PUNYA MASALAH HUTANG PUN MAHU DIKAITKAN DENGAN ANWAR ?


Syarikat YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd telah membawa kes ke mahkamah untuk menuntut hutang dari Azmin Ali yang dikatakan berjumlah sekitar RM 300K iaitu berupa tiket penerbangan dan penginapan untuk Timbalan Presiden Keadilan itu.

Pertamanya, tahniah dan syabas kepada Azmin kerana berjanji akan membayarnya. Semua manusia ada melibatkan diri dengan hutang, jadi isu hutang ini perkara biasa.

Pelik bin ajaib, apabila seorang bekas Chegu yang dulunya hari-hari berkokok pasal kubah masjid dan terowong di era Azmin jadi MB Selangor, tiba-tiba mengulas isu ini dan mengaitkannya dengan Anwar. Kononnya, syarikat itu milik kawan Anwar dan anak kawan Anwar itu dikatakannya pernah mengedit video lucah. Umang aiii...jauh bona lari dari isu hutang ni bai.....

Kalaupun syarikat itu milik kawan Anwar, adakah Azmin tidak perlu membayar hutangnya? Kalaupun anak kawan Anwar itu kaki edit video lucah, adakah ada kaitannya dengan hutang tidak berbayar? Nasib baik lah Chegu yang pernah jadi tokey ayam organik dan penjual barang lelong ini tidak kaitkan bahawa Haziq yang mendakwa Azmin adalah pasangannya di dalam hotel itu adalah anak ponakan tokey syarikat tersebut.

Begitulah nasib Chegu yang terbiar. Cerita kubah masjid dan terowong dah senyap sekarang. Cerita tentang Billboard Mak Lampir yang nilainya berjuta di Selangor itu langsung tidak disentuhnya. Maklumlah sibuk sekarang usung tin biskut gambar Mak Lampir ke hulu ke hilir. Patutlah ramai anak2 buah dia dah lari sebab baru tahu wajah sebenar Chegu ni.

KONVENSYEN KEADILAN NEGERI PAHANG BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PADA 08 NOV 2019 (JUMAAT) DI KERDAU


Menjelang Kongres Nasional KEADILAN yang dijangka pada awal Disember tahun ini di Melaka, KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Konvensyen yang berthemakan " Dua Dekad Merakyatkan Reformasi" sebagai momentum menghadapi Kongres Nasional yang akan diadakan.

Konvensyen pada tahun ini akan diadakan di Dewan Dato' Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Peragap, Kerdau pada 08 November 2019 (Jumaat) bermula jam 06.00 petang sehingga jam 11.30 malam. Para perwakilan/Pemerhati dari setiap Cabang diminta untuk mendaftar nama pada jam 05.00 petang di kaunter pendaftaran yang disediakan, Konvensyen kali ini juga turut dibuka kepada orang ramai bagi mengikuti ucapan-ucapan dari pemidato yang terdiri dari berbagai golongan mewakili berbagai peringkat seperti anak muda, wanita, mewakili masyarakat sivil (warga felda/petani/nelayan) serta mewaili golongan akademik/profesional.

Pentas ucapan disediakan bagi golongan ini agar mereka dapat menyuarakan pandangan mahupun kritikan agar suara mereka dapat didengari oleh pucuk pimpinan. Pendekatan ini adalah sejajar dengan inspirasi dan roh perjuangan Parti KEADILAN di mana parti ini tidak menyekat mana-mana suara atau kritikan yang membina demi kebaikan rakyat.

Tayangan video perjuangan akan diselangselikan dengan persembahan kesenian dari masyarakat tempatan serta menampilkan artis terkenal Yassin "reformasi". Turut berucap Pengarah Konvensyen Pahang, Sdr Rizal Jamin (Timbalan Pengerusi MPN), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Konvensyen Pusat), YB Fuziah Salleh (Pengerusi MPN), YB Dato' Saifuddin Nasution (SUA KEADILAN), Timbalan Presiden/Naib-Naib Presiden. Beberapa tokoh lama di dalam perjuangan khususnya di Negeri Pahang ini turut dijemput sebagai tetamu istimewa.


Kemuncak konvensyen nanti, Presiden KEADILAN akan menyampaikan amanat dan pidatonya yang sudah pasti akan merungkai berbagai perkara dan isu semasa untuk dijadikan panduan kepada seluruh ahli parti terutamanya.

Sehubungan itu, marilah kita beramai-ramai untuk tidak melepaskan peluang kali ini kerana ini adalah konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini setelah kita membentuk kerajaan di Persekutuan. Semoga konvensyen ini akan dapat menyuntik semangat kita bagi meneruskan usaha dan bakti kepada rakyat seterusnya berjaya mengambil alih pentadbiran di Negeri Pahang ini, InsyaAllah.



WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Komunikasi
KEADILAN Pahang

Formulanya mudah di Tg Piai.

Calon PH - Melayu Islam dari Bersatu, bekas pendidik dan bekas Imam, sama2 berjuang melawan Umno/Bn dan jatuhkan Najib serta Rosmah dari menjadi ketua kerajaan kleptokrasi. Seorang calon yg akan mengekalkan Kerusi Parlimen milik melayu Islam.

Calon BN - Dari MCA, seorang kaum Cina bukan berugama Islam, pernah menyatakan penentangan terhadap Hudud dan bersama2 bersubahat di dalam kerajaan Bn dahulu yg kleptokrasi bahkan hingga kini kekal di dalamnya. Seorang calon yg cuba untuk mengurangkan satu Kerusi Parlimen milik Melayu Islam dan cuba menggantikannya dgn kerusi milik Cina bukan Islam.

Calon Berjasa - Muncul hanya waktu pilihanraya saja.

Calon Gerakan - Sama dengan calon MCA juga, pernah berada di dalam kerajaan kleptokrasi dahulu.

Calon-calon Bebas - Muncul di waktu pilihanraya saja.

Jangan pilih berdasarkan perkauman, tetapi pilihlah yg mempunyai integriti. Maka, tiada pilihan lain kecuali memilih calon PH yg bukan sahaja Melayu Islam tetapi berintegriti.

PILIHLAH YANG KURANG MUDHARAT DI TG PIAI


Calon BN dari MCA yang disokong oleh Umno dan Pas adalah Non Muslim yang dikatakan amat tegar menentang Hudud bahkan menentang Pas itu sendiri. Calon ini pernah menghentam Dap kerana mendakwa Dap tidak bersungguh-sungguh menentang Hudud, sedangkan MCA jelas dan berani menentang hukum Islam tersebut. Cuba baca link2 di bawah:

WEE JECK SENG BENCI HUDUD & PAS

Selama 3 tahun berturut-turut, Wee Jeck Seng menyatakan kebenciannya kepada PAS, menolak hukum hudud yang diperjuang parti itu dan menakut-nakutkan pengundi cina kepada PAS dan hukum Islam.

2014

Wee Jeck Seng mengatakan pendirian Lim Guan Eng (DAP) berkenaan hukum hudud adalah tidak jelas. Tidak seperti MCA yang jelas dan tegas menolak hukum Islam itu.

2015

Wee Jeck Seng menegaskan pendirian peribadinya untuk menentang undang-undang jenayah syariah (hudud).

2016

Wee Jeck Seng menakut-nakutkan pengundi cina dengan hukum hudud, berikrar akan menentang usul berkaitannya dari diluluskan dan mendakwa pengundi cina telah ditipu DAP kerana DAP bertanggungjawab memujuk pengundi cina untuk mengundi PAS.

Tapi mutakhir ini. dan penyokong parti itu beria mempertahankan Wee Jeck Seng yang jelas telah menolak hudud secara terang-

Meskipun begitu, Umno dan Pas tetap menyokong calon MCA ini asalkan calon Melayu Islam dari PH ini tewas. Ertinya, Umno dan Pas mahu satu Kerusi Parlimen milik Melayu Islam sebelum ini akan diserahkan kepada MCA. Kemudian, mereka akan balik ke kampung masing2 untuk memperbodohkan macai dan walaun masing2 untuk menjerit "Hidup Melayu". " Maruah Melayu" dan " Perpaduan Ummah".

Bagi kita di dalam PH, isunya bukan kaum. Bagi kita, samada Melayu atau tidak, maruahnya terletak kepada keperibadian dan integriti. Serban tebal akan memberatkan kepala jika pemakainya menyokong puak yang jelas bersama kleptokrasi dan rasuah.

Pilihlah yang kurang mudharat!!

Jumaat, 1 November 2019

PRK TG PIAI - TIDAK SUKAR UNTUK MEMAHAMI 'FATWA" PAS DI DALAM MEMILIH CALON

Dewan ulamak Pas keluarkan 'fatwa'baru di Tg Piai, iaitu, wajib sokong calon BN - MCA berbangsa Cina yg bukan Islam berbanding calon PH - Bersatu walaupun berbangsa Melayu, Islam, bekas pendidik dan bekas Imam, dalilnya, " PILIH YANG KURANG MUDHARAT".

Kita buat kajian ok. MCA adalah parti komponen BN. BN adalah kerajaan kleptokrasi yg memerintah negara sebelum 09 Mei 2018 dan telah ditumbangkan di dalam PRU14 yg lalu kerana 'kemudharatan"nya terlalu banyak. Hingga hari ini, beberapa pimpinan dari BN telah dibawa ke mahkamah atas beberapa skandal penyelewengan. MCA juga berada di dalam kerajaan kleptokrasi dahulu dan turut bersubahat membiarkan kemungkaran dan kemudharatan kerajaan BN selama ini. MCA tanpa segan silu dan berterus terang menolak hukum Hudud.

Calon PH dari Bersatu adalah calon yang mewakili PH yang telah membuang kerajaan kleptokrasi terdahulu. Ini bertepatan dengan perintah Allah iaitu jangan sesekali membiarkan kezaliman dan kemungkaran, cegah kemungkaran itu wajib. Bertepatan dengan perintah Allah, "Jangan sesekali cenderung kpd kezaliman, kelak dibakar api neraka". Ayat ini sering menjadi mukaddimah penceramah Pas sewaktu bersama kita di dalam PR dan sewaktu Pas mendoakan Umno agar 'K.O". Ertinya, calon PH adalah mewakili parti yg menentang kerajaan terdahulu yang dipenuhi dengan skandal 1MDB, skandal terbesar di dunia itu.

Jika mahu memilih mana satu yg kurang mudharat, maka tidak sukar untuk buat pilihan. Calon MCA sudah semestinya ditolak kerana bersama dengan BN yg memudharatkan negara sebelum ini. Mahu cari calon Pas? Malangnya Pas hanya jadi balaci tukang angkat bendera Dacing Baghdad dan kerjanya jual agama dan cipta hukum dari masa ke semasa.

Habis tu, mau undi siapa? Tiada lain, kita wajib undi calon PH dari Bersatu. Tidak sukar nak memahami 'fatwa' Pas itu.

LEBAI WALA' KEPADA UMNO DAN UMNO WALA' KEPADA MCA - SIAPA PARTI DOMINAN DI DALAM BN SEBENARNYA?


Tepat jangkaan saya bahawa akan ada "fatwa" baru oleh olamak parti lebai bila MCA letak calon di PRK Tg Piai. Tidak seperti di PRK Cameron Highland di mana fatwanya adalah wajib undi calon Melayu Islam (Umno) dan haram undi calon bukan Islam (PH-Dap). Di atas mimbar Jumaat, berbuih2 mulut khatib lebai baca nas dan dalil untuk memperkuatkan hujahnya.

Kali ini, fatwanya lain. Wajib undi calon MCA kaum Cina bukan Islam dan haram undi calon PH -Bersatu iaitu seorang Melayu Islam bekas sseorang guru dan Imam. Alasannya apa? Lebai kata hujahnya adalah kerana Taawun dengan Umno. Umno telah diberi mandat untuk jadi parti dominan (bos), maka wajib wala' dengan Umno. Umno pula wala' dengan MCA? Kahkahkah355...melucukan!!

Lebai kata lagi, Islam tidak boleh langgar perjanjian dan parti lebai tidak akan langgar perjanjian. Wah !! Betulkah ada perjanjian dengan Umno? Perjanjiannya Umno jadi bos? Perjanjian berkaitan calon pilihanraya pun telah ada? Betulkah lebai tak pernah langgar perjanjian?

Wahai lebai, dengan budak hingusan dalam politik bolehlah kamu jual agama. Siapa tidak tahu kisah pertandingan 3 penjuru banyak berlaku yang melibatkan lebai langgar perjanjian sewaktu berada di dalam Pakatan Rakyat? Langgar perjanjian, tidak cukup dengan itu reka fitnah kononnya calon Keadilan adalah berfahaman komunis dan pengedar pil kuda, maka lebai pun letak calon di situ. Kalah pun takpe, asalkan parti kawan tidak menang. Akhirnya Umno menang dan Umno jadi kawan lebai sekarang.

Lebai pernah kata, parti Islam ini kuat bersendirian dan jika parti ini mahu bergabung dengan mana-mana parti sekalipun, parti Islam mesti dominan. Hari ini, terbukti bahawa Taawun di antara lebai dengan parti keris telanjang tidak bersarung itu yang dominan adalah Umno. Lebai seperti biasa juga. Lebai kena wala' dengan Zahid Hamidi yang telah dihadapkan dengan berpuluh kes di mahkamah.

Lebai wala" kepada Umno. Umno pula terpaksa wala' kepada MCA dan MIC kerana takut Bn diharamkan jika MCA atau MIC keluar dari Bn. Ertinya di dalam Bn dan pakatan mereka, parti dominan adalah MCA. Wallahu Aklam

Khamis, 31 Oktober 2019

TRAGEDI MALANG INI PUN LEBAI CUBA BERMAIN DENGAN ISU PERKAUMAN


Terlebih dahulu marilah kita sama2 ucapkan Takziah kepada semua waris anak2 yang terkorban di dalam tragedi kemalangan basikal lajak dua tahun lalu. Marilah bersama kita doakan semoga Allah merahmati kesemuanya dan keluarga mereka diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

Kes ini berlaku pada tahun 2017, ertinya siasatan mula dijalankan pada tahun yang sama. Kejadian itu berlaku dan siasatan itu bermula bukan pada waktu kerajaan PH memerintah, dan setiap yang ditakdirkan itu tidak kira siapa yang menjadi kerajaan. Namun, apabila kes ini dibicarakan di era kerajaan PH, terdapat mulut2 busuk di kalangan lebai yang menjual agama cuba untuk mengambil kesempatan di atas tragedi ini bagi memainkan isu perkauman.

Kebetulan mangsa adalah anak2 Melayu dan yang terlanggar mangsa itu pula adalah seorang wanita kaum Cina. Apakah wanita ini mabuk? Tidak. Adakah wanita ini menghisap dadah atau apa jua bahan terlarang ketika memandu? Tidak. Wanita ini dituduh memandu di dalam keadaan melulu hingga terlanggar sekumpulan anak2 yang sedang mengayuh laju basikal lajak pada jam 3.00 pagi di laluan jalan besar. Namun, mahkamah mendapati wanita ini tidak bersalah kerana tiada bukti dan keterangan yang boleh menunjukkan beliau memandu secara melulu atau dipengaruhi alkohol atau sebarang perbuatan yang melanggar peraturan jalanraya.

Bayangkan jika kita terbalikkah kejadian ini di mana mangsa yang terkorban itu anak2 kaum Cina dan yang terlanggar mereka itu pula adalah wanita Melayu. Agaknya kita suka wanita Melayu ini dihukum kerana karenah budak2 Cina yang bermain basikal laju pada jam 3.00 pagi? Saya rasa pasti kita akan menyalahkan keluarga budak2 Cina ini kerana membiarkan anak masing2 keluar pada jam 3.00 pagi dengan membawa basikal lajak yang telah pun diharamkan penggunaannya.

Kalau kita berpegang kepada ajaran Islam, kita mesti berlaku adil tidak kira siapa. Di dalam Islam, binatang ternakan kita pun wajib kita kurung dan tidak boleh dibiarkan merata2. Lembu yang terbiar dan berada di jalanraya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna2 jalanraya. Bahkan jika lembu yang terbiar itu dicuri orang, mengikut hukum Islam tuan punya lembu pun boleh disabitkan kesalahan kerana cuai menjaga binatang ternakan mereka. Bayangkan begitu sekali Islam mengatur hukum terhadap binatang ternakan, apatah lagi manusia iaitu anak2 kita. Apakah kita tidak merasa bersalah membiarkan anak2 kita keluar bermain pada jam 3.00 pagi?

Saya bukan mahu menyalahkan ibu bapa budak2 ini kerana seperti yang saya sebutkan awal tadi ini adalah suratan dan takdir. Kalau sudah ditakdirkan nyawa mereka diambil pada awal pagi itu, jika tidak keluar rumah pun pasti ajal mereka akan sampai cuma kita tidak tahu bagaimana. Cuma, jangan kita tidak berlaku adil kepada orang lain apabila musibah berlaku kepada kita. Tentu ada hikmahnya ia terjadi.

Amat malang, status dari seorang pemimpin dari parti yang menjual agama ini cuba untuk mendatangkan provokasi perkauman apabila mengulas tentang keputusan mahkamah di dalam kes ini. Sepatutnya selaku orang yang tahu ugama, beliau boleh memberikan peringatan kepada kita agar tragedi seperti ini tidak berulang lagi. Malangnya, demi politik beliau sanggup mendustakan agamanya.

MASALAH EKONOMI JANGAN BEBANKAN KEPADA TUN M SEBAGAI ALASAN MELENGAHKAN PERALIHAN KUASA



Saya telah membaca kenyataan Menteri Ekonomi, YB Dato' Seri Azmin Ali di dalam Malaysia Gazzet yang mengulas tentang isu peralihan kuasa di antara Tun M dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pertamanya, tahniah kepada Azmin yang telah bercakap bagi pihak Tun M dan sepatutnya beliau dilantik SU Politik Tun M kerana beliau sering menjawab bagi pihak Tun M.

Pendapat Azmin adalah Tun M mesti terus menjadi PM sehingga selesai masalah ekonomi negara yang meruncing sekarang dan Tun M berkewajipan membetulkannya sebelum menyerahkan jawatan kepada Anwar seperti perjanjian di dalam PH. Saya mula keliru, semenjak bila Tun M sebagai PM adalah juga merangkap Menteri Ekonomi? Habis tu, apa jawatan Azmin? Adakah beliau hanya pegawai pengiring YDP Agong atau SU Politik Tun M?

Jika Azmin masih lagi Menteri Ekonomi, sepatutnya beliau malu dan bersalah apabila mengakui bahawa ekonomi negara sekarang begitu teruk sehinggakan Tun M terpaksa buat kerja untuk beliau. Lojiknya, jika beliau selaku Menteri Ekonomi merasakan beliau gagal pulihkan ekonomi negara, beliau wajar memikirkan untuk meletakkan jawatan bukannya semudah itu untuk meletakkan beban tersebut di bahu Tun M.

Tidak masuk akal, akibat kegagalan Menteri Ekonomi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya maka terpaksa pula Tun M melanjutkan tugasnya sebagai PM hingga ekonomi pulih. Itu sikap tidak bertanggungjawab dan seolah-olah untuk mempersendakan Tun M.

Isu peralihan kuasa di antara Tun M dengan Anwar tiada kaitan dengan masalah ekonomi. Sesiapa yang mengambil alih tugas PM adalah bertanggungjawab menentukan keadaan negara baik dan tugas ini bukan terletak di bahu PM semata-mata tetapi juga kepada seluruh anggota Kabinet. Mana-mana menteri yang gagal melaksanakan tugasnya tidak boleh memaksa PM untuk memikul beban, sebaliknya menteri berkenaan undur diri.

Jelas di sini Azmin cuba untuk menuding jari kepada PM di atas kegagalannya. Jangan kerana kamu bermasalah, maka peralihan kuasa turut bermasalah.

Kita tetap berpegang kepada apa yang Tun M sebut baru-baru ini iaitu jangkamasa dua tahun adalah jangkamasa peralihan kuasa beliau dengan Anwar. Tidak perlu ada jurucakap lain yang berkepentingan untuk mencipta alasan bagi menggagalkan transisi ini.

LAWAK BODOH TONTOWI



Lawak sungguh lebai Tontowi ni. Dia faham tak bezanya "menjatuhkan PM" dengan "Peralihan kuasa PM" ? Takkan la sebangang itu untuk bezakan "menjatuhkan Imam kampung" dengan "menukar imam kampung" pun lebai Tontowi tak tahu?

Patut pun dalam kenyataannya, dipetik

" Pas teguh dengan pendirian supaya Tun Dr Mahathir Mohamad, kekal sebagai Perdana Menteri, sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum PRU Ke 15, walaupun pas mnegeluarkan fatwa mewajibkan ahli parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan. Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, fatwa terbabit masih kekal relevan, biarpun dengan kesediaan pas menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir."

Lawak lagi. Dia fatwakan wajib jatuhkan kerajaan PH yg dipimpin oleh Tun M, tetapi Pas tetap menyokong Tun M. Umpama, babi itu haram, tetapi kepala babi sedap dibuat sup.

Itulah lebai penjual agama...

NIK BEDUH JANGAN MURIH, ANA TAKLID KEPADA ANTA....


Wah !! Tak Ana sangka tulisan Ana dibaca oleh Nik Beduh. Maka, Ana rasa malu kerana tulisan Ana hanya dibaca oleh orang seperti Anta. Ana fikir tulisan Ana dibaca oleh orang bijak pandai saja.

Anta dakwa Ana menipu kerana menulis yg bukan Anta kata. Alaahh...Ana menipu syarie, bukankah "menipu demi parti" itu diwajibkan? Anta pun pernah menipu jugak kan? Dulu Anta kata, "audio itu bukan suara Ana, itu fitnah manusia seperti iblis". Akhirnya, Anta mengaku bahawa audio yang menyebut parti Anta makan duit Umno itu adalah memang suara Anta. Bukankah waktu itu Anta diwajibkan menipu?

Ana pun demikian, Ana bertaklid kepada Anta punya auta, syeikh....ehehhh

Selasa, 29 Oktober 2019

SATU NEGARA SUSAH, ZAHID HANYA MINTA MAAF KEPADA PAS?

Di Terengganu dlm himpunan perpaduan ummah, Zahid Hamidi akhirnya mengaku lebih 60 tahun partinya byk buat salah kpd rakyat dan kemuncaknya parti kuno tersebut hilang kuasa pada PRU14 yg lalu. Maka, dgn rasa sebak Zahid minta maaf kpd Pas.

Hahaha...dia ingat parti dia dulu perintah negara ini hanya org2 Pas sahaja jadi mangsa atau rakyat malaysia itu orang2 Pas? Minta maaf kpd Pas sahaja?

Kamu rosakkan negara ini dgn segala bentuk penyelewengan dan skandal serta buat hutang berbilion ringgit, semua rakyat susah, sepatutnya jika ikhlas kamu kena mohon maaf dengan seluruh rakyat, bukannya kpd pak-pak lebai yg sekali satu pinggan pelahab makan tu. Itu tandanya kamu tidak ikhlas, hanya utk ambil hati orang2 Pas agar lupakan kesalahan besar kamu. Pmimpin Pas tentunya dengan mudah maafkan kamu sbb mereka pun dapat faedah dari apa yg kamu lakukan dulu.

Rakyat Malaysia tidak sebodoh itu untuk melupakannya.

PERALIHAN KUASA TUN M KEPADA ANWAR, TUN M BERI REAKSI POSITIF


Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju berbuat demikian (bincang isu peralihan kuasa PM) kerana dalam Majlis Presiden PH itulah cadangan untuk melantik para pemimpin PH dibuat dahulu, iaitu kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cadangan beliau jadi pengerusi, dan bakal perdana menteri, katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Baku, Azerbaijan sebelum berangkat ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Seri Muhyiddin Yasin juga turut mengakui bahawa sememangnya ada persefahaman dan perjanjian dibuat di dalam PH iaitu selepas Tun M, Anwar adalah PM. Beliau berkata, Bersatu tetap berpegang dengan janji itu. Beliau juga turut mencadangkan agar isu ini dapat dibincangkan lagi di dalam Majlis Presiden agar menjadi lebih jelas.

Nampaknya, dua tokoh utama Bersatu ini berlapang dada dan bersedia mematuhi ketetapan dan persefahaman di dalam PH. Begitu juga Anwar, beliau sentiasa menyerahkan kembali tentang kedudukan dirinya kepada Majlis Presiden PH selain dari bertawakkal kepada Allah.

Beberapa ekor nyamuk yang bising di dalam Bersatu dan Keadilan, itu mudah kita faham kerana mereka ada kepentingan diri masing-masing. Mereka harap Tun M akan mengkhianati PH dan terus berkuasa sehingga PRU15 di mana dalam tempuh tersebut paling tidak kes-kes mereka tidak disebut dalam mahkamah. Mereka mahu gunakan Tun M untuk pikul dosa mereka. Saya yakin Tun M tidak sebodoh itu.

Tidak pelik kalau SU politik Tun M sendiri meracau agar Tun M terus jadi PM. Hati mana tidak berdebar bila kes felda melibatkan Isa Samad kini berada di mahkamah dan namanya sering disebut? Siapa tidak risau jika kes semburit dibuka? Maka, tidak pelik jika orang yang berkenaan sekarang setiap malam mengalami mimpi buruk tentang peralihan kuasa.

Ada yang sanggup bertemu Pas minta sokongan dari pemimpin-pemimpin Pas agar menyokong Tun M menjadi PM sehingga habis penggal. Mereka lupa sebelum ini pak-pak lebai itu begitu kuat menghina bos mereka, Tun M. Mereka tebalkan muka asalkanTun M terus jadi PM dan mereka selamat.

Kita pula harus istiqomah dan pastikan tiada sesiapa boleh cemarkan persefahaman dan perjanjian yang telah kita muafakati. Sesiapa yang cuba rosakkannya tidak kira dari parti mana sekalipun, kita wajib tentang habis-habisan.