Sabtu, 31 Ogos 2019

ANWAR TOLAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI AWAL LAGI, TIDAK TIMBUL ISU TIADA JAWATAN KOSONG BUAT BELIAU


Selepas Anwar diberi pengampunan oleh YDP Agong dan dibebaskan, Tun M telah mempelawa Anwar untuk menjadi Senator bagi membolehkan Anwar dilantik menganggotai Kabinet.

Anwar menolaknya dan beliau mahu menjadi Ahli Parlimen biasa terlebih dahulu melalui PRK. Kalau Anwar mahu jawatan di dalam Kabinet, sudah tentu Anwar awal2 lagi terima jawatan Senator dan kini beliau telah pun jadi Menteri. Tetapi Anwar sedar, PH telah menetapkannya sebagai PM ke 8, Azizah pula adalah TPM.

Maka, Anwar bertanding di Port Dickson dalam PRK, menyaksikan beliau menang besar. Sekarang ini beliau hanya tumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen sahaja. Apabila tiba masa sekitar setahun lagi, Tun M akan melepaskan jawatannya, maka itulah kekosongan yang wujud untuk Anwar diangkat sebagai PM ke 8.

Jumaat, 30 Ogos 2019

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG SETIA BLOG SAYA WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


Saya mula mengambil tahu lebih dekat dengan politik Pembangkang waktu itu adalah semasa era reformasi 1998/99. Idola saya, DSAI mulai saya minati adalah ketika beliau memasuki Umno pada tahun 1982. Beliau bukan seorang ulamak, tetapi memiliki roh Islam di dalam jiwanya sebab itu di mana saja kementerian yang beliau duduki ketika di dalam Umno, kita boleh lihat penerapan nilai-nilai Islam yang dibawa olehnya, terutama di Kementerian Pelajaran (Pendidikan). Itu yang menarik perhatian saya.

Apabila beliau dipecat dari kerajaan dan parti angkara fitnah pada tahun 1998, saya terus mengikuti perjuangannya dan seringkali membaca pelbagai maklumat tentang perjuangan dan gerakan reformasi yang banyak disalurkan melalui risalah dan cetakan internet. Pengaruh media sosial tidak kuat waktu itu, kecuali beberapa laman web dan blog reformasi yang menjadi perhatian dan sumber maklumat rakyat selain dari program ceramah. Ketika itu, tiada FB, WhatsApp, Tweeter atau Intagram. Risalah-risalah yang bercetak diedarkan kepada umum. Saya sering mengikuti ceramah-ceramah beliau dan pimpinan Pembangkang waktu itu, bahkan pernah hadir di kediamannya di Setiamurni, Damansara, sewaktu beliau mula-mula dipecat.

Perkembangan blog semakin berleluasa dan saya mempelajarinya secara perlahan-lahan. Guru utama saya yang mengajar membuat blog adalah adik bongsu saya sendiri iaitu Wan Muhammad Akbar . Selain itu, saya juga dapat menambah pengetahuan tentang membuka blog ini dari sahabat saya yang juga penulis blog yang terkenal suatu ketika iaitu Man atau "Pink Turtle". (nama blog beliau). Beliau adalah sahabat karib kepada Blogger Perisik Rakyat atau Topeng Perak Mohd Fauzi Mohd Azmi yang kini aktif di dalam Dap. "Pink Turtle" saya tidak dapat kesan di mana beliau sekarang.

Akhirnya, pada 19 Mei 2009, saya telah membuka blog saya iaitu di http://wfauzdin.blogspot.com secara resminya. Tiada sesiapa mengajar saya menulis atau mengarang. Saya akan menulis ikut citarasa dan pengetahuan saya. Namun, seenjak dua tahun kebelakangan ini saya amat kurang menulis di dalam blog dan saya lebih tumpukan kepada penulisan di FB serta grup WhatsApp. Twitter dan Instagram pun jarang saya gunakan.

Alhamdulillah, lebih kurang 9 tahun blog ini wujud, kunjungan atau pembacaan di blog saya setakat ini telah mencapai 9, 6 juta kunjungan. Terima kasih kepada teman-teman yang masih setia mengunjungi blog saya. InsyaAllah, saya akan cuba untuk lebih aktif di dalam penulisan di dalam blog ini. Sesiapa yang mahu tulisan mereka disiaran di dalam blog saya, sila emailkan kepada saya di zek_riy@yahoo.com .

Khamis, 29 Ogos 2019

KAMU INGAT ANWAR SUKA DENGAN "SURAT CINTA"? DATANGLAH MESYUARAT BILA TERIMA NOTIS


Saya telah membaca kenyataan Zuraidah, beliau memberi alasan ketidakhadirannya dan rakan-rakan di dalam banyak mesyuarat parti adalah kerana surat mereka untuk bertemu Anwar tidak dilayan.

Inikah mentaliti seorang bekas Ketua Wanita, menteri dan Ahli Parlimen? Ertinya selama ini beliau dan beberapa temannya yang lain itu memberi alasan bohong kepada parti atas ketidakhadiran mereka di dalam mesyuarat parti? Alasan ada tugas kementerian, alasan merasmikan pejabat bomba, alasan trafik jem, alasan mahu sambut harijadi dan pakai topeng Batman dan seumpakanya itu adalah bohong belaka? Hakikatnya, "surat cinta" untuk bertemu Anwar tidak dilayan?

Kita sedia maklum, kesemua mereka yang dipilih di dalam MPP itu adalah ahli jemaah MPP dan berhak bahkan wajib hadir dalam setiap mesyuarat MPP. Bukankah mesyuarat telah ditetapkan setiap bulan? SUA akan keluarkan notis untuk mesyuarat, maka datanglah. Mengapa perlu kamu pula yang beri "notis" kepada Anwar?

Alasan kamu adalah kononnya untuk menyelesaikan masalah hubungan kamu dengan parti atau Presiden, bukankah waktu paling baik dan tepat adalah sewaktu program Retreat keadilan baru-baru ini yang telah dibuat di Port Dickson? Mengapa tidak hadir? Mesyuarat MPP telah beberapa kali diadakan, mengapa tidak hadir? Parti arahkan untuk hadir, kamu ponteng. Sebaliknya kamu pula yang beri "notis" kepada Presiden untuk bertemu kamu. Sekiranya ada masalah peribadi, itu soal lain dan tentunya boleh mohon bertemu Presiden secara empat mata. Tapi kalau mahu bertemu Presiden secara beramai-ramai, bukankah tempatnya adalah mesyuarat parti? Ada peluang kamu gagal rebut, tetapi mahu ikut kepala sendiri.

Kenyataan Zuraidah itu lebih jelas menampakkan kesombongannya serta tidak hormat beliau kepada Presiden dan parti. Beliau mahu Presiden melayani kehendak kumpulannya sahaja. Beliau tersilap, beliau berhadapan dengan Anwar.

65 PENERBANGAN SEHARI BUKTI KELANTAN NEGERI MAJU DAN KAYA?


Rosak negeri atau negara kalau orang macam Nik Amar ni jadi pemimpin. Dia ukur ekonomi dengan jumlah penerbangan je.

Dia kira tak yang jumlah turun naik kapalterbang di serambi mekah tu, rambut perang, kulit putih (pelancung luar) atau yang kulit gelap berbau 'budu'? Semua tahu, ramai rakyat negeri tersebut yg berhijrah ke luar kerana tiada banyak pekerjaan di kelantan. Mereka keluar dari kelantan mencari kerja atau berniaga. Kebanyakannya orang kelantan inilah yang dok guna penerbangan apabila balik ke kelantan, bukannya kehadiran pelancung atau pesatnya pembangunan di kelantan. Nik Amar jangan perasan, ok.

Kalau betul kelantan maju sangat, sudah berapa tahun kelantan pinjam duit kerajaan Pusat untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri? Nak bayar gaji pun meminjam, ini dikatakan maju? Negeri lain pun ada buat pinjaman tetapi untuk pembangunan, itu biasa. Tetapi jika ada negeri yang meminjam duit untuk bayar gaji, itu memang problem besar. Pahang pun salah satu negeri macam kelantan juga.

Terimalah hakikat bahawa Kelantan masih miskin dan anggap itu cabaran untuk terus berusaha bagi memajukan kelantan, bukannya beri contoh bodoh untuk menafikannya.

Rabu, 28 Ogos 2019

KLIA AIRPORT TERBESAR DI DUNIA BILA TERIMA 3 JUTA WARGA CINA DALAM TEMPUH SATU HARI?

Diviralkan berita kononnya sewaktu sistem di KLIA shutdown, maka itu satu perancangan untuk bawa masuk 3 juta rakyat dari China ke negara ini. Kita tahu, sistem hanya shutdown tak sampai satu hari pun. Waktu itu, semua check in/out guna manual sehingga sistem pulih tidak lama lepas itu.

Baiklah, katalah sistem shutdown satu hari, apakah boleh diterima akal 3 juta warga China masuk melalui KLIA? Katakan, satu pesawat boleh bawa penumpang seramai 500 orang, ertinya sebanyak 6.000 pesawat diperlukan untuk angkut 3 juta orang dari negara China.

Kalau satu hari sewaktu sistem Shutdown itu berlaku, sebanyak 6,000 pesawat dari China mendarat di KLIA, ertinya KLIA adalah lapangan terbang terbesar di alam maya ini. Itu belum dikira pesawat dari negara2 lain lagi. (kiraan ini saya ambil dari Us Suhaimi Said dan saya semak, memang tepat)

Peliknya, macai dan walaun boleh percaya berita sebegini. Kenapa? Sebabnya, bila sudah berkawan dgn puak perompak dan bodoh, maka jadilah bodoh. Betullah kata orang tua2, berkawan dgn penjual minyak wangi badan kita terpalit wangi. Berkawan dengan pencacai angkut najis, badan bau taik.

LYNAS - PH MASIH BERHUTANG DENGAN KAMI


Aku tidak peduli syarikat mana yang dapat share dan keuntungan dlm industri yang bobrok ini. Samada Kencana itu syarikat milik anak pemimpin negara atau tidak, itu bukan isunya. Aku tidak pernah ambil tahu betul atau tidak dakwaan kononnya Kencana itu ada kaitan dengan anak Tun M dan syarikat ini kaut untung dengan kilang Lynas ini.

Isunya, kami rakyat Pahang telah turun puluhan ribu di Kuantan dan berjanji untuk tidak memusnahkan negeri ini dengan sebuah kilang yang tidak perlu bayar cukai 12 tahun dan akan meninggalkan sisa2 proses kilangnya untuk anak cucu kita telan.

Waktu kita berhimpun dulu, berebut-rebut pemimpin kita, khususnya dari KEADILAN yang ingin menandatangani bantahan terhadap Lynas. Begitu bersemangat mereka. Ada yang berucap dan menjerit waktu itu dengan suara lantang, berapi-rapi mengalahkan YB Fuziah Salleh sendiri. Punyalah hebat.

Himpunan terbesar menjelang PRU14, puluhan ribu memenuhi pinggir bandar Kuantan dalam satu himpunan terbesar yang turut dihadiri oleh Tun M, iaitu PM sekarang. Sekali lagi, di hadapan Tun M, pimpinan kita bercakap pasal bahayanya kilang Lynas ini untuk jangkamasa panjang.

Sekarang PH berkuasa. Mana suara-suara itu? Aku tidak pelik kalau parti bunga sokong dan ampu Lynas kerana waktu kita bertahun menentang Lynas, mereka masih berada di dalam parti keris telanjang tidak bersarung. Tapi mustahil Tun M tidak tahu bahawa PH waktu itu tidak pernah bersetuju dengan Lynas? Atau, dia mudah lupa?

Aku rasa lega apabila YB Fuziah Salleh meskipun hanya Timbalan Menteri yang jaga hal ehwal agama, beliau tetap istiqomah dan lantang bersuara tentang Lynas. Beliau MP Kuantan yang berani mengambil risiko menongkah arus. Lebih rasa lega lagi apabila Presiden KEADILAN, DSAI sendiri menyatakan isu Lynas ini perlu dikaji semula. Beliau sahaja tahu apa itu reform dan semangatnya.

Tun M tetap berfikiran seperti pemimpin Umno dahulu iaitu menyatakan Lynas tidak bahaya. Malah, Tun M tidak mahu Lynas dijadikan seperti "paria". Sayang sungguh dia. Bagaimana kalau rakyat di"paria"kan oleh golongan elit yang mengaut untung dari kilang Lynas yang banyak negara menolak kewujudannya? Hingga sekarang, Lynas tidak ambil berat di mana mahu dicampakkan susa-sisa najis mereka nanti. Adakah di Langkawi atau Pekan?

OLEH KITA KATA PAS JADI BARUA MIC?


Andainya Dap yang berkata, " Dap kesal dengan sikap PH berkaitan isu Zakir Naik" dan PH pun berlembut dengan menyatakan" Zakir Naik mesti pisahkan kerja dakwahnya dan jangan sentuh isu2 politik" , gamaknya apa yang akan dituduh oleh umno dan lebai? Mesti mereka akan kata " Lihat, PH jadi barua Dap !!". Baru2 ini Anwar kata, Zakir Naik boleh kekal di negara ini tetapi tidak perlu masuk campur hal ehwal politik negara ini. Tidak sampai 24 jam, pak2 lebai bingkas bangun sengseng jubah mengamuk hinggakan seorang lebai dari dewan ulamaknya berkata, "Ana akan doakan agar Anwar kekal sebagai bakal PM sahaja". Kata ulamak Su' tersebut. Begitu marahnya dia pada Anwar. Ehehh...

Tapi, dalam kes ini, MIC baru terbersin sikit. Terus lebai "slow down". Mana jantan lebai? Telor kecut dalam jubah? Tidak jadi barua MIC kah? Jawapannya tentu tidak, malah akan ada dalil dan nas yang akan menyokong kata2 Hadi anak Awang itu.

Tau dah...ehehh

Selasa, 27 Ogos 2019

LEBAI PERLU HATI2 BILA MASUK PWTC NANTI


Tidak lama lagi dua parti melayu iaitu parti keris telanjang tak bersarung dan parti datang bulan akan berkumpul di PWTC kononnya untuk penyatuan umat.

Pertamanya, program tersebut hanya program penyatuan jimak kedua-dua parti itu saja, tiada kaitang langsung dengan melayu Islam yg lain. Di PWTC nanti adalah ibarat jamuan "kawah yang di dalamnya telah bercampur daging kambing dan babi". Istilah ini dulu selalu disebut oleh Hadi anak Awang.

Keduanya, tolong ingatkan kepada walaun2 lebai yg akan masuk PWTC nanti. Di sana ada terdapat lukisan2 ini yg menjadi sejarah yg bertahun2 disimpan oleh parti keris telanjang untuk menunjukkan parti datang bulan itu sebagai sesat dan perosak ugama dan negara, sehingga dilukis begini. Lukisan itu masih ada. Jadi, sewaktu lebai masuk ke PWTC nanti, anggaplah lukisan itu ditujukan kpd Dap, ok?

Selamat bersatu dengan kleptokrasi wahai lebai.

Isnin, 26 Ogos 2019

MAHU CUBA KERAJAAN UMNO-PAS ? SEJARAH TELAH BUKTIKAN KEGAGALANNYA


Ada yg bgtahu, kita mau cuba kerajaan baru Umno dan Pas pulak, tentu lebih baik, kata mereka. Aku nak ingatkan mereka, sejarah tahun 70-an, Umno dan Pas pernah dalam satu kerajaan. Apa yg Pas buat utk Islam waktu itu bersama Umno?

Perkembangan Islam bermula apabila DSAI masuk Umno. Islamisasi berjalan. Waktu itu kita lihat ada Bank Islam, Universiti Islam, Takaful, budak2 sekolah menengah berugama Islam lelaki pakai seluar panjang dan perempuan baju kurung dan bertudung. Ramai kakitangan kerajaan wanita yang memakai tudung hasil daripada Islamisasi yg diterapkan. Itu semua tak dibuat waktu Pas bersama Umno. Waktu itu mereka hanya mahu makan gaji sehinggalah lebai2 ini ditendang keluar oleh Umno.

Kini, kerajaan PH mahu mulakan banyak perkara. Umno yang hapuskan tulisan jawi, kerajaan PH berusaha untuk perkenalkan semula, cuma perbahasan yg ada hanyalah dari segi pendekatan sahaja. Boleh saja dibahaskan. Pas bawa usul RUU Akta 355 ke Parlimen, harapkan Umno terima, malangnya Pas sendiri minta tangguh untuk bahas di Parlimen kerana baru sedar Umno tidak akan sokong usul berkenaan. Kerajaan PH, tanpa buat himpunan di Padang Merbok, tanpa tempah baju unggu, kerajaan PH telah mula mengorak langkah memantapkan lagi mahkamah syariah. Di bawah kerajaan PH, bukan sahaja mahkamah syariah akan diperkasakan, tetapi taraf guru KAFA juga akan ditingkatkan kepada guru tetap.

Oleh kerana mereka tahu kerajaan PH lebih baik dari kerajaan kleptokrasi dulu, hujah pun tiada, maka sekarang ini terpaksa mereka main isu perkauman dan agama. Tidak cukup dengan lebai2 mereka jual isu2 ini, mereka seret Dr Zakir Naik untuk join mereka. Mereka akan perkudakan sesiapa saja asalkan cita2 mereka berjaya.

Ahad, 25 Ogos 2019

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA PAS DOAKAN ANWAR JUGA DAN HADI KEKAL SEBAGAI 'BAKAL KING MAKER"

Saya ada membaca kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Ridhuan yang akan terus mendoakan agar DSAI sebagai bakal PM. Doa ini adalah kerana prinsip tegas DSAI yang menghalang Dr Zakir dari terus memainkan isu politik dan perkauman di dalam ceramah-ceramahnya.

Siapa pernah dengar Dr Ridhuan ini mendoakan DSAI menjadi PM? Tidak, bukan? Begitu juga, Dr Ridhuan tidak pernah mendoakan Tun M menjadi PM, bahkan silap-silap mengutuk Tun M lagi banyak. Mungkin Dr Ridhuan setiap hari lepas solat mendoakan Hadi Awang jadi PM. Malangnya pada PRU13 dulu, Pas pernah mencadangkan Tengku Razaliegh dari Umno untuk menjadi PM sekiranya PR waktu itu menang PRU. Pelik, mengapa tidak cadangkan Hadi waktu itu? Bukankah Hadi pandai baca Al Fatihah dan boleh jadi Imam solat?

Allah Maha Kuasa. Allah saja yang boleh menaikkan seseorang dan Allah juga berkuasa menurunkan seseorang. Sebelum PRU14, Umno anyak mengadakan solat hajat agar MO1 Najib terus kekal sebagai PM di dalam kerajaan kleptokrasi masa itu. Pas pula mengumpulkan ribuan orang untuk solat hajat sambil menadah tin milo agar cita-cita Pas untuk menjadi 'King Maker' tercapai. Begitu juga, PH turut melakukan solat hajat dan berdoa agar rejim kleptokrasi itu akan tumbang dan PH akan mengambil alih Putrajaya.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kita semua dan PH berjaya mengambil alih Putrajaya. Doa Umno untuk kekalkan Najib dan Rosmah di puncak singgahsana gagal. Doa Pas pun tidak termakbul, usahkan menjadi 'King Maker', Pas hilang banyak Kerusi Parlimen dan Dun di beberapa negeri kecuali di belah Pantai Timur. "King Maker" kini menjadi "Jason King" yang bersekongkol dengan mantan kleptokrasi.

Itulah bukti Allah berkuasa untuk menaikkan seseorang dan menjatuhkan seseorang. Pelik apa kalau Dr Ridhuan mendoakan DSAI sebagai bakal PM kerana beliau tahu Hadi tidak layak untuk digelar 'bakal' sekalipun. Apa pun, sebagai membalas budi baiknya, kita juga turut mendoakan agar Hadi awang terus kekal sebagai 'bakal King Maker".

HARI SUKAN NEGARA MAHU DI UBAH KEPADA BAHASA INGGERIS? GILA APA INI?


Nampak isu ini macam remeh, hanya tukar nama dari bahasa kebangsaan kepada bahasa Inggeris. "Hari Sukan Negara" mahu ditukar kepada " Malaysia Sports Challenge".

Sepatutnya kita pertingkatkan bahasa Kebangsaan, bukan mencabutnya satu demi satu. Apa yang penting adalah kualiti sukan dan kualiti penganjurannya, bukannya nama. Mengapa kerajaan suka buat sesuatu tanpa berfikir dan peka terhadap kehendak majoriti rakyat?

Tahukah kementerian sukan bahawa rakyat memilih PH adalah kerana janji kita di dalam manifesto, salah satunya adalah memartabatkan bahasa kebangsaan? Mengapa dengan sengaja janji ini dilanggar? Lupakah kepada rakyat yang memilih kita?

Saya mohon agar menteri kembali pergi belajar dan hadam manifesto PH, terutamanya yang asas. Isu bahasa adalah asas kita bahkan termaktub di dalam perlembagaan. Ini masalahnya apabila menteri tidak mempunyai sedikit pun roh reformasi sedangkan rakyat memilih kita untuk " reform" negara ini.

Jangan pandang remeh isu bahasa. Mengapa terikut-ikut dengan budaya asing yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris sehinggakan sukan di dalam negara sendiri pun kita mahu angkat bahasa lain? Menteri seperti ini tidak layak menjadi menteri di bawah Pakatan Harapan.