Jumaat, 6 September 2019

TAHNIAH KEPADA BEKAS SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN TANJUNG MALIM KERANA DIPILIH OLEH KERAJAAN PH MENGANGGOTAI AHLI LEMBAGA PENGARAH FELDA



Tahniah. Pertamanya kepada Menteri Ekonomi kerana pandai memilih individu yang layak berada menerajui felda. Tanpa orang Umno, sudah pasti felda tidak boleh membangun.

Tahniah juga kepada Sdr Sulong Jamil kerana berbaloi berada di dalam Umno, kalau beliau bukan dari Umno mungkin tidak layak berada di situ. Kalau beliau dulunya dari NGO ANAK, rasanya beliau tidak akan berada di situ.


Inilah reformasi sebenar.

Rabu, 4 September 2019

10 BUKTI DAP RASIS ? CUKUP KITA JAWAB UMNO DAN PAS LEBIH DAHSYAT DARI RASIS

Maka, pembangkang pun sudah kering idea, dibawanya kononnya 10 bukti Dap tu rasis Kita tak payah senaraikan banyak untuk buktikan Umno pun rasis, siapa tak kenal PEKIDA, PERKASA, PEWARIS, dan geng2 veteren askar tunjuk punggung dulu? Bukan setakat rasis, Umno pernah label Pas sebagai parti ajaran sesat, siap buat seminar lagi di Terengganu untuk buktikan Pas itu sesat.

Begitu juga dengan parti lebai, tak perlu kita susah2 nak fikir satu2 fatwa lebai yang mengarut. Cukup bawa amanat Hadi je yang terang dan jelas menyebut melawan Umno itu jihad dan boleh mati syahid. Kesannya, berlaku peristiwa Memali. Kesannya, ada kes sembahyang dua Imam, sembelih orang Umno tidak sah, cerai berai dan banyak lagi.

Ini lagi merbahaya dari rasis kerana jual agama untuk rosakkan akidah orang lain.

PANTUN TOK USIN PASAL LEBAI BINI LEBIH...HAHA

PANTUN PANTAN UNTUK OLAMAK TOK YANG BAKAL MEMECAHKAN DARA LAGI

Sempena dgn majlis "berlaga pusat" olamak tok yg akan menambahkan madu2 syurganya, tok ingin sampaikan pantun pantan khusus buat pasangan ini;

Satu dua tiga lekok,
Jantan betina tok ketuk,
Puas sudah olamak tok tengok,
Akhirnya dapat juga menebuk.

Ke hulu ke hilir jual agama,
Walaun mendengar sambil menderma,
Cukup pitih olamak tok kira,
Mata luar pandang betina.

Walaun menderma bininya satu,
Olamak tok disanjung bininya lebih,
Olamak tok tak cukup berbini satu,
Kalau boleh tiga bini sekali tindih.

Dasar parti tok perjuangkan Islam,
Tapi olamak tok perjuangkan nafsu,
Baru kawen tak sabar tunggu malam,
Minum tongkat ali dicampur budu.

Bila ditanya mengapa kawin?
Olamak tok jawab sunnah nabi,
Kenapa tak buat sunnah yang lain?
Sunnah yang lain tu, itu nanti.

Malam ini olamak tok berdayung,
Harap selamat sampai ke tepian,
Si hawa pasti terjerit terlolong,
Rejaman olamak punya penangan.

Sekian dulu cukup dulu,
Pantun pantan pengantin baru,
Kpd olamak tok selamat beradu,
Kalau merejam jangan terburu2.

Wassalamu.

Sumber:   FB Tok Usin

HILMAN MAHU ISU SEMBURIT DIBONGKAR SEMULA?

Wahai Hilman !! Mengapa nak salahkan Biro politik dlm isu video semburit? Kisahnya Haziq mengaku beliau orangnya dalam video semburit tersebut dan Haziq sebut pasangannya adalah Azmin. Azmin tidak mengaku. Adakah kamu mahu parti menghukum Haziq atas pengakuan melakukan aksi semburit itu bersama Azmin? Adakah kamu mahu parti menghukum Haziq sahaja tanpa melibatkan Azmin? Azmin juga patut dihukum kalau kamu percaya pengakuan Haziq.

Isu video semburit ini, parti telah serahkan kpd pihak polis untuk siasat yang sehingga kini kita tidak tahu apa kesudahan kes ini. Mana mungkin boleh hukum Haziq melakukan liwat bersendirian? Sebab itulah parti hanya memecat Haziq atas kesalahan beliau menuduh Azmin secara terbuka dengan perbuatan rasuah tanpa bawa bukti, bukannya atas kes semburit.

Kalau kamu tidak sabar untuk mengetahui siapa pasangan Haziq, apa kata kalau kamu minta Azmin saman Haziq atau pihak yang melaporkan ujuan kesahihan video yang menyatakan Azmin terlibat?

PESANAN TUN M JANGAN BOIKOT MEMBOIKOT ADALAH SIFAT TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Ramai walaun dan macai pembangkang perasan kononnya usaha mereka memboikot barangan bukan Islam itu berkesan sehingga Tun M menasihatkan agar rakyat tidak perlu boikot memboikot barangan sesiapa pun.

Tun M sedar, ramai kaum Melayu terutamanya anak-anak muda yang bekerja dengan syarikat atau majikannya bukan melayu. Tun M tahu, banyak pekedai runcit melayu yang bergantung kepada syarikat pemborong kaum bukan melayu untuk membekalkan barang ke kedai mereka. Tun M arif sangat bahawa berapa peratus sahaja kaum Melayu yang ada bengkel kereta atau motor, kalau ada pun mereka masih bergantung dengan kaum lain untuk membekalkan alatganti bengkel mereka. Syarikat pencetak akhbar pun tidak banyak dimiliki oleh kaum Melayu sehinggakan akhbar Harakah pun dicetak oleh pencetak bukan melayu.


Berapa kerat Melayu yang menjual telefon bimbit atau komputer atau kedai membaiki telefon dan komputer? Kedai no ekor atau sport toto milik kaum lain, tetapi pelanggan mereka paling ramai adalah Melayu. Mahu sembang boikot lagi?

Tun M tidak mahu kalau kaum lain boikot kaum Melayu kerana yang susah nanti Melayu juga. Baru seminggu kedai Cina tutup untuk menyambut Tahun Baru Cina, kelamkabut orang Melayu mahu beli barang dapor. Mahu beli rokok dan topap henset pun cari kedai Cina.

Selaku pemimpin, Tun M mahu rakyat Malaysia hidup muhibbah dan saling membantu. Jangan pedulikan lebai sombong yang berkempen memboikot sedangkan seluar dalam lebai dan bininya pun dibeli di kedai Cina.

Janganlah bodoh, kemudian sombong pula.

Selasa, 3 September 2019

BERDOSA BELI BARANG DARI ORANG KAFIR?

*Ini propaganda dari puak yang menjual agama*

" Beli barangan Muslim dapat pahala....!!!
Beli barangan kaafirun harbi dapat dosa...!!! 
DOSA KERANA MENINGGALKAN BARANGAN MUSLIM. DOSA KERANA KAFIRUN HARBI MUSUH MUSLIM...!!!
KORANG PILIH DOSA, TANGGUNG SENDIRI AZAB ALLAH..!! DAN MUNGKIN PARA MALAIKAT PUN MELAKNATI ORANG ISLAM YANG TAK MENOLONG PENIAGA MUSLIM..."


*PERSOALANNYA?*

Jika beli barang dari bukan Islam itu berdosa, bagaimana pula hukumnya membeli barang dari kedai orang Islam yang berurusan dengan pembekal orang kafir? Berapa ramai orang Islam yg jadi pembekal? Dan, kalau ada orang Islam yg jadi pembekal, mereka perolehi barang itu dari kilang milik orang kafir, bagaimana pula hukumnya? Berapa ramai orang Islam punyai kilang?

Kita guna smartphone atau komputer untuk viralkan propaganda boikot dan mengharamkan membeli barangan orang kafir, kita beli smartphone atau komputer itu dari kedai orang Islam kah? Orang Islamkah yg buat smartphone atau laptop tu? Akhbar Harakah pun tidak boleh lari dari subahat dengan orang kafir. Banyak pejabat lebai pun menyewa bangunan orang kapir. Ramai walaun hisap rokok, tentunya rokok itu buatan dari Mekah gamaknya.

Jangan persenda hukum. Membeli barang dari penjual orang Islam itu dituntut oleh Islam dan mendapat pahala jika nawaitu kita untuk mematuhi ajaran Islam ini. Tetapi jangan sampai semudah itu untuk menghukum berdosa atau haram membeli dengan orang kafir.

Kalau ada pekedai orang Islam jual barang tidak berkualiti atau jual dgn harga terlalu melampau, sedangkan ada pekedai bukan Islam yg menjual barang yg berkualiti dan lebih murah, sudah tentu Islam menganjurkan kita memilih barang yg baik dan elakkan dari tertipu dgn harga yang mahal. Dlm kes ini, berdosa jugakah kita membeli di kedai orang kafir? Islam tidak menyusahkan umatnya.

Hati-hati bermain hukum seolah-olah Islam itu sempit dan menyusahkan.