Isnin, 16 September 2019

TERPAKSA JUAL NAMA ALMARHUM TOK GURU NIK AZIZ UNTUK BERNIKAH DENGAN UMNO



Tiada apa yang mengejutkan di PWTC kelmarin. Hubungan terlarang di antara parti keris telanjang tidak bersarung itu dengan parti lebai bukan rahsia lagi. Sejak 2008 lagi telah terhidu mahu adakan hubungan terlarang ini, tapi waktu itu ada batu penghalangnya iaitu ulamak tersohor, Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Tanyalah mana-mana ahli parti lebai ini, semua akan bersetuju betapa jijiknya Almarhum kepada batang tubuh keris telanjang itu. Almarhum tidak bermusuh dengan orang-orang keris telanjang, tetapi beliau amat marah dengan parti yang pernah "kencing" partinya dulu. Itu punca kemarahan beliau.

Beliau bukan macam lebai Marang. Lebai Marang ini musuh dengan orang-orang keris telanjang sehinggakan keluar amanat Banggol Peradung. Waktu itu, berlaku boikot kenduri nikah kahwin, sembelihan tidak dah, boikot imam, solat dua imam, akhirnya berlaku pembunuhan di Memali angkara amanat tersebut. "Menentang Umno itu jihad, boleh mati syahid". Itu intipati amanat Banggol Peradung.

Tup..tup..di PWTC, bergema nama Almarhum Tok Guru Nik Aziz disebut kononnya andainya Almarhum masih hidup, almarhum orang paling gembira dan terlompat-lompat bila parti lebai kini bersenggama dengan parti keris telanjang. Begitulah gamaknya, fikir lebai Marang. Kenapa tidak jual nama lebai Marang? Bukankah lebai ini yang tergila-gila kepada keris telanjang sejak tahun 2008?

Hakikatnya, parti lebai tahu tanpa menjual nama Almarhum tok guru Nik Aziz sudah tentu ramai walaun yang sangsi dengan hubungan intim dengan keris telanjang ini. Walaun tahu, betapa lama mereka diajar jangan hampiri keris telanjang yang diumpamakan sebagai seketul daging babi di dalam kawah itu tetap tidak boleh dimakan. Maka, tidak mudah untuk menipu walaun kalau tidak dijual nama Almarhum tok guru.

Kepada walaun semua, betul tak apa yang kami katakan selama ini?

BERSYUKUR KERANA TERBUKTI DAKWAAN KITA TEPAT BILA PAS TELAH BEKERJASAMA DENGAN UMNO

Saya telah lama sebut, sebelum PRU14 lagi bahawa Pas dan Umno pasti bergabung dan bekerjasama. Waktu itu ramai walaun berkata bahkan pemimpin Pas berkata, mustahil Pas dan Umno bekerjasama kerana berpuluh tahun Pas lawan Umno, Keadilam baru saja lawan Umno, kata mereka.

Us Tuan Ibrahim kata, lebih baik Pas dibubarkan jika bekerjasama dengan Umno. Hadi Awang pula kata, Pas kuat bersendirian kerana Allah akan bantu Pas. Pas mahu jadi "King Maker" , kata Hadi lagi. Us Nasrudin atau "sudin cecopong" dari Kelantan pernah berkata bersama Umno ini seperti "pengat taik". Itulah di antara banyak jawapan dari Pas apabila kita mengatakan bahawa parti itu tetap akan melutut dengan Umno akhirnya.

Nah, terbukti dakwaan kita tepat. Adakah salah Pas bergabung dengan Umno? Jawapannya, tentulah tidak kerana mana-mana parti politik di dalam negara ini tidak akan mampu bersendirian. Cuma, kita mahu nyatakan bahawa lebai-lebai ini menipu pengikutnya sekian lama. Hari ini, mereka tanpa segan silu beramai-ramai berpesta menjamu 'pengat taik".

Sekali lagi digunakan istilah agama iaitu "perpaduan ummah" kononnya, sedangkan hanya sekadar perpaduan umno-Pas dalam pesta makan "pengat taik".

OLEH KERANA TUN M TIADA DALAM UMNO, MAKA PAS DAN UMNO BOLEH BERSAMA ?

Ketua Pemuda Umno kata, Pas dan Umno boleh bersama kerana Tun M tidak lagi memimpin Umno. Dr Asyraf Wajdi lupakah bahawa Tun M telah meninggalkan jawatan Presiden Umno lama dah, selepas itu Pak Lah dan kemudiannya Najib. Mengapa waktu itu Umno dan Pas tidak bersama? Mengapa selepas kalah PRU14 baru mahu bersama? Ertinya, bukan kerana Tun M sebagai penghalang kerjasama Umno - Pas. Bukankah Umno dan Pas sekarang ini juga sokong Tun M terus menjadi PM sehingga PRU15? Hujah bodoh dari Ketua Pemuda Umno.

HIJRAH LEBAI...

Apa beza kita terima Tun M dgn lebai terima Umno? Bezanya banyak. Tun M dari berada dlm parti Umno yg terkenal dgn hujung kuasanya sbg kleptokrasi, dia berhijrah utk bersama PH yg menentang Umno. Hijrah beliau dari tong taik kpd bahtera yg baik.

Lebai pula, dulu elok dah bersama kita lawan Umno, bahkan lebai lagi melampau lawan Umno sampai lebai kata mati lawan Umno boleh mati syahid. Sampai lebai buat doa "K.O" Umno. Berkali2 lebai berjanji dgn walaun2 dia bahawa partinya tidak akan bersama Umno, parti lebai kuat bersendirian sbb Allah akan bantu, kata lebai.

Akhirnya, Umno kenyit mata sikit dan umpan dgn dedak, kopiah lebai hilang entah ke mana. Maka, lebai telah berhijrah untuk bersama parti kleptokrasi.

Itu bezanya.