Khamis, 7 November 2019

AZMIN PUNYA MASALAH HUTANG PUN MAHU DIKAITKAN DENGAN ANWAR ?


Syarikat YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd telah membawa kes ke mahkamah untuk menuntut hutang dari Azmin Ali yang dikatakan berjumlah sekitar RM 300K iaitu berupa tiket penerbangan dan penginapan untuk Timbalan Presiden Keadilan itu.

Pertamanya, tahniah dan syabas kepada Azmin kerana berjanji akan membayarnya. Semua manusia ada melibatkan diri dengan hutang, jadi isu hutang ini perkara biasa.

Pelik bin ajaib, apabila seorang bekas Chegu yang dulunya hari-hari berkokok pasal kubah masjid dan terowong di era Azmin jadi MB Selangor, tiba-tiba mengulas isu ini dan mengaitkannya dengan Anwar. Kononnya, syarikat itu milik kawan Anwar dan anak kawan Anwar itu dikatakannya pernah mengedit video lucah. Umang aiii...jauh bona lari dari isu hutang ni bai.....

Kalaupun syarikat itu milik kawan Anwar, adakah Azmin tidak perlu membayar hutangnya? Kalaupun anak kawan Anwar itu kaki edit video lucah, adakah ada kaitannya dengan hutang tidak berbayar? Nasib baik lah Chegu yang pernah jadi tokey ayam organik dan penjual barang lelong ini tidak kaitkan bahawa Haziq yang mendakwa Azmin adalah pasangannya di dalam hotel itu adalah anak ponakan tokey syarikat tersebut.

Begitulah nasib Chegu yang terbiar. Cerita kubah masjid dan terowong dah senyap sekarang. Cerita tentang Billboard Mak Lampir yang nilainya berjuta di Selangor itu langsung tidak disentuhnya. Maklumlah sibuk sekarang usung tin biskut gambar Mak Lampir ke hulu ke hilir. Patutlah ramai anak2 buah dia dah lari sebab baru tahu wajah sebenar Chegu ni.

KONVENSYEN KEADILAN NEGERI PAHANG BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PADA 08 NOV 2019 (JUMAAT) DI KERDAU


Menjelang Kongres Nasional KEADILAN yang dijangka pada awal Disember tahun ini di Melaka, KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Konvensyen yang berthemakan " Dua Dekad Merakyatkan Reformasi" sebagai momentum menghadapi Kongres Nasional yang akan diadakan.

Konvensyen pada tahun ini akan diadakan di Dewan Dato' Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Peragap, Kerdau pada 08 November 2019 (Jumaat) bermula jam 06.00 petang sehingga jam 11.30 malam. Para perwakilan/Pemerhati dari setiap Cabang diminta untuk mendaftar nama pada jam 05.00 petang di kaunter pendaftaran yang disediakan, Konvensyen kali ini juga turut dibuka kepada orang ramai bagi mengikuti ucapan-ucapan dari pemidato yang terdiri dari berbagai golongan mewakili berbagai peringkat seperti anak muda, wanita, mewakili masyarakat sivil (warga felda/petani/nelayan) serta mewaili golongan akademik/profesional.

Pentas ucapan disediakan bagi golongan ini agar mereka dapat menyuarakan pandangan mahupun kritikan agar suara mereka dapat didengari oleh pucuk pimpinan. Pendekatan ini adalah sejajar dengan inspirasi dan roh perjuangan Parti KEADILAN di mana parti ini tidak menyekat mana-mana suara atau kritikan yang membina demi kebaikan rakyat.

Tayangan video perjuangan akan diselangselikan dengan persembahan kesenian dari masyarakat tempatan serta menampilkan artis terkenal Yassin "reformasi". Turut berucap Pengarah Konvensyen Pahang, Sdr Rizal Jamin (Timbalan Pengerusi MPN), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Konvensyen Pusat), YB Fuziah Salleh (Pengerusi MPN), YB Dato' Saifuddin Nasution (SUA KEADILAN), Timbalan Presiden/Naib-Naib Presiden. Beberapa tokoh lama di dalam perjuangan khususnya di Negeri Pahang ini turut dijemput sebagai tetamu istimewa.


Kemuncak konvensyen nanti, Presiden KEADILAN akan menyampaikan amanat dan pidatonya yang sudah pasti akan merungkai berbagai perkara dan isu semasa untuk dijadikan panduan kepada seluruh ahli parti terutamanya.

Sehubungan itu, marilah kita beramai-ramai untuk tidak melepaskan peluang kali ini kerana ini adalah konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini setelah kita membentuk kerajaan di Persekutuan. Semoga konvensyen ini akan dapat menyuntik semangat kita bagi meneruskan usaha dan bakti kepada rakyat seterusnya berjaya mengambil alih pentadbiran di Negeri Pahang ini, InsyaAllah.



WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Komunikasi
KEADILAN Pahang

Formulanya mudah di Tg Piai.

Calon PH - Melayu Islam dari Bersatu, bekas pendidik dan bekas Imam, sama2 berjuang melawan Umno/Bn dan jatuhkan Najib serta Rosmah dari menjadi ketua kerajaan kleptokrasi. Seorang calon yg akan mengekalkan Kerusi Parlimen milik melayu Islam.

Calon BN - Dari MCA, seorang kaum Cina bukan berugama Islam, pernah menyatakan penentangan terhadap Hudud dan bersama2 bersubahat di dalam kerajaan Bn dahulu yg kleptokrasi bahkan hingga kini kekal di dalamnya. Seorang calon yg cuba untuk mengurangkan satu Kerusi Parlimen milik Melayu Islam dan cuba menggantikannya dgn kerusi milik Cina bukan Islam.

Calon Berjasa - Muncul hanya waktu pilihanraya saja.

Calon Gerakan - Sama dengan calon MCA juga, pernah berada di dalam kerajaan kleptokrasi dahulu.

Calon-calon Bebas - Muncul di waktu pilihanraya saja.

Jangan pilih berdasarkan perkauman, tetapi pilihlah yg mempunyai integriti. Maka, tiada pilihan lain kecuali memilih calon PH yg bukan sahaja Melayu Islam tetapi berintegriti.

PILIHLAH YANG KURANG MUDHARAT DI TG PIAI


Calon BN dari MCA yang disokong oleh Umno dan Pas adalah Non Muslim yang dikatakan amat tegar menentang Hudud bahkan menentang Pas itu sendiri. Calon ini pernah menghentam Dap kerana mendakwa Dap tidak bersungguh-sungguh menentang Hudud, sedangkan MCA jelas dan berani menentang hukum Islam tersebut. Cuba baca link2 di bawah:

WEE JECK SENG BENCI HUDUD & PAS

Selama 3 tahun berturut-turut, Wee Jeck Seng menyatakan kebenciannya kepada PAS, menolak hukum hudud yang diperjuang parti itu dan menakut-nakutkan pengundi cina kepada PAS dan hukum Islam.

2014

Wee Jeck Seng mengatakan pendirian Lim Guan Eng (DAP) berkenaan hukum hudud adalah tidak jelas. Tidak seperti MCA yang jelas dan tegas menolak hukum Islam itu.

2015

Wee Jeck Seng menegaskan pendirian peribadinya untuk menentang undang-undang jenayah syariah (hudud).

2016

Wee Jeck Seng menakut-nakutkan pengundi cina dengan hukum hudud, berikrar akan menentang usul berkaitannya dari diluluskan dan mendakwa pengundi cina telah ditipu DAP kerana DAP bertanggungjawab memujuk pengundi cina untuk mengundi PAS.

Tapi mutakhir ini. dan penyokong parti itu beria mempertahankan Wee Jeck Seng yang jelas telah menolak hudud secara terang-

Meskipun begitu, Umno dan Pas tetap menyokong calon MCA ini asalkan calon Melayu Islam dari PH ini tewas. Ertinya, Umno dan Pas mahu satu Kerusi Parlimen milik Melayu Islam sebelum ini akan diserahkan kepada MCA. Kemudian, mereka akan balik ke kampung masing2 untuk memperbodohkan macai dan walaun masing2 untuk menjerit "Hidup Melayu". " Maruah Melayu" dan " Perpaduan Ummah".

Bagi kita di dalam PH, isunya bukan kaum. Bagi kita, samada Melayu atau tidak, maruahnya terletak kepada keperibadian dan integriti. Serban tebal akan memberatkan kepala jika pemakainya menyokong puak yang jelas bersama kleptokrasi dan rasuah.

Pilihlah yang kurang mudharat!!