Sabtu, 23 November 2019

MENGAPA REFORMIS BERKUMPUL SEKALI LAGI ?


Saya masih ingat, pada bulan Februari 2017 kumpulan reformis telah mengadakan konvensyen mereka di IDCC Shah Alam bagi menuntut pembebasan DS Anwar Ibrahim. Konvensyen julung kalinya diadakan itu tanpa diduga turut dihadiri oleh Tun M yang dilihat begitu berani untuk berhadapan dengan penyokong tegar DS Anwar.

Meskipun saya insan kerdil yang bukan dari kumpulan aktivis reformasi jauh sekali digelar Otai Reformasi, saya turut hadir ke konvensyen tersebut untuk memberian sokongan padu kepada para penyokong tegar DS Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di penjara Sg Buloh. Pada awalnya sedikit membimbangkan apabila ketibaan Tun M ke dewan itu seolah-olah tidak dialu-alukan oleh kumpulan penyokong tegar DS Anwar yang memenuhi dewan IDCC Shah Alam kerana kita pun tahu mengapa berlakunya sedemikian. Mereka tidak patut dipersalahkan kerana kehadiran Tun M pada hari itu ibarat ' luka lama berdarah kembali".

Walau bagaimanapun, para reformis masih memiliki jiwa yang bersih dan adab kesopanan yang diajar oleh tokoh reformasi DS Anwar Ibrahim. Akhirnya, mereka menyedari bahawa kehadiran Tun M ke situ adalah juga untuk membantu mereka menjatuhkan rejim zalim Umno/Bn. Kunci utama untuk membebaskan Anwar dari penjara adalah mesti jatuhkan rejim Umno/Bn terlebih dahulu. Apakah salah jika Tun M hadir untuk memberikan 'peluru' kepada kita? Apakah di kala usia Tun M yang sudah lanjut itu kita tidak memberikan ruang untuknya menebus kesilapan lampaunya? Tun M telah diberikan penghormatan untuk berucap dan saya masih ingat kata-kata Tun M pada hari itu, " Jeritan reformasi dan laungan bebaskan Anwar tidak bermakna sekiranya Umno/Bn tidak ditumbangkan".

Alhamdulillah, rejim kleptokrasi Umno/Bn telah pun tumbang pada 09 Mei 2018. Tun M telah diangkat sebagai PM sepertimana perjanjian di dalam PH. Saya tahu, para reformis terlalu berat untuk menerima Tun M sebagai PM, tetapi mereka masih meletakkan keyakinan dan prasangka baik bahawa Tun M sekarang bukan Tun M di kala tahun 1998. Mereka tahu tidak masuk akal insan yang berada di dalam penjara ketika Umno/Bn tumbang diangkat terus untuk menjadi PM. Maka, prasangka baik "husnu Zon" mengatasi segala-galanya. Para reformis berkorban demi Anwar Ibrahim.

Ahad ini (24 Nov 2019) di IDCC Shah Alam bakal menyaksikan para reformis tanahair berhimpun sekali lagi. Tidak seperti kali pertama dahulu, kali ini mereka berhimpun di saat kerajaan sekarang adalah kerajaan PH dan Anwar Ibrahim kini telah menjadi Ahli Parlimen. Mengapa perlunya berhimpun? Ya, bagi para reformis adalah reformasi sebenar kuncinya ada pada DS Anwar Ibrahim bakal PM ke 8. Tokoh yang tidak pernah merasai keperitan dan kepayahan reformasi jalanan tidak akan berjaya untuk mewujudkan reformasi tulen. Bahkan, ada tokoh yang dulunya lantang menjerit reformasi dan menggertak mahu merobohkan tembok penjara untuk membebaskan Anwar, tetapi apabila diuji dengan pangkat, jawatan dan kedudukan, tokoh-tokoh ini lupa kepada agenda reformasi dan paling dahsyat sekali sanggup menghina DS Anwar Ibrahim.

Maka, konvensyen reformis ini wajib diadakan juga kerana tidak semua orang ingat kepada agenda reformasi. Para reformis ingin mengingatkan mereka bahawa pejuang reformasi tidak lapar kepada jawatan dan kedudukan, mereka cuma mahu agenda reformasi itu direalisasikan segera dan Anwar patut diberikan peluang segera untuk membuka kunci reformasi yang didambakan itu. Sekiranya para reformis sebelum ini sanggup berkorban dan memberikan keyakinan kepada Tun M untuk memimpin negara setelah Umno/Bn ditumbangkan, sudah tiba masanya Tun M pula berkorban dan memberikan kepercayaan kepada tokoh reformasi, DS Anwar Ibrahim. Itu sahaja yang dituntut oleh pejuang-pejuang reformasi, bukannya jawatan mahupun kontrak.

Ayuh para pejuang reformasi !! Di saat Anwar diserang dari luar dan dalam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi benteng mempertahankan anak cheruk To' Kun ini. Marilah kita beramai-ramai memenuhi dewan IDCC Shah Alam bagi menyatakan sokongan padu kita kepada DS Anwar Ibrahim. Persetankan para pengkhianat yang telah buncit perut memakan laba hasil darah dan keringat DS Anwar Ibrahim.

Kita bertemu di Shah Alam. Lawan Tetap Lawan !!

Khamis, 21 November 2019

KEKAL TENANG YANG TIDAK LAGI BERTENANG - SIAPA DIA?

Padah bersikap kurang ajar dengan orang yang angkat dia. Jiwa sudah tidak tenteram sehinggakan setahun tidak hadir mesyuarat parti kerana tidak mampu berdepan dan bertentang mata dengan insan yang mendidik dan mengangkat dirinya hingga ke tahap ini.

Mesyuarat dengan parti tiada masa, retreat bersama parti pun tidak berkesempatan. Tetapi banyak masa untuk bertemu dengan pemimpin2 Umno, tidak cukup siang, bertemu malam di rumahnya sehinggakan diberi jamu makan. Alasannya bincang pasal projek. Eh, projek untuk wakil rakyat Umno ke? Bagaimana dengan kos sara hidup rakyat yang lain?

Sampai bila mahu menipu? Dia kata, saya bertemu dengan semua orang tidak kira siapa. Sesiapa yang mahu bertemu dengan saya, saya sebagai menteri kerajaan sentiasa terbuka, katanya. Ewaah....betul ke mereka mahu bertemu kamu untuk mengadu masalah atau kamu yang memanggil mereka untuk mengadu masalah semburit? Kalau kebetulan mereka yang mahu bertemu kamu untuk bincang masalah rakyat, kenapa tidak bertemu di pejabat? Mengapa di rumah kamu waktu malam siap disediakan catering untuk makan besar? Cukup2lah menipu.

Khabarnya, kes semburit dah semakin ke episod akhir. Polis kata mungkin hujung tahun ini akan diketahui siapa pasangan Haziq. Oleh kerana gelabah puyuh, terpaksalah buat kerja gila berpakat dengan musuh untuk menghancurkan PH. Hatinya busuk sekali. Padanya, kalau dia tak boleh jadi PM, dia akan tentukan Anwar tidak akan jadi PM.

Siapa dia itu?

KEKALAHAN PH DI PRK TG PIAI MENUNJUKKAN ADA 'PRIMA FACIE" PERLUNYA PM 8 SEGERA


Terlebih dahulu tahniah kepada BN dan Pas yang telah berjaya melalui calonnya dari MCA di PRK Tg Piai. Syabas kepada parti-parti berkenaan kerana telah berjaya menambah satu Kerusi Parlimen untuk wakil MCA dan berjaya mengurangkan satu Kerusi Melayu Islam di Parlimen yang sebelum ini diwakili oleh Almarhum Md Farid (Bersatu).

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (MCA) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi seperti yang telah diumumkan beberapa jam yang lalu di mana beliau telah memperolehi 25,466 undi daripada 128 saluran undi. calon PH, Karmaine Saidini (Bersatu) hanya memperoleh 10,380 undi.

Terbukti, setakat ini SPR telah berjaya mengendalikan pilihanraya dengan adil. Kerajaan PH tidak tergamak untuk gunakan SPR hanya kerana mahu kemenangan. Syabas, media perdana kerajaan juga tidak berbuat apa-apa untuk menangkis propaganda Pembangkang dan berkelakuan seperti 'malaikat'.

Syabas tidak terhingga kepada pengundi-pengundi tua di Tg Piai terutamanya yang berugama Islam kerana mereka akan dapat pergi umrah tidak lama lagi seperti yang dijanjikan oleh calon MCA. Paling penting, sekiranya ada usul berkaitan pemantapan atau dasar tulisan jawi mahupun RUU Akta 355 yang akan dibawa oleh kerajaan PH di Parlimen nanti, satu suara menentang dari wakil MCA ini sudah tentu menggembirakan buat Umno dan Pas. Kita tahu pendirian MCA di dalam isu ini.

Bagi PH pula, isyarat telah diberikan oleh rakyat di Tg Piai. Sebagaimana kata Dato' Seri Anwar Ibrahim, kekalahan PH kali ini adalah untuk kita bermuhasabah tentang dasar-dasar dan janji-janji PH. Anwar hanya boleh beri pandangan termasuk di Parlimen kerana beliau hanya seorang Ahli Parlimen dan tidak mahu menganggu tugas PM sekarang.

Sejak awal lagi saya menulis apakah wajar PM selaku Pengerusi PH termasuk perangkap perkauman Umno dan Pas apabila beliau hadir di dalam Himpunan Maruah Melayu menjelang PRK Tg Piai? Mungkin beliau merasakan dengan kehadirannya akan dapat membantu kekuatan PH terutamanya dari kaum Melayu? Jelas, PH terus hilang sokongan Melayu dan PH bernasib baik kerana terdapatnya masyarakat kaum Cina yang hanya memikirkan tentang PH dan melupakan tindakan Tun M itu lantas memberikan undi kepada calon Bersatu. Mereka berikan undi juga kepada calon Bersatu walaupun di dalam hati kecil mereka tercalar dek kerana tindakan Tun M bersama Umno dan Pas di dalam program bersifat perkauman tersebut. Nasib baik ada juga pemimpin Dap dan Anwar yang turun ke kawasan mereka untuk memujuk agar lupakan seketika rasa amarah mereka demi PH. Namun, ianya tidak cukup untuk PH kerana bukan itu sahaja isu besar yang meyebabkan PH kalah di Tg Piai.

Rata-rata impikan perubahan besar yang dapat dirasai oleh rakyat semua peringkat. Tidak perlu kita tunggu rakyat melihat Najib masuk Sg Buloh baru kita boleh menang. Rakyat mahu perubahan segera, tunaikan janji PRU14 dan jikalau tidak mampu laksanakan sekarang kerana kekangan kewangan, jangan tinggalkan terus. Tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Gunakan media perdana sebaik mungkin bukan untuk menfitnah tetapi nyatakan kebenaran di samping menjadikannya saluran untuk menangkis propaganda Pembangkang.

Jika kerajaan PH sekarang ini tidak mampu lagi berbuat apa-apa, maka isyarat di Tg Piai adalah kerajaan PH perlukan nakhoda baru. Kekalahan 4 PRK di dalam tempuh setahun setengah bukan isyarat yang baik untuk PM sekarang. Sudah sampai masanya PH memikirkan untuk melaksanakan janjinya iaitu Anwar mengambil alih PM. Tidak perlu kita memaksa Tun M di dalam usianya sekarang bagi menebus maruah kita. Mungkin Tun M telah kehabisan idea sekarang dan kita perlukan idea baru. Beliau telah lakukan yang terbaik pada fikirannya tetapi tidak mencukupi kerana kunci 'reformasi' itu berada di tangan Anwar Ibrahim.