Sabtu, 4 Januari 2020

KENYATAAN SETIAUSAHA SEKRETARIAT PH YANG BERBELIT



Saya telah membaca kenyataan media oleh Ketua Sekretariat PH, YB Dato Safuddin Abdullah yang diviralkan hari ini. Jika kenyataan ini benar, saya melihat satu kenyataan yang jelas tidak tepat dan adil samasekali.

Saya bersetuju apabila beliau menyatakan tidak timbul soal peralihan kuasa PM di antara Tun M dan Anwar Ibrahim. Itu semua kita tahu dan sebab itulah kita menentang sebarang usaha secara diam-diam untuk 'sailang' perlaksanaannya. Memang betul, tiada perjanjian bertulis atau ditetapkan tarikh peralihan kuasa patut berlaku. Namun, saya percaya sewaktu persefahaman ini dibuat, mereka yang terlibat tentu faham akan semangat persefahaman ini kerana asasnya adalah Tun M dipilih untuk menjadi PM kerana ketika itu Anwar di dalam penjara dan tidak boleh diangkat sebagai PM. Nah, sekarang Anwar telah bebas, telah pun menjadi Ahli Parlimen dan tiada sekatan lagi untuk beliau memegang sebarang jawatan politik mahupun di dalam kerajaan. Jika semangat itu dihormati dengan jujur, apakah sukar untuk melaksanakan hasrat yang diinginkan oleh rakyat?

Isu tarikh peralihan kuasa, jika kita kata ianya adalah terletak kepada Majlis Presiden untuk tentukan, maka kenapa Tun M sewenang-wenangnya mengumumkan tarikh dan jangkamas peralihan kuasa tersebut? Tun M pernah sebut tentang tempuh beliau menjadi PM hanya sekitar 2 tahun sahaja. Ianya disebut banyak kali. Tun M pernah sebut beliau akan menyerahkan jawatan PM setelah masalah ekonomi selesai. Akhir sekali, Tun M sebut akan menyerahkan jawatannya selepas Persidangan APEC hujung tahun ini. Begitu banyak sekali Tun M meletakkan tarikh tanpa dibawa ke Majlis Presiden?

Pelik bin ajaib, di dalam banyak-banyak tarikh yang Tun M sebutkan, mengapa Ketua Setiausaha Sekretariat PH memetik kenyataan Tun M iaitu selepas Persidangan APEC tahun ini? Sekiranya PH tidak mahu rakyat di bawah membicarakan tempuh peralihan kuasa, sewajarnya PH juga melarang Tun M dari bercakap tentang hal tersebut. Apabila Tun M bercakap dengan berbelit-belit tentang tarikh peralihan kuasa, maka tidak pelik jika ada yang mengulasnya.

Memang benar Mei 2020 bukanlah tarikh yang terdapat secara hitam putih di dalam persefahaman dibuat sebelum PRU14. Tetapi tarikh selepas Persidangan APEC hujung tahun ini juga tidak terdapat hitam putihnya. Kalau PH tidak meletakkan tarikhnya, rakyat berhak mensasarkan Mei 2020 untuk Tun M menyerahkan jawatan kepada Anwar kerana ada asasnya iaitu sekitar dua tahun tempuh itu adalah tempuh yang Tun M sendiri pernah sebut. Kalau ikutkan rakyat yang mahukan reformasi, jika ditanya bila patut Anwar jadi PM, nescaya mereka akan kata semalam lagi Anwar patut jadi PM.

Kenyataan Ketua Sekretariat PH itu jelas berat sebelah kerana di samping melarang rakyat membicarakan tempuh peralihan kuasa kononnya biarkan Majlis Presiden PH tentukan, tetapi di dalam masa yang sama memetik kenyataan Tun M yang mahu terus menjadi PM sehingga Persidangan APEC hujung tahun ini. Adakah itu telah dipersetujui oleh Majlis Presiden? Jika tidak, mengapa Ketua Sekretariat PH tidak mengeluarkan kenyataan menegur Tun M yang buat pengumuman sedemikian?

TUDUHAN KONONNYA ANWAR BIAYAI LOKMAN ADAM UNTUK DEDAHKAN ISU VIDEO SEMBURIT TERBUKTI FITNAH

Memasuki tahun baru 2020, isu video semburit yang melibatkan Sdr Haziq bersama pasangannya yang dikatakan mirip Azmin Ali masih hangat diperkatakan, apatah lagi pihak PDRM atau Pejabat Peguam Negara masih berdiam diri tentang status terkini siasatan kes tersebut.

Ada di antara penyokong Azmin Ali yang mengatakan bahawa tindakan MT Umno, Lokman Adam yang dilihat bersungguh2 untuk mendedahkan kes ini sehingga sanggup ke Indonesia bagi membuat ujian ke atas video tersebut di mana hasil yang diperolehi dari ujian berkenaan menyebut terdapat persamaan orang yang sama di dalam video berkenaan dengan contoh gambar Azmin Ali yang ditunjukkan oleh Lokman, tugas ini dibiayai oleh Anwar Ibrahim. Itu tuduhan mereka terhadap Anwar kononnya Anwar mahu melenyapkan kerjaya politik Azmin.

Tuduhan ini ternyata satu fitnah jahat ke atas Anwar Ibrahim dan saya yakin fitnah ini dibuat adalah untuk menyekat kemaraan Anwar sebagai PM ke 8 menjelang Mei 2020. Kita tahu, Anwar telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kes ini kepada pihak Polis dan pihak Polis juga telah menyatakan bahawa siasatan telah dibuat dan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara malangnya tujuh ke lapan kali fail kes tersebut dipulangkan kembali untuk dilengkapkan siasatan. Akhirnya pihak polis telah menghantar video berkenaan ke US untuk dibuat ujian dan sepertimana yang dinyatakan oleh pihak Polis bahawa keputusan ujian berkenaan diyakini boleh diperolehi sebelum akhir tahun 2019. Saya tidak tahu apakah ujian tersebut telah selesai dibuat dan apakah status kes itu sekarang.

Lokman Adam melalui kenyataannya di sini https://www.youtube.com/watch?v=ObVZU9OEGts , 
jelas menafikan tuduhan kononnya Anwar membiayai kerja2 beliau. Lokman secara terus terang menamakan beberapa orang yang telah membiayainya untuk ke Indonesia bahkan mengikut kata Lokman ujian juga turut dilakukan di US, tetapi keputusan ujian di US tidak akan didedahkan kerana Lokman mahu melihat sendiri apa keputusan yang diperolehi oleh pihak PDRM.

Kita tidak mengikuti apa yang Lokman mahu buat kerana sebagai Pembangkang tentulah Lokman akan bertindak sedemikian bahkan bodohlah kalau Pembangkang tidak mengambil kesempatan atas isu ini. Tetapi, sebagai sebuah kerajaan yang mahu melakukan reformasi atau "Rules Of Law" , kita tidak perlu menanti Pembangkang menghentam kita tetapi kita mesti bertindak dengan adil dan telus bukan kerana takut kepada serangan Pembangkang tetapi kerana prinsip kita sendiri.

Rakyat bukan mahu melihat Haziq atau Azmin bersalah, tetapi rakyat ingin melihat ketelusan dan keadilan itu dilaksanakan. Rakyat akan bertanya, mengapa jika rakyat di bawah melakukan perkara yang sama tindakannya pantas tetapi mengapa jika melibatkan nama-nama besar ianya dilihat begitu rumit sekali?

Apakah untuk melakukan reformasi itu kita terpaksa menanti Anwar untuk menjadi PM sedangkan rakyat mahukan reformasi dilaksanakan seawal kita mentadbir Putrajaya. Jika tidak mampu atau tiada kekuatan untuk melaksanakannya, PM boleh memikirkan sekarang untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.

ANWAR PM, AMBIL SEMULA MAZLEE MALIK


Mazlee Malik tidak ikut Tun M ke hulu ke hilir. Mazlee Malik tidak lakukan adegan semburit. Mazlee Malik bukan menteri yg buat perjumpaan di rumahnya waktu malam tawarkan projek kepada MP-MP dari Umno. Mazlee Malik bukan menteri yg berpoya2 bercuti bersama keluarga ke luar negara sampai berhutang ratusan ribu dengan syarikat. Mazlee Malik bukan pernah buat majlis kahwin anaknya yg grand dan hebat jutaan ringgit sama hebat dgn majlis kahwin anak Rosmah. Tetapi, beliau diminta letak jawatan juga.

Tidak sampai 48 jam, Mazlee Malik terus dapat sokongan rakyat. Atok dikecam sehebatnya. Maka, bagi yang menyokong Mazlee Malik perlu bersabar seketika. Anwar jadi PM sebelum Mei ini, intan permata yang bernilai ini pasti akan dikutip oleh Anwar. Tun M perlu mengikuti jejak langkah Mazlee Malik sebelum Mei 2020.

PM BERI "ONE OFF" KEPADA KELANTAN, TETAPI NEGERI BAWAH PH TIDAK DAPAT?

Tonton buletin utama tadi, MB kelantan ucap terima kasih kpd Tun M kerana beri duit "One off" kpd kelantan RM400 juta. MB kata, kelantan tak minta duit tu, kelantan hanya minta royalti saja, tapi Tun M hantar surat kat MB Kelantan dan beritahu itu duit bantuan "One Off" bukan duit royalti. Suka sgt la MB Kelantan, dpt duit tanpa diminta.

Dlm sejarah, negeri dpt duit "One Off" direct dari PM pulak tu. Negeri2 bawah PH dapat tak? Baik PM kita.

Patut pun lebai bersungguh2 kata akan sokong Tun M jadi PM sampai habis penggal. Tun M gunakan duit rakyat utk dptkan sokongan peribadi? Kalau bukan untuk peribadi, mengapa negeri2 lain bawah PH tidak dapat "One Off"?

PM kjaan PH utamakan negeri pembangkang?

Majlis Presiden PH tolong tanya Tun M atas dasar apa "One Off" diberi kepada Kelantan?

Khamis, 2 Januari 2020

BETULKAH MASIH ADA YURAN SEKOLAH DIKUTIP? JAWAPAN KEPADA PROPAGANDA PEMBANGKANG

Saya menerima aduan, baru2 ini di dalam satu program di Balairaya Kg Baris, Pelangai, Bentong, Pahang yang dianjurkan oleh MPKK kampung tersebut, orang2 kampong telah diberikan maklumat salah dan mengelirukan tentang yuran persekolahan bagi memburukkan kerajaan PH.

Orang kampong telah dihasut agar apabila menghantar anak2 ke sekolah nanti, jangan bayar satu sen pun yuran sekolah kerana janji PH adalah pendidikan percuma. Mereka diminta untuk viralkan salah satu ucapan di dalam ceramah oleh YB Salahudin Ayob sebelum PRU14 yang lalu yang mengatakan PH akan melaksanakan pendidikan percuma persekolahan.

Perlu diperjelaskan bahawa YURAN PERSEKOLAHAN memang tiada dikutip oleh pihak sekolah rendah atau menengah. Ini bukan perkara baru dan telah pun berjalan sebelum ini. Ertinya, TIADA YURAN SEKOLAH untuk sekolah rendah dan menengah.

Mengapa ada bayaran yang dikutip di sekolah? Di sini ramai yang tidak faham atau keliru. Apabila ibu bapa mendaftar anak masuk sekolah atau meneruskan persekolahan tahun baru, ibu bapa hanya perlu membayar duit membeli buku2 persekolahan dan duit yuran PIBG sekolah yang telah ditetapkan oleh PIBG sekolah berkenaan. Bagi ibu bapa yang layak menerima bantuan persekolahan seperti membeli buku dan sebagainya, kerajaan akan memberikan bantuan RM 100, dan lazimnya bantuan ini diberikan selepas beberapa minggu persekolahan bermula.

Bagaimana pula dengan yuran PIBG? Untuk makluman, PIBG tiada kaitan dengan Kementerian Pendidikan. PIBG adalah persatuan yang diwujudkan oleh pihak sekolah bersama ibu bapa. Pihak Kementerian tidak boleh campurtangan di atas apa jua keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat PIBG yang dihadiri oleh semua guru dan ibu bapa murid di sekolah berkenaan. Pengerusi PIBG sendiri pun dipilih melalui mesyuarat PIBG tanpa campurtangan kementerian. Kementerian hanya boleh memberikan nasihat atau pandangan sekiranya terdapat aduan dari mana2 pihak tentang PIBG.

Jumlah yuran PIBG tidak sama di antara satu sekolah dengan sekolah yang lain kerana ianya bergantung kepada persetujuan ibu bapa dengan pihak sekolah di dalam mesyuarat PIBG. Yuran PIBG bukan WAJIB untuk dibayar, tetapi demi kebaikan anak2 di sekolah bagi menyertai program atau aktiviti yang pihak sekolah akan adakan, lebih baik ibu bapa membayarnya. Itu berupakan duit tabungan sekolah dan ibu bapa dan tidak boleh dipaksa. Justeru itu, amat penting bagi ibu bapa hadir di dalam mesyuarat PIBG sekolah agar mereka dapat menentukan jumlah yuran PIBG yang termampu dibayar oleh mereka dan mereka tahu duit itu digunakan untuk apa. Kebanyakan yang komplen tantang jumlah yuran PIBG ini adalah mereka yang tidak hadir mesyuarat PIBG, itu masalahnya.

Pihak Kementerian juga telah mengeluarkan arahan agar duit bantuan persekolahan RM 100 yang diberikan kepada ibu bapa yang layak itu tidak boleh diambil untuk membayar yuran PIBG tanpa persetujuan ibu bapa berkenaan. Duit itu adalah hak mereka dan terpulang kepada mereka untuk mengambilnya atau digunakan untuk membayar yuran PIBG. Pihak sekolah tidak boleh memaksa ibu bapa untuk membayar yuran PIBG dengan menggunakan duit berkenaan.

Apa yang kerajaan PH janjikan tentang pendidikan percuma itu? Pendidikan percuma itu adalah kemasukan ke Universiti. Ya, janji ini memang belum terlaksana lagi. Namun, mengikut kata Menteri Pendidikan, pendidikan percuma untuk kemasukan ke Universiti kini di dalam kajian peringkat akhir. Rujuk di sini https://www.bharian.com.my/…/pendidikan-percuma-peringkat-u…

Sehubungan itu, menjadi harapan kita semua agar janji2 ini akhirya akan tertunai di dalam tempuh 5 tahun pertama PH memerintah. Sementara itu, pihak kerajaan seharusnya terus melihat apa jua perkara yang boleh meringankan beban ibu bapa di dalam bidang pendidikan ini. Bantuan makanan percuma untuk anak-anak sekolah harus dipuji tetap perlu pemantauan dan mengkajinya dari semasa kesemasa untuk memperbaiki apa jua kelemahan yang ada.

Mohon viralkan.

PERJANJIAN WAJIB DIPATUHI, JANGAN GUNAKAN VIDEO SEMBURIT UNTUK MENGGAGALKAN KEMARAAN ANWAR

Dalam Islam, sebarang perjanjian hendaklah dipatuhi hatta perjanjian dgn musuh atau orang kapir sekalipun selagi mereka tidak khianat dgn perjanjian yg telah dipersetujui bersama. Ini yang Nabi ajar di dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Apatah lagi perjanjian sesama rakan parti dan sesama Islam.

Sepatutnya lebai Hadi dan pemimpin Pas lebih arif tentang hukum ini. Malangnya, demi kepentingan politik dan dendam kpd Anwar, mereka ajar Tun M agar langgar perjanjian yg telah dibuat sehingga sanggup mereka jilat ludah mereka sendiri utk menyokong Tun M agar terus menjadi PM hingga habis penggal.

Sebab itu aku kata, parti yang menggunakan nama Islam ini tidak akan bawa ajaran Islam yg sebenar tetapi mereka hanya jual agama mengikut kehendak mereka. Kita boleh lihat berbagai 'fatwa" yang tunggang langgang pernah keluar dari mulut pemimpin mereka. Ada yg haram hari ini, esok lusa jadi halal. Ada yg halal hari ini, esok lusa jadi haram.

Kita tetap istiqomah untuk menabalkan Anwar sebagai PM 8 paling lewat Mei 2020. Tun M bukan tidak baik, tetapi benda yg baik sekalipun kalau telah terlalu lama akan pudar juga.

Tun M lebih dihormati sekiranya memahami kehendak rakyat yang memilih PH untuk menjadi kerajaan kerana mereka mengharapkan kepimpinan Anwar. Tidak perlu bersusah payah melindungi video semburit kerana mahu menjadi PM lebih lama.

Selasa, 31 Disember 2019

SOKONG MCA AKHIRNYA.....

Sewaktu PRK Tg Piai baru ni, kita kempen agar sokonglah calon PH dari Bersatu, seorang melayu bekas pendidik dan bekas imam.

Lebai pun jawab, jangan sokong calon Bersatu walaupun melayu dan Islam, kerana di belakangnya adalah Dap anti Islam, kata lebai. Lebih afdhal dan syarie sokong calon Bn dari MCA, walaupun seorang Cina Non Muslim kerana di belakangnya ada Najib, Zahid Hamidi, Rosmah serta Hadi, seorang olamak besar.

Sekarang, MCA kuat bantah tulisan jawi. Ertinya, satu suara menentang tulisan jawi telah ada dalam Parlimen. Tangan2 siapa yg memangkah calon tersebut janganlah meroyan ok. Mana tokoh2 yg dikatakan melayu Islam dan olamak besar di belakang MCA itu?

Sekejap je Allah nak tunjuk.....

MENGAPA HADI TAKUT ANWAR JADI PM ?


Hadi mmg wajar bengang dgn Anwar. Semasa Anwar dalam ABIM dulu, Anwar Presiden, Ustaz Fadzil Noor Timbalan dan Hadi bawah lagi. Bila Anwar masuk politik dan sertai Umno, Anwar jadi Menteri dan seterusya TPM, Hadi dok situ gak jadi Pembangkang.

Bila Anwar dipecat dan berjuang di dalam Pembangkang, kemudiannya ditubuhkan PR selepas Barisan Alternatif, PR dipimpin oleh Anwar lagi, Hadi dok bawah juga. Tak larat duduk bawah ketiak Anwar, Hadi bawa parti dia keluar dari PR kononnya mahu bersendirian, maka bolehlah dia jadi ketua dalam parti sendiri. Dia ingat dia kuat sendiri bila dia pimpin, dalam PRU14, melambak Kerusi Parlimen partinya lingkup. Balik ke zaman dulu hanya bertahan di Pantai Timur saja.

Dia pun fikir, elok bersama Umno yg tgh nazak setelah tumbang jadi kerajaan. Dia fikir boleh juga dia pimpin parti besar bergabung dgn Umno, maklumlah kononnya biar Islam memimpin. Malangnya, gabungan itu dipimpin oleh Najib selaku Penasihat dan Zahid Hamidi selaku Presiden Umno. Bahkan, Ketua Pembangkang pun dia orang pilih Ismail Sabri. Hadi tetap di takuk lama.

Oleh kerana itu, Hadi cukup tak senang kalau Anwar jadi PM ke 8 kerana mana dia nak letak muka kalau terpaksa melutut dgn Anwar nanti sebagaimana dia dah melutut dgn Tun M yg dia kata dulu hanya layak jadi doktor klinik 1 Msia saja. Nampaknya, Hadi hanya hero di Rusila je lah.

Isnin, 30 Disember 2019

SIAPA PELAKU MIRIP AZMIN DI DALAM KES VIDEO SEMBURIT? RAKYAT TIDAK MAHU DIKECEWAKAN LAGI


Rakyat menantikan ketelusan PDRM. Apakah KPN lulus di dalam KPI nya untuk memasuki tahun baru 2020? Nampaknya harapan rakyat untuk melihat Jho Low diseret ke mahkamah hampir pasti gagal atas alasan tiada kerjsama dari negara yang menyimpan rakan baik Najib itu.

Dulu, rakan baik Najib iaitu Razak Baginda terlepas dari hukuman gantung atas kes pembunuhan Altantuya,. Waktu itu kita faham kerana ianya berlaku di era kerajaan yang Najib perintah. Namun, paling mengecewakan jika seorang lagi kawan Najib iaitu Jho Low terlepas di waktu kita (kerajaan PH) yang mwmerintah negara ini.

Reformasi ke atas institusi termasuk PDRM di bawah kerajaan PH sekarang nampaknya belum meyakinkan. Bagaimana dengan kesudahan siasatan kes video semburit? Apakah cukup dengan jaminan PDRM untuk menyiasat dengan rapi sehingga terpaksa menggunakan alat 'pengesan bohong' terhadap kes yang diadu melibatkan Anwar Ibrahim maka PDRM telah dianggap telus?

Sekiranya kes video semburit dapat diselesaikan dengan pantas sepertimana banyak kes mencuri, merompak, mencabul yang juga diperolehi bukti melalui CCTV, maka sewajarnya kes video semburit ini yang mempunyai bukti rakaman video, bukti melalui buku keluar masuk hotel dan juga hasil siasatan kepada individu yang mengaku terlibat iaitu Haziq, tentunya sudah cukup membantu pihak PDRM untuk menyelesaikan siasatan.

Dijanjikan bahawa kes video semburit ini akan diketahui identitinya ssbelum hujung tahun ini. Tinggal satu hari saja lagi bakal menjelang tahun baru. PDRM ada masa sehari lagi untuk mengkotakan janjinya. Cukuplah janji untuk membawa Jho Low pulang telah menghampakan rakyat. Jangan pula kali ini ada alasan lain.