RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 5 Oktober 2020

GERAK98 - SEMAKIN DILAWAN DAN DIHALANG, SEMAKIN KUAT BERGERAK



Saya masih ingat, sewaktu INVOKE di bawah Sdr Rafizi Ramli mengadakan jelajah ke seluruh pelusuk negeri sebelum PRU14 yang lalu, gerakan ini dipandang sinis dan dipandang serong oleh beberapa pihak.

Jelajah INVOKE yang begitu mendapat sambutan akar umbi dituduh sebagai satu gerakan yang tidak direstui oleh parti Keadilan dan dianggap 'parti di dalam parti'. INVOKE dituduh sebagai pemecahbelah parti dan berkepentingan peribadi untuk mengangkat Sdr Rafizi Ramli sebagai pemimpin parti dan waktu itu tuduhan banyak dilakukan oleh puak2 kartel yang amat takut kepada pengaruh dan kekuatan INVOKE, khususnya bekas MP Pandan tu. Akhirnya terbukti, gerakan INVOKE bukan untuk Rafizi tetapi untuk rakyat sehinggakan kerajaan kleptokrasi berjaya ditumbangkan. Rafizi tidak bertanding pun dan tiada jawatan apa2 pun setelah kerajaan PH menjadi kerajaan.

Sekarang, tohmahan hampir sama berlaku terhadap GERAK98 di bawah Sdr Mohamad Ezam Nor . Sekali lagi nama parti digunakan bahkan nama keluarga Anwar Ibrahim dikaitkan kononnya GERAK98 tidak direstui oleh Keadilan dan Anwar. Kita semua tahu, sehingga kini tiada satu arahan pun samada dari parti atau Anwar sendiri yang melarang penglibatan ahli2 parti Keadilan terutamanya untuk menyertai atau menyokong GERAK98. Sama juga seperti INVOKE, GERAK98 berdiri atas kakinya sendiri bukan ditaja oleh parti tetapi komited membawa prinsip dan perjuangan reformasi. Reformasi bukan hanya sekadar menjerit dengan kuat "REFORMASI", bukan hanya sekadar kita memakai T-Shirt reformasi, tidak cukup dengan membuat kenyataan media menyokong Anwar Ibrahim atau sekadar bermunajat.

REFORMASI harus diterjemahkan maksudnya kepada rakyat jelata. Slogan ini harus sentiasa bernyawa dan digerakkan ke merata tempat agar rakyat memahami mengapa kita harus mendokong reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Rakyat harus diberitahu siapakah musuh2 reformasi dan siapakah yang telah menggagalkan agenda reformasi sewaktu PH diberi peluang memerintah selama 22 bulan. Reformasi adalah sebahagian dari politik Islam yang disebut sebagai "Islah".

Ayuh, kita gerakkan agenda ini. Gunakan apa sahaja aset dan kekuatan yang kita ada untuk melakukannya. Gunakan kelebihan yang kita ada untuk merealisasikan perjuangan ini. Mereka yang pandai menulis, maka menulislah tentang perjuangan ini. Bagi yang pandai berpidato, maka gunakan kelebihan itu. Sesiapa yang mahir berkomunikasi melalui media sosial atau FB Live seperti hero kita Iswardy Morni atau Syed Shah Syed Osman dan beberapa yang lain, maka pergunakan kelebihan itu. Bagi mereka yang memiliki sedikit harta atau kewangan yang Allah kurniakan, berilah sumbangan untuk membantu. Kita orang biasa juga ada peranannya iaitu membantu atau menyokong sedaya upaya kita. Jangan kita habiskan masa berbalah sesama kita darihal isu yang tiada kaitan dengan kepentingan rakyat.

1 ulasan:

  1. Orang yg paling anti reformis berdasarkan tindakan/praktik beliau ialah kepala kartel, azmin. Itu sebab dia begitu selesa bersama geng penyangak dlm kerajaan skrg. Berkempen dgn menyuap duit kpd pengundi pun mudah saja diamalkan! Langsung tak ada keraguan atau bantahan, asalkan menang. Itu sebab aku heran macam mana penyokong dia dalam pkr boleh terima amalan songsang dan anti reformis spt itu. Begitu jg macam mana org spt sivarasa dan tian chua boleh sokong azmin. Ini bermakna ramai ahli PKR yg ada skrg bukan benar2 memahami konsep reformasi.

    BalasPadam