Rabu, 12 Ogos 2020

TIDAK PERLU HALANG USAHA ISWARDY MORNI

 


Kita kenali Sdr Iswardy Morni sebagai aktivis politik dan juga pengamal media sosial yang mempunyai ramai pengikut dari berbagai golongan serta peringkat. Anak muda Sarawak ini boleh dikatakan setiap hari, siang dan malam rajin bersiaran melalui live FB dengan membawa berbagai tajuk dan isu2 semasa.

Sesiapa yang rajin mengikuti siaran Live beliau sudah tentu tahu bahawa beliau adalah anak muda yang kritis tetapi komited dengan perjuangan reformasi. Tidak ramai anak muda terutamanya dari Sabah atau Sarawak yang mampu mengulas banyak isu nasional. Iswardy berjaya melakukannya.

Benar, tidak semua di antara kita sependapat dengan beliau di dalam beberapa isu tetapi secara umumnya apa yang beliau sentuh kesemuanya adalah untuk kebaikan PH khususnya Keadilan. Sedikit sebanyak mungkin ada yang tersentuh atau terasa hati terutamanya di kalangan pimpinan parti, tetapi kita mesti terima hakikat bahawa parti Keadilan ini parti yang bersedia untuk menerima kritikan atau teguran secara beradab walaupun kadangkala nampak keras.

Baru2 ini beliau terpaksa ke balai polis kerana terdapat laporan terhadapnya kononnya beliau mengumpul dana dengan menggunakan nama MPN Sarawak. Apa yang saya lihat dan saya faham, beliau sedang berusaha untuk mengumpul dana di atas inisiatifnya sendiri bersama teman2 bagi kegunaan kempen dan gerak kerja pilihanraya. Saya tidak pernah melihat atau mendengar beliau mengaitkan usahanya itu dengan MPN Sarawak. Dana itu disebut sebagai dana PRN Sarawak, bukannya MPN Sarawak. Maka, sepatutnya usaha beliau ini disokong malah wajar dibantu.

Akibat salah faham ini, ianya sedikit sebanyak menyusahkan beliau di samping mungkin mengakibatkan ada yang terkeliru. Untuk makluman, Iswardy bukan ahli dari MPN Sarawak dan tidak timbul beliau mempergunakan nama MPN. Malahan di dalam poster yang diviralkan itu pun tidak disebut langsung nama MPN.

Saya mengharapkan semua salah faham atau kekeliruan ini dapat diselesaikan. Kita patut menyokong sebarang usaha dari mana2 pihak yang mahu memperkukuhkan parti sekaligus memperkukuhkan PH. Semoga beliau terus berkarya dan beraksi di media sosial.

Selasa, 11 Ogos 2020

KEBERANIAN, KETEGASAn KETAHANAN MENTAL DAN KESABARAN MENJADIKAN ANWAR TERUS RELEVEN - SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 73

 


Hari ini genap usia 73 tahun tokoh reformasi ini. Panji-panji Keadilan dan reformasi yang dibawanya selama lebih 20 tahun menampakkan kesan di dalam kancah politik tanahair.

Sejajar dengan perintah Allah, mesti ada di kalangan kita orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, inilah yang dibawa melalui perjuangannya. Beliau tidak bercakap retorik tentang hukum tetapi apabila berdepan dengan jawatan dan kedudukan, hukum dipersetankan. Ketegasannya di dalam menegakkan keadilan dan melawan rasuah amat konsisten.

Keadilan bertuah memiliki seorang pemimpin yang tidak boleh dijual beli prinsipnya. Tidak sedikit anak didiknya yang gagal mencapai kejayaan di dalam membentuk sahsiah keperibadian sepertinya. Ada yang hanyut di penghujung perjuangan apabila melihat kuasa dan kedudukan Namun, tidak kurang juga anak didiknya yang terus kekal bertahan mengharungi gelombang dan ujian serta mehnah perjuangan. Mereka inilah yang bersama beliau memegang erat panji-panji keadilan.

Bila berhadapan dengan musuh, beliau umpama singa kelaparan. Bila berjanji dengan rakan sekutu, beliau memegang erat janji-janji itu walaupun beliau mungkin rugi di dalam perjanjian yang dibuat. Apabila berhadapan dengan permasalahan anak-anak buahnya, beliau seorang yang tegas tetapi dilapik dengan kesabaran yang tinggi sehingga di chop sebagai sabar 'tahap dewa". Terdapat dua sifat yang digelar orang terhadapnya. Di kalangan musuhnya, beliau dikatakan begitu rakus. Di kalangan penyokongnya, beliau dikatakan terlalu dan tersangat sabar. Mana mungkin kedua-dua sifat ini boleh bergabung di dalam jasad anak kelahiran Cherok To' Kun ini? Hanya kita yang mengenali beliau dan mengikuti perjuangannya selama 20 tahun lebih boleh menilainya sendiri.

Kerajaan PH selama 22 bulan memerintah tidak dinafikan berusaha untuk melaksanakan agenda reform yang dijanjikan. Namun ianya gagal disempurnakan dengan baik kerana pemimpin yang kita angkat dahulu tidak ada roh reformasi malahan rekod dan sejarah memperlihatkan pemimpin itu adalah amat anti reformasi. Beliau menjadi PM hanya untuk melaksanakan agendanya dan reformasi bukan perkara yang beliau minati. Sebab itu kita gagal sehinggalah kita dikhianati dan dijatuhkan.

Hari ini, pemimpin yang berusia 73 tahun ini adalah harapan rakyat Malaysia. Kunci reformasi berada ditangannya. Kita tiada pilihan sekiranya mahu melihat apa itu reformasi yang selama 20 tahun lebih dilaungkan, selain dari kita mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM selepas ini. Di dalam keadaan banyak parti yang mula goyang tidak ketahuan prinsip mereka, Keadilan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim terus fokus dengan agenda reformasi.

Keadilan Cabang Paya Besar akan terus setia dan berpegang teguh dengan prinsip dan perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Saya selaku Ketua Cbang Paya Besar mewakili seluruh warga Keadilan Paya Besar mengucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN buat Dato' Seri Anwar Ibrahim, semoga usianya diberkati dan dirahmati serta diberikan pertolongan oleh Allah di dalam perjuangannya.

"DIAM" ITU SATU KESALAHAN RASUAH ?

Saya 'offer' dia rasuah. Dia diam je buat tak tahu. Maka, saya tak beri dia rasuah pun kerana dia diam. Tapi, dia kena juga dakwa sbb diam. Saya tak kena. Bijak tak saya? ehehh....

Masalahnya sekarang, saya nak cari bukti dia ambil rasuah memang takde. Takde rampasan kat rumah dan tiada dalam akaun dia mcm dlm akaun Najib. Apa yg boleh saya buktikan? Saya kena buktikan dia diam. Saya kena buktikan bahawa 'diam' itu satu kesalahan rasuah. Masalahnya, siapa saksi yg nampak dia diam tu? Saya lah saksinya. ehehhh....

Menteri yg jaga undang2 dari parti lebai yg tahu hukum hakam Islam takde komen ke dalam isu ini?