Isnin, 19 Oktober 2020

ANWAR TETAP PADA LANDASAN YANG TEPAT


Hakikat depan mata kita sekarang, Anwar satu2nya yg berani tampil depan Agong berikan jumlah MP yg sokong beliau. Kita tunggu Muhyiddin, semenjak dua kali persidangan Parlimen yg melakukan undian, Muhyiddin tak pernah mencapai 112, iaitu separuh dari 222 Ahli Parlimen. Selepas satu persatu Ahli Parlimen menyatakan tidak menyokongnya, Muhyiddin masih gagal menafikan atau membuktikan sokongan ke atasnya.

Begitu juga Mahathir, Ku Li jauh sekali Azmin atau Hadi. Kesemua mereka main nyorok2 dan hanya bermain dengan propaganda.

Ramai bertanya, mengapa Anwar begitu lambat untuk ditabalkan sebagai PM? Jawapan ini hanya terjawab jika Muhyiddin ada maruah dan sedar diri dan rela meletakkan jawatannya sekarang. Nampaknya begitu panjang masa yang diberikan, tiada sesiapa pun yang melakukan seperti Anwar telah lakukan, kecuali bermain dengan propaganda.

Jangan bimbang. Sekiranya keadilan dan kejujuran itu dijadikan asas untuk mengatasi kemelut ini, InsyaAllah, Anwar tetap akan menjadi PM kita. Apa yang penting, rakyat tetap mahukan haknya semula.

Ahad, 18 Oktober 2020

JIKA ANWAR CUKUP BILANGAN MAJORITI, PERLU APA PM INTERIM?


Apa yang kebanyakan orang faham, PM Interim (sementara) ini hanya wujud kebiasaannya apabila situasi politik negara tidak menentu, tidak dapat dipastikan siapakah di kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan tertinggi atau pun proses untuk melantik seorang PM itu terpaksa mengambil masa agak panjang atas sebab-sebab tertentu.

Pada bulan Feb yang lalu, Tun M pernah dilantik sebagai PM Interim setelah beliau meletakkan jawatan. Ini terpaksa dilakukan kerana ketika itu belum jelas adanya mana-mana Ahli Parlimen yang dapat membuktikan telah mendapat sokongan majoriti. Waktu itu, PH sibuk mengumpulkan sokongan begitu juga dengan Muhyidin. Maka, sementara itu Tun M dilantik sebagai PM Interim sehinggalah masing-masing dipanggil ke Istana untuk menunjukkan sokongan. Apabila Tuanku berpuas hati dan merasakan telah ada seorang Ahli Parlimen yang mendapat majoriti, maka barulah diberikan tarikh untuk angkat sumpah sebagai PM.

Berbeza kali ini. Kali ini, Anwar Ibrahim sendiri telah memaklumkan kepada Istana bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti yang kukuh bagi membolehkan beliau mengambil semula kerajaan yang telah dirampas secara khianat itu. Beliau meminta agar PM untuk memberikan kerjasama meletakkan jawatan kerana telah kehilangan sokongan, kecuali Muhyidin membuktikan sebaliknya. Sehingga kini, Muhyidin tidak berupaya membuktikannya sedangkan rakyat dapat melihat satu persatu Ahli-Ahli Parlimen menunjukkan tiada lagi sokongan terhadapnya.

Tiba-tiba muncul cerita akan ada PM Interim. Kita tertanya-tanya atas apa keperluan PM Interim ini di dalam keadaan salah seorang Ahli Parlimen telah menyatakan dirinya telah mendapat sokongan kukuh? Sebab itu saya tidak percaya cerita berkenaan PM Interim ini. Saya yakin, proses yang digunakan sewaktu Muhyidin diangkat sebagai PM dahulu akan dipraktikkan kali ini untuk menunjukkan bahawa keluhuran undang-undang dan keadilan itu dapat diperlihatkan.

Sebarang desakan atau cubaan untuk mempengaruhi Istana agar melaksanakan sesuatu yang berbeza dari amalan sebelum ini adalah dianggap satu penghinaan dan tidak kepercayaan kepada Ke Bawah Duli Tuanku. InsyaAllah, kita perlu bersabar sedikit masa lagi untuk kita merayakan kemenangan mengambil semula hak kita yang telah dirompak itu.

ADA LAGI SUARA MAHU AGAR ANWAR DAN MAHATHIR BERTEMU?


Masih ada lagi suara2 menyeru agar Anwar dan Mahathir bertemu dan lupakan perbezaan pendapat.

Kalau yg bercakap itu Pak Amit jual petai, aku tak kisah lah, itu pun ramai dah orang2 kampung yg bijak politik. Tak semuanya bodoh.

Isu antara Anwar dan Mahathir ini bukan soal perbezaan pendapat. Kalau perbezaan pendapat, di dalam parti Keadilan pun banyak perbezaan pendapat, tiada masalah. Anwar dengan anak sulungnya, Nurul Izzah pun selalu berbeza pendapat, semua orang tau.

Isu Anwar dan Mahathir ini adalah isu besar iaitu melibatkan prinsip dan kejujuran. Mahathir adalah seorang yang tidak berprinsip langsung dan jauh sekali berlaku jujur sepanjang berada di dalam PH, sepanjang menjadi PM di dalam kerajaan PH dan seorang yang tidak pernah jujur dengan Anwar Ibrahim.

Perlukah saya senaraikan bukti2nya? Perlukah saya cerita tentang Mahathir banyak melanggar prinsip yang diperjuangkan oleh PH sewaktu beliau menjadi PM? Perlukah saya cerita kemunafikan orang tua 95 tahun ini tentang janji2nya? Rasanya tidak perlu saya huraikan lagi betapa Mahathir cuba membunuh PH sebaik sahaja beliau memberi laluan kepada pengkhianat merampas kuasa. Cubaan untuk menghancurkan PH dan niat untuk mewujudkan kerajaan baru yang beliau pimpin atas nama kononnya kerajaan perpaduan, itu bukan perbezaan pendapat. Itu adalah pengkhianatan. Meskipun usahanya gagal, tetapi niatnya terserlah. Semua tahu.

Apakah orang seperti ini mahu kita ketemukan dengan Anwar kononnya demi mendapatkan kembali mandat rakyat? Mandat rakyat bukan hanya mahu kerajaan PH berkuasa, tetapi dasar2 dan prinsipnya serta janji2nya itu termasuk yang diberi amanah oleh rakyat untuk kita jaga, tunaikan dan pertahankan.

Oleh itu, sebarang usaha untuk mendapatkan kembali mandat rakyat itu mestilah tidak lari dari prinsip2 asal perjuangan PH. Anwar boleh dapatkan sokongan dari mana2 pihak yang menyokongnya asalkan mereka bersetuju dengan dasar dan prinsip yang kita janjikan kepada rakyat. Apakah dengan Mahathir kita boleh percaya lagi untuk melaksanakannya?