Sabtu, 25 Jun 2022
Jumaat, 24 Jun 2022
Rabu, 22 Jun 2022
AKIBAT PEMIMPIN POLITIK KHIANAT, RAKYAT JADI MANGSA
Selepas subsidi ayam dan telur ayam diumumkan akan berakhir hujung bulan ini, kerajaan turut memansuhkan harga siling minyak minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) bermula 1 Julai.
Sekarang, rakyat boleh nilai dan bandingkan sendiri kerajaan yang mendapat mandat rakyat pada PRU14 itu lebih baik atau kerajaan tebuk atap hasil pengkhianatan itu lebih baik? Apa lagi yang tidak naik harga sekarang? Ayam? Sayur? Telor? Roti? Daging? Cuba sebut. Apa yang murah sekarang? Ada. Hanya maruah menteri kabinet yang terlalu murah sekarang termasuk menteri2 lebai.
Benarlah apa yang Islam sebut, apabila meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, tunggulah kebinasaannya. Apabila sesebuah kerajaan yang dipilih melalui undi dan mandat rakyat dijatuhkan secara keji dan khianat, diangkat pula kerajaan yang rakyat sendiri tolak, itulah kezaliman namanya. Zalim bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.
Kerajaan zalim tidak akan mendapat kasih sayang Allah. Maka, jangan pelik setelah kerajaan PH dikhianati, meskipun dalam tempuh tidak sampai dia tahun negara ini bertukar PM dua kali dan memiliki menteri kabinet paling ramai dalam sejarah, negara ini terus tercicir dan rakyat terus menderita.
Apakah kita masih mengharapkan Bn, PN dan pengkhianat itu lagi?