RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 27 Julai 2009

MEREKA AKAN BERDEPAN DENGAN 30 RIBU PEMUDA PAS


KUALA LUMPUR, 27 Julai - Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan terus menyatakan komitmen pemuda PAS untuk menggerakkan himpunan mansuh ISA yang dijadualkan pada 1 Ogos ini. Beliau menjangkakan lebih 100 000 orang akan hadir dalam himpunan tersebut.

"Kami menjangkakan lebih 100,000 orang akan hadir dan Pemuda PAS akan menggerakkan kira-kira 30,000 orang ahli kami dari seluruh negara," katanya ketika majlis ramah mesra bersama media di hotel plaza jalan semalam.

Justeru itu Nasrudin mengharapkan kerjasama polis supaya membenarkan himpunan tersebut yang disertai oleh 83 pertubuhan bukan kerajaan.

Berikutan keputusan PEWARIS dan PERKASA yang turut mengadakan himpunan mempertahankan ISA pada hari yang sama, Pemuda PAS menghormati pendirian tersebut dan itu merupakan hak mereka. Pemuda PAS tetap dengan prinsip yang menentang kezaliman ISA.

Wacana ilmiah dengan pemuda UMNO

Berkenaan dengan wacana ilmiah bersama pemuda UMNO pula, Pemuda PAS telah pun membentuk jawatankuasa teknikalnya dan mengumumkan 3 anggotanya akan menduduki badan tersebut. Sementara itu Pemuda UMNO juga diminta menamakan 3 orang wakilnya dan surat rasmi mengenai perkara itu akan dihantar esok.

Dua daripada tiga wakil Pemuda PAS dalam jawatankuasa itu ialah Setiausahanya, Kamaruzaman Mohammad dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Ucapan Takziah

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, pihaknya mengucapkan takziah atas kematian pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad di Hospital Pakar Damansara malam tadi.

Pagi tadi, Dewan Pemuda PAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusatnya yang kedua sejak pemilihan awal bulan lalu./pemuda.pas.org

CEPATNYA UMNO PERASAN

Terdahulu saya rakamkan ucapan terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai di tempat kelahiran saya, Sungai Bakap; Sungai Acheh dam Sungai Chenaam serta Jawi kerana memberikan sambutan hangat kepada kami semalam. Walaupun dewan dikunci dan medan agak gelap, namun semangat yang dipertontonkan seolah-olah Nibong Tebal ke arah zaman pencerahan!

Tuan Guru Nik Abd Aziz hari ini secara terbuka menafikan hebahan media Umno mengenai kerjasama Umno-Pas.

Jelas kelihatan Umno semakin terdesak rentetan dukungan yang kian terhakis. Satelah gagal dengan fitnah, ugutan dan sogokan, mereka bersilih ganti untuk mengadu-domba.

Mereka kini sudah sampai ke tahap kegilaan, mengemis perhatian Pas. Anihnya lagi ialah kaedah kotor yang digunakan, rekayasa kenyataan kononnya ’sahih’ daripada Tuan Guru Nik Aziz. Kemudian diatur pula ulasan demi ulasan dan digembar gembur di media mereka.

Sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, bertubi-tubi serangan dilancar ke atas batang tubuh Tuan Guru, kini ghairah sekali menjulang Tuan Guru. Wah, telunjuk lurus kelingking berkait.

Nah, sekarang Tuan Guru Nik Aziz menafi keras, menuding media Umno selaku pembelit dan pimpinan Umno yang asyik maksyuk dengan pertemuan hingga ke tahap kegilaan.

Hanya kegilaan Laila Majnun terpancar dari cinta sejati…. Ghairah umno pula bagaimana?

ANWAR IBRAHIM

Sumber: Anwaribrahim.blog

NAJIB - 100 HARI YANG MISTERI

100 Hari Najib disulami kematian misteri?

Oleh: anaqsabah

"Dari Kacamata: HALIK ZAMAN


Kaki bodek UMNO, pemberita TV3 dan Astro Awani, kecewa dan tercabar dengan iklannya "Najib jadi PM 100 hari" sudah tidak menjadi kenyataan lagi. Keceriaan dan keghairahan keranal UMNO dapat mengurangkan majoriti PAS di Manek Urai pun hambar dilihat dari muka tukang bodek dan khadam-khadam UMNO itu. Wajah bertukar jadi muram lantaran kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock di pejabat SPRM.

Belum pun habis lagi "pesta puji memuji 100 hari Najib jadi PM", untuk cover up, pemberita TV3 dan Astro Awani terpaksa kejar Ibrahim Ali dan Ketua Penerangan Bahagian UMNO untuk membaca komen yang diatur
sedia. Perkataan mereka dengan lirik yang sama "pembangkang mengalih pandangan pasal 4 ADUN Pakatan Rakyat disoal siasat oleh SPRM dan pembangkang mempolitikkan kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Ikut logik, tidak ada pembangkang yang mempolitikkan kematian Teoh, cuma mereka minta Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Di Raja menyiasat kematian Teoh sahaja. Permintaan ini adalah dari ibubapa, keluarga mendiang Teoh dan rakyat. Kalau Kerajaan tidak memberikan jaminan untuk membentuk suruhanjaya bebas itu maka pembangkang akan mengadakan perhimpunan aman untuk mendesak Kerajaan UMNO/BN berbuat demikian.

Seperti yang sudah jadi pengetahuan umum, kes rasuah dua orang bekas ADUN PKR di Perak, kes rasuah tenggelam lain pula yang jadinya. Kes Penanti, ADUNnya dikejar ke sana sini oleh SPRM mahu siasat kes rasuah kononnya. Bila ADUN PKR sudah letak jawatan, SPRM kemudian berkata "no case to answer".

Kredibiliti SPRM, rakyat pun sudah tercium baunya bahawa badan itu digunakan oleh badan politik untuk menghancurkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Jadi, rakyat sudah hilang percaya, maka rakyat mahu satu badan
Penyiasat Bebas Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian misteri mendiang Teoh. Kalau benar benar Kerajaan UMNO/BN telus, tubuhkan lah badan bebas itu, semua masalah boleh selesai.

Perkara 4 ADUN Pakatan Rakyat dituduh menyalah gunakan peruntukan ADUN, teruskan siasat. Tidak ada siapa yang menghalangnya. Tapi isu misteri ini mesti diutamakan juga untuk menubuhkan badan bebas. Kalau Kerajaan enggan menubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja, maka ia akan mengundang syak wasangka rakyat dan rakyat pula akan menganggap ada konspirasi politik di sebalik kematian mendiang Teoh?

Tidak ada orang yang menuding jari dengan SPRM, jangan takut disiasatoleh badan bebas agar semua pihak berpuas hati dan SPRM juga bersih di mata rakyat. Harus diketahui oleh Kerajaan, pembangkang, SPRM dan
polis, dunia sedang memerhatikan kita semua bahawa berita kematian misteri mendiang Teoh telah pun tersebar di akhbar akhbar luar negara.

Pandangan Ibrahim Ali dan Ketua Ketua UMNO, semua orang tahu pandangan mereka diatur dulu oleh TV3 dan Astro Awani dirakamkan dulu, barulah diedit dan disiarkan. Pandangan yang diatur carakan. Siapa Ibrahim Ali?/Sumber: http://www.sabahkini.net/v1/

LAPORAN POLIS LAGI TENTANG MENDIANG BENG HOCK

Laporan polis terhadap blog 'Beng Hock'
Rahman Ghazali
Jul 26, 09
7:51pm

Exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menuduhnya terbabit dalam rasuah dan rakan sejawatannya, Ronnie Liu melesapkan dana kerajaan negeri pada 2008.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di ibupejabat polis Shah Alam, Ean berkata, blog tersebut "mahu mengalih perhatian rakyat dari kematian kontroversi pembantunya, Teoh Beng Hock".

NONEBlog itu menuduh Liu dan Ean ada kaitan dalam kematian Teoh dan mendakwa mereka terbabit dalam rasuah, khususnya dana kerajaan negeri untuk DUN Sungai Pelek yang diwakili MCA.

Ean berkata, blog itu juga cuba mengaitkan beliau dengan kematian Teoh, dengan menuduh beliau dan Liu memaksa Teoh berpakat dalam aktiviti haram.

"Semua itu bohong kerana Teoh tidak pernah bekerja dengan Liu dan dia juga tidak pernah terbabit dalam urusan peruntukan (DUN) Sungai Pelek," katanya.

Ean, yang sedang untuk membuat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, juga mendakwa blog tersebut cuba "memecah belahkan perpaduan di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat".

Liu, yang pada mulanya tidak bersetuju untuk membuat laporan polis terhadap blog tersebut, berkata beliau bersetuju kemudiannya atas nasihat dari rakan-rakan dalam DAP"./Malaysiakini

Ahad, 26 Julai 2009

KEMATIAN BENG HOCK - BENARKAH KATA DR LIM INI?

26 July 2009

"Kita sudah dapat maklumat yang boleh memberikan gambaran tragedi kematian Teoh,"Kata Dr. Lim Boon Chye,selaku pakar bedah dan Ahli Parlimen Gopeng dalam ucapan beliau pada ceramah PR di Gopeng malam tadi.

Menurut Dr. Lim,pengalaman beliau mengenai kecederaan teruk pada badan sebelah kanan Teoh iaitu bahu,pinggang dan kaki kanan dapat memberikan petunjuk bahawa beliau telah "Pengsan atau mati " sebelum terjatuh atau dijatuhkan dari bangunan tersebut,kata Dr. pakar tersebut.

"Selalunya mereka yang membunuh diri akan meronta-ronta sebelum sampai ke bumi,dan dengan spontan akan menggunakan kedua-dua tangan dan kaki sebagai tempat bertahan, serta muka mereka juga akan mengalami kecederaan yang teruk.kedua kaki dan tangan mangsa akan mengalami patah yang begitu teruk." katanya.

"Tetapi berlaku sebaliknya,pada mayat Teoh yang hanya mengalami kecederaan yang teruk pada sisi kanan badan beliau saja,dan ini memberi gambaran bahawa beliau tidak meronta semasa jatuh.Perkara begini terjadi hanya kepada mangsa yang dibuang dalam keadaan pengsan atau pun sudah mati sebelum itu." Tegas beliau.

Untuk itu,beliau meminta pihak yang telah diamanahkan bagi menjalankan siasatan terhadap misteri kematian Teoh agar telus dan melaporkan hasil siasatan kepada rakyat di negara ini./Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

CERAMAH DIGANGGU, JIKA PAK LAH BERTANDING SIAK - MAT SABU

Sunday, July 26, 2009





Ceramah di ganggu polis kerana tiada permit.Namun berjaya diadakan di salah sebuah rumah penyokong di Taman Guar perahu.Antara saranan Mat Sabu ialah agar Pak Lah menyertai mana-mana Parti diluar Umno "Pak Lah buatlah pilihan yang tepat di usia yang ada kerana jika bertanding jawatan Tok Siak pun belum tentu menang kerana Umno dan penyokongnya tidak pandang pengalaman tetapi kuasa. Siapa yang berkuasa dipuji tapi bila pencen atau jatuh dalam politik diketepikan, " tambahnya dalam program Pemansuhan ISA anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Turut berceramah sama dalam program 'Roadshow' Gerakan Mansuh ISA (GMI) peringkat Negeri itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan wakil Dema yang mewakili Mahasiswa. Akan di ulas kemudian.../

Sumber: wrlr.blogspot

10 CAWANGAN MIC PJ AKAN BUBAR - S.SUBRAMANIAM

Bekas pemimpin MIC sertai KeADILan
Harakahdaily
Sat | Jul 25, 09 | 6:35:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi tamparan hebat hari ini apabila bekas Naib Presiden MIC, Dato' SS Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan dalam satu majlis yang diadakan di MBPJ tengahari tadi.

Sebelum ini, bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming telah menyertai KeADILan dan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tengahari tadi, dalam majlis di Petaling Jaya itu, Subramaniam juga mengumumkan bahawa 10 buah cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai KeADILan secara besar-besaran.

Dianggarkan seramai 1,700 ahli MIC daripada cawangan-cawangan tersebut akan menyertai KeADILan.

"Saya telah menyokong KeADILan dan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi, cuma sekarang saya dapat memberanikan diri untuk menyatakan bahawa saya akan sertai parti ini,"katanya sambil mendapat sorakan daripada lebih 350 hadirin dalam majlis tersebut.

Menurut laporan daripada Malaysiakini, Subramaniam telah berkhidmat sebagai Naib Presiden MIC lebih 20 tahun dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi MIC Selangor untuk tiga dekad.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Adun Bukit Raja dan Ahli Parlimen Segamat.

Sementara itu, di awal majlis tersebut, pemimpin MIC cawangan Pekan Meru, AR Palaya juga mengumumkan menyertai KeADILan dan akan membubarkan cawangannya. - mks._


Jawapan lawak Ruhanie

Friday, July 24
Oleh: budakjolobu

"Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA tidak menjadi isu jika tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak. Sebelum tragedi 9/11 Presiden George W. Bush pun pernah membidas ISA. Tetapi sesudah 9/11 dia kata ISA amat relevan untuk era terorisme.

- siapa yg mghalalkan ISA atas sbb politik? 50 tahun merdeka rakyat terus ditakutkan dan kerajaan pula tanpa malu, tanpa mmpedulikan rasa kemasian masih brselindung dgn akta lapuk, ISA.

Pada awal 1980-an Amnesty International membuat isu pasal ISA. Maka KDN jemput wakil Amnesty International melawat beberapa tahanan ISA di Kemunting. Sesudah itu NGO antarabangsa itu tidak lagi membangkitkan soal ISA. - siapa menteri yg dpt Phd krn tesisnya mengkriktik akta lapuk ISA?
Kali ini ada orang politik nak anjurkan perhimpunan besar-besaran pada 1 Ogos 2009 sebab hendak berarak ke Istana Negara untuk membantah ISA.-org politik dan rakyat terbanyak yg cerdik!! Pada hari ini juga satu lagi NGO akan adakah perhimpunan di Kuala Lumpur untuk menyokong ISA dikekalkan.-sila buat hari lain.cari tarikh lain yg sesuai.anda punya hak!!!

Ini bermakna ada pihak membantah ISA dan ada satu lagi pihak menyokong ISA. -negara demokrasi...Seperti saya pernah tulis dalam Utusan Malaysia kira-kira sebulan lalu, ISA perlu untuk keselamatan rakyat, keselamatan ekonomi dan keselamatan negara.-hujah anda paling tidak relevan utk minda rakyat yg merdeka....

ISA cuma dijadikan isu oleh sesetengah oportunis politik yang meraih sokongan menerusi isu. Jika tidak ada isu kumpulan ini akan layu tanpa sokongan.-satu lagi hujah dangkal.

Kumpulan ini silap jika mereka nak berarak ke Istana Negara sebab ISA. Mereka nak tnnjuk kekuatan kononnya mereka disokong oleh rakyat. Mereka tidak sedar bahawa antara silent majoriti pun ramai yang sokong ISA.-diulangi skali lagi.silakan.selagi kita brpegang pada prisip demokrasi,berdemolah...sokong pun boleh demo,tak sokong pun boleh bemo...tapi yg sokong sila pilih tarikh lain.kpd yg sokong jgn buat kecoh pada tarikh yg tak sokong dah pilih...

Jika mereka tak percaya, teruskanlah perarakan pada 1 Ogos depan dan lihat berapa ramai rakyat yang akan bersama pihak yang menyokong ISA yang juga akan berhimpun pada hari berkenaan.-ulang kali ke3...sila baca betul2...berdemolah utk yg sokong dan tak sokong...tapi yg sokong sila pilih tarikh lain...ramai atau tdk soal kedua....

Apa yang membimbangkan ialah kemungkinan adanya golongan provokator di kalangan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara dan kemudiannya ditudingkan kepada pihak pemerintah.-ini satu lagi hujah org hilang arah. tepuk dahi anda tiga kali. sila dapatkan suhakam utk mempastikan provakator itu dtgnya dr arah siapa.dan utk mengelakkan pravakator kpd penyokong ISA sila jgn hadir!!!

Kumpulan provokator ini juga mungkin akan dikirimkan menggangu perhimpunan pihak penyokong ISA. Bayangkan apa akan jadi jika huru-hara tercetus.

-sekali lagi ulang - jgn berhujah cara ini.tepuk dahi anda tiga kali tiga.sila dapatkan suhakam utk mempastikan provakator itu dtgnya dr arah siapa.dan utk mengelakkan pravakator kpd penyokong ISA sila jgn hadir!!!

Seelok-eloknya, batalkan cadangan perarakan pada 1 Ogos depan supaya pihak penyokong ISA juga akan membatalkan rancangan mereka. Ini elok kerana kerajaan pun sudah bercadang untuk meminda ISA.

-hehehe...anda makin lawak...apa pulak kata si pengokong ISA nanti...makin besarlah perarakan mereka

Jika kita benar-benar prihatin hantarkanlah memorandum kepada kerajaan supaya diberikan pertimbangan dalam pindaan yang dicadang akan dilakukan. Jika pemerintah tidak memberikan reaksi, jadikanlah ISA sebagai manifesto dalam PRU13.

-demo ini jg satu memorandum...PRU 13 nanti terpulanglah kepada pemerintah utk jd pembangkang pula...

Cara ini lebih budiman dan berhemah. Lagi pun ISA bukannya undang-undang yang buruk. Ianya hanya diberikan imej yang buruk oleh pihak-pihak yang mempunyai buruk sangka terhadap pemerintah.

- anda makin melalut

Secara peribadi saya syakki adanya pihak-pihak tertentu yang kini sengaja nak menghangatkan isu ISA untuk melencongkan pandangan rakyat daripada isu-isu politik yang lebih explosive dan controversial membabitkan sesetengah pemimpin pembangkang.

- terus melalut.jawapan saya sama spt diatas....

Jangan korbankan keselamatan negara dan keselamatan rakyat demi masalah peribadi yang sedang membelenggu diri seseorang.
Apa yang membimbangkan ialah kemungkinan adanya golongan provokator di kalangan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara dan kemudiannya ditudingkan kepada pihak pemerintah.

-tubuh anda kurang air atau tak cukup tidur....

ayuh semua!!!....turun...SILA NYAHKAN AKTA LAPOK,ISA BERSAMA-SAMA SANG PENCIPTANYA/Tranungkite
"

Sabtu, 25 Julai 2009

DEMO 01 OGOS - TERBUKTI PERKASA TIDAK IKHLAS


Oleh: WFAUZDIN NS

TARIKH 01 Ogos ini telah dipilih oleh GMI serta beberapa NGO dan pertubuhan politik yang bencikan Akta ISA untuk mengadakan perhimpunan membantah akta zalim tersebut. Perhimpunan aman tersebut dijangka akan menuju ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Ke Bawah Duli YMM Tuanku. Tiba-tiba terasa sakit dan membusuk pula dihati Presiden Perkasa, Ibrahim Alkataki untuk turut sama berarak dan Justify Fullberhimpun pada tarikh yang sama tetapi mempunyai niat yang berbeza.

Kumpulan Perkasa yang kononnya bersama `jutaan' rakyat dan NGO yang `menyembah' Akta ISA ini akan berarak ke Istana juga. Itu kita tidak kisah, tetapi apa yang diperkatakan oleh raja katak Ibrahim ini adalah bahawa Perkasa akan tetap berarak dan tidak menolak kemungkinan berlakunya kekecohan nanti sekiranya pihak berkuasa membenarkan perhimpunan penyokong-penyokong yang ingin memansuhkan Akta zalim ISA itu. Sila baca di sini.

Jelas terbukti, bahawa Perkasa tidak ikhlas di dalam perjuangannya untuk mengekalkan akta zalim tersebut. Perkasa berhimpun dan memilih tarikh yang sama semata-mata untuk memberi amaran kepada pihak berkuasa agar melarang kumpulan penentang Akta Isa ini dari berhimpun. Jika Perkasa ikhlas, mengapa raja katak Ibrahim ini tidak sahaja bersama-sama GMI untukmemberi jaminan kepada pihak berkuasa bahawa kedua-dua perhimpunan tersebut akan berjalan secara aman? Kemudian, bersama-samalah kita berhimpun dan kita lihatlah nanti berapa juta rakyat Malaysia yang mahu mengekalkan undang-undang `Taghut' tersebut?

Ibrahim Alkataki tidak perlu menyusahkan Perkasa yang dipimpinnya semata-mata untuk mengampu Umno/Bn. Raja katak ini sanggup memalukan Perkasa asalkan beliau dilihat lebih Umno dari Umno. Tidak perlu raja katak memberi amaran berlakunya huru hara, kerana yang berhimpun di pihak GMI adalah mereka yang tidak suka kepada keganasan, justeru itu mereka berhimpun untuk menuntut keganasan Akta ISA ini dihentikan. Tetapi, sekiranya Perkasa hadir untuk menguji kumpulan yang menentang Akta ISA ini, siapa berani beri jaminan huru-hara tidak berlaku?

Oleh yang demikian, kita berharap agar raja katak berfikirlah berjuta kali jika sekadar berhimpun untuk menguji pihak lain. Berfikirlah secara matang sebagai ahli politik dan buangkan lah sikap dengki dan busuk hati itu. Cukuplah maruah raja katak teramat hina sekarang kerana masih memakan gaji dan elaun dari pengundi yang tidak lagi redha kepada beliau. Tidak serikkah dengan malu yang beliau terima di Manek Urai? Jangan ditambah lagi muka yang tebal itu untuk menjadi lebih tebal lagi. /Kembali ke laman Asal.

KES LIWAT - APA RAHSIA DI SEBALIK 02 SEPTEMBER?

Friday, July 24, 2009

Sememangnya tidak dijangkakan, akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan supaya kes sebutan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya dan pemberian bahan bukti ditangguhkan ke 2 September 2009. Apakah ini petanda gembira buat rakyat, susulan tarikh 2 September adalah tarikh keramat di mana Anwar dipecat dari UMNO dan Kerajaan 11 tahun yang lalu. Maka itu, mungkin ia secara kebetulan atau mungkin juga sebagai isyarat jelas buat para "konspirator liwat II" bahawa adengan itu akan berakhir pada tarikh tersebut. Apapun, keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perlaksanaan keputusan mahkamah yang sama (16 Julai 2009) berhubung dengan perintah membenarkan peguambela Anwar mendapatkan sebahagian bahan bukti kes adalah amat dicurigai. Ini kerana keputusan lalu, yang membenarkan semua dokumen dan barangan terbabit diserahkan kepada Anwar sebelum perbicaraan bermula itu pun sudah dianggap melanggar peraturan dan undang-undang. Apatah lagi jika hakim tiba-tiba menerima pula rayuan pihak pendakwa agar ia ditangguhkan. Sedangkan, umum mengetahui bahawa perlunya pihak yang tertuduh mendapatkan dokumen serta barangan tersebut adalah termaktub dalam perlembagaan. Mana mungkin, pihak tertuduh dilarang untuk memeriksa semua dokumen terbabit. Bagaimana peguambela tertuduh ingin membela anak guamannya jika ini berlaku. Bukankah ia telah mencemarkan keadilan buat pihak tertuduh. Inilah yang dikhuatiri akan menjerat Anwar sebenarnya. Apapun, perbicaraan yang pada awalnya diarahkan dalam satu perbiaraan kini bakal berpanjangan selepas keputusan penangguhan ini. Diharap, ia memberi masa dan ruang yang luas untuk peguambela Anwar merangka strategi baru untuk menghadapi kes itu nanti. Semoga tarikh 2 September bakal menjadi satu lagi sejarah buat Anwar dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya kelak.

[Harapan baru buat rakyat, teruskan perjuangan dan pastikan ketuanan rakyat dapat ditegakkan. Apapun kami tetap menganggap perbicaraan kes ini bakal memalukan mahkamah Malaysia. Kerana tidak pernah berlaku perbicaraan dijalankan bersandarkan kepada bukti DNA semata-mata, sedangkan mangsa telah disahkan tidak diliwat oleh sesiapa pun. Kes liwat sepatutnya "mesti berlaku adengan liwat", tetapi jika doktor pakar mengesahkan ia tidak berlaku maka sepatutnya kes ini digugurkan. Malah pihak polis boleh menahan Saiful atas alasn telah membuat laporan palsu terhadap Anwar. Bahkan Saiful juga telah menipu polis dan rakyat Malaysia. Mana yang lebih relevan? Kenyataan mulut laporan Saiful atau kenyataan doktor menerusi laporan perubatan yang telah dikelaurkan?. Kenapa polis tidak menyisat dan memastikan kesahihan perkara ini. Kenapa harus ada orang lain yang perlu jadi mangsa?. Bukankah ini menimbulkan keraguan yang munasabah di kalangan rakyat. Bayangkan jika ia berlaku kepada orang lain, sudah pasti kes ini akan digugurkan. Tetapi kes ini penuh dengan konspirasi, sebab itulah ia mahu diteruskan demi masa depan politik seseorang. Rakyat perlu sedar dengan segala penipuan dan penyelewengan kes yang berlaku terhadap Anwar ini].
Sumber: Pahangdaily

Jumaat, 24 Julai 2009

Keluarga Teoh tuntut suruhanjaya siasat punca kematian

Friday, 24 July 2009 05:27

(Hrkh) - Keluarga Teoh Beng Hock menuntut suruhanjaya di raja yang ditubuhkan berikutan kes kematian beliau juga menyiasat punca kematiannya.

Adik perempuan Teoh, Lee Lian, 29, selaku jurucakap keluarga itu berkata mereka mahu bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan secara peribadi permintaan mereka supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kes kematian abangnya itu.

"Setelah diteliti, suruhanjaya dengan terma-terma khusus itu hanya berkaitan untuk meneliti dan mengkaji soal siasat yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Suruhanjaya itu tidak merangkumi siasatan untuk punca kematian dan pihak yang bertangungjawab," Bernama memetik beliau berkata.

Kenyataan keluarga Teoh itu membayangkan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menetapkan hanya satu inkues sahaja yang menyiasat punca terbunuhnya Teoh.

Teoh terbunuh ketika masih dalam siasatan SPRM yang berusaha mencari bukti-bukti penyalahgunaan wang dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Isnin lalu, ketika menjawab soalan tentang kemungkinan Teoh jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata: "Kemungkinan besar."

Teoh adalah setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penubuhan inkues untuk menentukan punca sebenar kematian Teoh akan menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap kes tersebut.

"Rakyat menuntut suruhanjaya di raja yang menyiasat punca sebenar kematian Teoh dan bukan setakat menyiasat cara siasatan yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap beliau," tegas beliau.

Menurut Mahfuz, suruhanjaya di raja menyiasat punca sebenar kematian Teoh mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding inkues yang hanya diketuai oleh seorang majistret.

"Suruhanja di raja bertangungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja manakala majistret pula tertakluk kepada arahan ketuanya dan ketuanya pula tertakluk kepada arahan lebih banyak lagi ketua," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menggesa rakyat supaya menuntut sidang Parlimen khas diadakan bagi menentukan keanggotaan, bidangkuasa dan prosedur suruhanjaya di raja bagi menyiasat punca sebenar kematian Teoh./Malaysia-today