RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 9 Julai 2015

JIKA PAS TELAH LAKUKAN PEMBERSIHAN DAN BUANG 'NYAMUK" DI DALAM PARTINYA, PAKATAN JUGA PERLU BERBUAT DEMIKIAN

WUJUDKAN Pakatan Harapan Baru sejurus selesai kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri?  Ini lah yang selalu diperkatakan di mana-mana lebih-labih lagi di alam maya.  Sepertimana memetik kata-kata seorang tokoh agung, kadangkala pembersihan di dalam parti politik ini ada baiknya iaitu untuk 'membuang' kotoran yang ada.  Kata tokoh agung ini lagi, "Jangan terganggu kita tidor dengan nyamuk-nyamuk' ini.  
 
Aku setuju sungguh dengan kata-kata tokoh bergelar ulamak ini.  Sebab itulah aku tidak sabar operasi pembersihan dilakukan di dalam pakatan pembangkang sekarang.  Banyak sangat kotoran yang dibawa bukan saja menjangkiti di kalangan partinya sendiri bahkan mula berjangkit kepada kawan-kawan.  Sukar pakatan pembangkang mahu tidur sejak berbulan-bulan ini kerana ada 'nyamuk' itu.
 
Nyamuk ini semakin ganas dan bencana yang dibawanya amat bahaya.  Sehubungan itu, marilah kita berdoa agar pakatan pembangkang mengikuti contoh kata-kata Hukamak agung ini untuk lakukan pembersihan segera atau paling lewat selepas Aidil Fitri nanti. 




Rabu, 8 Julai 2015

KEADILAN AKAN BERGABUNG DENGAN UMNO, PAS? JIJIKNYA...

TERLALU marah pada Dap, maka ada juga macai ingin melagakan Dap dengan KEADILAN pula setelah mereka berpuas hati melihat Dap dan Pas mengalami krisis.  Ini lah yang dikatakan taktik dan usaha terancang untuk menghancurkan PR secara perlahan-lahan.  Alhamdulillah, KEADILAN kebanyakannya datang dari Umno maka mudah sangat kita tahu helah dan tipu daya mereka. 

"Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Martadza berkata, kebarangkalian untuk PAS bergabung dengan PKR dan Umno-Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor tetap ada, berdasarkan realiti politik semasa dan juga keangkuhan DAP kebelakangan ini yang merasakan partinya lebih kuat berbanding 'rakan komponen', PAS dan PKR, katanya."  (Tranungkite.net).

Pertamanya, sebab apa perlunya KEADILAN mahu bersama Umno?  Sebab apa pula KEADILAN mahu ketepikan Dap?  Lojiknya, tentulah ada sebab jika KEADILAN mahu ketepikan Pas, bukan Dap.  Itu pun KEADILAN masih anggap Pas sebagai rakan sama juga Dap adalah rakan KEADILAN di Selangor.  Bahkan, semalam (04/7/15) sewaktu perjumpaan Presiden KEADILAN dan MB Selangor bersama seluruh pimpinan KEADILAN negeri di kediaman resmi MB Selangor, Azmin Ali, KEADILAN menegaskan bahawa Kerajaan PR Selangor kukuh dan jaminan MB Selangor bahawa tiada sesiapa berhak menentukan kejatuhan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini.

Apakah dengan langkah rejim yang melakukan kezaliman kepada DS Anwar Ibrahim berkali-kali dan berterusan, maka KEADILAN harus bersama Umno?  Apakah dengan kesetiaan Dap bersama PR dengan menyokong banyak langkah KEADILAN selama ini khususnya sewaktu Langkah Kajang, maka KEADILAN harus tolak Dap?  Lebih tidak lojik lagi, adakah Pas sanggup cemarkah maruah mereka untuk bersekongkol dengan Umno hanya kerana rejim ini pernah mencetuskan peristiwa Memali yang bukan sedikit dosanya kepada Pas?  Aku tidak fikir Pas sanggup 'memperlekehkan' syuhada'-syuhada' Memali hanya kerana umpan duniawi.  Memanglah mereka kata Umno tidak seteruk Firaun, tetapi Pas suatu ketika pernah menyatakan kerajaan toghut memerintah negara ini.  Siapakah kerajaan Toghut itu?  Ada kah parti lain yang memerintah negara ini selepas merdeka selain dari Umno/Bn?

Aku berani beri jaminan bahawa KEADILAN tidak akan sesekali bersama Umno.  KEADILAN memang tidak pernah melabel Umno Toghut tetapi kami tidak pula kata Umno itu lebih baik dari Firaun.  KEADILAN tidak perlu tunggu Umno jadi Firaun dahulu sebelum kita wajib menentangnya.  Perkataan 'Umno' disini perlu dibaca sebagai "pemimpin Umno" peringkat tertinggi.

Penganalisa politik atau sesiapa sahaja yang ingin melihat KEADILAN bersama Umno, anda boleh berangan sahaja.  Apakah KEADILAN perlu putuskan hubungan dengan Pas?  Ini mungkin boleh dibahaskan dengan lebih lanjut, tetapi jika perlu sekalipun bukan kerana KEADILAN kemaruk untuk bersama Umno. 

Selasa, 7 Julai 2015

LEBIH AFDHAL SERANG NAJIB DARIPADA SERANG MAHATHIR

NAJIB ternyata berada di dalam keadaan amat lemah sekarang.  Ibarat ahli tinju yang kini terhuyung-hayang dan seringkali tersandar di tali gelanggang menanti masa untuk rebah ke lantai atau menyerah dalam perlawanan sengit ini.

Siapa boleh nafikan, situasi Najib sekarang sedikit sebanyak adalah kesan daripada kesan 'tumbukan" Mahathir?  Memang benar, kita sendiri di dalam PR memang telah lama 'mengerjakan' Najib ini baik sebelum PRU 13 mahupun selepasnya.  Setiap hari kita serang kepimpinan Najib.  Tiba-tiba Mahathir yang juga musuh kita yang kita anggap Mahathir adalah salah satu faktor kewujudan reformasi, seterusnya terciptanya parti KEADILAN kini muncul sebelah kita untuk bersama 'mengerjakan' Najib.  Waktu itu juga kita teringat, kezaliman Mahathir dahulu.  Apakah bila kita teringat Mahathir itu lebih zalim dizamannya, maka kita terpaksa berhenti 'menumbuk' Najib dan halakan tumbukan pada Mahathir pula?  Najib yang terhuyung-hayang akan dapat menarik sedikit nafas dan berehat di tali gelanggang sebaik sahaja kita menukar serangan kita kepada Mahathir.

Amat tidak bijak samasekali jika kita fokus serangan kepada Mahathir hanya kerana beliau adalah punca kerosakan negara ini.  Kita lupa, kezaliman Mahathir dan kebobrokkannya telah diturunkan kepada Najib.  Najib ada 'saka' kezaliman Mahathir, cuma silap Najib kerana melanggar 'pantang' ilmu yang diturunkan oleh Mahathir, itulah puncanya Mahathir masuk gelanggang dan ingin bersama kita untuk jatuhkan Najib.  Sesiapa saja yang mahu menjatuhkan Najib, wajar kita terima tanpa kita persoalkan nawaitunya dan apakah keuntungan yang akan diperolehinya jika Najib jatuh.  Cukuplah kita yang perlu bertindak bijak, jangan sampai jatuhnya Najib akan menguntungkan pihak lain.  Kita mahu jatuhkan Najib kerana Najib itu bos Umno/Bn.  Kita mahu tentukan parti Umno/Bn ini lemah selemah-lemahnya.  Main 'chess', perlu bunuh 'king'.

Aku samasekali gembira jika ada pihak yang fokus untuk serang Mahathir.  Tapi aku tidak setuju jika mereka serang Mahathir tetapi di dalam masa yang sama mengkritik atau menyalahkan pihak lain yang lebih fokus kepada Najib selaku ketua rejim sekarang.  Biarlah mereka berkempen dan menggerakkan propaganda mereka untuk menyerang Mahathir.  Kita wajib sokong mereka, walaupun kita lebih fokus kepada menyerang Najib kerana Najib pemegang 'kunci' putrajaya sekarang.  Mahathir bukan tidak aula untuk dilawan, tetapi bagi aku Mahathir akan pupus dengan sendirinya jika kita berjaya jatuhkan Umno/Bn, bermula dengan melemahkan bos mereka iaitu Najib. 

Isnin, 6 Julai 2015

MUHYIDDIN SANGSI, HARON DIN SEPERTI YAKIN

NAJIB kini begitu tertekan.  Kepada siapa lagi Najib perlu mengadu kalau tidak kepada para pengampunya?  Timbalannya sendiri seolah-olah mahu Najib lebih jujur di dalam tindakannya.  Laporan yang didedahkan oleh Wall Street Journal (WSJ) bukan sebarang pendedahan kerana pihak pengurusan akhbar berkenaan tetap istiqomah dengan laporannya meskipun Najib mengugut untuk menyaman akhbar tersebut.

Siapa yang cover Najib sekarang?  Tidak banyak menteri yang sanggup menjadi pak turut kepada Najib walaupun kebanyakan menteri ini lebih suka 'play safe'.  Muhyiddin berani sedikit bersuara kerana mungkin beliau sudah tidak tahan melihat perangai Najib yang semakin melampau.  Usah peduli apa nawaitu Muhyiddin, yang penting Najib kini diasak dari luar dan dalam di dalam isu kononnya ada kemasukan wang jutaan ringgit ke dalam akaunnya.

Sebagai orang Islam, kita tidak patut menerima terus laporan WSJ berkenaan.  Kita mahu isu ini disiasat dengan rapi dan telus.  Adakah SPRM atau pihak berkuasa ada sedikit walau pun sebesar kuman keberanian untuk menyiasatnya?  Ini yang dimaksudkan oleh Muhyiddin, Najib mesti disiasat.

Berbeza dengan Haron Din yang menyatakan sukar mahu percaya Najib melakukannya.  Hujah Haron Din, masakan Najib mahu simpan wang salah itu ke dalam akaunnya?  Ayat Haron Din ini sama juga dengan hujah para peneroka felda dahulu yang selalu berkata, "masakan Najib mahu menganiayai para peneroka felda" kerana bapanya yang melahirkan felda.  Najib waktu itu mempertahankan pelaburan FGVH sehingga sanggup menyebut " haramjadah" kepada para peneroka yang menolak FGVH.  Kini, terbukti bahawa Najib tidak seperti arwah ayahnya, Tun Razak.  Apa terjadi kepada FGVH sekarang?  Haron Din pun bersikap demikian.

Pelik, Muhyiddin sebagai TPM pun seperti sangsi dengan Najib, tiba-tiba Haron Din sebaliknya.  Sepatutnya sebagai seorang yang digelar Ulamak dan Mursyidul Am yang katanya telah 'expired', Haron Din sepatutnya tegas agar Najib disiasat, bukannya terus berkata 'sukar mahu percaya'.

Sabtu, 4 Julai 2015

MAT SABU PIMPIN PARTI BARU LEPAS RAYA ?


 
Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.

Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam ini.

Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam.

Bekas timbalan presiden PAS Mat Sabu (tengah) dilihat bersama bekas menteri Selangor Tan Sri Muhamad Muhd Taib (kiri) dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Seberang Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Julai, 2015.

"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.

"Tak kena tu," katanya, memperli Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya minggu lepas.

Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.

Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul.

Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.

"Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).

"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut.

Phahrolrazi bersetuju dengan Mujahid, mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti pembangkang.

Katanya, beliau berkata demikian bukan bagi pihak organisasinya, tetapi mewakili semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh harapan tinggi pada pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur.

"Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sasaran dan hala tuju utamanya ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan negara kepada rakyat.

Katanya, mereka tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan Umno.

Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan rakyat.

"Kami akan menunggu berita terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita melawan BN," katanya.

DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac.

Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan pemimpin progresif PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan pertubuhan parti Islam baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang baharu./Tranungkite.net

Jumaat, 3 Julai 2015

BILA SEMAKIN RAMAI DARI PUAK KITA SERTAI DAP, ERTINYA DAP BIJAK ATAU KITA BIJAK?

AKIBAT semakin ramai orang-orang Melayu berugama Islam menyertai Dap, sebuah parti yang sering dilabel sebagai rasis, anti melayu dan anti Islam, maka ada sekumpulan yang merasa susah hati dengan perkembangan menarik ini.

Dap ternyata bijak berpolitik.  Disaat mereka difitnah dan dilabel anti Melayu, Dap semakin mendekati Melayu.  Dikala mereka dituduh anti Islam, bukan saja Dap mendekati umat-umat Islam bahkan perkembangan Islam di P.Pinang juga dipertingkatkan.  Apa lagi yang mahu kamu label Dap ini?

Hati mereka sakit kerana yang ramai menyertai Dap itu adalah dari kumpulan mereka.  Kenapa mereka lari tinggalkan perjuangan kamu yang kamu anggap suci dari langit itu?  Hati mana tidak sakit, jika kita sendiri gagal membela nasib kaum yang seugama dengan kita di negeri yang kita perintah, tetapi Dap datang membantu di negeri kita yang sampai kini masih ada yang mendiami khemah buruk untuk berbuka puasa dan bersahur di dalamnya.  Dap teruk dari Firaun kah?

Cukup-cukuplah hati mu yang sakit.  Hentikan lah dendam kesumat itu.  Suluh lah diri sendiri.  Jika tidak sendiri yang tersalah, masakan rakan seperjuangan semakin lari dan mereka mencari wadah lain.  Jangan salahkan Dap selagi kamu tidak lebih baik dari dia.

Sekarang mereka mainkan sentimen benci Dap kononnya Dap mahu rosakkan Melayu dan Islam apabila semakin ramai Melayu Islam mendekati Dap.  Apakah malu untuk mengatakan kita salah kerana kita lebih teruk perangai dari Dap hinggakan orang meluat?

Khamis, 2 Julai 2015

HARIMAU MALAYA 'BERPENYAKIT', SKUAD BAWAH 13 TAHUN JANGAN PULANG

TERLEBIH dahulu, tahniah dan syabas buat Tim Bolasepak Bawah 13 Tahun (B-13) negara yang telah menjadi Juara Kejohanan Ibercup Costa Del Sol 2015, baru-baru ini.


Skuad yang dibentuk melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan tersebut, tetapi mampu membuat kejutan.  Ini yang amat membanggakan kita dan kita harap skuad ini terus diberi pendedahan di peringkat antarabangsa.

Berbanding dengan skuad Harimau Malaya yang telah beberapa kali menconteng arang ke muka seluruh rakyat Malaysia apabila tewas satu persatu di dalam beberapa perlawanan mudah dalam beberapa kejohanan, skuad bawah 13 tahun ini perlu dijauhkan dari badi skuad Harimau Malaya.  Kekalahan Harimau Malaya kepada Palestine, gagal menyaingi Vietnam bahkan dengan Timor Leste pun menjadi satu masalah besar buat Harimau Malaya, ianya sudah cukup sebenarnya untuk menjadi alasan FAM wajar dibubarkan dan direformasikan semula.  

Aku harap skuad Bawah 13 tahun ini, buat waktu sekarang jangan balik ke Malaysia.  Penyakit Harimau Malaya dibimbangi menjangkiti skuad ini nanti.  Biarlah mereka berada di luar negara untuk meneruskan latihan sehinggalah skuad Harimau Malaya pulih dari penyakit kronik yang menimpanya sekarang.   Jika tidak percaya, bawalah balik budak-budak ini ke Malaysia, lepas tu kita lihat prestasi mereka.  


Rabu, 1 Julai 2015

NAIKKAN HARGA MINYAK BUKTI NAJIB TIDAK SETERUK FIRAUN

HARGA minyak petrol tidak akan diumumkan awal.  Itu kata Hasan Malek, Menteri yang berkaitan.  Seruan ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) melalui Presidennya Datuk Hashim Othman atas alasan pengumuman awal kenaikan harga minyak hanya akan mengganggu kelancaran operasi stesen minyak.

Bukan itu sahaja, kononnya pengendali stesen minyak juga akan dituduh menyorokkan stok demi menunggu harga baru yang lebih mahal.  Ini hujah bodoh dan mengira kepentingan kerajaan dan pengusaha stesen minyak semata-mata sedangkan rakyat sepatutnya diberitahu lebih awal kerana yang menggunakan minyak itu adalah rakyat.  Pengguna mesti diutamakan.

The Star melaporkan, Hasan sebagai berkata, mulai hari ini, pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.  Ertinya, diwaktu rakyat sedang tidur mereka 'merompak' duit rakyat.  Apa yang rakyat boleh kata lagi apabila bangun saja dari tidor, mereka dapat 'habuan' seperti ini.

Memang barua sungguh kerja sedemikian rupa.  Aku jadi pelik jika masih ada rakyat yang masih yakin kepimpinan Najib ini tahu mentadbir negara.  Bayangkan, mahu buat keputusan yang dianggap penting kerana ianya melibatkan sara hidup rakyat, mereka lakukannya di saat rakyat sedang berdengkur.  Aku setuju dengan kata-kata Prof Dr Agus, terlalu ramai menteri yang tolol di negara kita ini.  Semuanya tidak mampu lagi berfikir bagaimana untuk memberi kesenangan kepada rakyat.

Rakyat juga masih ada yang turut sama tolol apabila berterusan memilih rejim ini berkuasa.  Mereka naikkan harga minyak disaat menjelang sambutan Hari Raya Idil Fitri kerana mereka tahu betapa mewahnya nanti mereka kutip duit dari poket rakyat apabila ramai yang akan bercuti dan pulang ke kampong.  Ron 95 dinaikkan 10 sen adalah satu tindakan kerajaan yang terus membuli rakyat.  

Pelik bin ajaib, kerajaan seperti ini masih dikatakan tidak seteruk Firaun.  Pemimpin kerajaan seperti ini masih disokong untuk teruskan pemerintahannya kononnya dipilih melalui sistem pilihanraya yang adil.  Orang yang beranggapan demikian sama juga tololnya dan memang layak pun jika terus bermimpi untuk tidor sekelambu dengan rejim ini.  Mereka bukan tidak tahu, bersekongkol atau memberi isyarat untuk menyokong perbuatan zalim berterusan itu juga merupakan satu kezaliman.


Isnin, 29 Jun 2015

"ANJING DAN SERIGALA" - FITNAH EDAR PIL GUNA, GUNA TAKTIK ITU JUGA....

APABILA disebut menyalak seperti "anjing dan serigala" buat mereka yang kononnya menolak hukum Hudud, Hj Hadi kata "siapa makan cili banyak sangat, terasa pedas".    Ini kenyataan beliau setelah ramai pihak yang mempertikaikan 'uslub' beliau yang bagi aku pun tiada hujah langsung.

Pertamanya, sindiran "siapa makan cili, terasa pedas", itu adalah ayat biasa yang beliau gunakan untuk cover dirinya setelah membuat tuduhan.  Dalam isu fitnah edar pil kuda dulu pun, gitu jugalah jawapannya "siapa makan cili, terasa pedas", dan sampai sekarang dia sendiri tidak kenal siapa yang edar pil kuda itu.  Sebab itu di mahkamah, hakim menyebut memang terdapat unsur fitnah, tetapi 'fitnah umum', tidak sebut nama.  Maka, Hj Hadi menang kes.  Ini saja cara mahu cover, walaupun amat-amat tidak bertanggungjawab atau bijak.

Begitu juga apabila beliau sebut merreka yang menentang hukum Hudud itu umpama salakan 'anjing dan serigala".  Apabila ramai yang mempertikaikan cara dakwah Hj Hadi itu, beliai cover lagi dengan contoh makan cili.  Siapa yang makan cili?  Memang Hj Hadi tidak akan tahu dan kenal siapa yang makan cili itu sepertimana beliau tidak akan tahu siapa yang edar pil kuda dulu.

Hj Hadi mempunyai masalah untuk membezakan mereka yang mengkritik beliau dengan menghina beliau selaku Ulamak.  Sama juga, dia ada masalah untuk membezakan orang yang menentang hukum Hudud secara mutlak dengan orang yang berbeza pendapat dan pendekatan berkaitan perlaksanaan hukum Allah tersebut.  Ini masalah Hadi yang besar.  Adakah beliau mahu tutup malu kerana RUU Akta 355 telah memalukannya selaku Presiden yang gagal dan tertipu berkali-kali oleh Umno?  Beliau tidak malukah untuk bercakap tentang anjing dan serigala sedangkan yang "menganjingkan'nya adalah pihak yang berjanji untuk membantunya melaksanakan RUU Akta 355 yang selalu dianggap Hudud itu.

Sebab itu aku tidak hairan pimpinan Hj Hadi sekarang, hancur...

Ahad, 28 Jun 2015

TSKI BERAK MERATA-RATA, KINI MINTA AZMIN TERGESA-GESA CUCI BERAK DIA

TSKI khabarnya suruh MB Selangor, Azmin Ali agar letak jawatan.  TV3 suku pun sekarang promote TSKI bukan main lagi dan ambil kesempatan dari masalah air di Selangor.  TSKI pun tidak sedar diri, dia lupa TV3 suku juga pernah buruk-burukkan dia sewaktu dia jadi MB Selangor dulu dalam isu yang sama juga iaitu isu air.  

Ertinya, masalah air ini bukan berlaku di era Azmin saja.  Sekiranya Kak Wan ditabalkan menjadi MB Selangor itu hari, masalah ini tetap akan wujud.  Bezanya, masalah air yang ada sekarang tidak separah zaman TSKI, lebih-lebih lagi di zaman Umno jadi Kerajaan di negeri Selangor. 

Apakah TSKI ingat kita lupa, dosa dia paling besar kepada rakyat adalah dengan mengadakan perjanjian air dengan Pusat tanpa dibawa berbincang bersama pimpinan dan rakan-rakan di dalam PR.  Secara tergesa-gesa TSKI ke Putrajaya untuk menandatangani perjanjian air.  Mengapa tergesa?  Kerana Langkah Kajang waktu itu semakin dekat untuk menjatuhkannya?  

Kini, dia mahu tuding jari pada Azmin.  Dia yang tergesa-gesa berak tengah jalan, sekarang mahu Azmin juga tergesa-gesa cuci berak dia?  Cukup-cukuplah TSKI.  Lebih baik kamu bercakap tentang skandal 1MDB, GST ataupun skandal MARA sekarang.  Kamu pakar dalam ekonomi dan kewangan, kamu mesti tahu semua penyelewengan yang pemimpin Umno telah lakukan.  Kenapa berdiam diri?  Sebab, kamu juga mempunyai darah yang biru pekat, bukan?

Jumaat, 26 Jun 2015

G18 ATAU GERAKAN HARAPAN BARU, TIADA BEZA, SEMUANYA DEMI PAKATAN RAKYAT

G18 atau Gerakan Harapan Baru?  Apa bezanya?  Tiada beza pun.  Orang yang sama dengan gerakan yang sama untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat.  Jika Dap atau KEADILAN sekalipun, ada sekumpulan yang melihat situasi sekarang tidak memperkukuhkan Pakatan, elok juga mereka gerakkan kumpulan mereka untuk tujuan baik itu.

Jadi, apa yang ditakutkan sangat?  Apakah dengan kukuhnya Pakatan maka kita tidak lagi Islam atau membelakangkan Islam?  Tentu tidak.  Tahalluf ini telah lama berjalan, jika Tahalluf ini bertentangan dengan Islam, mustahil tok-tok guru kita dahulu berjuang habis-habisan memppertahankan gabungan Pembangkang ini.

Lainlah jika ada hujah atau nas agama yang menyatakan Tahalluf di dalam Pakatan ini haram hukumnya.  Ada yang guna hujah agama untuk menakutkan mereka yang ingin menggerakkan G18 atau Gerakan Harapan Baru ini.  Bak kata, Dr Maza Mufti Perlis, jangan mudah sangat perasan dengan ayat Al-Quran atau Hadith itu dimaksudkan kepada kumpulan kita saja.  

Pada aku, sesiapa yang gementar dengan gerakan untuk memperkukuhkan Pakatan, mereka ini takut kepada bayang-bayang sendiri.  Biasanya orang yang takut, tentu ada salah dan silap yang telah mereka lakukan.  Seandainya menyertai atau menubuhkan gerakan ini merupakan satu yang salah dari segi hukum agama atau perlembagaan parti, mengapa tidak bertindak sekarang?  Gantung mahupun pecat.  Kita sudah cemuh dengan tuduhan ini salah, itu salah, namun tiada tindakan pun diambil.  Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Khalid Samad, Hanipa dan ramai lagi sebelum ini dikatakan bersalah kononnya 'derhaka' atau tidak wala atau cuba untuk memburukkan Presiden.  Mana siasatan, mana dakwaan dan apa tindakan?  Ianya berlalu begitu saja sehingga selesai muktamar.

Eloklah berpijak dibumi nyata.  Baguslah jika bertindak lebih awal.  Jangan berhujah dengan perkara-perkara yang akan ditertawakan orang.  Ini akan memalukan jemaah.