RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 13 Ogos 2010

Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan Teoh


Ogos 12, 10

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan “rasa tidak puas hati, marah dan kecewa” berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya.

Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan.

"AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan,” petik kenyataan itu.

"Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?”

Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka.

"Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melenggah-lenggah),” kata keluarga itu.

Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh.

Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner.

Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. AG, apa le nak jadi dengan lu, kerana lu juga sisatem kehakiman negara dah jadi kartun, lu ni memang pandai merancang, tapi lu kena ingat yang menentukan hanya lah Allah swt, didunia lu terlepas, tapi dengan tuhan lu tak terlepas walaupun sesaat, rakyat yang tidak suka lu sedang berdoa semoga Allah swt turun musibah dan bala kepada lu agar seluruh rakyat dapat melihat kebenaran, amin

    BalasPadam
  2. Orang yang nak bunuh diri pun pandai main nota juga yek!!!AG...tolonglah banyak-banyak, jangan buat kami rakyat macam orang bodoh...jangan ingat malaysia ni macam cerita tamil pulak...universiti manalah kau mengaji dulu...low class betul universiti tu!!!!Nasihat aku ialah...berhentilah jadi AG...balik tanam sayur lagi baik

    BalasPadam
  3. hahaha...harapan nak saman government utk dapat compensation berjuta2 musnah apabila nota bunuh diri itu ditemui..

    kah kah kah..kesian..

    lain kali didik anak tu betul2..jgn melibatkan anak atau keluarga dalam kumpulan gangster..kuat kan ugama sbb bunuh diri ni dilaragn oleh suma ugama..

    BalasPadam