RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 2 Januari 2011

`ANAK SAYA BERKEMBAN ITU PERKARA REMEH' - CIKGU FATHI

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi hangat dibincangkan di media. Teguran juga telah dibuat oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Dato Seri Utama Rais Yatim. Akhbar Sinar hari ini juga melaporkan kisah artis tersebut dan mendapatkan komen dari ibu artis berkenaan yang juga seorang seni terkenal.
Justify Full
Bekas pengajar AF, Cikgu Fatimah (Fathi) adalah ibu kepada artis yang `berkemban' pada malam anugerah tersebut. Apabila ditanya oleh wartawan berkaitan kritikan dan teguran orang ramai termasuk dari Menteri darihal kelakuan lucah dan tidak bermoral anaknya itu, Cikgu Fathi seakan seperti mengamuk dan marah. Beliau mahu isu tersebut dihentikan kerana beliau menganggap itu sebagai isu remeh temeh.

Bagaimana seorang ibu boleh mengamuk dan marah apabila ada orang lain prihatin akan kelakuan anaknya yang terang-terang `bertelanjang' dikhalayak ramai? Sepatutnya beliau bersyukur kerana masih ada orang yang sudi menegur anaknya sekiranya beliau sebagai seorang ibu gagal membentuk keperibadian dan moral anak gadisnya itu. Malangnya, beliau masih ego dan lebih suka cerita anaknya mendapat anugerah daripada mendengar teguran terhadap perangai buruk anaknya itu.

Jika inilah perangai seorang ibu, wajarkah beliau menjadi pendidik dan dipilih sebagai tenaga pengajar di dalam AF di masa-masa akan datang? Inikah contoh dan teladan yang ingin dibawa oleh beliau kepada anak muda yang mencintai seni?

Stesyen TV dan juga pihak penganjur juga patut dipersalahkan di dalam hal ini. Pihak berkenaan seolah-olah mempersendakan Menteri yang hadir di malam tersebut dengan mempamirkan artis `bertelanjang' ini. Sewajarnya YB DSU Rais Yatim memanggil pegawai yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Masalahnya, benarkah teguran YB DSU Rais Yatim itu adalah serius atau sekadar `tegur-tegur ayam'? Jika serius, tindakan tegas mestilah diambil./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. orang macam ni pun ada. ikut kepala sendiri. moga Allah bagi petunjuk.

    BalasPadam
  2. mak punya baguih buh tudung,anak separa bogel....taubat tak sembahyang punya kalau cara lagu tu....punya dress.....emak memimpin bukan di pimpin.....taubat la.dunia hiburan tu haram.sapa dok sekali dlm majlis tu jadi la haramjadah...

    BalasPadam
  3. apa punya mak.. ikut telunjuk dunia

    BalasPadam
  4. kalau ibu pertahankan anak yg berpakaian begitu apa punya ibu tuuuuu....ibu pakai tudung dan berpakaian sopan tapi anak pakai kemban depan klayak ramai , maknanya ibu tak boleh larang anak berpakaian begitu mungkin dulu ibunya pakai begitu sebab tu tak boleh tegur anak itu ,melenting si anak

    BalasPadam