RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 12 Julai 2010

PERPADUAN MELAYU ? UMPAN BANGKAI TIDAK MENGENA

Apa ke bodohnya Panel Pemikir JASA tu, jika Umno dan PAS kerjasama…

Oleh: WDOnline

"Aku kata bodohkan korang marah, tapi memang korang bodoh tahap cipan. Korang memang buta sejarah dan main hentam kromo aje. Lidah takdak tulang, mudah ler korang nak cakap apa pun. Tambah-tambah lagi korang bercakap pun memang dah dibayar upah oleh Umno-BN. Apa nak pelik.

Cuma yang aku nak bagitau, korang memang mudah diperbodohkan oleh Umno-BN.

Dalam satu majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang malam tadi, seorang panel dari Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (JASA), Lokman Nor Adam berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain Lokman Nor Adam, turut diundang menganggotai panel ialah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Mujahid Yusoff Rawa dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff menjadi moderator wacana yang bertajuk "Bolehkah Melayu Bersatu?".

Sebelum aku, WarkahDaily ‘belasah’ cukup-cukup, baik kita gelak tahap cipan dulu kat budak sorang tu. Manalah dia belajar sampai tahap camtu sekali ‘kecerdikannya’.

"Jika Umno dan PAS bekerjasama banyak perkara boleh direalisasikan, termasuk melaksanakan hukum hudud, berbanding dengan tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza," kata budak suruhan Umno tu.

Gelak lagi sekali!

Penulis WarkahDaily nak cakap skit kat budak JASA tu, sejak bila pulak Umno boleh terima hukum Hudud yang diusahakan PAS itu? Engkau baru lahir ke apa sampai engkau tak tahu bagaimana Umno berhempas pulas menolak apa yang diusaha PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini?

Engkau sedar tak apa yang engkau cakap tu?

Kalau Umno itu boleh terima apa yang PAS buat, sudah lama dah Kelantan dan Terengganu ketika pemerintahan PAS, kerajaan depa tu jalankan hukum Hudud sebab istana dah lulus enakmen berkenaan. Tapi siapa pulak yang menghalang pelaksanaannya? Bukan ke kerajaan pusat? Siapa kerajaan pusat tu? DAP ke?

Bukak mata luas-luas sikit, yang menghalang percubaan kedua-dua kerajaan negeri di bawah PAS untuk melaksanakan hukum Hudud ialah kerajaan Umno-BN ler bro! apa ke jadah lah engkau ni.

Tunggu kucing berak tahi ayam ler kalau Umno terima hukum Hudud yang diusahakan PAS selama ini. Lagi menuduh adalah. Siapa yang kata hukum Hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan itu adalah Hudud PAS?Siapa lagi kalau bukan puak-puak jahil tak mengaji Umno.

Apa jaminan JASA jika PAS bersama dengan Umno, Hudud boleh dilaksanakan? Negara Islam boleh dibentuk? Engkau siapa boleh bagi cadangan camtu, engkau Najib ke?Kalau betul Umno boleh terima Hudud, Najiblah orang pertama kena panggil mahkamah Islam. Banyak kes tu.

Engkau ingat wacana yang engkau sertai itu macam sembang kat wakaf tunggu bas sambil main dam aji ke? Boleh sesuka hati aje cakap yang bodoh-bodoh.

Engkau kata, lebih baik PAS bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan PKR, aku kata 100 kali lebih baik PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR berbanding Umno.

Apa dalil penulis WarkahDaily? DAP pernah kata, kalau DAP lebih majoriti ahli parlimennya dari PAS, bermakna PAS kena bertolak ansur dalam hal penubuhan negara Islam bukan bermakna terus tolak, tapi kalau PAS yang majoriti pulak, DAP pulak yang kena bertolak ansur apa yang PAS inginkan. Apa makna kat situ? PAS masih berpeluang untuk menegakkan cita-citanya jika ia menang besar dalam pilihanraya akan datang. Jadi korang dan semua orang yang mengaku Islam wajib sokong PAS dalam pilihanraya.

Tetapi bagaimana pendirian Umno? Kelantan yang sudah pun PAS menang dengan majoriti, tapi Umno tetap menghalang pelaksanaan hukum Hudud di negeri itu. Umno mengaku Islam tetapi halang hukum Islam. Kalau DAP buat camtu, tak pulak orang pelik sebab dia tu bukan Islam.

Bukan setakat nak benarkan pelaksanaan hukum Islam, segala peruntukan pun diabaikan, peruntukan pembangunan melalui kerajaan negeri pun tidak diberikan, bagaimana nak kerjasama, kalau itu pun tak boleh nak tunaikan.

Daripada engkau duk melalut ajak PAS kerjasama dengan Umno supaya boleh tegak negara Islam yang belum pasti lagi Umno yang sekular itu boleh terima, lebih baik engkau ajak member-member engkau dalam JASA tu pi berdakwah kat bini-bini pemimpin-pemimpin hangpa yang tak pakai tudung tu supaya tutup aurat. Kan nanti tak pasal-pasal kena hukuman tak tutup aurat bila hangpa kata Umno nak tegakkan negara Islam dan laksanakan hukum Hudud bersama-sama PAS. Tak masuk lagi pemimpin Umno yang duk main judi, duk minum arak, lesapkan duit projek (wang rakyat) dan sebagainya.

Lain kali kalau nak cakap, pakai akai baru orang tak kata kita ni bodoh tahap cipan. -WarkahDaily

Sumber: http://warkahdaily.blogspot.com/2010/07/apa-ke-bodohnya-panel-pemikir-jasa-tu.html

ANWAR EJEN CIA AMERIKA TAPI SOKONG PERJUANGAN ISLAM DAN PRO IRAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT memualkan tekak ini apabila membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin seperti yang disiarkan di dalam Malaysiakini semalam. Saya tidak menyangka seorang Naib Presiden Umno, anak kepada bekas PM, cucu pula kepada tokoh Melayu dan negara mempunyai pemikiran sedangkal itu. Memang benarlah kata orang Umno kini kekeringan pemimpin yang bijak dan akhirnya lahirlah pemimpin seperti ini.

Setelah berbagai tuduhan ke atas DS Anwar dengan mengutip dari berbagai `tong najis' dan di tepi-tepi longkang termasuk yang zahir dari `punggung' seorang pemuda di negara ini, akhirnya pemimpin Umno mengutip berita berupa `bangkai' ini dari sumber luar pula. Baru-baru ini sumber dari Washington Post yang dijadikan modal Umno menuduh DS Anwar ejen zionis Yahudi, dan hari ini di war-warkan pula DS Anwar ejen CIA pula. Kali ini sumbernya juga dari luar iaitu dikutip dari seorang Penulis Blog iaitu Elaine Meinel Supkis. Sampai begitu sekali `lapar'nya pemimpin Umno hinggakan sanggup meletakkan diri beliau seorang Menteri Kabinet ke tahap serendah itu dengan hanya merujuk kepada Penulis Blog?

Lojikkah di fikiran kita DS Anwar itu adalah ejen CIA di dalam masa yang sama Washington Post menyebut harus berhati-hati dengan beliau kerana pendekatan DS Anwar kini seolah-olah menyamai Presiden Iran yang amat ditakuti oleh Amerika? Mana satu yang betul? Jika benar DS Anwar ejen CIA Amerika, sudah lama negara ini lingkup kerana DS Anwar menjadi pemimpin pembangkang sudah begitu lama iaitu semenjak beliau dipecat dari Umno lagi. Mengapa seorang ejen CIA begitu lantang menentang APCO? Apa pentingnya seorang ejen CIA begitu komited membantu PAS sedangkan PAS adalah sebuah parti yang tegas dengan dasarnya untuk mendirikan sebuah Kerajaan Islam? Semenjak bila ejen CIA membantu perjuangan Islam?

Nampaknya Umno semakin hilang arah untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Berbagai cara dan strategi telah mereka gunakan untuk memperdaya rakyat agar menjauhi tokoh reformasi ini. Dari tuduhan Liwat 1 yang terbukti silap, kemudiannya Liwat 2, pengkhianat Melayu, Pengkhianat Islam, Penderhaka kepada Raja-Raja Melayu, Penyokong Zionist dan akhirnya ejen CIA. Selepas ini mungkin dikatakan DS Anwar adalah ejen Iran pula. Maka, Utusan Meloya pun seperti biasa mengutip cerita ini dijadikan bahan berita untuk disumbatkan ke telinga pembaca-pembaca yang mereka rasa bodoh-bodoh belaka.

Sebab itu, beberapa kali kita pesan kepada seluruh rakyat jika ingin menjadi cerdik, Utusan Meloya dan TV3 suku bukanlah media yang patut mereka pilih. Tidak hairanlah mereka mahu rakyat menjadi bodoh belaka kerana mudah untuk mereka perdayakan. Sekali lagi kita mahu mencabar Umno, beranikah mereka membuktikan dakwaaan mereka dan mengakan debat terbuka dengan DS Anwar? Biar saya sendiri menjawabnya, mengharapkan Umno berani berdebat sama seperti mengharapkan `kambing mandi pagi'./wfauzdin.blogspot.com

ANWAR `EJEN CIA', TAPI KENA BAYAR UNTUK CNN ? KANTOII......

Utusan Didakwa Tangkap Muat Tuduh Anwar Agen CIA

Tahap kewartawanan akhbar arus perdana dikhuatiri merosot ke paras baru apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan, kali ini menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai agen perisik CIA Amerika Syarikat.

Akhbar kawalan Umno itu juga mendakwa Anwar telah membayar syarikat berita terkemuka CNN untuk ditemuramah oleh stesen televisyen itu baru-baru bagi mencemuh kepimpinan Malaysia.

Dua dakwaan itu dilihat sebagai kemuncak agenda fitnah Umno-Utusan Malaysia dalam usaha menjatuhkan kredibiliti anwar sebagai Ketua Pembangkang dan antara pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua melahirkan rasa hairan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai 'alat' kepada CIA terpaksa membuat bayaran kepada Cable News Network atau CNN hanya semata-mata untuk ditemubual oleh media itu.

Beliau berkata laporan Utusan Malaysia tidak masuk akal kerana ia memaparkan Anwar sebagai seorang yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan risikan Amerika Syarikat namun terpaksa membuat bayaran kepada stesen tevisyen berkenaan.

Pada hari ini Utusan melaporkan, penulis blog dari Amerika Syarikat, Elaine Meinel Supkis kononnya mengetahui Anwar adalah agen CIA berasaskan senarai kawan-kawannya di Amerika Syarikat.

Dakwaan blogger itu cetek dan tanpa bukti, namun laporan itu disiarkan pada muka depan utusan tanpa sebarang siasatan atas kesahihannya oleh Utusan yang kerap menggelar dirinya sebagai akhbar bertanggungjawab.

Sayurgia diingatkan penulis-penulis blog seperti Supkis begitu ramai di Amerika dan Utusan tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kredibliti beliau.

" Saya terkejut sebab 'agen' CIA pun kena bayar kepada CNN" ujar Tian kepada Tv Selangor.
" Itu lah yang menunjukkan Utusan ini mengeluarkan cerita yang terdesak. Kalau semalam dia kata Anwar bayar kepada CNN, hari ini Anwar adalah agen CIA, dan secara logiknya kita nampak Anwar ini merupakan agen CIA pertama terpaksa bayar CNN untuk dapat liputan" tambahnya lagi.

Malah tambah Tian, selain digelar sebagai agen CIA, Anwar turut dituduh sebagai agen Yahudi sebelum ini.

Namun ironinya, tidak lama kemudian Perdana Menteri, Najib Razak dengan bantuan APCO Worlwide cuba mempengaruhi dunia kononnya Anwar seorang yang bersifat perkauman dan anti Yahudi apabila Anwar mendedahkan kerajaan telah membayar lebih RM70 juta kepada firma berkaitan Zionis itu.

Semalam, Utusan memetik dari web konservatif haluan kanan dan penulisnya, Joshua Trevino mendakwa kononnya Anwar terpaksa membiayai program tembual bersama CNN dalam usaha Anwar memulihkan kembali hubungan dengan kelompok Yahudi.

Namun apabila diperinci rencana Trevino ini, jelas beliau tidak menuduh Anwar membiayai program temu bual itu tetapi sekadar berkata temu bual itu tidak membabitkan soalan-soalan yang keras untuk Anwar.

Dalam keghairahan untuk memusnahkan reputasi Anwar, Utusan nampaknya sanggup menerbitkan semula apa sahaja yang ditulis di alam blogger Amerika Syarikat walaupun ia bercanggah antara satu sama lain.

"Sekarang ini dalam masa yang singkat, Utusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah sesama sendiri".

" Nampaknya mereka makin terdesak. Mereka pakai lempar sahaja apa-apa yang boleh dengan tujuan untuk mencemarkan imej Anwar sama ada ini boleh dipercayai atau tidak, asalkan mereka serang secara peribadi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah" ujar Tian lagi.

Tian juga tidak menolak kemungkinan Anwar dikecam hebat oleh Umno dan media kawalannya sebagai taktik menutup dakwaan akhbar New York Times dibayar hampir RM10 juta untuk memuatkan dua iklan memuji isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat sebelum ini.

" Kita nampak isu bayar CNN ini seolah-olah cuba untuk menutup cerita Rosmah bayar New York Times RM10 juta untuk untuk mendapatkan iklan memuji dia sebagai wanita pertama Malaysia" ulas Tian./TVSelangor

VIDEO - 4 MINIT TERAKHIR CERAMAH ANWAR YANG MENARIK DI K. BERANG

Ikuti 4 minit terakhir Ceramah DS Anwar di Kuala Berang, Terengganu baru-baru ini. Beliau menyentuh isu menarik tentang kepentingan Melayu di Kampung Bharu, Kuala Lumpur.....

Umno mimpi perpaduan selepas hilang majoriti

M Faqih

KOTA BHARU, 11 Julai: Mengapa pemimpin Umno baru sekarang beriya-iya benar mengharap perpaduan dengan PAS, sedangkan sebelum Mac 2008 perkara itu tidak pernah berbangkit.

Malah ketika itu tidak timbul langsung soal perpaduan Melayu seperti cuba diketengahkan hari ini.

Merungkai persoalan tersebut, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Umno baru bermimpi untuk berpadu dengan PAS selepas mereka kehilangan kuasa dua pertiga pada pilihan raya umum lalu.

“Sedangkan sebelum ini Umno tidak memerlukan PAS. Jadi kita hendak tanya perpaduan yang dihulur sekarang ikhlas atau tidak.

”Kalau beriya-iya benar hendak perpaduan mengapa dalam masa yang sama kerajaan pusat menafikan hak rakyat Kelantan ke atas royalti petroleum.

”Mengapa perlu diwujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri ini. Begitu juga pengerusi Majlis Keselamatan Negeri di negeri Pakatan tidak diketuai Menteri Besar,” katanya pada Wacana Perdana di Balai Islam malam tadi.

Wacana tersebut mengetengahkan dua pemimpin muda Umno iaitu Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Malaysia, Effandi Yusof dan exco pergerakan itu, Lokman Nor Adam.

Selain itu bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, manakala Prof Madya Dr Muhamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.

Wacana tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan negeri.

Dr Mujahid berkata, kalau benar perpaduan Melayu diharapkan pemimpin Umno tentunya mereka tidak menyinsihkan Kelantan kerana bilangan penduduk Melayu lebih 95 peratus.

”Namun berdasar kepada apa yang berlaku sekarang di mana diskriminasi terhadap Kelantan berterusan jadi kita tidak nampak perpaduan yang disebut pemimpin Umno sebagai ikhlas,” katanya. Hujah itu mendapat sokongan orang ramai yang hadir.

Wacana tersebut seringkali terganggu apabila orang ramai tidak dapat menahan emosi terhadap banyak hujah yang diutarakan Effandi dan Lokman.

Malah kedua-dua panel Umno tersebut diperlekehkan penonton apabila cuba membawa mesej perpaduan dengan PAS.

Lokman agak emosi apabila banyak kali mencelah ketika Dr Mujahid sedang membentangkan hujahnya.

Effendi juga ditegur Dr Asri apabila cuba menghurai maksud ayat al Quran yang agak terkeluar dari konteksnya.

Dr Mujahid yang juga anggota parlimen Parit berkata, perpaduan dalam Islam bukan sekadar melibatkan satu bangsa sahaja, malah ia merangkumi semua kaum.

Effandi selepas itu menjelaskan pendiriannya seperti pemimpin-pemimpin Umno lain iaitu Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Bagaimanapun penjelasannya itu tidak diterima penonton sehingga ramai yang menjerit-jerit. Suasana menjadi benar-benar hangat.

”Perpaduan adalah tuntutan Islam. Kalau perpaduan di antara Umno dan PAS menjadi kenyataan, Umno tidak ada masalah hendak sokong draf hudud apabila dibentang di parlimen.

”Tetapi sekarang PAS sukar hendak melaksanakan Islam kerana kelihatan seperti takut kepada DAP dan Keadilan,” kata Effandi.

Menjawab isu tersebut Dr Mujahid mempersoal mengapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada kerajaan Kelantan selepas meluluskan enakmen hudud pada 1993.

Memperjelaskan kekeliruan dalam isu perpaduan Dr Asri berkata, perpaduan hanya boleh berlaku apabila Islam menjadi prasyarat.

Kata beliau sekiranya hanya diperjuangkan bangsa Melayu dalam lanskap politik di negara ini, bagaimana pula kaum-kaum lain.

”Macam mana kita hendak ajak orang Cina dan India mendekati Islam, sedangkan orang Melayu hanya memperjuangkan bangsa sendiri seperti dilaungkan pemimpin Umno sekarang,” katanya.

Menjawab soalan moderator mengapa beliau tidak menyertai Umno bersama 40 ulama muda baru-baru ini katanya, buat masa ini tidak ada cita-cita untuk menyertai parti itu.

”Saya sahkan tidak akan masuk Umno buat masa sekarang. Cukup dengan pemimpin yang ada dalam Umno. Saya pun tidak pernah kata mahu masuk Umno.

”Kalau ada orang sebut saya hendak masuk kena tanya orang itulah kerana saya tidak ada cita-cita begitu,” kata Dr Asri.

Sebelum ini riuh rendah diperkatakan bekas Mufti Perlis itu disebut-sebut akan bersama-sama 40 ulama muda menyertai Umno./Harakahdaily

PERWAKILAN MIC KECAM NAJIB DAN PERKASA PULA

Perwakilan MIC kecam PERKASA
Salhan K Ahmad
Jul 11, 10


Selepas MCA dan Pemuda Umno, hari ini perwakilan MIC di perhimpunan agung parti itu pula mengecam presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Perwakilan tersebut - S Pulligesi dari Batu Gajah - berkata PERKASA sepatutnya diharamkan sejak awal lagi.

Beliau turut menyalahkan Ibrahim yang didakwanya bertanggungjawab menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.

Ibrahim, dakwanya, sering mempertikaikan kerakyatan individu yang menimbulkan isu tertentu.

"Tapi siapakah dia untuk menuntut perkara ini?," soalnya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

"Dia boleh cakap apa yang dia mahu (kerana) ada wakil daripada kerajaan yang menyokongnya," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan individu di dalam kerajaan yang didakwa mendukung PERKASA.

Pulligesi seterusnya meminta presiden Datuk Seri S Samy Vellu supaya masuk campur.

Beliau memberi amaran, negara akan diancam bahaya sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki.

Dalam pada itu, seorang lagi perwakilan menuntut supaya pemimpin yang menyebabkan perpecahan kaum, ditahan bawah ISA.

Wakil Labuan, R Ramasamy berkata perdana menteri perlu segera menahan pemimpin "berlidah tajam" itu - termasuk ahli politik dan pegawai kerajaan.

Walaupun beliau tidak menyebut sesiapa yang khusus, tetapi kenyataan Ramasamy itu mungkin merujuk kepada bekas pegawai khas Najib - Nasir Safar - yang dilapor menyifatkan pendatang India sebagai "pengemis" dan pendatang Cina sebagai "pelacur".

Perwakilan bidas PM

Ramasamy juga membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran komennya mengenai amalan kasta dalam menentukan siapa yang harus memimpin parti itu.

Ketika membahaskan ucapan presiden, Ramasamy menyifatkan perdana menteri tidak wajar membuat komen seumpama itu di dalam dewan yang penuh orang India yang menghadiri kongres MIC ke-64.

Semalam, ketika merasmikan kongres tersebut, Najib menggesa MIC supaya tidak menggunakan sistem kasta sebagai faktor utama atau penentu untuk memilih pemimpin di semua peringkat.

Perdana menteri berkata, pemimpin perlu dipilih berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kewibawaan untuk berkhidmat kepada masyarakat India./Malaysiakini

Ahad, 11 Julai 2010

MCA DAN MIC AKAN `TALKIN'KAN UMNO


Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA tidak tertahan lah lagi MCA dengan karenah sebuah pertubuhan NGO yang bernama PERKASA itu. Pertubuhan yang dipimpin oleh MP Pasir Mas, Ibrahim Ali yang mendapat `ikhsan' kerusi tersebut dari PAS terlalu banyak menimbulkan kontroversi yang bukan sahaja menyakiti perasaan Ketua Pemuda Umno, bahkan juga pemimpin dari MCA juga. Bagi PR, itu semua tidak lagi menjadi pelik kerana PR sudah kenal siapa raja katak ini.

Apabila PERKASA dikatakan kununnya berjuang untuk orang-orang Melayu walaupun menyokong calon dari MIC sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor dan menolak Dato Zaid seorang Melayu Islam dari PKR, terlalu banyak memainkan isu perkauman maka MCA merasa sudah sampai masanya parti mewakili kaum Cina ini mengatur langkah agar PERKASA tidak keseorangan di gelanggang. Kenyataan pemimpin MCA agar parti tersebut wajar juga menubuhkan Pertubuhan ala PERKASA amat menarik minat kita.

Sudah tentu `PERKASA MCA' ini akan berdepan dengan PERKASA raja katak selepas ini. Tidak mengejutkan nanti akan muncul `PERKASA MIC' dan banyak lagi `PERKASA' di dalam parti komponen Bn bakal wujud. Inilah berita baik buat kita penyokong PR di mana membuktikan bahawa doa kita selama ini dimakbulkan agar mereka ini sentiasa berpecah belah. Itulah janji Allah, barangsiapa yang berjuang semata-mata atas dasar perkauman maka mereka tidak akan berjaya dan pasti berlaku pecah belah.

Kenyataan pemimpin MCA ini sudah pasti menambah beban buat Najib yang ketika ini sudah tidak terlarat lagi untuk berbohong kepada rakyat bahawa Bn sebuah parti yang stabil. Perkembangan ini menarik untuk kita lihat kesudahannya. Di dalam keadaan MCA menuduh DAP menyokong Islam yang dibawa oleh PAS, Umno pula tuduh PAS diperkudakan oleh DAP, PKR pula ejen Yahudi, Umno semakin menampakkan caca merba strategi mereka untuk menyaingi PR. Sudah habis modal untuk diperkatakan terhadap PR, sehinggakan terpaksa menyebut bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

Apa pun yang Umno perkatakan terhadap PKR, PAS dan DAP, hakikat yang kita lihat sehingga kini Umno tidak berani berdepan dengan ketiga-tiga parti di dalam PR ini. Mereka hanya terdaya menggunakan media pencacai mereka sahaja. Di pentas perdebatan, Umno bukan parti yang boleh lagi kita jemput untuk menunjukkan kebenaran hujah dan fakta.

PR hanya perlu menambah baik lagi penerangan di kalangan kaum Melayu yang kini masih ramai terpedaya dengan propaganda Umno. Nasib Umno tidak lagi di tangan parti komponen di dalam Bn, tetapi di tangan kaum Melayu yang masih tidak sedar itu. Jangan terperanjat jika MCA dan MIC akan menggalikan liang lahad serta mentalkinkan Umno suatu hari nanti./wfauzdin.blogspot.com

OPERASI MENYELAMAT - LEMBAGA WANITA RAMBUT PANJANG ?

Nampak lembaga sebelum sakit


SHAHDAN (kanan) menerima kunjungan tetamu sewaktu dirawat di Hospital Jengka semalam.

MARAN - Seorang daripada anggota operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas, Timothy Hoo Seng Heng, 29, dikatakan ternampak satu lembaga wanita berambut panjang muncul dari air sebelum dia sendiri meninggal dunia kelmarin.

Mangsa sempat memberitahu keluarganya bahawa dia ternampak lembaga itu selepas seorang bomoh merendam sebatang buluh ke dalam air di kawasan perkelahan Lubuk Yu dalam usaha mencari mangsa lemas, Mohd. Azhar Azizam.

Bapanya, Ho Hok Kee, 60, berkata, selepas melihat lembaga itu, anaknya demam dan berjumpa dengan ketua kampung Sungai Jerik, Lim Sin Lai yang memintanya jangan lagi ke tempat tersebut.

"Tapi anak saya tetap juga pergi ke sana kerana urusan operasi mencari dan menyelamat sebelum dia sakit dan meninggal dunia," katanya di sini semalam./Kosmo

`RAJA KATAK' BERBALAH DENGAN `BUDAK SEKOLAH' ?

Ibrahim Ali: ‘Otak Khairy macam budak sekolah’



Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membawa “pemikiran seperti budak sekolah” kerana menyerangnya tidak tentu pasal sejak kebelakangan ini.

“Saya tidak mahu buang masa dengan budak Khairy ni, melatah tidak tentu pasal.“Saya tidak tahu kenapa dia serang dan kaitkan saya macam-macam, terbaru (semalam) dia kaitkan Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju) dengan saya pula,” kata beliau selepas menghadiri Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bersama RTM malam tadi. Khairy menyifatkan Choo Keong sebagai wakil rakyat “substandard” dan mirip Ibrahim versi Cina.

Dalam ruangan twitter ketika Choo Keong sedang menyoal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong ketika membahaskan Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat hari ini, Khairy berkata:“Kualiti Wee Chee Keong mencela sangat teruk. Saya merasakan beliau seorang wakil rakyat substandard.”Khairy berkongsi pandangannya itu ketika berbual menerusi twitter dengan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.“Saya merasakan beliau versi Ib Ali (Ibrahim Ali) Cina,” kata Ketua Pemuda Umno itu.

Choo Keong merupakan wakil rakyat terbaru keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ibrahim berkata sikap yang ditunjuk Khairy itu langsung tidak menggambarkannya sebagai seorang pemimpin muda yang bijak.“Dia (Khairy) banding dan tuduh saya macam cakap saya berfikiran cetek seolah-olah dia mempunyai pemikiran global.“Adakah ini sikap sebagai seorang pemimpin muda? Dia tidak sesuai untuk jadi ketua dengan otak budak sekolah itu,” katanya. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata dia sedia mengetahui segala rahsia Khairy.“Tindak-tanduk dia saya tahu, kalau nak cakap soal peribadi dia pun saya tahu. Nak saya bongkar?“Khairy ini siapa? Kalau setakat jadi Ketua Pemuda Umno sebab bapa mertua buat apa? Sejak dia jadi ketua pun Pemuda Umno nampak lesu, jadi lebih baik dila letak jawatan gantikan dengan orang lain,” tegasnya.

Ibrahim juga baru-baru ini terlibat dalam dalam pertikaman lidah dengan Khairy dan Ka Siong berhubung isi hak keistimewaan orang Melayu khususnya biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan Mara.

Perkasa mendesak Khairy meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.Sambil menyifatkan Ibrahim tiada ada untuk mengatakan demikian, Khairy juga melabelkan wakil rakyat itu sebagai “gedebe politik.”Ibrahim pula berkata beliau bangga kerana Khairy melabelkannya dirinya sebagai “jaguh kampung yang berani” dan gedebe politik./M/Insider

UMNO KATA GUAN ENG ANTI MELAYU ISLAM, GERAKAN PULA KATA GUAN ENG BELA MELAYU SAHAJA?

Pakatan: 'Gerakan - versi bukan Melayu PERKASA'
Susan Loone
Jul 10, 10


Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang berang dengan Gerakan yang menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng berat sebelah dalam pelaksanaan polisi di negeri itu dan menyifatkan tindakan mereka tidak ubah seperti kumpulan pelampau Melayu - PERKASA yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali.

Ahli pergerakan belia itu sebelum ini mempertahankan Lim di sudut pidato di Esplanade ketika Gerakan melemparkan tuduhan berkenaan.

Hari ini, kira-kira 30 ahlinya berhimpun di markas pejabat Gerakan di Jalan Macalister bagi mendesak parti komponen BN itu supaya memohon maaf.

Mereka tidak berpuas hati dengan keceluparan setiauasha Gerakan Kedah yang mendakwa Lim melayan orang Melayu dengan lebih baik dengan memperuntukkan dana kepada mereka.

“Gerakan bermain api apabila cuba meniupkan sentimen perkauman dengan menimbulkan isu peruntukan kewangan yang diberikan kepada kaum-kaum di Pulau Pinang, kata setiausaha Pakatan Pulau Pinang, Ng Wei Aik di luar pejabat Gerakan.

“Ini me
nunjukkan Gerakan bukan lagi parti pelbagai kaum tetapi telah menjadi seperti PERKASA yang terus mempersoalkan mengenai peruntukan berhubung hal ehwal pembangunan Islam di negeri ini,” katanya.

Ng membidas Gerakan dan berkata dakwaan mereka tidak berasas kerana dana yang diperuntukkan itu adalah untuk keperluan sesuatu komuniti tanpa mengira latar belakang kaum, agama, jantina serta pautan politik mereka.

“Setiap tahun kita memperuntukkan RM9.55 juta untuk pendidikan termasuk untuk sekolah-sekolah Cina, Tamil dan agama Islam,” katanya.

“Dakwaan Gerakan, bahawa hanya RM8 juta untuk bukan bumiputera adalah gimik politik dan tidak berasaskan fakta,” katanya.

Kenyataan Gerakan di sudut pidato itu menimbulkan kemarahan sekumpulan penduduk tua yang membidas pemimpin mereka kerana Lim dituduh mendiskriminasi masyarkat bukan Melayu.

Sem
entara itu, wakil PAS Mohamed Farouk yang juga berada pada bantahan ini menggesa Gerakan supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat dan menguris sentimen rakyat Pulau Pinang.

“Jangan jadi seperti Umno yang berterusan memainkan sentimen perkauman bagi memecahkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu,” katanya.

“Dengan berbuat demikian, Gerakan menimbulkan masalah dan rasa kebencian bukan sahaja di kalangan penduduk pelbagai kaum tetapi juga di kalangan masyarakat Cina,” tambahnya./Malaysiakini

SIAPA MAHU LIHAT `CERAMAH BERKEMBAR' DATANG MELAKA, ALI RUSTAM BERKOKOK ?

Malam ini seperti biasa PAS menganjurkan siri ceramah penerangan untuk didik rakyat faham tentang kuasa politik. Yang tak biasa buat ceramah, ialah UMNO. tadi saya difahamkan oleh seorang rakan ceramah di kg. Bkt. Pulau diganggu lagi Umno yang diketuai oleh KM Melaka. Biasalah KM tak pandai ceramah ni, kejab bersembang, sekejap lagi berkokok.

Bkt. Pulau terletak dalam DUN Bkt. baru yang diwakili oleh Ali Rustam. Dengar kata tempat ini begitu tergugat dan tak selamat buat UMNO pada PRU akan datang, jadi KM pun macam hesteria kalau parti pembangkang adakan program. Rasanya kalau tiap - tiap malam Pas adakan ceramah, maka tiap - tiap malam juga KM kena lawan, mungkin dalam dua minggu akan berlaku pilihan raya kecil...............

Saya juga syorkan agar kerajaan negeri jadikan satu lagi destinasi pelancongan yang menarik pada waktu malam iaitu menonton ceramah berkembar oleh dua parti yang bermusuh........

Sumber: Kamarudin Sidek