| Hafiz Irwan |
KOTA BHARU, 19 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menyifatkan Bajet 2011 sebagai kosong dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan orang kampung. Katanya, Bajet 2011 tersasar daripada temanya kerana tidak menunjukkan transformasi ekonomi untuk lonjakan pendapatan rakyat sebagaimana dijanji Menteri Kewangan I.
“Saya baca begitu, orang lain saya tak tahu, tidak ada kaitan dengan transformasi yang nak dibawa, pengurangan cukai bagi seluar dalam, rambut merah, itu tiada kena mengena sangat kepada rakyat jelata, itu lebih fokus kepada pelancong,” katanya pada sidang media, di sini. Mengulas pembinaan menara 100 tingkat, Husam tidak nampak rasionalnya bagaimana ia mampu menjana ekonomi. “Beberapa negara mengalami kemerosotan ekonomi selepas bina menara-menara kerana resources ditumpu kepada projek yang tidak produktif kepada ekonomi secara makro, dalam kes KLCC Tun M (Tun Dr Mahathir) guna petronas untuk biayai pembiayaian menara. “Tapi dalam kes menara 100 tingkat ini, kalau tidak berfungsi kelak program ini akan jadi satu pembaziran. Dan saya tak nampak negara kita perlu menara baru, malah ekonomi negara tak semestinya dijana dengan membina menara,” katanya. Beliau berkata, kerajaan seolah-olah kekeringan idea apabila hendak menjana ekonomi mesti melalui projek mega./Harakahdaily |
Rabu, 20 Oktober 2010
Jana ekonomi tidak perlu menara 100 tingkat
Selasa, 19 Oktober 2010
PIALA MALAYSIA - AYUH, KIBARKAN BENDERA BULAN TANDA KEDAH - KELANTAN `BERSATU'
Oleh: WFAUZDIN NS
Menanti kunjungan Kelantan di Stadium Darul Aman, Kedah pastinya ingin mencapai kemenangan selesa untuk menjadi bekalan ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu sebuah stadium yang amat digeruni oleh mana-mana pasukan yang berkunjung ke stadium tersebut. Mungkin pertembungan kedua-dua pasukan dari negeri di bawah Kerajaan PR ini yang diterajui oleh PAS tidak sepanas seperti perlawanan di antara Kelantan - Selangor tempohari. Jangan kita lupa, Selangor juga adalah negeri di bawah PR tetapi diterajui oleh PKR.
Kelantan, Kedah dan Selangor adalah di antara 3 negeri di bawah PR yang berjaya mara ke Suku Akhir, seterusnya 2 negeri iaitu Kedah dan Kelantan meneruskan kemaraan mereka ke Separuh Akhir. Sayangnya, mereka bertemu sesama mereka di peringkat ini. Pasukan yang bakal ditemui di Final nanti sudah pastinya di antara 2 buah negeri di bawah Umno iaitu Negeri Sembilan atau Johor FC. Yang pasti Final nanti adalah pertarungan 2 buah negeri yang berlainan `ideologi'.
Apa pun, adalah diharapkan perlawanan di antara Kedah dan Kelantan nanti tidak akan dicemari dengan pergaduhan, rusuhan atau apa jua bentuk keganasan. Selaku penyokong, mereka mestilah menghormati budaya dan adab sopan yang sentiasa dipertahankan oleh kerajaan negeri mereka. Meriahkan perlawanan ini nanti dengan mengibarkan bendera bulan sebanyak yang mungkin sebagai tanda Kedah dan Kelantan `bersatu'.
Memang benar, sukan tidak harus dipolitikkan tetapi semangat politik tidak salah dibawa ke dalam sukan selagi kita mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Mungkin dengan berkibarnya bendera bulan di kedua-dua belah penyokong Kedah dan Kelantan, diharapkan dapat mengendurkan suasana `panas' di dalam stadium. Tidak kira siapa pemenang, apa yang penting adalah salah satu negeri di bawah PR berjaya ke Final. Itu pasti./wfauzdin.blogspot.com
LEMAH KERANA NAJIB WARISI KERAJAAN DARI PAK LAH, MAHATHIR TIDAK SEBUT PAK LAH WARISI DARI SIAPA?
Oleh: WFAUZDIN NSAdakah Pak Lah telah mewarisi kerajaan yang kuat daripada Mahathir? Hakikatnya Pak Lah menerima jawatan PM daripada Mahathir di dalam keadaan Bn tidak lagi kuat dan berlakunya perpecahan orang-orang Melayu sehingga tertubuhnya Parti KeADILan Nasional atau sekarang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di zaman Mahathir beliau banyak mencipta kerosakan politik orang-orang Melayu bermula dengan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46. Mahathir telah menjadikan Umno sendiri diharamkan, dan beliau tubuhkan semula Umno (Baru) dan Umno (Baru) inilah sebenarnya yang diwariskan kepada Pak Lah seterusnya kepada Najib.
Mahathir yang dahulu sinonim digelar `Mahafiraun' mencetuskan perpecahan di kalangan rakyat akibat perbuatannya yang rakus untuk mengekalkan kuasa. Pemecatan DS Anwar dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno adalah kemuncak kezaliman Mahathir. Semenjak itu kerosakan dan perpecahan di kalangan rakyat tidak dapat dibendung lagi. Justeru itu, mahu atau tidak Mahathir terpaksa lepaskan jawatan sebagai PM dengan meninggalkan kesan daripada `kediktatoran'nya kepada pengganti beliau iaitu Pak Lah.
Pak Lah hampir sahaja mampu memperbaiki imej Umno apabila slogan `Islam Hadhari'nya berjaya mempengaruhi rakyat terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Maka, di dalam Pilihanraya Umum tahun 2004, Pak Lah berjaya tingkatkan imej Umno/Bn dengan mendapat keputusan cemerlang di dalam pilihanraya tersebut. Sememangnya sudah menjadi tabiat Umno, mereka lupa dan sombong apabila mempunyai kuasa yang besar. Pak Lah yang digelar sebagai PM yang `suka tidor' itu mengambil kesempatan dengan prestasi Bn yang semakin meningkat untuk terus melakukan sesuka hati beliau. Kerajaan di bawahnya banyak dibayangi oleh menantunya iaitu KJ. Pak Lah gagal mengurus ekonomi negara dengan baik dan beliau tampil dengan gelaran PM yang banyak menyusahkan rakyat. Akhirnya, rakyat kembali menolak Umno dan Bn apabila merasakan dua PM sebelum ini tidak boleh diharapkan. Pembangkang mencipta rekod kemenangan besar di dalam Pilihanraya Umum tahun 2008.
Najib mengambil alih kerusi PM daripada Pak Lah secara `lembut'. Malangnya ketika Najib berkuasa, rakyat sudah tidak percaya dan mengharapkan lagi Umno/Bn. Apatah lagi, Kerajaan PR yang berjaya mentadbir beberapa buah negeri telah berjaya meyakinkan rakyat dengan sistem pemerintahan yang adil dan telus. Najib sudah terlalu lewat memperkenalkan slogan `1 Malaysia'. Rakyat sudah mula memandang kepada slogan Negara dan Negeri Berkebajikan yang dibawa oleh PR.
Kesilapan Pak Lah seterusnya Najib untuk tidak memperbaiki imej negara yang tercalar di mata dunia akibat fitnah terhadap DS Anwar menjadi salah satu faktor mengapa negara ini masih ketinggalan. Najib gagal lakukan perubahan dan kepimpinan beliau kini digelar sebagai kepimpinan Rosmah. Bahkan, bajet 2011 yang baru diumumkan baru-baru ini digelar orang `Bajet RM' atau `Bajet Rosmah Mansor'. Maka, memang wajar Mahathir tidak lagi percaya Najib mampu mengembalikan 2/3 majoriti di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti./wfauzdin.blogspot.com
AZMIN TIMB PRES PKR, CHEGU BARD KETUA AMK BAKAL MENAKUTKAN UMNO ?
Oleh: WFAUZDIN NSPaling tidak munasabah, dikatakan bahawa Azmin menyokong Sdr Shamsul Iskandar dan ingin melihat Chegu Bard jatuh di dalam pemilihan Ketua AMK. Saya menyokong Azmin untuk Timbalan Presiden PKR dan menyokong Chegu Bard untuk jawatan Ketua AMK. Saya tidak melihat hubungan Azmin dan Chegu Bard `pelik' jauh sekali dianggap `bermusuh'. Begitu juga hubungan Azmin dengan Sdr Shamsul Iskandar, dan hubungan Sdr Shamsul Iskandar dengan Chegu Bard. Walaupun Sdr Shamsul Iskandar dianggap melakukan `U Turn' kerana kembali ke `tapak asal'nya sedikit menyusahkan Chegu Bard, tetapi komen Chegu Bard bahawa beliau meraikan kehadiran Sdr Shamsul Iskandar untuk bersama di dalam pertandingan ini merebut jawatan Ketua AMK adalah satu komen yang positif.
Tidak menjadi masalah dan salah jika Azmin menyokong Sdr Shamsul Iskandar tetapi ini bukan bererti Azmin tidak suka atau `anti' kepada Chegu Bard. Begitulah juga sebaliknya. Kenyataan terbuka Chegu Bard yang boleh menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli sebagai Timbalan Presiden PKR adalah satu kenyataan dan sokongan yang juga positif. Chegu Bard hanya mengiktiraf Umno/Bn sebagai musuh politiknya bukan pemimpin-pemimpin PKR. Mungkin ada yang berpendapat Chegu Bard mengambil jalan tengah yang `selamat' di dalam kempen beliau. Pada saya itu silap kerana jika Chegu Bard menyokong salah seorang dari calon yang bertanding itu, timbul juga anggapan buruk terhadap Chegu Bard.
Ini membuktikan mereka yang anti Azmin atau anti Chegu Bard tetap akan mencari jalan untuk menjatuhkan kedua-dua pemimpin berkebolehan ini. Hakikatnya, musuh PKR sudah semestinya tidak ingin melihat Azmin terus diangkat sebagai pemimpin di dalam PKR dan mereka amat bimbang kekuatan Azmin akan lebih mantap apabila Chegu Bard berada di barisan hadapan bersamanya./wfauzdin.blogspot.com
CABARAN BUAT PEMUDA UMNO JIKA MEREKA MENGAKU ISLAM
Baru-baru ini rebut di Pulau Pinang. Umno menjadikan isu wang bantuan rakyat miskin yang diserahkan oleh kerajaan negeri dikatakan datangnya dari sumber judi. Judi itu haram, maka apabila hasilnya dijadikan habuan kepada rakyat miskin, Umno lah juara mahu membenterasnya.
Isu itu telah pun dijawab oleh pihak berkuasa negeri.Pokoknya di sini judi itu kotor dan jahat. Ia berkemampuan meruntuhkan institusi keluarga, suami-isteri kaum keluarga bercerai dan berpecah-belah angkara judi. Ada yang berhutang keliling pinggang angkara judi, ada yang mencuri, menipu sehingga ada yang dibunuh akibatnya.
Bolehkah agaknya dalam Perhimpunan Umno nanti, jaguh-jaguh juara Umno khasnya dari Pemuda yang sebegitu lantang di Pulau Pinang mendesak agar Ketua parti mereka yang juga Menteri Kewangan agar menaikkan setinggi langit cukai judi? Kelantan negeri yang majoriti Melayu mutlak, kerajaan Tok Guru Nik Aziz mengharamkan pengeluaran lesen premis kedai judi sejak 20 tahun lalu. Di Selangor yang majmuk pun kerajaan negeri telah mengarahkan PBT-PBT agar tidak lagi mengeluarkan lesen premis judi berlesen (yang dilesenkan Pusat) yang baru.
Umno bagaimana?/Detikdaily
PILIHANRAYA - JANGAN JADIKAN BEKAS TENTERA SEBAGAI `ROBOT'

Oleh: WFAUZDIN NS
Sepanjang anggota tentera berkhidmat di dalam tentera, boleh dikatakan mereka dikongkong dan ditakutkan secara langsung atau tidak untuk terus menyokong parti pemerintah. Sebab itulah sehingga kini Undi Pos amat penting bagi Umno/Bn. Jika dibaca akhbar Sinar hari ini, terang-terang persatuan ini dipergunakan di dalam perjumpaan anggota persatuan dengan Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas, YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Paling mengecewakan apabila Presiden PBTM sendiri, Datuk Muhamad Abdul Ghani memberi jaminan bahawa ahli-ahli persatuan itu akan menyokong Bn, termasuk 28 bekas tentera di kalangan orang Asli di Gua Musang.
Di mana maruah PBTM mahu dijual? Tidak cukupkah mereka menjadikan anggota tentera sebagai `robot' mereka sehingga mereka bersara atau berhenti dari perkhidmatan? Jika inilah caranya PBTM berjuang untuk bekas tentera, maka tidak hairanlah persatuan ini semakin tidak dihargai oleh bekas tentera sendiri./wfauzdin.blogspot.com
Isnin, 18 Oktober 2010
KETUA AMK - SHAMSUL LAKUKAN KESILAPAN BESAR, CHEGU BARD KINI JADI PILIHAN
Oleh: antihadhari92
Mengejutkan.Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan,Rafizi Ramli yang juga ketua "Generasi Reformasi" akhirnya telah menarik diri daripada pertandingan tiga penjuru sayap pemuda PKR.Sebab-sebab rasmi penarikan diri beliau masih belum diketahui,namun bayangannya sedikit sebanyak boleh diintai dalam entri blog beliau di http://rafiziramli.com/2010/10/hayati-perjuangan-dengan-meletakkan-kepentingan-parti-di-atas-kepentingan-peribadi/ .Semalam,kita juga dikejutkan dengan kenyataan penyandang jawatan Ketua AMK,Shamsul Iskandar Md Akin yang berpatah balik untuk mempertahankan jawatan ketua pemuda selepas mendapat pencalonan agak selesa bagi jawatan Naib Presiden PKR.Rafizi walaupun tidak memberikan alasan kukuh,namun beliau telah memberikan alasan bahawa penarikan diri beliau daripada pertandingan tersebut adalah setelah Shamsul Iskandar membuat pusingan semula untuk jawatan tersebut.Selain itu,beliau juga memberi alasan betapa Generasi Reformasi perlu bersedia dengan kemungkinan PRU 13 sebelum atau selepas Tahun Baru Cina tahun depan.Selain itu,jurucakap kumpulan tersebut,Sim Tze Tzin berkata bahawa mereka lebih menumpukan kepada menawan Putrajaya.Mereka juga tidak begitu mengutamakan jawatan dalam PKR memandangkan parti tersebut tidak menyerlah seperti yang sepatutnya.
"Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan," katanya.
Penulis bukan mahu mengagungkan orang ini.Tapi,dari segi layak,beliau paling layak.Sepatutnya Chegubard sudah hampir memperoleh kemenangan percuma jika Shamsul tidak berpatah arah.Sebagai seorang politikus,Saudara Badrul Hisham adalah seorang yang layak sesuai dengan sikapnya yang berani.Anak muda perlu dipimpin seorang yang berani dalam berubah.Perlu melawan arus bukannya mengikut alunan.Kalau tidak,anak muda akan hanyut.Idea-idea dan manifesto yang bakal dibawa oleh beliau juga kebanyakannya boleh diterima umum (http://chegubard.blogspot.com/2010/09/tulisan-semula-ucapan-20min-debat.html)
Oleh itu,ahli-ahli AMK perlu mengangkat sosok yang bernama Badrul Hisham Shaharin ini./Tranungkite
EZAM SUDAH `ROBEK' DUBUR SAIFUL, KINI MINTA PAS `SULUH' DUBUR SAIFUL
Oleh Mohd Sayuti Omar
Bukan sahaja Najib bagaimana penilaian Ezam terhadap isteri Najib, Rosmah Mansor? Apakah bagi Ezam Rosmah lebih baik daripada Wan Azizah? Biarlah Ezam menjawabnya? Atas sisa pengormatan saya kepada Ezam sebagai tokoh politik muda elok beliau membetulkan semula dirinya yang kini jauh melencong. Percayalah cita-cita beliau untuk menjadi MB Selangor tidak akan tercapai dengan kaedah atau pendekatan yang dilihat kontras dengan manusia seorang Ezam yang dikenali ramai sebelum ini./ Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/
PEMILIHAN PKR - CALON MENARIK DIRI PUN SALAH AZMIN JUGA ?
Lojikkah penarikan diri Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah dari merebut jawatan Timbalan Presiden PKR disebabkan oleh Azmin? Terlalu bodoh atau pengecut sangatkah anak sulung DS Anwar dan juga MB Selangor itu sehinggakan tunduk kepada Azmin? Jika benar begitu, tidak layak mereka menjadi Wakil Rakyat yang dipilih dan menjadi MB Selangor. Saya tidak percaya mereka berdua menarik diri kerana tekanan yang diatur oleh Azmin. Cerita mengarut ini dibawa oleh mereka yang mempunyai satu selera dengan YB Gobalakrisnan yang terang-terang anti Azmin sehinggakan mengugut untuk keluar dari PKR.
Lagi tidak masuk akal dikatakan tindakan `U-Turn' oleh Sdr Shamsul Iskandar untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK pun dikaitkan dengan pengaruh Azmin. Apa pentingnya Azmin untuk campurtangan pemilihan di dalam AMK? Bukankah Sdr Shamsul dan Chegu Bard dilihat tidak pro atau anti beliau? Politik Sdr Shamsul dan Chegu Bard bukan seperti politik Dato Zaid atau Gobalakrisnan. Jika Gobala ingin sangat keluar dari PKR, saya ucapkan `pergi berambus' sajalah.
Jika kita ingin menyokong Azmin, jangan kita ukur kepada berbagai persepsi atau cerita dongeng seperti ini. Kebanyakan pimpinan PKR telah teruji dengan hebat sejak dari zaman reformasi lagi, masakan jiwa mereka begitu kecil sehinggakan kununnya ditekan oleh Azmin? Ukurlah Azmin dari segi komitmen beliau terhadap parti dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin atasan parti. Jangan kerana cerita dongeng seperti yang dibawa oleh Gobala itu kita sanggup mengangkat orang yang awal-awal lagi memburukkan pimpinan parti./wfauzdin.blogspot.com
PRK DUN GALAS - `BISA' KU LI BOLEH DIHILANGKAN
Usaha mendapatkan Kelantan daripada PAS adalah usaha yang berterusan. PAS mengalami sedikit kepincangan dalam pilihan raya kecil Manek Urai atas beberapa sebab dan satu sebab yang besar juga adalah krisis dalaman kepimpinan utama PAS. Akibat krisis Jentara Pilihan Raya PAS Kelantan tidak terfokus dan keliru terutama mengatur gerak kerja penceramah termasuk kepimpinan utama PAS.Serangan peribadi ke atas Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga merupakan kesinambungan usaha-usaha UMNO dalam menjatuhkan PAS dengan "menumbuk umbi PAS" (Tok Guru Nik Abdul Aziz).
Pendededahan demi pendedahan kepincangan PAS Kelantan dengan bantuan seorang blogger yang agak mahir dalam perang saraf, iaitu kickdefella banyak membantu serangan ini dan secara tidak langsung ada maklumat yang disebarkan telah 'termakan'.
Masih membantu kekuatan PAS di Kelentan ialah batang tubuh Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri. Serang secara peribadi, keluarga dan menantu cukup memberikan kesan mendalami berketetapan jika anda mememahami hadis nabi tentang finah dan pembukaan aib yang saya tak akan huraikan faktor dan sebabnya yang berkaitan rapat dengan krisis kepimpinan dalam PAS.
UMNO tak mampu menjatuhkan PAS kerana tidak ada individu boleh mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar. UMNO sendiri juga mengalami krisis dalaman di Kelantan yang berlanjutan sekian lama.

Kesempatan PRK Galas, dengan strategi yang bijak Najib boleh mengembalikan Ku Li untuk setia kepada UMNO malah Ku Li pula dijadikan senjata untuk menyerang dan merobek PAS secara teruk dalam PRK nanti.
Ku Li dijadikan bayangan untuk mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar nanti jika UMNO Menguasai Kelantan. Ini satu strategi yang baik.
Saya faham mungkin ada yang mengatakan tidak sama Ku Li dan Tok Guru. Ya itu memang benar sehingga ada joke yang pernah berlinggar dalam ceramah, jika Tok Guru Nik Abdul Aziz pergi solat Jumaat di Masjid UMNO. Semua khariah masjig ahli UMNO, termasuk Ku Li ada sama. Jika bilai memberikan tongkat mimbar kepada Ku Li sedangkan Tok Guru Nik Abdul Aziz ada di situ.
Nescaya Ku Li akan ketuk kepala bilai itu dengan tongkat mimbar seraya berkata "nate demo ni, Tok Guru ken ade!! ambe mano reti baco khutboh"
Saya amat setuju dengan tulisan Subky Latif;
Tetapi PAS yang kosong tahun 1955 menguasai Kelantan tahun 1959. Namun satu kawasan Hulu Kelantan tidak dapat ditembusi PAS. Tengku Indera Putra, bekas Tengku Mahkota Kelantan yang bertukar menjadi orang politik dan ketua Umno Kelantan telah berkubu di kawasan itu.Pengaruh istana yang begitu kuat di kalanagan penduduk setempat menyebabkan ia tidak dapat ditembusi PAS. PAS boleh bergerak sekencang-kencangnya di Kelantan tetapi tidak di kawasan yang di wakili anak raja sebagai ketua Umno.Apabila Tengku Indera Putra berundur diganti pula oleh Tengku Razaleigh, juga seorang anak raja yang begitu dekat dengan Sultan. Sehingga hari ini bukan saja ia sukar ditawan PAS, bahkan orang Umno yang bukan kerabat raja tidak dapat menjadi pemimpin Umno setempat.
Ketika itu dia hanya dapat menyelamatkan dirinya saja. Kuatnya gelombangan serangan PAS, menyebabkan Ku Li mengambil strategi kalau tidak dapat pertahankan semua kerusi di kawasan itu, jangan hilang semua.
Faktor Sultan juga tidak boleh dilupakan di Gua Musang. Tengku Tan Sri Razaleigh Tengku Mohamad Hamzah, nenda saudara kepada Tuanku Muhammad Faris Petra yang dipanggil manja oleh Baginda dengan nama Tok Ku Li, adalah seorang kerabat yang cukup dihormati dan yang pandangannya sering dirujuk oleh Tuanku selama ini.
Tapi malangnya Ku Li tidak menghadirkan diri di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) yang penuh bersejarah pada 13 September 2010. Dengan tidak hadirnya Ku Li pada mesyuarat tersebut menyebabkan Ku Li terlucut jawatan sebagai ahli MPN mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)
Ku Li menjadi tidak rapat dengan Sultan manakala saya dimaklumkan pula Tok Guru Nik Abdul Aziz makin rapat malah ada maklumat yang hampir tepat mengatakan Tok Guru akan ke Mekah bersama Sultan Kelantan. Adakah mereka akan pergi bersama, kita lihat nanti tapi sekurang-kurangnya mereka akan mengeliling Kaabah pada masa yang sama.
UMNO habis modal, keringat dan wang lagi di Kelantan dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS./batuapi-firestone.blogspot
TIMB PRES PKR - TIADA SIAPA TEKAN TAN SRI KHALID TARIK DIRI
| MB S'gor nafi ditekan kepimpinan tertinggi PKR | ||
|
Abdul Khalid turut menafikan tidak mendapat sokongan padu daripada PKR Selangor.
Sebaliknya kata beliau, keputusan itu dibuat kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri demi memastikan penguasaan pakatan pembangkang di negeri tersebut pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya tidak tahulah (mengenai kurang sokongan) tetapi ramai penyokong saya suruh buat perkara ini (bertanding) dan kita dapat sokongan yang sangat mantap.
"Bagaimanapun adalah perlu sebagai pemimpin kita ambil keputusan ang penting untuk parti dan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media, di Pelabuhan Klang hari ini.
Pada 10 Okt lepas, Abdul Khalid yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual bulan depan.
Namun, semalam hanya tiga calon iaitu dua Naib Presiden -- Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub -- serta Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan bertanding jawatan tersebut apabila tempoh penerimaan pencalonan berakhir pada pukul 6 petang.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata keputusannya menarik diri juga dibuat berasaskan penemuan jawatankuasa khas yang ditubuhkannya untuk menilai kesan yang akan timbul kepada pentadbiran dan perpaduan parti sekiranya beliau bertanding.
"Kesimpulannya mereka berkata mereka perlukan saya dari segi pembangunan di Selangor dan tidak perlu saya jadi timbalan presiden buat masa sekarang," katanya.
Abdul Khalid berkata beliau juga mahu memastikan penglibatan aktif Selangor dalam projek 'Greater Kuala Lumpur' yang diumumkan Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2011.
Ditanya sama ada pengunduran beliau itu akan memberi ruang kepada Azmin untuk menerima sokongan penuh daripada PKR Selangor, Abdul Khalid berkata:"Saya tidak pasti."
Abdul Khalid sebelum itu menyampaikan bantuan pembangunan pendidikan Sekolah jenis Kebangsaan Cina Fasa II Negeri Selangor berjumlah RM3 juta.
Pemilihan bagi jawatan tertinggi PKR akan berlangsung dari 31 Okt hingga 21 Nov, manakala kongres kebangsaan parti bermula pada 26 sehingga 28 Nov./Malaysiakini







