RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 5 Mac 2011

ISMAIL KERBAU LEBIH HEBAT DARI EZAM SESUMPAH?





Oleh: WFAUZDIN NS

AKU terbaca komen dari rakan FB memberi komen tentang pendekatan Ezam sesumpah mengampu Umno sepanjang kempen PRK di Dun Merlimau dan Kerdau. Jadi aku minta izin untuk gunakan modal komen rakan aku tu untuk aku tulis di sini.

Sememangnya Ezam sesumpah sentiasa mendabik dada kununnya beliaulah seorang pejuang yang berani sehingga masuk penjara. Kununnya beliau lebih kenal gari dan jeriji penjara dari rakan-rakan lamanya yang masih kekal di dalam PKR sekarang. Betul ke Ezam sesumpah je yang pernah masuk penjara? Betul ke yang kerap masuk penjara itu adalah orang yang berani dan pejuang?

Mana lebih hebat DS Anwar atau Ezam sesumpah dari segi ujian dan cabaran? Azmin Ali, Us Dr Badrul Amin, Tian Chua, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi yang masih kekal berjuang di dalam PR juga pernah masuk penjara. Adakah mereka masuk penjara kemudiannya melutut mencari makan dengan pihak yang memenjarakannya?

Tentu kita masih ingat nama Ismail Kerbau yang lebih kenal banyak pintu penjara. Dia lebih hebat dari Ezam sesumpah tentang penjara, makanya Ismail Kerbau itu berani dan pejuang? Tian Chua bukan sahaja pernah masuk penjara, beliau pernah berada di bawah trak FRU ketika gelombang reformasi dulu. Darah Tian Chua pernah mengalir dimuka dan tubuhnya sama juga dengan DS Anwar yang lebam biji mata. Berapa titik darah Ezam sesumpah yang mengalir? Berapa banyak Ezam sesumpah kena cubit?

Bayangkan, Ezam sesumpah dulu masuk penjara kerana dedahkan fail rahsia berkenaan Rafidah Aziz sewaktu Rafidah menjadi Menteri Perdagangan. Akibat beliau dedahkan rasuah Rafidah, belia masuk penjara. Ketika itu kita sokong Ezam sesumpah kerana keberaniannya. Tetapi, tiba-tiba beliau kini berada `satu kelambu' dengan parti Rafidah Aziz. Lojik ke? Ertinya, Ezam sesumpah sudah `melutut' dengan Rafidah. Rafidah pun berkata, " Tengok, siapa yang kenaaaa..."

Jika dahulu Ezam sesumpah tidak pernah lekang sebut pasal rasuah. Beliau keluar PKR dan tubuhkan Gerak kununnya untuk membasmi rasuah hingga ke akar umbi. Akhirnya, beliau masuk Umno, dan soal rasuah tidak lagi menjadi agendanya. Cuba dengar ceramahnya selepas menyertai Umno, beliau hanya menjaja kisah peribadi DS Anwar yang satu pun tidak terbukti di mahkamah. Ceramahnya sudah setaraf dengan Mak Cik Umi yang tidak diakui oleh ayahnya sebagai anak itu. Begitu lah nasib Ezam sesumpah menjadi hina sehina-hinanya.

Apa pun beliau sudah menjadi Senatak (Senator Katak). Kita lihat di dalam PRU ke 13 nanti, di mana Ezam sesumpah ini mahu bertanding. YB Khalid Samad MP Shah Alam sebelum ini pernah mencabar Ezam sesumpah bertanding di Shah Alam iaitu kawasan Ezam sesumpah sendiri. Saya nasihatkan Ezam sesumpah, jika mahu menang jangan bertanding di Shah Alam, tetapi carilah tempat yang mana banyak kawasan felda atau ramai pengundi pos. Atau, Ezam sesumpah rasa selesa jadi Senatak melalui pintu belakang tanpa berani berjuang? /wfauzdin.blogspot.com

RASUAH PILIHANRAYA DI MERLIMAU, KERDAU TETAPI DI LENGGENG YANG KENA

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGIKUT laporan Malaysiakini, ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

NONEMahkamah Sesyen Seremban petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kelayakan Wakil Rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah serta dipenjarakan melebihi setahun atau dikenakan denda melebihi RM 2 Ribu.

Beliau didakwa di mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.


NONE

Sekiranya berlaku PRK di Dun tersebut, nampaknya kantung kerajaan akan terus berkurangan. Projek kilat yang `secara kebetulan' akan berlaku dan mulai sekarang bolehlah penduduk-penduduk di kawasan berkenaan berangan. Mungkin ada yang berdoa agar pilihanraya kecil dapat diadakan kerana ketika itu `Aladdin' datang dengan lampu ajaibnya.

Di dalam PRU 2008, Dun berkenaan dimenangi oleh Bn dengan hanya majoriti 1, 285 sahaja menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar. Ini tentunya menyemakkan kepala Najib sekali lagi. Namun harus diingat, di dalam kes Adun tersebut hukuman akan ditetapkan pada 01 April. Bermacam-macam perkara boleh berlaku di dalam tempoh tersebut, justeru itu buat masyarakat di Dun Lenggeng jangan cepat berangan.

Kita tidak kisah ada pilihanraya atau tidak. Apa yang penting, terbukti sekali lagi Adun dari Bn melakukan rasuah. Maka, satu kerugian buat pengundi-pengundi di Dun Lenggeng yang dulunya mengundi Adun dari Umno/Bn ini. Bayangkan jika mengundi calon dari PAS ketika itu, masalah seperti ini tidak akan berlaku.

Justeru itu, pengundi-pengundi di Merlimau dan Kerdau boleh belajar dari apa yang mereka saksikan. Paling membanggakan semenjak Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, tidak seorang pun Adun/MP dari PR yang disabitkan dengan rasuah walaupun memang ada aduan terhadap beberapa Adun/MP dari PR. Cuba buat perbezaan di antara PR dengan Bn dengan menggunakan akal yang bersih tanpa diganggu oleh habuan keduniaan./wfauzdin.blogspot.com

MURID TIDAK SUKA GURU, BALING KERETA GURU DENGAN BATU - AJARAN SIAPA INI?

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA kita sebagai guru sekolah yang ingin mengajar anak murid kita agar menjadi seorang yang bijak dan berdisiplin, maka sudah tentu kita juga kena tegas dan berdisplin. Apabila seseorang guru itu tegas, sudah tentu ada beberapa orang murid yang tidak suka dengan kita terutamanya murid-murid yang nakal di sekolah.

Kita sering terdengar cerita ada guru yang dipukul oleh murid dan ada murid yang bertindak ganas ke atas harta benda guru yang dibencinya. Ada guru yang keretanya dicalar atau dibaling batu dan dipancitkan tayarnya oleh anak murid yang tidak suka atau benci kepada guru tersebut. Adakah betul cara anak murid berkenaan?

Jika kita tanya Menteri Pelajaran yang juga TPM sekarang iaitu Muhyiddin, beliau ada jawapannya. Anda boleh baca tulisan saya sebelum ini tentang sikap Muhyiddin di sini. Apabila kenderaan DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' di Kerdau baru-baru ini, wartawan meminta komen Muhyiddin. Beliau memberi komen paling `bijak' sebagai Menteri Pelajaran dan TPM iaitu perbuatan `monyet-monyet' berkenaan adalah kerana mereka tidak suka kepada DS Anwar. Lebih baik DS Anwar jangan datang situ lagi, katanya.

Itulah komen paling bijak yang beliau boleh beri. Beliau tidak minta Polis siasat atau sekurang-kurangnya menasihati sekumpulan `monyet' itu agar menjadi manusia yang bertamaddun. Jika inilah pemimpin yang kita ada, tidak pelik suatu hari nanti pelajar-pelajar kita naik tocang kerana mereka diberi nasihat yang songsang oleh Menteri seperti ini.

Mungkin kita telah dikelabukan dengan umpan kebendaan hingga kita sesat di dalam memilih pemimpin. Yang merasai kesannya adalah anak bangsa kita dan cucu cicit kita kelak. Oleh itu, marilah kita mengubahnya mulai sekarang. Jangan biarkan pemimpin seperti ini mengajar anak kita menjadi ego dan bongkak sepertinya./wfauzdin.blogspot.com

GELEK M.DAUD KILAU DAN DANGDUT MELALAIKAN ORANG FELDA DI KERDAU

Gambar Hiasan

Oleh: WFAUZDIN NS

PUNYALAH haprak puak tu. Ajak berdebat secara ilmiah tentang ekonomi negara takut, kecut. Bila kita berceramah, puak tu cari jalan jangan kasi rakyat mendengar ceramah kita agar rakyat akan menjadi bangang macam mereka. Maka, di kawasan felda kat Kerdau, dibawanya artis M.Daud Kilau dan konsert dangdut. Ya Allah.

Maka bergolek punggung lah si Daud Kilau bersubahat dengan puak tu. Ada ke Daud kilau Justify Fullbercakap macam artis Bob Lokman yang baru masuk PAS itu? Jika Bob Lokman bercerita tentang keinsafannya dan keindahan Islam, apa pula M.Daud Kilau buat di Kerdau? Golek punggung je lah dan si tua lelaki perempuan yang masih tak sedar diri di kawasan tu pun tersengeh dan terangguk-angguk menonton. Kesihan Melayu....

Kalau tak ada Wakil Rakyat yang meninggal dunia kat situ, gamaknya sampai mati orang situ tak dapat tengok M.Daud Kilau atau menonton dangdut. Terasa rugi besar mereka, agaknya. Di sebelah kita bercerita pasal harga barang naik, pasal pemimpin rasuah, pasal tanah kita dan hak kita telah dirampas, pasal moral remaja semakin teruk, tetapi puak tu pasang speaker kuat untuk hanyutkan orang-orang Melayu dengan alunan gelek M.Daud kilau dan nyanyian dangdut. Berbaloi M.Daud kilau dapat Datuk kerana `berjihad' untuk orang-orang Melayu. Patut lah Bob lokman tak dapat Datuk. Kalau Bob Lokman buat macam M.Daud kilau tu, tak lama lagi dapatlah Datuk. Shah Rukh Khan yang nyanyi guna `miming' suara pun dapat Datuk kat Melaka. Itulah hebatnya ketuanan Melayu.

Kesihan Melayu...Melayu semakin `Me-Layu'./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 4 Mac 2011

KERETA ANWAR DIKEPUNG DAN DIBALING BATU, APA KOMEN `SI LEMBAM'?

Oleh: WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN secara terang-terangan merestui tindakan tidak bertamaddun beberapa kumpulan yang mengkasari DS Anwar yang berkunjung ke Felda Jengka 22 pada Khamis malam lepas. Kereta yang dinaiki oleh DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' upahan.

Apa kata Muhyiddin selaku PM 1 Malaysia? Beliau memberi komen seperti orang bodoh iaitu katanya, "Insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.

NONE"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.

"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."
(Malaysiakini)

Itukah komen dari seorang PM? Bayangkan jika Muhyiddin bertandang ke Kalantan, Selangor atau P.Pinang yang ramai orang tidak suka kepadanya maka beliau dilakukan sedemikian? Agak-agaknya apa komen beliau? Agak-agaknya pihak polis akan buat apa? Mesti kecoh Utusan Meloya dan TV 3 suku akan ulas macam lalat hurung tahi.

NONEDilaporkan sekitar tapak ceramah ditabur dengan paku dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan. Ini kerja bangsat dan bacul oleh puak yang tidak beragama dan tidak bermoral. Pemimpin yang merestui puak ini pun setaraf dengan mereka juga.

Satu kelemahan di pihak kita ialah kita mungkin tidak mempunyai satu Unit yang mampu mengawal pimpinan kita. Jika ada pun, kita mungkin tidak merancang serapi mungkin apakah tindakan yang boleh kita lakukan jika berlaku situasi seperti itu. Sebab itu saya ada menulis di sini betapa kita perlu wujudkan Unit Gerak Jihad. Tidak mustahil suatu hari nanti kita hanya mampu melihat Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi dibaling batu atau diludah oleh `monyet-monyet' upahan Apco itu.

Ini satu pengajaran buat kita yang sering lalai atau tidak peka dengan aspek keselamatan pimpinan dan para penyokong kita. Bagaimana mungkin puak mereka boleh datang ke tapak ceramah kita dengan melakukan kerja menabur paku-paku di serata tempat? Mana mungkin kenderaan yang membawa pimpinan kita tidak dikawal serapi mungkin? Kita mahu harapkan kawalan pihak Polis semata-mata?/wfauzdin.blogspot.com

UMI TIDAK TAKUT NERAKA KE ? - AZWAN ALI MULA BERSUARA

Dulu, Azwan berganding dgn Umi Hafilda `memusuhi' Azmin, Kini Azwan kembali bertaut bersama keluarga...tetapi bagaimana dengan Umi? Kesihan dia....




KUALA LUMPUR : Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Dalam SMSya ... Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. “Tak takut azab neraka ker?” kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

“Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya,” tambah Azwan.

Sumber: Tranungkite

RM 13 RIBU TUNAI ISNIN INI, DUGAAN BUAT PENEROKA FELDA

Oleh: WFAUZDIN NS

ISNIN nanti dapat atau tidak Peneroksa Felda seramai 260 wang tunai sejumlah RM 13 Ribu seorang bagi pembayaran CESS? Wang itu dijanjikan oleh Maslan di Kerdau iaitu kawasan pilihanraya kecil yang mana majoritinya adalah pengundi dari Peneroka Felda.

Jangan lupa, Ahad ini hari mengundi. Siapa pemenang belum tentu dan Kerdau dikatakan amat panas buat Umno sekarang. Pengundi mungkin tidak percaya cakap Najib, Muhyiddin jauh sekali mahu percaya anak terbuang Mak Cik Umi itu. Tetapi, bila sebut ada wang tunai seorang boleh dapat RM 13 Ribu, bagaimana agaknya?

Hanya iman dan takwa berlandaskan kebijaksanaan yang boleh membuat keputusan. Jika perut diletakkan ke depan berbanding nilai maruah, maka sudah pasti wang tunai satu pilihan terbaik. Masalahnya, jika Umno tewas adakah wang tunai itu diserahkan? Tahniah, buat ANAK satu pertubuhan yang sanggup dikeji dan dihina semata-mata untuk menjaga kebajikan para Peneroka. Hasilnya, Isnin ini ada wang buat para Peneroka berkenaan. Fikir-fikirkanlah./wfauzdin.blogspot.com

PERLUKAH PAS TUBUHKAN UNIT GERAK JIHADNYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA difikirkan semula dengan situasi dan pengalaman yang pernah PAS lalui di dalam apa jua program termasuk penyertaan PAS di dalam pilihanraya, mungkin sudah tiba masanya PAS mewujudkan satu sayap seperti Unit Amal, tetapi sayap ini lebih ke hadapan bila berhadapan dengan situasi genting.

Jika Pemuda Umno mempunyai kumpulan Gerak Gempur yang dilihat lebih radikal di dalam keadaan-keadaan tertentu terutamanya menimbulkan provokasi, maka PAS juga perlu wujudkan kumpulan yang lebih aktif dan berani mempertahankan PAS malahan juga mampu berhadapan dengan sebarang ancaman musuh terhadap Islam dan negara ini. Saya lebih suka jika sayap PAS ini diberi nama Unit Gerak Jihad.

Keanggotaan kumpulan ini mestilah terdiri daripada ahli-ahli PAS khususnya yang berani, bermoral serta sentiasa taat kewajipannya kepada Allah. Mereka mestilah dilatih dengan penuh disiplin dan tahu kewajipan mereka terhadap parti khususnya. Jika selama ini Unit Amal lebih kepada kumpulan yang bertugas melakukan kerja-kerja amal, kebajikan dan selaku pengawal keselamatan sahaja, maka diharapkan dengan adanya Unit Gerak Jihad ini mereka sukarela sanggup mempertahankan Islam terutamanya di dalam apa jua bentuk ancaman.

Unit ini bukan satu kumpulan yang ingin berperang atau memberontak seperti kumpulan radikal Islam di luar sana. Unit ini hanya berfungsi sebagai pelindung kepada PAS dan juga boleh digerakkan seandainya terdapat sebarang bentuk ancaman musuh terhadap negara ini. Mereka hendaklah diberi tarbiyyah tentang pengertian Jihad mengikut Islam. Walaupun PAS yang mewujudkan unit ini, namun objektif utama Unit Gerak Jihad ini adalah untuk keselamatan negara, amnya. Mempertahankan tanahair dari ancaman musuh itu merupakan satu kewajipan. Melindungi PAS sebagai wadah politik Islam juga satu kewajipan buat kita.

Seandainya wujud unit seperti ini, maka tiada lagi mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya ingin menghancurkan PAS secara tidak demokratik dan negara kita juga akan terkawal dari ancaman musuh. Jangan kita hanya membiarkan puak-puak yang memusuhi Islam dan parti kita berbuat sesuka hati dan kita lebih suka mengalah./wfauzdin.blogspot.com

NANTIKAN DEBAT MAHATHIR VS HUSAM MUSA

Oleh: WFAUZDIN NS

TUN MAHATHIR nampaknya semakin galak bercerita pasal untung nasib orang-orang Melayu di negara ini. Sebelum ini beliau menyindir Tuan Guru Nik Aziz dengan mendakwa kununnya Tuan Guru Nik Aziz menyesal menjadi Melayu. Benda yang mudah seperti itu pun Mahathir mahu putar belitkan.

Tuan Guru Nik Aziz tidak menyebut beliau menyesal menjadi Melayu. Beliau cuma sebut, beliau tidak kisah sekiranya beliau dijadikan sebagai kaum Melayu, Cina, India hatta orang asli sekali pun asalkan berugama Islam. Tuan Guru bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Susah sangatkah Mahathir mahu faham? Atau, Mahathir punya pandangan berbeza? Mungkin beliau lebih bersyukur dijadikan sebagai orang Melayu walaupun bukan Islam?

Oleh kerana gatal sangat mulut Mahathir mahu bercerita pasal untung nasib orang Melayu di negara ini, maka Exco Negeri Kelantan Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat dengan mantan PM ini berkaitan isu orang-orang Melayu. Di beritakan, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk program debat terbuka tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sebelum ini, Husam Musa telah memberikan beberapa bukti bahawa Mahathir lah pemimpin Melayu yang suatu ketika menjadi Presiden parti Melayu iaitu Umno dan PM yang telah mengkhianati orang-orang Melayu di negara ini. Itu belum dikira tentang penghinaan dan tentangan beliau terhadap Islam. Husam mencabar Mahathir untuk berdebat kerana sebelum ini Mahathir mendakwa PAS yang mengkhianati orang-orang Melayu.

Husam Musa merasakan melayani Mahathir melalui blog dan penulisan banyak membuang masa kerana Mahathir boleh menggunakan media seperti akhbar, TV dan radio untuk bercakap menuduh PAS. Manakala PAS tidak diberi ruang untuk menjawab tuduhan Mahathir. Justeru itu, Husam Musa mencabar `kejantanan' Mahathir untuk berdebat walaupun ramai ahli-ahli Umno mengkagumi kehebatan Mahathir berhujah. Mahu tahu hebat atau tidak bekas PM dan Presiden Umno ini, ahli-ahli Umno patut mendesak agar Mahathir menjadi `jantan' untuk beredepan dengan Husam Musa. Tidak perlu berdepan dengan DS Anwar mahu pun Tuan Guru Nik Aziz kerana dikhuatiri Mahathir akan dikejarkan ke IJN pula nanti.

Mengapa P.Pinang tempat yang dipilih? Ini adalah kerana di sana teramat ramainya `Melayu' yang berhidung tinggi serta bersongkok tinggi. `Melayu' di P.Pinang terlebih Melayu dari Melayu. Maka, debat tentang isu Melayu ini sesuai diadakan di negeri tersebut.

Apa pun, saya tetap yakin bahawa mustahil Mahathir berani berdebat. Jika ditakdirkan bahawa Mahathir sanggup untuk berdepan dengan Husam Musa anak murid Tuan Guru Nik Aziz, ini bererti Mahathir sememangnya masih waras lagi walaupun sudah berusia. Tetapi mungkinkah ? Rasanya tidak, kerana sudah keturunan dari spesis keris telanjang tanpa sarung mana ada yang berani berdepan?/wfauzdin.blogspot.com

`AYAM JANTAN, AYAM BETINA' DIBAWA KE MERLIMAU DAN KERDAU

Oleh: WFAUZDIN NS

GAMAKNYA apabila kempen-kempen dari Pak-Pak Menteri sudah tidak laku, tidak diyakini lagi oleh pengundi-pengundi di Merlimau dan Kerdau, maka di`import' beberapa `ekor' ayam jantan dan `seekor' ayam betina untuk mencuba minda serta pemikiran masyarakat di kedua kawasan PRK tersebut. Maka, Rahimi serta Rashid dibawa masuk sekandang dengan makcik Umi yang masih `dara' itu.

Najib, Muhyiddin, Ali Rustam, Nan Yaakob, Ezam Sesumpah, KJ dan beberapa lagi orang kuat Umno telah mencuba untuk mengetahui bijak atau tidak masyarakat di Merlimau dan Kerdau. Mereka masih belum berpuas hati kerana masih ramai yang celik mata dan hati menilai apa yang mereka lontarkan. Justeru itu, dibawa `ayam-ayam' denak dan `ayam tua' ini membantu.

Rahimi dan Rashid adalah `pesuruh' kepada DS Anwar suatu ketika dahulu. Mak Cik Umi pula sememangnya sejak tahun 1998 lagi adalah `musuh' DS Anwar dan Mak Cik ini pernah dijadikan saksi semasa kes liwat 1 dahulu. Jadi, tidak hairan jika Mak Cik Umi komited untuk terus memburukkan peribadi DS Anwar.

rahimi osman kerdauRahimi pula sebelum ini tampil mendakwa beliau dipaksa mengubah akuan bersumpahnya supaya mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat. Beliau berkata, beliau sudah dua hari berada di DUN itu dan akan memulakan ceramahnya hari ini. Kita masih ingat sewaktu Rahimi membuat dakwaan ke atas DS Anwar tentang akuan bersumpah itu, beliau berkata beliau bukan orang politik. Dakwaan itu tiada kena mengena dengan politik. Hari ini, Rahimi memakai baju BN tetapi beliau `bukan orang politik' dan tiada kepentingan politik?


Pedulikan berapa `ekor ayam' yang mahu disabungkan oleh Umno di Merlimau dan Kerdau. Biarkan `ayam-ayam denak' jantan betina ini berkokok semahunya tentang DS Anwar. Mungkin mereka alpa bahawa yang bertanding di kedua-dua kawasan itu adalah dari PAS. Ini membuktikan Umno sudah tiada modal untuk menyerang PAS lagi, maka isu lapok dan basi peribadi DS Anwar dibawa masuk. Isu itulah menjadi penyebab dunia tertawakan negara kita, tetapi isu itulah yang mereka cuba untuk perbodohkan masyarakat di Merlimau dan Kerdau.

Sekarang, terpulang kepada para pengundi di Merlimau dan Kerdau. PR menawarkan PAS sebagai calon dan sekutu Apco pula adalah dari Umno. PAS tawarkan Islam, manakala Umno tawarkan ketuanan Melayu. Semakin kuat serangan media terhadap PR, itu menunjukkan betapa bimbangnya Umno apabila rakyat mengetahui segala bentuk penipuan, rasuah dan penyelewengan mereka. Buatlah keputusan yang baik, biarlah ayam jantan dan betina itu berkokok untuk mencari makan./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 3 Mac 2011

YANG MAHU KITA DENGAR DARI MERLIMAU...

Cerita dari Merlimau

Oleh: cucupakkasim

"Kerenyih sampai telinga itu bahasa kasar gurkah-gurkah politik di'port' kepada Anwar selepas melihat riak wajah dia malam kelmarin dulu lebih kurang jam 2.45 pagi semasa dia dan konvoi berlepas pulang dari Melaka selepas membuat tiga perhentian untuk ceramah kempen di Merlimau.

Laporan lain pula bagi tahu dekat gurkah-gurkah ini kata... masa dalam kereta Anwar membuat beberapa 'phone call' dan ayat yang didengar ialah "I am surprised, but i am damn happy!".

Kiri kanan jalan sejauh satu kilometer lebih sikit penuh dengan kereta. 'Crowd' cukup besar, menjadikan jalan raya kawasan ceramah tersebut hanya satu lorong untuk laluan kereta sahaja.

'Crowd' malam tu...95 persen melayu, orang-orang tempatan semua, ini bermakna banyak undi boleh dipancing pada malam ceramah tu. Itu yang buat Anwar kata dia terkejut dan very happy.

Yang best... pada masa yang sama juga kira-kira 1 kilometer dari tempat Anwar ceramah, BN juga ada buat ceramah dengan menampilkan superstar mereka si-anak omak KJ.

Sedih... memang sedih kalau nak dibandingkan dengan ceramah Anwar. Yang ada selepas dihitung... ada laa lebih kurang dalam 120 orang dok dengar ceramah merapu dari KJ, benda lain yang di-perasan ialah, kebanyakan yang sedang dengar KJ berceramah tu dia orang punya pakaian... fuhhh..cukup smart... seluar hitam dengan baju BN warna biru (hitam dengan biru..memang striking laa..). Kasut pula berkilat, seluar yang dipakai pun boleh tau yang bukan murah punya, semua tempah... Size seluar dan baju...terpacak! Nampak macam mereka ini semua adalah Ketua-Ketua pemuda atau AJK-AJK pemuda. Kalau dilihat pada senario tu, gurkah-gurkah kata ini bukan kempen pilihanraya, ini macam mesyuarat pemuda... Kah..Kah..Kah..

Jadi, lagi sekali bila melihat pada suasana ini, gurkah-gurkah kata dengan tinggal lagi 2 hari nak undi, silap haribulan mau 'menungging' Ali Ketam.

dollah yankee -
Mana tau mungkin orang-orang Merlimau dah nak ubah selera pulak??!! Baru laa ... cempedak sudah jadi nangka ...

dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com