RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 3 Ogos 2017

MUSUH-MUSUH ANWAR DULU KINI BERSATU MENENTANG KLPTOKRASI, EZAM SOKONG MAHATHIR-ANWAR

 
Oleh: Mohamad Ezam Mohd Nor

DR Mahathir dan Anwar. Kedua-duanya adalah idola saya. Kedua-duanya juga pernah saya lawan. Mereka adalah dua tokoh politik yang saya kagumi sejak hari pertama saya kenal apa itu politik dan perjuangan.

1987, tahun saya tamat alam persekolahan. Kebetulan, juga tahun pertembungan besar dalam Umno. Team A vs Team B.

Ayahanda saya pada masa itu salah seorang daripada perwakilan Umno yang akan mengundi. Saya aktivis pelajar yang lumrahnya tidak suka Umno tetapi saya pastikan Abah pangkah Team A. Kebetulan hari mengundi yang jatuh pada 24 April juga hari lahir saya. Saya minta pada Abah, itulah 'my birthday wish'. Undi Team A kerana Dr Mahathir dan Anwar Team A.
 

1997, Dr Mahathir dan Anwar mula berseteru. Saya sudah menjadi setiausaha politik Anwar ketika itu. Saya terpaksa memilih antara dua idola. Saya pilih Anwar pada hari beliau tampil ke mahkamah dengan mata lebam pada September 1998. Saya merasakan kewajipan membela Anwar sehingga ketua saya itu bebas.

2007, saya terpaksa membuat satu lagi keputusan yang sukar. Saya terpaksa tinggalkan Anwar pula. Lebih rumit dan sukar berbanding keputusan meninggalkan Dr Mahathir 10 tahun sebelum itu. Ceritanya panjang dan bersiur.

2017, hari ini, kedua-dua idola yang pernah saya lawan dan tinggalkan ini bersatu dan bertaut kembali. Awalnya sukar buat saya untuk menyatakan sikap walaupun mereka idola saya, perjalanan hidup politik saya sukar bersama mereka. Dua kali saya dimasukkan ke penjara semasa melawan Dr Mahathir manakala Anwar pula saya terpaksa berlawan dengannya setelah saya sendiri masuk ke penjara untuk membebaskannya.

Tetapi itu perjalanan politik saya yang tidak penting. Apa yang jauh lebih penting adalah perjalanan negara ini sebagai sebuah bangsa merdeka dan bermaruah. Perjalanan politik saya sukar tetapi apa yang lebih sukar adalah perjalanan hidup negara ini.

Malaysia hari ini dalam keadaan paling sukar sejak merdeka. Rakyat Malaysia terutama rakyat biasa berada di dalam keadaan paling getir.

Justeru, saya bersyukur melihat dua idola dan tokoh besar bangsa ini bersatu demi rakyat dan negara. Kerana itulah yang negara dan rakyat ini perlukan di saat getir ini - pengorbanan dan jiwa besar pemimpin mereka.

Saya lebih bersyukur melihat kenyataan Anwar yang mendokong Dr Mahathir mengepalai misi menjatuhkan rejim rasuah dan kleptokrasi Najib Razak. Anwar membuat keputusan ini dalam keadaan beliau masih di penjara. Saya pernah di penjara, saya faham makna seksa penjara. Semua keputusan adalah sukar, apatah lagi keputusan besar seperti ini.

Faktor Azmin

Kalau Dr Mahathir dan Anwar adalah idola saya di dalam politik, Azmin pula adalah seorang sahabat. Mungkin sahabat yang paling akrab di dalam perjalanan politik saya. Kami berjuang bersama, susah bersama. Ke jalan bersama, ke lokap juga bersama.

Azmin jauh lebih rapat dengan Dr Mahathir dan Anwar berbanding saya. Dan rapatnya hubungan Dr Mahathir dan Anwar semasa mereka perdana menteri dan timbalan perdana menteri, antaranya adalah kerana faktor Azmin selain faktor Dr Mahathir dan Anwar sendiri serta isteri dan keluarga mereka.

Peranan Azmin besar dalam “mengamankan” lorong antara pejabat nombor 1 dan pejabat nombor 2 negara di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu.

Tetapi, apabila mereka bertembung Azmin jugalah yang mengalami kesan paling parah. Walaupun saya dan keluarga derita di saat getir pertembungan itu, tetapi derita Azmin dan keluarganya jauh lebih berat dan mencabar. Tentunya yang paling berat deritanya adalah Anwar dan keluarganya sendiri.

Jadi, apabila Dr Mahathir dan Anwar bertemu kembali selepas pertembungan getir bertahun lamanya itu, saya mencari Azmin walaupun kami juga bertembung sejak 10 tahun yang lalu. Azmin tetap pilihan pertama saya kerana saya yakin selain Dr Mahathir dan Anwar sendiri, Azmin adalah orang yang mempunyai jawapan paling jelas terhadap semua peristiwa itu.

Telahan saya benar. Azmin bukan sahaja tahu malah dialah arkiteknya. Beliau sanggup mengenepikan pengalaman getir sebelum ini demi rakyat dan negara. Malah Azmin mempunyai 'roadmap' yang jelas menuju kemuncak perjuangan reformasi dengan gabungan Dr Mahathir dan Anwar.

Azmin menyakinkan saya. Walaupun saya pernah tidak bersetuju dengannya tetapi saya akui beliau seorang ahli politik yang pintar, berkeupayaan luar biasa di dalam perancangan dan pelaksanaan (planning and execution) serta sabar - satu elemen penting bagi pemimpin di zaman edan hari ini.
Dan dua faktor paling penting dan strategik yang ada pada Azmin ialah

i. Pengalaman puluhan tahun bersama Dr Mahathir dan Anwar yang tidak ada pada pemimpin lain.
ii. Kedudukan beliau hari ini sebagai pemimpin utama parti selepas presiden dan menteri besar kepada sebuah negeri yang gagah dan berjaya.

Game is over for BN but...

Penyatuan Dr Mahathir - Anwar seharusnya menjadi berita paling baik bagi rakyat dan berita paling buruk bagi penghisap darah yang semakin rakus menyamun harta rakyat. "Game over" untuk Najib, Umno and Barisan Nasional (BN). Saya tahu kerana baru lebih setahun lalu saya bersama mereka dalam kedudukan yang amat strategik untuk mengetahui apa yang ada di dalam kem Najib itu sendiri sehingga ke hari ini.

"It's game over for Umno-BN. It's in the hand of the opposition now but it's only the opposition themselves to lose it". Inilah maudu' utama tulisan saya ini. Hati-hati dengan musuh di dalam diri kita sendiri. Perasaan iri sesama pejuang, saling tidak percaya, saling adu domba dan menjatuhkan sesama sendiri. Ini yang akan menggagalkan kita, bukan BN kerana BN sendiri sudah gagal.

Maka, garapkan semua kekuatan yang ada dan buang elemen yang merosakkan. Manfaatkan gabungan Dr Mahathir - Anwar, beri kepercayaan kepada Azmin atas faktor strategik yang beliau miliki pada momen ini dan tentunya elemen lain pada tokoh lain yang semuanya perlu digarap dalam mencapai misi menjatuhkan rejim korup kleptokrasi ini.

Sikap 'humility', tawaduk, tahu diri, perlu dipertahankan dalam diri setiap pejuang di saat kejayaan semakin hampir. 'Humility' adalah perkataan paling kerap daripada Anwar sejak saya kenal beliau.
Di saat ini, perlu diperbanyakkan peringatan ini kerana di saat sokongan dan populariti memuncak, semakin hilang dan pudar 'humility'. Kita menjadi terlalu yakin sehingga perkataan dan tindakan kita menghampiri sikap bongkak, memperlekeh jasa dan peranan orang lain, memasang agenda sendiri yang akhirnya akan merosakkan agenda besar perjuangan.

Ingatlah, sehebat mana pun ledakan sokongan ketika ini, hakikatnya setelah hampir 20 tahun perjuangan reformasi dimulakan, langkahnya belum pernah sampai ke Putrajaya. Pastinya ada langkah yang sumbang sebelum ini. Perhalusi langkah itu dan langkah ke depan dengan jiwa penuh 'humility' bukan dengan rasa gah dan obsesi jawatan dan kedudukan.

Tentunya nukilan amat sederhana daripada saya ini mengundang pelbagai reaksi. Tidak mengapa, saya sudah lali dengan kecaman.

Saya tidak berparti dan tidak mempunai kepentingan politik. Saya hanya mahu melihat perjalanan panjang ini sampai ke destinasinya kali ini.

Negara semakin nazak. Rakyat menderita kepayahan hidup saban hari. Misi ini tidak boleh gagal. Gagal bukan lagi satu pilihan. Demi rakyat dan negara tercinta.

* Mohamad Ezam Mohd Nor adalah bekas tahanan ISA dan OSA 2001 dan 2003.
Sumber: http://detikoffline.blogspot.my/…/mahathir-anwar-dan-faktor…

Khamis, 13 Julai 2017

HISHAMUDDIN CUBA MENAKUTKAN RAKYAT DENGAN PENGGANAS TETAPI BAGAIMANA DENGAN ROMPAKAN HARTA NEGARA ?

KATA Hishamuddin, " Agenda Umno lebih besar berbanding daripada melawan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata agenda utama Umno sebagai parti pemerintah pada masa ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada pengganas.

"Rafizi bukan agenda kita, Wan Azizah, Azmin Ali bukan musuh kita. Agenda Daesh (IS) lagi berat."
(MKini).

Itulah hujah Naib Presiden Umno itu bagi mengajak rakyat untuk terus menyokong Umno/Bn. Menurut beliau lagi, hanya Umno/Bn sahaja yg boleh diharapkan untuk menjaga keselamatan negara kerana kerajaan Umno/Bn ada trek rekod, manakala Pakatan pembangkang tidak boleh diharapkan.

Apa trek rekod terbaik Umno/Bn di dalam soal keselamatan? Isu rampasan senjata di dalam kem tentera dulu? Isu Al-Maunah di Bukit Jenalik sehingga mengorbankan anggota keselamatan? Kecurian injin pesawat TUDM? Radar dibawa lari dari pelabuhan? Kes2 penculikan di perairan Sabah sehingga melibatkan rakyat, pelancung dan anggota keselamatan sendiri? Pencerobohan pengganas di Lahad Datu sehingga berhari2 bertempur dan mengorbankan juga anggota keselamatan? Kemasukan pendatang asing di luar kawalan sehingga memenuhi bandaraya besar seperti KL dan JB? Adakah ini trek rekod terbaik yang dimaksudkan oleh Hishamuddin?

Hishamuddin harus sedar, ancaman yang dialami oleh negara kita sekarang bukannya datang dari pengganas atau pelampau (IS), tetapi oleh perompak harta negara terutamanya oleh MO1 . Hishamuddin seharusnya mencari dan memburu MO1 ini dan jika beliau tidak kenal siapa MO1, beliau boleh bertanya kepada Rahman Dahlan. Tetapi, sekiranya beliau sendiri pun diberi dedak dan dilantik oleh MO1 untuk jadi menteri tugas2 khas, usah sembang banyak tentang keselamatan negara.

Tidak usah berhujah seperti orang bodoh apabila mahu membandingkan Umno/Bn sebagai kerajaan dengan Pakatan pembangkang yang tidak pernah menjadi kerajaan pusat. Membandingkan kelajuan kereta anda dengan orang yang tiada kereta lagi, itu perbuatan bodoh lagi memperbodohkan.

Dulu, Umno kata rakyat harus kekalkan kerajaan Umno/Bn di Selangor kerana trek rekod yang terbaik, kononnya. Begitu juga di P.Pinang mereka kata di bawah pimpinan Gerakan, rakyat hidup baik dan selesa. Tetapi, apabila rakyat di kedua2 negeri tersebut mahu lakukan perubahan, terbukti kedua2 negeri tersebut jauh berbeza hebat dan baiknya dari zaman Umno/Bn.

Maka, jika rakyat mahu tahu beza di antara Umno/Bn memerintah Putrajaya dengan Pakatan Harapan yang memerintah, sila buat pilihan untuk mengangkat PH di dalam PRU14 akan datang. Jika tiada perbezaan atau bertambah teruk, sila jatuhkan kami (PH) di dalam PRU selepasnya.

Isnin, 10 Julai 2017

ISU JOGET DI KELANTAN JADI ISU KERANA PUAK KAMU HANYA TAHU CARI SALAH DI NEGERI ORANG



Isu betina berjoget dikhalayak ramai di serambi mekah;

Jawapan mereka, itu bukan anjuran kerajaan negeri. Ertinya, kalau bukan anjuran kjaan negeri maka majlis yg dilarang dizaman Arwah Tok Guru Nik Aziz dulu boleh dibuatkah?

Jawapan mereka lagi, majlis joget tu tidak dibuat permohonan dan kjaan negeri tak keluarkan kelulusan atau permit. Ertinya, kalau tidak dibuat permohonan, maka majlis itu bebas dilakukan?



Jawapan mereka lagi, kerajaan negeri tidak tahu menahu tentang majlis joget tersebut. Maksudnya, di kampong tersebut tiada ketua kampong, tiada tok penghulu, tiada Imam, bilal atau AJK Masjid, tiada ahli majlis tempatan yg dilantik oleh kjaan negeri. Mungkin majlis tersebut di buat di tengah2 hutan belantara kot.

Jawapan mereka lagi, kjaan negeri akan dakwa mereka sepertimana Kajol dikir barat pernah didakwa. Ertinya, kjaan negeri sengaja biarkan joget itu berlangsung sehingga selesai untuk mendapatkan duit denda. Mana Nahi mungkar?





Jawapan mereka lagi, ohh..itu rumah orang kenduri, dia yang jemput penari2 tu.  Takkan nak kenduri pun kena mohon permit?  Kenapa salahkan kerajaan negeri?  Ada sesiapa pertikai soal kenduri?  Orang tanya isu joget dan hiburan di situ?  Tidakkah ianya melanggar undang2 kerajaan negeri?  Adakah undang2 itu tidak terpakai jika berselindung di sebalik majlis kenduri?  Apa akan jadi akan ada kenduri kahwin disertakan dengan judi laga ayam?

Jawapan mereka lagi, alahhh...kecuh kat Serambi mekah je. Negeri2 lain buat juga, kenapa tak kecuh? Ertinya, Serambi Mekah selepas era Arwah Tok Guru adalah sama dengan negeri2 lain.

Punyalah susah nak mengaku salah.  Lain kali jangan nampak nyamuk di seberang, gajah depan mata jenuh nak cover....

Khamis, 22 Jun 2017

JANGAN MALAS UNTUK BERJUANG !!

Siapakah yg paling merasa nikmat bila berbuka puasa? Sudah tentu orang yg berpuasa. Orang yang tidak berpuasa, mereka tetap makan dan kadangkala nampak lebih lapar dari orang berpuasa, namun tiada rasai kenikmatan buat mereka.

Begitu juga dalam perjuangan politik ini. Apabila kita bekerja tanpa mengira penat lelah dan wang ringgit, saat paling bahagia, nikmat dan kepuasan adalah bila kita berjaya. Ada di antara kita yg tidak berjuang malah tidak ambil tahu pun tentang politik, apabila kita berjaya merampas satu2 negeri dari Umno/Bn, mereka juga menumpang kebahagian dan keselesaan hasil dari perjuangan orang lain. Adakah mereka ini merasa nikmat mengecapi hasil kejayaan dari orang yg telah banyak berkorban untuk mencapai kemenangan tersebut?

Maka, marilah kita sama2 turun berjuang untuk melakukan perubahan agar kita tidak malu nanti apabila dilihat menjadi penumpang di atas perjuangan orang lain.

Sabtu, 17 Jun 2017

TUMPUKAN BEBAS ANWAR BUKAN SIBUK SEDIAKAN KERUSI PM UNTUK ANWAR !!

AKU nak ingatkan pimpinan dan diri sendiri juga, agenda utama kita bukan untuk letak Anwar di Kerusi PM. Agenda utama kita adalah bebaskan Anwar kerana Anwar tidak bersalah dan kebebasan itu lebih berharga dari kedudukan dan jawatan.

Kalau kita meletakkan agenda utama adalah Kerusi PM untuk Anwar, kita akan memilih jalan sukar dan asyik berselisih pendapat dan akhirnya kita lupa Anwar belum dibebaskan.

"BEBAS ANWAR, BEBAS RAKYAT"
"LAWAN TETAP LAWAN"
"REFORMASI"

Isnin, 12 Jun 2017

SEKALI LAGI PARA PENEROKA DIUJI DENGAN DUIT !!

KITA dlm PH selalu ingatkan para Peneroka bahawa Felda semakin tenat, isu FGV semakin kritikal. Tapi, masih ramai warga Felda tidak percaya dan anggap ini semua fitnah Pembangkang walaupun mereka sedar keadaan hidup mereka semakin susah dan hutang bertambah.

Terbaru, apabila Najib sendiri bgtahu FGV mesti selesaikan isu dan skandal terbesar yg dialami oleh FGV, maka erbukti dakwaan kita memang tepat. Para Peneroka dah mula sangsi dgn Najib, Umno/Bn yg selama ini menipu mereka dgn janji2 bulan dan bintang.

Tapi, Najib tahu nak mengubati kesangsian para Peneroka. berkenaan. Maka, diumumkan bonus dan duit raya untuk para Peneroka. Sekali lagi, para peneroka akan diuji maruah mereka. Apakah mereka masih memiliki maruah yg akan dipertahankan demi masa hadapan anak cucu mereka atau tunggu bonus dan duit raya? Kalau ada sedikit kecerdikan, silalah ambil hak kamu iaitu bonus dan duit raya itu, tetapi maruah tetap dipelihara. Tolak Umno/Bn !!

Rabu, 7 Jun 2017

HUJAH UNDI PAS ITU SAMA DENGAN MENGUNDI UMNO

MEMBERI UNDI KEPADA PAS ADALAH MEMBERI UNDI KEPADA UMNO/BN..!!

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Negara perlukan ‘pemandu baru’, PAS sedia ganti BN.

Pas dengan gagasan Budaya Politik Matang Sejahtera mendabik dada kononnya telah bersedia untuk mengganti BN.

Menurutnya, PAS bekerja keras bagi mencapai kemenangan setiap kerusi yang dipertandingkan.

Tuan Ibrahim, dalam pengakuannya sendiri pernah sebut, bahawa realiti politik di Malaysia, tidak ada satu parti yang boleh bersendirian. Umno sahaja tidak boleh memerintah negara. Pas sahaja tidak boleh memerintah, DAP sahaja tidak boleh memerintah...

Hj Hadi akan jadi drebar baru menggantikan Najib

Jadi bagaimana Pas mahu jatuhkan BN dan perintah negara kalau Pas bersendirian dan tidak mahu bersama dengan parti-parti lain yang telah bergabung mahu menumbangkan BN?

Oh! Senanglah itu! Kata Tuan Ibrahim lalu beliau berhujah dengan teori 'minor controls the majority!'

Kata Tuan Ibrahim, " Kalau Pas dapat 20 kerusi Parlimen, Ketika itu kalau kita (Pas) sokong Pakatan Harapan, Pakatan Harapan akan memerintah.

" Kalau kita sokong BN, BN akan memerintah. Kerusi Pas pada ketika itu mahal..."

Teringat akan hujah balas Saifuddin Nasution Ismail yang berkata, parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Katakanlah BN dapat 100 kerusi, Pakatan Harapan juga dapat 100 kerusi dan yang selebihnya dimenangi oleh Pas...

"Pas memusuhi DAP, Pas memusuhi PKR, Pas memusuhi Amanah ... tuan-tuan ingat Pas akan memihak kepada Pakatan Harapan atau BN?" Tanya Saifudin kepada kita semua...

Sudah tentu Pas akan memihak kepada BN dan BN akan terus kekal perintah Malaysia! Orang-orang Pas jangan mimpilah kononnya Hj Hadi akan jadi drebar baru menggantikan Najib!

Yang terkini, Nasruddin Tantawi mengumumkan Pas akan bertanding hingga meningkat 100 kerusi! Sasaran menang Pas tetap istiqamah 40 kerusi.

Bermakna, 60 kerusi lagi tu, Pas memang tahu mereka akan kalah! Tapi mahu bertanding banyak kerusi kerana bertujuan untuk memecahkan undi pembangkang dan memberikan kelebihan kepada BN.

Untuk rekod, pada PRU 13 Pas bertanding 73 kerusi dan hanya menang 21 kerusi saja. Jangan lupa kemenangan 21 kerusi itu pun kerana dibantu oleh Pakatan Rakyat....

Ini bermakna, memberi undi kepada Pas, adalah seperti memberi undi kepada Umno/BN!

Tadbir Urus Kerajaan Islam Pas tidak efisen

Kemudian Tuan Ibrahim kata persoalan-persoalan seperti kebajikan, kebersihan, keselamatan pekerja, pembelaan golongan tertindas, tadbir urus kerajaan, sistem kenegaraan sebagai medan dakwah yang sangat luas.

Tuan Inrahim bercakap seolah-olah rakyat tidak nampak dan menyedari kegagalan urus tadbir kerajaan Pas di Kelantan.

Apabila orang ramai merungut kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan PBT mengenai pengurusan sampah yang tidak dikutip, mereka diherdik dengan kata-kata yang angkuh.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar dengan sombong telah membidas dan mengancam mereka dengan kata-kata berikut :

"Seluas-luas Kota Bharu ni dio napok sapoh. Tidok ko gong eh? Sebesar-besar Kota Bharu sapoh hok dio napok"

"Hok jenis lagu nilah, ada akai tak pakai, mata tak sih tengok barang molek, telinga tak ngerti dengo barang baguih...maka tuhan kata, masuk neraka!
Pas gagal membela malah menindas rakyatnya

Kerajaan Kelantan masih gagal membela kebajikan mangsa-mangsa banjir yang lalu. Ramai yang masih tidak berumah dan tinggal dalam pondok usang dan khemah-khemah.

Kerajaan Pas juga dikatakan menindas kehidupan orang asli dengan membenarkan pembalakan haram menceroboh kawasan-kawasan penempatan mereka.

Husam Musa pernah mendedahkan mngenai tunggakan caruman guru-guru YIK yang berjumlah RM 14.6 juta hingga menimbulkan pelbagai kerumitan kepada pencarum/peminjam dan semakin makin parah kerana tunggakan makin hari makin besar.

Husam juga turut mendedahkan, 61 orang guru ini telah pun bersara tetapi gagal menikmati kemudahan atas caruman mereka kerana tunggakan itu. Itu belum lagi melibatkan jawatan tetap dan berpencen yang menyebabkan kebajikan guru tidak dapat dipenuhi.

Beriya benar Tuan Ibrahim mencadangkan 'kerajaan teknokrat' tetapi kenapa Pas tidak jadikan Kelantan sebagai model kerajaan teknorat? Lantik Exco ugama pun yang tidak cukup kelayakan.

Kerajaan Pas Kelantan mengakui telah melakukan kesilapan dalam perjanjian projek pembangunan Lembah Sireh sehingga menyebabkan tujuh projek yang dijanjikan syarikat pemaju Liziz Standanco Sdn. Bhd. tidak dilaksanakan. Baca di sini > https://m.utusan.com.my/…/lembah-sireh-kerajaan-pas-kelanta…

Terbukti Pas telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan tidak perlu memberikan mandat baru kepada Pas untuk terus mentasbir Kelantan.

Apa yang rakyat Kelantan perlu ingat ialah : Memberi undi kepada Pas, adalah seperti memberi undi kepada Umno/BN! Berilah undi tuan-tuan kepada HARAPAN./C&P

Isnin, 5 Jun 2017

PAS TIADA CITA-CITA KE PUTRAJAYA, MALAH REDHA UMNO TERUS BERKUASA

PJ Pas Pahang umumkan akan bertanding di 30 buah Kerusi Dun di Pahang. Ertinya, kalau Pas menang semua Kerusi Dun di Pahang, maka Pas akan mentadbir Pahang. Berbeza dengan Pas Pusat yg hanya mahu menang 40 Kerusi Parlimen dari 100 Kerusi Parlimen yg mahu ditandinginya. Dengan kata lain, di Putrajaya, Pas memang tidak mahu jadi kerajaan.

Pakatan Harapan Pahang pula akan meletakkan semua calon di semua Kerusi Dun dan Parlimen di Pahang hatta di kawasan Najb di Pekan. Di seluruh Malaysia juga, Pakatan Harapan akan metakkan calon2 mereka. Ertinya, kami serius untuk merampas Pahang dari rejim Umno/Bn begitu juga di Pusat. Pahang kami mahu, Putrajaya pun kami mahu.

Pakatan Harapan telah berusaha untuk menetapkan satu lawan satu dengan Umno/Bn di semua kawasan, namun ada parti yang mahu bergerak sendiri tetapi tidak mahu jadi kerajaan bagi melaksanakan agenda mereka.

Rakyat akhirnya akan faham, pihak manakah yang benar2 serius untuk menukar sistem bobrok dan kleptokrasi yang ada sekarang.

Sabtu, 27 Mei 2017

MAZHAB TENTANG JAWATAN EXCO

Istana dah keluarkan kenyataan untuk menyokong para2 lebai tok duduk di Kerusi Exco lagi atas nasihat MB yg baik hati.

Orang tanya tok, dalam Islam, sekiranya bertembung dua perkara, hukum Islam berupa fatwa Majlis Syura olamak dengan kenyataan Istana, mana satu mahu dipakai?
 

Tok jawab, ada khilaf tentang isu ini tapi khilaf ini hanya sah di Selangor saja. Khilaf atau pendapat pertama, wajib patuhi fatwa olamak kerana mereka pewaris Nabi. Pendapat ini jumhur ulamak.

Khilaf atau pendapat kedua, wajib patuh Istana selagi mana ianya melibatkan jawatan, gaji dan elaun untuk anak bini kita kerana itu juga rezeki yang tidak boleh kita tolak. Pendapat ini ada dalam mazhab Syeikh Al Hadi Al Marangi dalam Kitab
" Bahallol Tahallul Siyasi Al Fulusi" Jilid 8.

Maka, para olamak Exco tok memilih mazhab kedua. Salahkah kita berbeza mazhab?
 
Sumber: Tok Usin UG Ceroi

Jumaat, 26 Mei 2017

JANGAN PELIHARA PARASIT DAN EJEN UMNO DALAM KERAJAAN NEGERI

DULU, Dr Hassan Jati pernah popularkan perkataan "parasit" bila beliau mendakwa dlm Pas ada parasit2 dan mesti dihapuskan.

Waktu itu, aku tak faham apa itu "parasit'. Tetapi bila terjadi dlm kjaan negeri Sgor, baru aku nampak dan faham apa itu "parasit".

Aku bimbang kehebatan Sgor akan dirosakkan oleh tiga ekor parasit ini. Tahukah kita parasit2 itu juga ejen umno dlm kjaan negeri? Bukankah partinya terang2 mahu umno kekal memerintah, dan kita pelihara orang2 ini? Bayangkan kita pelihara parasit dlm mesyuarat kjaan negeri. Tidak masuk akal. Dlm isu ini, aku mengaku tewas dan tak mampu nak pertahan hubungan terlarang serta tidak berprinsip ini.

Selasa, 23 Mei 2017

KONGRES KEADILAN SUDAH TENTU ANGKAT ANWAR, BUKAN KU LI

UTUSAN meloya hari ini melaporkan kononnya PH bermasalah mahu cari siapa PM yg bakal menggantikan "MO1".

Utusan mnjadikan gambar di Kongres Keadilan Nasional di Shah Alam baru2 ini di mana tiga pmimpin parti dari empat parti dlm PH yg mengangkat plakad "Anwar PM ke 7", manakala Tun M tidak memegang plakad kerana sdg merakam video melalui hensetnya, muhyiddin hanya tersenyum sambil menepuk tangan tetapi kedua2 pmimpin Bersatu ini tetap berdiri bersama pimpinan lain.

Adakah Utusan ingat Kongres Keadilan pada hari itu adalah untuk menentukan siapa PM? Seperrimana yg Anwar sendiri pernah sebut bahawa PM sekiranya PH ke Putrajaya akan ditentukan oleh sokongan majoriti di dlm PH dan ahli2 Parlimen. Tun M sendiri apabila ditanya oleh wartawan, beliau juga turut mnyatakan perkara yg sama.

Soal samada Bersatu ada calonnya tersendiri, itu hak parti berkenaan, asalkan apa yg Tun M sebut itu dihormati iaitu PM akan ditentukan oleh PH sendiri. Seandainya pada hari tersebut Tun M atau Muhyiddin pun mengangkat plakad, media pencacai akan main isu pula bahawa Bersatu terpaksa tunduk kpd Keadilan atau Keadilan menunggang rakan2 di dlm PH utk mnyokong Anwar sbg PM. Jelas pada hari tersebut, Keadilan tiada masalah dgn isu tersebut kerana di dalam PH tiada sesiapa boleh memaksa sesiapa agar mengikut apa yg Keadilan mahukan.

Peliknya, mengapa media pencacai tersebut tidak sensasikan gambar Tun M dan Muhyidin serta Mukhriz yg menandatangani kempen Bebaskan Anwar?

Aku tak pelik kalau Bersatu mahu pmimpin mereka menjadi PM, begitu juga jika Amanah mahu Mat Sabu menjadi PM. Aku pelik dulu sewaktu dalam PR, ada pihak dlm PR yg mahu Ku Li (umno) utk jadi PM sekiranya PR ke Putrajaya. Lagi jelas satu tindakan bodoh bila penat2 berjuang, bila menang lantik musuh jadi PM. Itu pelik.