RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 13 Oktober 2019

RAKYAT MALANG BILA KALI INI DAPAT PEMBANGKANG PEMALAS

Kita dulu lama jadi Pembangkang. Pembangkang terbaik dan bermutu yang pernah wujud di negara ini adalah ketika ianya dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Setiap kali kerajaan waktu itu membentangkan bajet atau belanjawan, sudah pasti Pembangkang juga telah bersedia dengan bajet alternatif mereka. Kita mampu menyediakan bajet alternatif adalah kerana kita selaku Pembangkang ketika itu memiliki pemimpin yang hebat dan berpengalaman seperti Anwar Ibrahim serta ramai pimpinan yang berkualiti seperti Rafizi Ramli, Tony Phua, Nurul Izzah dan ramai lagi termasuk tokoh-tokoh profesional di luar parti yang pro kepada kita bersedia untuk memerah otak masing-masing bagi menyaingi bajet pemerintah Umno/Bn waktu itu. Kita memiliki kualiti kepimpinan di semua peringkat.

Setelah kita berjaya menjatuhkan rejim kleptokrasi pada 09 Mei 2018 yang lalu, maka pembangkang juga turut bertukar. Umno/Bn telah bertukar menjadi Pembangkang, diikuti dengan parti lebai iaitu Pas. Apakah mereka memiliki kualiti seperti kita diwaktu Pembangkang dulu?

Kerajaan PH telah masuk kali kedua membentang Bajet di Parlimen. Pernah anda lihat bajet alternatif dari Pembangkang sekarang? Mengapa tiada, sedangkan Umno/Bn berpuluh tahun berpengalaman menyediakan bajet? Lebai tidak perlu diharapkan, mereka nak urus akaun tabung memali dan kewangan harakah pun gagal. Titik perpuluhan di antara ribu dan juta pun mereka selalu silap. Mereka hanya mahir mengira buah tasbih.

Sepatutnya Pembangkang juga turut menyediakan bajet alternatif. Rakyat boleh bandingkan nanti dan rakyat juga turut yakin bahawa Pembangkang juga berkebolehan. Malangnya, pembangkang sekarang pemalas. Mereka hanya tahu menyalak di dalam parlimen. Cari salah sikit di sana sini, kemudian kaitkan dengan isu perkauman dan agama.

Terbukti di dalam bajet yang dibentangkan semalam. Pembangkang masih kata tiada apa yang baru dan lebih baik di dalam bajet tersebut, sedangkan bajet alternatif mereka langsung tiada. Penyokong-penyokong mereka terutamanya para walaun, sewaktu bajet dibentangkan mereka melepak di warung teh main dam ular. Yang tua-tua saja menonton bajet, itu pun menunggu "part' menteri sebut BSH (Bantuan Sara Hudup) kot-kot dinaikkan lagi. Walaun pencen pula tidak henti-henti berdoa agar pencen dinaikkan walaupun tidak bekerja. Selesai bajet dibentangkan, para macai dan walaun ini sibuk edit sana sini untuk kelirukan orang ramai yang bodoh. Maka grup-grup whatsapp penuh dengan fitnah yang mereka cipta. Direka kononnya kerajaan PH beri peruntukan kepada kaum.Cina lebih banyak dari kaum Melayu. Diubahnya kandungan bajet kemudian diwar-warkan.

Itulah kualiti mereka. Mereka bukan sahaja bodoh tetapi pemalas. Apakah rakyat mahu angkat parti seperti ini mahu jadi kerajaan? Na'uzubillah

Sabtu, 12 Oktober 2019

BAJET - BIAR RAKYAT MAKAN SEDIKIT ASALKAN HALAL

Tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Itulah yg diamalkan di dalam Bajet kerajaan PH semalam. ATM memohon agar penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) diberikan elaun bulanan, namun atas sebab kekangan kewangan mungkin, maka hasrat itu tidak tercapai. Tetapi, penerima PJM tidak dipinggirkan terus, maka mereka akan mendapat hadiah "one off" sebanyak RM 500. Alhamdulillah.

Hasrat dari JPM (hal ehwal agama) adalah untuk menyerapkan guru2 KAFA ke dalam jawatan tetap seperti kakitangan awam di bawah JPA. Hasrat ini terbantut kerana kekangan di dalam polisi JPA yang perlu dikaji atau dibuat pindaan terlebih dahulu bagi merealisasikan hasrat murni berkenaan. Namun, adakah JPM akan membatalkan hasrat berkenaan? Jawapannya tidak. Ianya akan diteruskan sehingga berjaya. Walau bagaimanapun, kakitangan guru KAFA masih boleh menarik nafas sedikit apabila kerajaan menaikkan elaun mereka sebanyak RM 100. Ertinya, mereka masih mendapat bahagiannya melalui bajet ini.

Sebenarnya masih banyak lagi yang boleh diperkatakan melalui bajet kali ini yang pada saya lebih baik dari bajet tahun lepas. Sudah tentu berganda lebih baik dari bajet di era Umno/Bn. Kalau ditanya kepasa Umno dan Pas, tentunya mereka kata bajet kali ini tiada sesuatu yg baru dan besar. Pada mereka, bajet terbaik adalah menggula2kan rakyat untuk mendapat populariti dan rasuah sokongan dari rakyat. Di era mereka, suah tentu mereka boleh beri bulan dan bintang kepada rakyat kerana duit hasil rompakan menimbun2 banyaknya.

Kerajaan PH, walaupun di dalam keadaan terpaksa menanggung kesan hutang dari skandal 1MDB, namun masih mampu membela nasib rakyat. Kerajaan PH tidak rela menyumbat perut2 rakyat dari hasil yang haram. Biar rakyat makan sedikit asalkan halal.

PEMEGANG PINGAT PJM (PINGAT JASA MALAYSIA) DAPAT "ONE OFF" RM 500

Menteri Pertahanan, Mat Sabu sebelum ini mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan elaun bulanan kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan beliau berharap sekiranya keadaan kewangan negara mengizinkan, kerajaan mampu meluluskannya.

Sekurang2nya Mat Sabu bersuara untuk bekas-bekas tentera dan beliau menaruh harapan agar cadangannya itu diterima. Kerajaan dahulu, usahkan mahu beri, bersuara pun tidak. Itu bezanya.

Di dalam belanjawan hari ini, suara Mat Sabu telah didengari walaupun hasrat beliau untuk mendapatkan elaun bulanan tidak kesampaian kerana kedudukan kewangan negara belum mengizinkan lagi. Negara masih terkesan dengan bahana hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu dan kewangan negara yg ada kini harus diutamakan kpd semua golongan rakyat bawahan. Namun, kerajaan tidak menghampakan pemegang Pingat PJM ini maka kerajaan buat ketika ini akan memberi "One Off" berjumlah RM 500 kepada kumpulan ini. Ini tidak pernah berlaku di era kerajaan terdahulu. Ertinya, golongan pemegang pingat PJM tetap dihargai oleh kerajaan. Peruntukan untuk ATM juga telah ditambah untuk memperkasakan lagi ATM termasuk kuarters tentera.

Seperti biasa, macai pembangkang tetap menafikan usaha baik kerajaan ini. Apa yg Mat Sabu cadangkan dan harapkan tentang elaun kepada pemegang pingat PJM itu mereka anggap satu janji. Sedangkan seseorang menteri hanya boleh mencadangkan kpd kerajaan apa jua yg difikirkan baik, tetapi akhirnya pihak kementerian kewangan akan meneliti akan kemampuan kerajaan. Tidak guna kerajaan mahu dapat nama dan berikan semua yg menteri mahu tetapi akhirnya negara menanggung kesan kewangan dan rakyat juga akan menanggungnya. Pihak pembangkang tidak boleh nafikan bajet kali ini jauh lebih baik dari era Najib, namun mereka terpaksa juga menutup mata tidak mahu terima hakikat kerana keegoaan mereka.

Pemberian bonus RM 500 kpd kakitangan awam termasuk tentera dan pesara tentera sebanyak RM 250 juga dinikmati oleh bekas tentera yg tidak berpencen, satu rahmat kepada kita. Meskipun baru setahun lebih PH memerintah, namun kerajaan masih mampu memberikan sesuatu kepada warga tentera dan bekas tentera.

Semoga negara bertambah baik di masa akan datang dan hasrat Mat Sabu untuk memberikan elaun bulanan kepada pemegang Pingat PJM akan tercapai satu hari nanti.

KHAIRUDDIN 'OTAK UDANG' SENTAP?

Apa sahaja yang keluar dari mulut Anwar, sudah pasti bikin Khairuddin Abu Hassan sentap dan panas. Hidupnya tidak pernah tenang setelah gagal mendapat tempat di hati Tun M walaupun berpeluh ketiak otak udang ini mengipas Tun M sejak dulu lagi.

Gagal mendapat tempat di hati Tun M sewaktu PPBM ditubuhkan, beliau umpama polong tidak bertuan. Dulu, cuba untuk memikat Anwar apabila menghebahkan bahawa di dalam Umno, beliaulah pemimpin pertama dari Umno yang menyokong Anwar. Hajat dihati agar Anwar mempelawanya menyertai Keadilan, tapi ternyata Anwar kenal mamat otak udang ini sejak buku "50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" diterbttkan sekitar tahun 97/98 dulu. Penulis buku tersebut telah pun arwah dan meninggal di dalam keadaan 'muflis' apabila disaman oleh Anwar. Semoga Allah merahmatinya. Anwar bukan berotak udang sepertinya yang mudah dimakan bodek murahan dari Khairuddin. Memang patut pun rakyat tidak memilih otak udang ini menjadi salah seorang Adun di Melaka dalam PRU14 yang lalu walaupun beliau menggunaan simbol Keadilan mewakili PH.

Anwar menyatakan terdapat Tan Seri dan Datuk Seri yang membelasah duit berbilion ringgit dahulu, mereka ini cuba untuk menjadi hero dan ingin mendapat tempat. Apabila Anwar berkata sedemikian, tiba-tiba otak udang ini melompat macam beruk kena sawan. Kita semua tahu, apa yang Anwar sebut itu bukan baru, beliau menyebutnya sejak berpuluh tahun dahulu lagi. Anwar ulanginya kembali kerana ingin mengingatkan semua bahawa jika diri kamu itu kotor, dapat gelaran secara kotor dan jijik, maka tidak perlulah untuk menjadi hero kepada kerajaan PH yang menolak pemimpin sejijik itu. Mengapa si otak udang ini meroyan sakan? Berapa banyak lada yang beruk otak udang ini telan?

Khairuddin juga menggelarkan Anwar Ibrahim otak udang. Itu tidak mengapa kerana Anwar pernah digelar dengan bermacam-macam gelaran malah lebih teruk dari itu, tidak sedikit pun menjatuhkan imej beliau di mata dunia. Siapa Khairuddin pula? Beliau langsung tiada imej atau aura selain dari yang mengenalinya sebagai laki seorang pelakon lama yang suka menyalak menunjukkan kebodohannya. Paling tinggi kedudukan Khairuddin adalah bekas Ketua Bahagian parti keris telanjang tidak bersarung itu. Kali pertama bertanding di bawah PH pun tewas di Melaka. Hebat sangatkah jika mahu dibanding dengan Anwar bakal PM ke 8?

Kita biarkan untuk setahun saja lebih kurang otak udang ini menunjukkan kebodohannya. Di dalam jangka waktu singkat ini lah beliau harapkan Tun M memandangnya sebagai hero. Untuk menjadi hero di mata Tun M, Khairuddin rasa wajib menghentam Anwar, itu fikirnya. Mana tahu, di dalam tempuh sedikit masa Tun M menjadi PM ini akhirnya Khairuddin akan diangkat oleh Tun M bekerja di dalam kerajaan PH walaupun sebagai pencuci jamban di opis PM. Kita simpati dengannya.

Khamis, 10 Oktober 2019

Anwar Ibrahim dan perjuangan rakyat


Dalam *Tazkirah Nurul Anwar* (6/10/19), Anwar Ibrahim menceritakan *2 kisah yang menarik*. Ia dikaitkan dengan bangsa yang bermaruah dan gagah adalah bangsa yang mempunyai *roh perjuangan*.

Beliau menceritakan ketika di awal gerakan reformasi dahulu, beliau bertemu dengan seorang penjual bubur lambuk. Pertemuan singkat yang mencetuskan perbualan sekitar keluarga dan aktiviti rutin peniaga kecil Melayu. Apabila tercetusnya gerakan reformasi rakyat, setiap minggu peniaga ini tidak pernah gagal memberikan sumbangan bubur lambuknya. Walau sumbangannya kecil tapi hasratnya utk mengisi perut rakyat marhaen yang lapar dek kerana perjuangan, adalah bukti *roh perjuangan* bangsa terus subur.

Kisah yang kedua yang diceritakan adalah kisah penjual telur asin. Ia bermula dari lawatan kerja ketika DSAI sebagai TPM. Beliau melawat sebuah kampung di N. Sembilan. Ketika menziarahi rumah peniaga tersebut, DSAI melihat atap rumahnya yang rosak dengan keadaan yang uzur.

DSAI mengarahkan pegawainya mengambil tindakan. Diringkaskan cerita, atap rumah peniaga tersebut selesai dibaiki dengan jayanya.

Tak lama selepas itu, berlakulah peristiwa *'Black September'*. Apabila DSAI dipenjarakan, peniaga telur asin ini berasa terpanggil untuk menyatakan kebersamaan dalam menegakkan kebenaran dan memperjuangkan keadilan.

Beliau bersusah payah menaiki bas ke Kuala Lumpur. Sesampai di Pudu Raya, beliau mencari teksi untuk ke rumah DS Anwar Ibrahim di Bukit Damansara. Bagi memastikan tambang teksi tidak begitu tinggi, beliau terpaksa berbincang dengan seorang demi seorang pemandu teksi bagi mendapatkan harga tambang yang berpatutan.

Akhirnya beliau bertemu dengan seorang pemandu teksi yang simpati dengan kesungguhan peniaga telur asin ini, apabila mengetahui niat beliau. Pemandu teksi ini sanggup menghantarnya tanpa mengenakan tambang.

Apabila sampai rumah DS Anwar, peniaga telur asin ini bertemu dengan DS Wan Azizah. Beliau menyatakan rasa terhutang budinya atas keprihatinan dan pertolongan DS Anwar Ibrahim membaiki bumbung rumahnya.

DS Wan Azizah menyatakan, beliau tidak pasti samada telur asin itu boleh disampaikan kepada DS Anwar.

Itulah dua kisah yang diceritakan dalam tazkirah Nurul Anwar malam tadi. Kisah yang menyentuh hati, yang melahirkan keinsafan peri pentingnya *bangsa yang bebas dan merdeka dalam menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran.*

Inilah intisari ayat al-Quran dari *Surah Ali Imran ayat 110* yang menyentuh berkaitan Umat terbaik yang dicirikan dengan aqidah dan *roh perjuangan* yang luhur.

والله أعلم
Salam hormat,
Cikgu Amidi.

MENJELANG PRK TG PIAI - TUN M SILAP BESAR?

Kesilapan besar Tun M adalah apabila terperangkap dgn isu perkauman Melayu. Menjelang PRK Tg Piai, Tun M boleh hadir dlm Kongres Maruah Melayu. Apakah beliau harapkan sokongan majoriti Melayu di Tg Piai kpd calon partinya iaitu calon Bersatu? Saya khuatir, calon Bersatu bukan sahaja akan hilang undi dari kaum Melayu yg rata-ratanya adalah penyokong umno dan Pas, tetapi akan kehilangan undi kaum Cina yg berjumlah sekitar 40% di Tg Piai kerana kaum Cina tidak selesa bila Tun M mula memasuki perangkap perkauman musuh.

KONGRES MARUAH MELAYU DISERTAI PARTI YANG 60 TAHUN MEROSAKKAN MARUAH MELAYU?

Adakah baru sekarang baru tersedar tentang maruah Melayu? Nak pulihkan maruah Melayu perlu buat Kongres Maruah Melayu dan ajak sekali parti yang bertanggungjawab selama lebih 60 tahun melingkupkan Melayu itu?

Kami dari KEADILAN sebenarnya telah lama berjuang untuk kembalikan maruah Melayu. Awal lagi kami telah adakan program Jelajah Melayu Bermaruah di setiap negeri, waktu itu Tun M masih berada di dalam kelambu Umno. Ketika itu lagi kami sedar maruah Melayu perlu ditingkatkan dengan mengajak masyarakat Melayu bangkit dan berani menentang rasuah, kronisme dan nepotisme. Kami percaya selagi umat Melayu dan Islam masih menyokong rasuah dan kezalimab, selagi itulah Melayu akan dipandang hina dan mudah dijual beli.

Apabila PH berjaya menjatuhkan rejim kleptokrasi, sepatutnya inilah peluang terbaik untuk PH membina imej Melayu yang baik tanpa menjejaskan kepentingan kaum lain. Apabila Tun M akui kerajaan sekarang 'kurang kemelayuannya", secara tidak langsung Tun M mengakui kelemahannya sebagai pemimpin Melayu yang kita angkat sebagai PM. Beliau juga mengakui partinya yang diharapkan untuk menggantikan parti Melayu Umno itu telah gagal.

Mengapa gagal? Pada saya, Tun M tidak akan mampu meningkat maruah Melayu jika beliau sendiri selaku PM gagal mematuhi banyak perkara di dalam prinsip PH. Kerajaan sekarang tidak akan dapat membantu meningkatkan maruah Melayu selagi Tun M terbawa-bawa stail kepimpinannya sewaktu beliau memimpin Umno. Atas kegagalan itulah, Tun M terpaksa menggunakan Kongres Maruah Melayu pagi tadi bagi melindungi kegagalannya. Sepanjang ucapannya, beliau banyak mengulang-ulang benda yang sama untuk menyalahkan Melayu.

Tiada pilihan lain, sekiranya Tun M merasa beliau gagal untuk membantu meningkat maruah Melayu, beliau harus memberikan ruang kepada penggantinya. Kami yakin, maruah Melayu hanya boleh terbela dengan kepimpinan yang benar-benar merasai denyut nadi orang-orang Melayu. Orang itu adalah Anwar Ibrahim, seorang tokoh yang hebat semangat Melayunya semenjak muda dan tidak lekang hingga kini. Kita boleh ikuti sejarah perjuangannya semenjak bergelar mahasiswa lagi.

Anwar bukan sahaja diterima oleh masyarakat Melayu, bahkan beliau adalah harapan semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak. Beliau tidak pernah bertolak ansur di dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan Raja-Raja dan Melayu, apatah lagi melibatkan kepentingan Islam.

Tun M masih ada setahun sahaja lagi untuk buktikan beliau benar-benar serius untuk kembalikan maruah Melayu sebelum perjuangan ini dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Rabu, 9 Oktober 2019

BUKTI PH ITU BARUA DAP TERBUKTI DI TG PIAI BILA PH LETAK CALON MELAYU DARI BERSATU?

Sebelum ni puak lebai dan umno mendendangkan lagu melayu...islam..melayu...
islam..penyatuan ummah...beli barangan islam dulu..bla..bla..bla...kemudian mereka tuduh PH ni barua Dap dan PH ni dikawal oleh Dap.

Tiba2 Allah uji dengan PRK Tg Piai. Irama melayu islam tiba2 jadi slow. Sebab apa? Sebab di Tg Piai itu ramai pengundi Cina. MCA pula menuntut jadi calon di situ sebab itu Kerusi tradisi mereka. Tiba2 lebai kata mereka sokong MCA. Maklumlah, lebai tahu parti mereka tak terdaya nak bertanding di situ. Unno pula masih cuba nak ejas untuk bertanding di situ. Huru hara nampaknya gabungan mereka. Lebai pun hilang taring dan terpaksa akur dengan calon Cina MCA.

Betulkah PH ini barua dan dikawal Dap? Kalau betul, mengapa PH letak calon Melayu dari Bersatu untuk bertanding di Tg Piai? Bukankah di situ ramai pengundi kaum Cina? Mengapa Dap tak kawal PH untuk calon Dap bertanding?

Itulah buktinya tuduhan macai dan walaun bahawa PH ini dikawal oleh Dap itu adalah satu tuduhan bangang. Sebaliknya, hujah kita bahawa lebai ini lidahnya berbelit2 itu tepat. Undi kapir sudah halal hukumnya walaupun ada calon Melayu Islam bertanding. Berbeza dengan hukum di PRK Cameron Highland dulu bila lebai kata wajib undi calon melayu Islam dari Umno, dan jangan undi calon kapir iaitu seorang kaum India dari Dap.

Mudahkan jual agama? Itulah lebai.

Khamis, 3 Oktober 2019

KHAIRUDDIN PATUT TERIMA HAKIKAT BELIAU TIDAK ADA NILAI PADA SESIAPA

Saya telah membaca kenyataan Khairuddin Abu Hassan yang tidak pernah jemu memperlekeh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal PM ke 8. Beliau juga tidak pernah jemu membodek Tun M walaupun beliau sedar Tun M tidak pernah peduli kepada beliau.

Khairuddin kita tahu beliau tidak berada di dalam Bersatu kerana Bersatu pun kenal standard beliau. Beliau cuba untuk bersama Ezam, tetapi beliau sedar dirinya yang tiada harga itu bertambah jatuh nilainya jika bersama Ezam. Beliau diberi ihsan untuk bertanding di Melaka, itu pun atas ihsan Amanah, dan beliau tewas. Selepas itu, beliau umpama hantu tidak bertuan. Amanah pun tidak peduli kepadanya, jauh sekali Bersatu mahu pungut manusia otak udang sepertinya.

Beliau kata, kita kena terima hakikat jika Anwar tidak menjadi PM ke 8. Beliau tidak tahu sejarah perjuangan reformasi yang tidak pernah kenal erti menyerah. Pejuang-pejuang reformasi tulen kental dengan prinsip dan tidak pernah kenal erti kecewa, di dalam masa yang sama kami tidak pernah melawan takdir Illahi. Kami beriman dengan ketentuanNya.

Pernahkah kami kecewa dan berhenti berjuang berpuluh tahun walaupun kami gagal di dalam PRU dan Anwar tidak dapat kami angkat sebagai PM sebelum ini? Tidak. Kami beriman dengan ketentuan Allah. Kami terus berusaha dan akhirnya Umno parti Khairuddin dulu bungkus di dalam PRU14. Itu juga ketentuan Allah.

Khairuddin juga wajar terima hakikat bahawa Tun M hanya menjadi PM sekitar dua tahun sahaja dan beliau terikat dengan persefahaman di dalam PH. Jangan nanti bila Tun M serah jawatan kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan, Khairuddin tidak boleh terima hakikat dan bertindak membunuh diri pula.

Kami pendokong reformasi tetap berpegang kepada janji. Atas janji itulah juga Kak Wan menolak peluang untuk menjadi PM walaupun peluang terbuka luas ketika Kak Wan selaku Presiden Keadilan waktu itu mengadap Agong sejurus PH menang di dalam PRU14 yang lalu. Jika Kak Wan boleh berpegang kepada janji, adakah Khairuddin fikir Tun M juga otaknya seperti beliau?

UMNO DULU SEKAT MASUK UNIVERSITI, PH BUKA SELUASNYA, TAPI LEBAI TETAP KATA UMNO LEBIH BAIK



Cuba jwb dgn jujur, zaman umno jadi kerajaan dulu, dpt tak parti lebai masuk universiti utk jual agama? Kirim salam ok. Usahkan universiti, sekolah tadika pun lebai diharamkan masuk. Nak mengajar di masjid2 pun tak dapat.

Alhamdulillah, di bwh kjaan PH, lebai bebas keluar masuk universiti jual agama. Di masjid2, usah ceritalah, tegang2 urat lebai maki hamun kerajaan.

Di dalam keadaan begitu, cuba tanya lebai, mana lebih baik di zaman Umno jadi kerajaan atau di bwh setahun lebih PH jadi kerajaan? Berani potong jari, lebai tetap akan kata kekasih dan buah hatinya sekarang iaitu Umno lebih suci lagi menyucikan itu lebih baik dan syarie. Berilah royalti minyak banyak mana pun kat negeri lebai perintah, lebai tetap akan puji dan puja umno jugak.

Itulah lebai. Lebai ni, demi kepentingan perut dan partinya, mereka bila2 masa boleh tukar hukum Tuhan, bila2 masa boleh berkawan dgn syaitan dan bila2 masa boleh bermusuh dengan para Malaikat. Apa yang penting bagi mereka, rakyat dan umat mesti ditipu dan dipengaruhi agar mereka akan taksub dengan lebai dan akan sanggup minum air kaki lebai utk masuk syurga, kononnya.

Isnin, 30 September 2019

SERAH JAWATAN PM, TUN M TIDAK PERLU FOBIA DENGAN KISAH LAMPAU




Tun M merasa agak gusar apabila menjawab persoalan tentang penyerahan jawatannya selaku PM kepada Anwar sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto PH dan muafakat Majlis Presiden PH sebelum PRU14 yang lalu.

Tun M menyatakan tiada jaminan pimpinan selepas beliau akan lebih baik darinya. Beliau mungkin fobia dengan peristiwa lalu bila beliau menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Banyak agenda yang beliau rancang gagal diteruskan oleh Pak Lah, malah negara bertambah teruk apabila Najib mengambil alih pemerintahan. Tidak salah kalau Tun M merasa begitu fobia sekarang.

Namun kita harus terima hakikat bahawa apa jua perasaan Tun M sekarang, janji dan persefahaman di dalam PH dan kepada rakyat wajib ditunaikan. Kalau mahu bercerita tentang rasa gusar dan fobia, kami juga gusar dan fobia apabila PH mengambil keputusan untuk menamakan Tun M sebagai bakal PM sekiranya PH berjaya menawan Putrajaya. Kami wajib merasa gusar dan bimbang kerana kami kenal Tun M bukan baru dan kami pernah menentang Tun M, bahkan reformasi tercetus ketika pemerintahan beliau.

Namun, kami berfikiran positif dan mengambil kira pandangan Anwar bahawa kita harus beri ruang untuk Tun M membuktikan bahawa beliau benar-benar telah berubah. Beliau keluar dari Umno/Bn merupakan perubahan dan tindakan awal serta hijrah yang baik dan perlu kita sokong. Maka, kami tidak lagi berwasangka buruk dan fobia dengan Tun M.

Tun M tidak boleh menyamakan kisah penyerahan jawatannya kepada Pak Lah. Itu peristiwa yang hanya berlaku di dalam Umno, pemimpin bertukar tetapi dasar dan sikap Umno tetap sama. Ibarat satu kumpulan perompak yang menukar ketua saja.
Penyerahan jawatan Tun M kepada Anwar di dalam tempuh dua tahun ini jauh berbeza dengan era beliau di dalam Umno dahulu. Bahkan, kami berpendapat kunci reformasi sebenar terletak di tangan Anwar kerana beliau pelopornya.

Jangan samakan Anwar dengan Pak Lah, jauh sekali dengan Najib. Benar, tiada sesiapa pun boleh beri jaminan bagaimana keadaan negara di masa akan datang, itu semua di bawah ilmu Allah.

Apa yang kami harapkan dari Tun M sewaktu kami bersetuju menerima Tun M sebagai PM ke 7, itu pun banyak tidak kesampaian. Di luar kuasa kami untuk menjamin Tun M akan mampu melaksanakan kesemuanya. Bahkan, tiada jaminan sekiranya Tun M kekal sebagai PM sehingga PRU15 kita akan menang. Apa jaminannya?