Isnin, 18 Mei 2009

`KIPAS LIPAS' SYED ALI ALHABSHEE


Datuk Wira Syed Ali Alhabshee satu nama yang senonim dengan `kumpulan kipas ligat'di dalam Umno. Pada mulanya selepas beliau yang dikenali di antara orang yang begitu kuat mendesak Pak Lah meletak jawatan, saya jangkakan sudah tentu beliau di antara mereka yang terpilih di dalam kabinet baru Najib. Malangnya nama Mej Jen (B) Jamil Khir dan beberapa orang lagi yang tidak kuat `mengipas' dapat tempat di dalam kabinet Najib bahkan mereka bukan pemimpin Umno pun. Kaki kipas pemimpin Umno Ceras ini masih di situ juga dan masih memegang kipasnya.

Sebelum ini banyak kata-kata beliau yang `lebih sudu dari kuah' dan kadangkala lucu, kadangkala menampakkan kebodohan yang terlampau pemimpin ini. Memang wajar pun, Ceras lingkup di tangan PKR kerana Umno di sini dipimpin oleh manusia yang hanya tahu memegang kipas. Kehebatan beliau mengipas mengalahkan tukang kipas sate Kajang. Dahulu beliau mengata macam-macam terhadap DS Anwar sehinggakan mendesak kerajaan menangkap DS Anwar kononnya DS Anwar adalah batu api kepada rakyat di Perak. Batu Api DS Anwar pun, rakyat di Permatang Pauh bertambah suka kepadanya. Ceras bagaimana pula wahai Pak Syed?

Dan yang terbaru, beliau memberi amaran kepada Hindraf agar jangan mencabar kerajaan pula. Wah, Pak Syed ini perasan seolah-olah dia ketua kerajaan. Gaya bercakapnya seperti PM atau setidak-tidaknya seperti KPN. Beliau fikir rakyat tidak tahu bahawa beliau ini hanya pemimpin Umno Ceras yang sudah tidak ada lagi sokongan orang Melayu di Ceras kepada partinya. Saya fikir sebab itulah Najib tidak memandang sikit pun kepada Pak Syed ini apatahlagi untuk ditabalkan menjadi menteri atau timbalan sekalipun walaupun sekuat mana `kipasan' beliau terhadap kepimpinan Najib. Pak Syed hanya ada `kipas lipas' yang dipegang oleh pelawak A.K Jailani di dalam filem arahan P.Ramlee.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com


1 ulasan:

  1. Dia ni kalau kerja kipas satay pasti sesuai sesangat kerana bakat semula jadinya.

    Tapi perlu juga hati-hati , nanti satay terlebih kipas pulak, rentung pulak.

    Kalau Najib ni cerdik sikit pasti dia faham tentang kerja apa yang sesuai dengan orang yang berbakat besar ni.

    BalasPadam