Jumaat, 15 Mei 2009

PESANAN MUFTI PERAK ? BETUL KE?

Mereka tidak merampas kuasa, cuma mereka ( UMNO ) bagi tahu kepada Tuanku Sultan sekarang BN telah mendapat majoriti ahli dewan kerana 3 adun dari PKR dan DAP telah keluar parti dan menjadi adun bebas dan seorang adun kembali kepada UMNO !

Terimalah hakikat itu, tetapi PAS dan DAP tidak boleh terima hakikat, sekarang BN ada 31 ahli dewan.

Kalau kita mengasihi orang kafir itu adalah itu haram, kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir !

Kenapa PAS lebih menyayangi orang kafir daripada sayang orang Islam sendiri ?

Orang Islam PAS sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk-peluk pula, macam kes Elizabeth Wong memang jelas dia buat maksiat, kenapa ada muslimat PAS dan PKR peluk sampai menangis dan macamana NIk Aziz boleh sokong Elizabeth dalam isu ini sedangkan kita dan Nik Aziz tahu yang DAP tidak akan sokong ISLAM !

Tengok Karpal Singh kata apa, langkah mayat saya dulu kalau PAS nak tubuh negara ISLAM !

Ketahui lebih lanjut wawancara Dato Seri Harussani Zakaria, Mufti Besar negeri Perak dalam majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mei.

SUMBER : http://dr1221.blogspot.com/2009/05/peringatan-dari-mufti-besar-perak_15.html
Dipetik dari Blog Pemuda Umno Pasir Puteh.

Komen Saya-

Betulkah di dalam menentukan siapa yang mendapat majoriti kepercayaan di dalam Dun Perak memadai dengan memberitahu DYMM Sultan Perak sahaja? Apa guna adanya Dun? Mengapa jika benar ikhlas, usul undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar selaku MB Perak tidak dibawa ke Dun? Mengapa diselesaikan di dalam Istana sahaja? Seharusnya MB Perak ketika itu dan seluruh ahli dewan ketika itu dapat melihat dengan nyata sekali bahawa MB Perak ketika itu sememangnya telah hilang kepercayaan. Kemudian barulah keputusan Dun dibawa ke Istana. Sebab itulah Tun Mahathir kata, tindakan Umno/Bn di Perak amat gopoh sehingga kini memakan diri.

Saya tidak jelas dan keliru dengan maksud," kita haram berkasih sayang dengan orang kafir tetapi boleh berbaik-baik sahaja". Benarkah itu pendapat Mufti Perak atau pun pendapat yang empunya blog sahaja?

Kes Elizbebeth Wong amat jelas. Beliau bukan Islam dan tidak terikat dengan hukum Islam. Maksiat? Saya tidak tahu adakah seseorang yang tidor `berbogel atau separuh bogel' di rumahnya sendiri dikira satu perbuatan maksiat apatah lagi bagi bukan Islam. Atau adakah bukti dan saksi bahawa terdapatnya perbuatan yang sumbang di antara YB Eli dengan sesiapa ? Sehingga kini Polis sendiri tidak selesai dalam siasatan mereka. Bahkan, jika seseorang Islam sendiri pun tidak boleh kita tuduh mereka berzina melainkan cukup saksi-saksinya. Jika ditakrif `maksiat' dari segi syariat Islam, orang perempuan yang membuka aurat mereka juga dikira melakukan maksiat juga. Tentu Rosmah Mansor dan Shahrizat Jalil bersetuju dengan pendapat saya ini. Kes YB Eli ini di mana letaknya `maksiat' itu dan takrif apa yang mereka gunakan?

Mengapa Tuan Guru Nik Aziz berbaik dengan DAP ? Ini adalah DAP tidak pernah menentang PAS secara fizikal atau menghina Islam. Umno bagaimana ? Siapakah orangnya yang sering menghina hukum hudud? Ustaz dan ustazah Umno ada yang pernah menyindir hukum hudud sedangkan mereka Islam. Apa yang PAS boleh harapkan daripada DAP yang boleh dikatakan diterajui oleh mereka yang bukan Islam? Tetapi sekurang-kurangnya ahli DAP sekarang menyokong PAS walaupun mereka ketahui PAS berhasrat untuk melaksanakan Islam. Ahli Umno sokong PAS ke? Jika Karpal Singh berkata, langkah mayat dia dulu jika PAS mahu laksanakan Islam, apakah pemimpin dan ahli PAS terasa? Sudah tentu tidak kerana Karpal Singh bukan Islam dan kita anggap beliau jahil tentang hukum Islam. PAS amat terasa bila ustazah Umno berkata, seorang ibu boleh melacur jika `dharurat' untuk mencari duit bagi menanggung keluarga. Ustazah ini juga pernah mempermainkan hukum hudud apabila berkata jika pencuri asyik dipotong tangan dan kaki atas kesalahan mencuri, akhirnya mulut dan hidung juga akan dipotong jika masih mencuri. Ustazah ini mencadangkan agar sipencuri diberi kerja bukan dihukum secara sedemikian. Seorang pemimpin agung Umno pernah berkata, negara akan mundur jika rakyat mereka kudung tangan akibat hukuman hudud.

Sebenarnya pada saya, Umno terlalu susah hati apabila masyarakat bukan Islam kini mula menyokong PAS. Walaupun DAP menentang hukum hudud, mereka benci tetapi mereka juga rindu kepada keadilan Islam. Itu yang buat Umno/Bn sakit hati.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. inikah tahap pemikiran murtabak para ulama UMNO?!?!?!

    Setakat ini, hanya pernah lihat seorang ulama yang berani menentang pendapat UMNO secara terbuka (Dr. MAZA), ulama yang lain dah jadi hamba UMNO.

    Kepada ulama-ulama UMNO, tanya diri sendiri... dengan mempertahankan pembohongan UMNO, rase nye layakkah tuan masuk syurga?

    Kalau aku masuk neraka, aku tak heran sangat sebab aku bukan ulama...

    Wakakakaaa!!!

    arifabdull

    BalasPadam
  2. betulka harussani ckp mcm tu?... pelik

    BalasPadam
  3. Hj Harussani menyokong kerajaan haram di Perak. Harussani perlu tambah ilmu bukan hanya menjadi pak turut dan jadi lembu di cucuk hidung. Jangan rasa selesa dengan jawatan mufti bertaraf exco yang mana pendapatan hampir RM20k sebulan. Ingat, kamu orang agama akan mati dalam kehinaan akibat melibatkan diri dalam golongan maksiat dan penjenayah berlesen. Mufti jenis ini hanya tutup mata dan pekakkan telinga saja akan gejala amalan rasuah dan jenayah pemimpin UMNO. Kira serupa macam GERAK buat. Cukup peka dan sensitif kalau pemimpin Pakatan Rakyat buat sesuatu. Tapi kalau pemimpin UMNO dah terang sah merasuah semasa perhimpunan agung UMNO seperti Ali Rustam, namun GERAK jadi bisu, bangang dan lembab serta lumpuh tak bermaya untuk bertindak melapur kepada pihak polis. Itulah kumpulan penjilat najis yang setia.

    BalasPadam
  4. kalau dah umno tu umno jugalah.yang umno buat banyak tak elok dia tak nampak.nak buat macam mana janji cukup bulan aku masuk banyak

    BalasPadam
  5. ^^^TUMPANG BERKATA
    TAHNIAH WFAUDZIN. Sanggahan kemas dan berasas.
    Sekarang manusia pakai tiga cermin pada motokar ; tetapi matanya hanya dua. Itu pun tidak boleh ke kiri dan ke kanan dalam satu waktu. Melainkan jika ditakdirkan juling.
    kelemahan ramai daripada kita ceopat menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman. Padahal mereka tidak mempunyai asas isu berkenaan dan ketiadaan bahan maklumat yang cukup. Dengar-dengar cakap orang, fikir-fikir mengikut nafsu dengan keuntangan yang terikat oleh berbagai sebab, lantas melepar batu atau pssir.
    APA YANG HENDAK direbut ? KUASA POLITIK YANG ADA HANYA SEBAGAI SEBIJI PASIR DI PANTAI PASIFIK ! Itupun jika di tempat perkelahan pasir itu sudah terkena najis...
    Mengapa marah benar kepada makhluk Allah yang bukan Islam ? Islam Melayu ramai yang betul. Ada sekumpulan orang Asli memberi alasan bahawa mereka tidak mahu masuk Islam kerana Islam Melayu "mengurat" anak dara mereka, mencuri durian dan metrusak alam sekitar sehingga mereka jadi susah menjalankan kehidupan seharian. Ini disebutkan oleh Allyarham Mufti Selangor tentang kegagalan pendakwah Jabatan Agama mendekati orang bukan Islam.
    Poltik dan cara dan syarat pengundian bukan mencari "ahliwal-akdi". Sistem kita masih berkar TUNJANG pada WESTMINSTER DAN FALSAFAH GRECO-ROMAN. SEKIAN DAHULU NANTI PANJANG LETERAN. ~Aq 16 05 09.

    BalasPadam
  6. Salam, kalau itulah pemikiran Mufti Perak, hancus...... sebagai peringatan kepada beliau bahawa RASULULLAH SAW BEBERAPA HARI SEBELUM MENINGGAL DUNIA TELAH MEMBERI DAN MENYUAPKAN MAKANAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG KEPADA SEORANG YAHUDI BUTA YANG AMAT MEMBENCI DAN MEMUSUHI BAGINDA. Apakah tindakan baginda yang menyayangi musuh Islam SALAH???? Kalau beginilah tahap ilmu seorang Mufti, sahlah beliau bukan seorang yang suka menambah dan mencari ilmu seperti disarankan dalam ISLAM. Dan saya percaya beliau TIDAK PERCAYA REZEKI DATANGNYA DARIPADA ALLAH dan SEGALA IBADAH dan AMALANNYA BUKAN KERANA ALLAH. Tapi, maaf cakap beliau seorang yang banyak ilmu tapi tidak dimanfaatkan ke jalan Allah swt.

    BalasPadam