Ahad, 10 Mei 2009

PRK DUN PENANTI - JANGAN BEBANKAN DS ANWAR SEORANG


Sebenarnya Isu perebutan untuk menjadi calon di Dun Penanti sudah lama selesai. Pimpinan PR telah bersepakat atas dasar persefahaman yang telah lama terjalin dan mengambil keputusan untuk memberikan kerusi Dun Penanti kepada PKR. Kini, semuanya telah bersetuju dan difahamkan bahawa pimpinan PAS di P.Pinang juga menerima baik keputusan PAS Pusat tersebut. Seharusnya selepas keputusan dibuat, semua pihak di dalam PR mulai bekerja untuk menentukan calon pilihan bersama ini memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang lebih tinggi.

Keyataan Ketua Pemuda PAS, Salehuddin Ayub baru-baru ini yang menggesa DS Anwar turun ke kawasan Permatang Pauh dan juga Penanti agar mengembalikan semula keyakinan ahli-ahli PAS terutamanya terhadap PKR, merupakan satu kenyataan yang mengelirukan. Apakah Sallehuddin mahukan DS Anwar bekerja untuk meyakinkan ahli-ahli PAS di sana yang sebelum ini mahukan kerusi tersebut diberikan kepada calon PAS? Pada pandangan saya, sewajarnya Sallehuddin sendiri turut membantu turun ke Permatang Pauh dan selaku Ketua Pemuda beliau lebih hampir kepada ahli-ahli parti beliau untuk menerangkan mengapa PAS Pusat mengambil keputusan sedemikian (tidak meletakkan calon PAS). Tidak seharusnya beliau menyapu tangan dan semuanya ingin dipertanggungjawabkan kepada DS Anwar? Sememangnya menjadi tugas DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR untuk turun berkempen di Permatang Pauh khususnya di Dun Penanti. Tetapi, mana mungkin DS Anwar dibebankan dengan tugas yang seharusnya boleh diselesaikan oleh Ketua Pemuda PAS itu sendiri? Apakah Sallehuddin beranggapan bahawa DS Anwar adalah menjadi punca mengapa hati ahli-ahli PAS di sana terluka?

Meletakkan segala tanggungjawab kepada DS Anwar adalah satu tindakan yang tidak harmonis yang dilakukan oleh Sallehuddin. Telah banyak bukti dapat dilihat betapa kerjasama erat dan mantap di antara semua pimpinan di dalam PR berjaya menjadikan Umno/Bn seperti nazak ketika ini. Suasana ini wajib dikekalkan untuk kebaikan bersama lebih-lebih lagi PAS yang dikatakan parti yang semakin diyakini umum sekarang. Saya mulai rasa bimbang sekiranya PR kalah di Dun Penanti, akan timbul berbagai kisah dan ungkit mengungkit di kalangan kita dan sudah pastinya DS Anwar akan dijadikan sasaran. Sedangkan kita sendiri tidak berbuat apa-apa untuk meyakinkan rakyat dan ahli parti kita untuk sama-sama menyokong calon pilihan bersama pimpinan kita.

Hari pengundian Pilihanraya Kecil Dun Penanti semakin hampir. Kita tidak banyak masa lagi untuk `berteori'. Masa sekarang adalah masa untuk bekerja dan meyakinkan rakyat betapa rakyat perlu memilih PR. Umno/Bn kini sudah terlalu lemah ditambah pula dengan isu yang berlaku di Perak. Pembebasan tahanan Akta ISA terutamanya yang melibatkan Adun Kota Alam Shah, YB Manoharan terbukti menunjukkan kekuatan PR. Umno/Bn kini tidak mampu untuk bangkit melawan kecuali jika kita sendiri memberikannya `tongkat' dan dipapah untuk mereka bangun kembali.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. topik yang sangat baik.......hidupPR

    BalasPadam
  2. buat saudara WFAUZDIN NS...mungkin saudara tidak sedar apa yg sebenarnya sedang berlaku di kawasan DUN penanti.

    isu utama di sini skang ialah....pengundi2 pakatan rakyat di sini bercadang utk boikot pilihanraya DUN penanti sbb calonnya adalah PKR.

    di permatang pauh khususnya di DUN penanti...bukan sahaja ahli2 PAS tidak yakin dgn mana2 calon PKR...tapi pengundi2 tempatan juga turut sama tidak yakin dgn calon PKR.

    sebab2 mengapa penduduk a.k.a pengundi penanti tidak yakin dgn PKR (even DSAI adalah MP permatang pauh) adalah kerana sejarah ADUN2 penanti sblum2 nie...khidmat mereka sbg ADUN penanti sangat mengecewakan....mereka tidak mesra penduduk.

    dan satu lagi...adalah berikutan kes ADUN2 PKR behrang & changkat jering yg kuar parti jadi ADUN bebas di perak.

    nie semua adalah punca kenapa ramai penduduk tempatan tidak yakin dgn calon PKR walaupun dia berpelajaran tinggi hingga ke yale university....penduduk tempatan ingin calon yg baru, yg lebih diyakini utk menjadi pemimpin mewakili kawasan penanti...suara inginkan calon dari PAS bukan hanya permintaan ahli2 PAS...tapi juga permintaan dari ramai penduduk tempatan.

    luahan dewan muslimat PAS tempatan tentang susahnya utk yakinkan pengundi tempatan utk kuar mengundi & undi calon PKR...ini sememangnya betul...performances ADUN2 penanti sblum nie membuatkan rakyat tempatan tidak lagi yakin dgn calon PKR.

    so...saya harap saudara tidak buat satu conclusion awal yg berat sebelah....semata2 saudara dahulu seangkatan dgn DSAI dlm umNO...semata2 saudara dahulu sezaman dgn DSAI sewaktu jadi mahasiswa....maka saudara menyebelahi DSAI dan menempelak pihak PAS (dlm kes nie menempelak ketua pemuda PAS)....sedangkan apa yg salahuddin ayub tue cakap ada benarnya...point yg dia highlightkan releven dlm pilihanraya DUN penanti.

    sepatutnya...awal2 lagi DSAI perlu bertemu dgn penduduk sini & meminta maaf awal2...explain kpd penduduk mengapa perlunya diadakan pilihanraya kecil DUN penanti...dan DSAI perlu discuss dgn penduduk sape perlu jadi calon...dan sekiranya PKR yg letakkan calon, kene explain kat penduduk megapa PKR yg jadi calon dan bukannya PAS, bukannya DAP.

    nie tidak...hanya selepas DSAI tahu penduduk tempatan berang, marah...dan hanya setelah diketahui ramai pengundi2 pakatan rakyat mahu boikot pilihanraya DUN penanti nie...barulah DSAI jumpe pihak tue, pihak nie, penduduk tempatan utk explain.

    kita perlu ingat....masalah penduduk kurang yakin terhadap calon PKR bukan salah pihak PAS....ADUN2 PKR terpalit dgn rasuah bukan salah PAS....isu ADUN2 PKR yg dikatakan mudah "dibeli" bukan juga salah PAS.

    ingat PKR....rata2...semasa kempen calon akan buat janji2 manis, kata2 manis kpd penduduk...tapi lepas jadi YB...janji tinggal janji...tittle YB membuatkan mereka berlagak...anggap penduduk kuli....inilah perangai YB umNO....sedangkan yg sepatutnya...yg jadi YB lah kuli rakyat.

    saya harap...sekiranya pihak pakatan rakyat ingin menang di DUN penanti (sekiranya ada calon bebas atau calon dari BN)....maka pihak PKR terutamanya kene yakin penduduk sini....datangkan hujah yg sangat2 bernas mengapa pengundi2 perlu kuar mengundi & mengundi PKR.

    setakat ada education yg tinggi, pengalaman jadi pembantu kpd DSAI....masih belum bleh yakinkan penduduk sini...sbbnya...belum tentu pencapaian academic yg tinggi mampu utk bendung amalan rasuah....belum tentu pencapaian academic yg tinggi bleh buatkan seseorg jadi YB kpd rakyat....rata2 bile dah jadi YB....maka rakyat dilupakan....inilah yg penduduk penanti alami selama nie....penduduk penanti belajar dari pengalaman.

    BalasPadam