Selasa, 12 Mei 2009

Raja Nazrin setuju bertemu Nizar


12 May 2009 12:01AM

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah bersetuju untuk menerima menghadap Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

The Malaysian Insider melaporkan Mohammad Nizar akan menghadap Raja Dr. Nazrin pada 8.30 pagi Selasa bagi memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus memberi laluan kepada pilihanraya kecil negeri diadakan.

Perkara ini disahkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Adun Sungkai S.A. Sivanesan.

"Saya baru bercakap dengan Nizar dan beliau mengesahkan akan menghadap Raja Dr. Nazrin pada 8.30 pagi esok (Selasa)", kata Sivanesan kepada The Malaysian Insider.

Mahkamah Tinggi petang Isnin memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kair dan enam anggota exconya supaya melepaskan jawatan serta merta.

Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.~~ Sumber KLPOST

5 ulasan:

  1. lepas ni berkubur la ubn.. takbir

    BalasPadam
  2. alhamdullillah takbirrrrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  3. harap2 MENTERI BESAR nizar akan bubarkan dun.. halau jins2 yang xsah 2! yob nak balik ngundi! yob xkan bg kat bn! Bangkai Negeri(BN)...

    BalasPadam
  4. syabas untuk DS nizar kerna berani menhadapi rintangan yang dasyat dan tidak lupa juga untuk exco exco PR terutama Speaker DUN kerna berani dan tabah walaupun maruah nya tercemar...HIDUP PAKATAN RAKYAT...ALLAH SENENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG YANG BENAR

    BalasPadam