Selasa, 19 Mei 2009

UMNO TIDAK BERTANDING , PAK LAH MUNGKIN KETAWA

Adakah ianya merupakan satu strategi atau muslihat Umno apabila mengumumkan bahawa Umno/Bn tidak meletakkan calonnya di Dun Penanti? Semuanya akan terjawab pada hari penamaan calon tidak beberapa lama lagi. Jika ianya merupakan satu muslihat umno, kita harus puji kehebatan Najib di dalam mengatur strategi ini. Jika sememangnya Umno/Bn nekad tidak akan menyertai Pilihanraya Kecil Dun Penanti nanti, itu juga merupakan satu kehebatan malahan keajaiban buat Umno di bawah Najib. Satu rekod tercipta di bawah pemerintahan Najib dan pastinya akan dikenang sampai bila-bila hatta ketika Umno disemadikan.

Saya tidak dapat bayangkan ketika ini bagaimana besarnya ketawa Pak Lah apabila Umno di bawah Najib awal-awal pemerintahannya sudah mula `mengibarkan bendera putih' kepada musuh politiknya. Pak Lah pasti terkenang sewaktu era pemerintahannya, segala kelemahan beliau dikorek sedalam-dalamnya dan beliau dianggap terlalu lemah memimpin Umno sehingga tergadai 5 buah negeri ke tangan PR. Segala kekuatan PR dan kebangkitan rakyat menentang rejim Umno/Bn ketika itu dianggap kelemahan Pak Lah. Namun, harus diingat selemah-lemah Pak Lah pun, Pak Lah sanggup mati dalam gelanggang berdepan dengan musuh. Bagaimana pula dengan Najib sekarang? Kepada ahli-ahli Umno/Bn yang masih berharap agar pengganti kepada Pak Lah ini adalah yang terkuat, gagah, berani dan bersih, elok lupakan sahaja pengharapan anda semua. Terbukti anda gagal menemui pemimpin yang anda hajati kerana pemimpin seperti itu hanya ada di seberang sana iaitu di dalam PR.

Apabila Umno/Bn menyatakan tidak akan meletakkan calonnya di Dun Penanti, ini bererti Umno/Bn tidak berniat untuk membela rakyat di Penanti atau telah berpuas hati dengan kebaikan calon PR di situ. Jika Umno/Bn menganggap PR tidak boleh menguruskan kebajikan rakyat dengan baik, sudah pasti inilah peluang terbaik Umno/Bn untuk meletakkan calonnya yang dikatakan lebih baik. Tetapi ini tidak dilakukan, maka bererti Umno/Bn mengakui bahawa PR sememangnya mampu mewakili rakyat di kawasan tersebut.

Andaian bahawa Umno/Bn sebenarnya takut bertanding di Dun Penanti juga boleh diterima akal. Umno/Bn sudah tentu tidak mampu mengalami `luka' parah sekali lagi setelah beberapa tragedi yang berlaku terhadap Umno/Bn sejak kebelakangan ini. Bukan soal wang ringgit yang dikatakan membazir jika Umno menyertai pilihanraya tersebut kecuali jika Umno/Bn merasakan wang ringgit lebih penting dari kebajikan rakyat di Dun Penanti. Mungkin juga Umno/Bn merasakan wang ringgit lebih penting dari maruah Umno/Bn itu sendiri. Kemungkinan juga Umno/Bn lebih berselera dengan Perak daripada Penanti, maka Umno/Bn kini lebih menumpukan strategi mereka di Perak sekarang.

Kepada PR khususnya di Penanti, tenaga dan kekuatan bersama haruslah digembeling agar kemenangan di Dun Penanti nanti akan menjadi sumber kekuatan dan semangat juang rakyat di Perak pula. Ujian terhadap kesepakatan PR terutamanya di antara PAS dan PKR akan diuji di Penanti dan ianya akan berterusan sehingga ke Perak. Calon Dun Penanti bagi PR adalah dari PKR, oleh itu PAS serta DAP mesti menunjukkan semangat yang tinggi bagi membantu calon PKR tersebut. Begitu juga di Perak, MB Perak adalah Adun dari PAS, maka PKR serta DAP wajib mempertahankannya. Sekiranya di Dun Penanti berjaya mempamirkan semangat kerjasama yang kuat di kalangan PR, percayalah di Perak kita pasti mendapat kemenangan, InsyaAllah.


WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. pengalaman aku di Gombak semasa PRU 12, di mana calon parlimen Gombak ialah Azmin Ali (PKR), yang semangat bekerja PRU adalah orang PAS. merekalah juru kempen,jg pondok panas, wakil calon jg pengundian dan kira undi (PACA @ polling agent & counting agent). Sungguh bersemangat orang2 PAS. PKR? tak de orang! mereka harapkan orang PAS! sume keje kat Gombak tu dilakukan oleh orang2 PAS! PKR cuma tgk aje dan menyibuk skali skala. TAPI PERASAN KUAT! dan ADA HATI RAMPAS KERUSI YANG TRADISI PAS BERTANDING mcm parlimen Gombak sbb PAS dah bertahun2 bertanding di situ! malah PRU 1999, 2004 Gombak adalah kawasan PAS semasa dlm BA dulu! PKR tak sedar diri!

    BalasPadam
  2. Salam buat WFAUZDIN

    Walaupun BN tidak letak calunnya...

    PR perlu berhati-hati kepada sebarang kemungkinan

    BN/UMNO tidak bodoh...

    lihat sajalah apa dah terjadi di Perak

    Mereka ada agenda tersembunyi...

    Tunggu dan lihat......

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

    Jangan ghairah sangat..

    Wallah Hualam

    BalasPadam
  3. buat komen maruz, tkasih kerana sudi berkongsi pengalaman. saya juga pernah melihat orang2 PAS lebih mengharapkan org2 PKR di dalam kempen untuk calon mereka di N9. Semua ini rencah dan ragam penyokong masing2. Yg penting niat ikhlas, jujur dan tidak buruk sangka sesama kita. Inilah formula yg diajar oleh pemimpin kita dan terbukti ianya berhasil menyebabkan Umno/Bn kini kepanasan.

    BalasPadam